About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, August 31, 2009

Merdeka!!

'tanggal 31 bulan 8 57'

dah 52 tahun kita merdeka

jua aku nk sampaikan salam ulangtahun pada teman lama, Maya....
semoga makin berjaya dan bahagia....
nnti kita semua sama2 ke sana yer..... bersama pasangan dan anak2 macam y aku teringat ari tu masa di sana.. Insyaallah..

aku akan balik ke selangor ari nie, bas jam 5 petang. esok bakal bekerja!

Sunday, August 30, 2009

enjoying my day

well... sampai rumah mlm td, kwn aku y amik d stesen.. trs balik rmh... sbb mak msk laksa.. n dia ni mmg x malu sgt ngn famili aku, msk jer, salam mak aku, trs tny apa ada... hampeh.. dia dulu2 senduk laksa sementara aku nk bukak tudung letak barang apa sumer....

rakyat jelata keluar, x der kat rmh. sampai jer diorg, faris dah usha aku pelik... pegang jer, keluarla suara syahdu tangisannya.. ampesss itu butak... farah lak, mcm2 ragam. dia punya nk tunjuk dia mewarna sampai x benarkan aku tido. dipaksa menunggu dia mewarna.... kene bantu apa yang patut.. picitkan watercolor dia.... letak air.. bagi dia kaler.. dia ada tanya aku pandai lukis ayam x.. seb baik x kene paksa.... ayam???? orang lidi pun lum tentu aku lukis blh jadi rupa orang lidi, inikan pulak ayam.. x dapek la sayang oi...!!
nunggu ayah dia balik nk lukis ayam jer dah satu hal... aku nk tido dulu n nk ajak dia mewarna time sahur, skali dia ungkit aku dah janji ngan dia nk tgk dia kaler-kaler.... adeiiiii....... ayah dia balik, x jd lukis ayam sbb nk tgk Man U lwn apa tah, lukis keta jer... seb baik... sbb aku dok bayang, kalau ayam.. jenuh aku nk kerah otak nk bg ayam tu kaler apa.... silap2 jadi ayam pelangi dpt kat aku... hehehehehehe

siap kul 1.30.... trs tdo..

bangun sahur, dia x mo bgn. mak msk kari telur ikan, sayur sawi, ikan kering.... hehheheheee.. 1st time aku bangun sahur n bersahurkan nasik... slalunya just minum air jer dlm bilik, x trn dpr pun... bawak bekal air masak sesiap dlm bilik...

bgn pagi, mummy dia nk ke giant bl brg nk msk, so dia di pass pada aku.. kemain lg, mandi ngan aku, gosok gigi, pilih baju, sumer kepit aku.... faris lak, dah kene tinggal, mau lak kat aku... letak dlm kurungan dia pun nangis2 hulur tangan kat aku minta angkat.. ilang sombong dia.. hehehehheehhe... aku nk mandi pun x senang....

so ari ni, aku buat kuih aku, sis2 buat shepherd pie.. yer ke eja camtu???? and jap lg nk buat roti jala.... mula2 kuih aku x jadi, melekat, x mo tanggal dgn cun, rupanya lupa letak telur... pie menjadi dengan jayanya.. dan farah puji aku pandai masak!!! yeay!!!!!! itu budak mmg pandai bodek!

so sekian laporan aku dr kampung.... aku x online sgt, sbb itu butak pastu gayut kat meja kalau nampak org pakai laptop.... lgpun sis3 bw laptop msk bilik dia kat atas.... lyn barn buddy gak kot..

Saturday, August 29, 2009

Pulang

aku balik kampung..... tp cita²ku nk siapkan / publishkan satu entri sehari akan aku cuba capai..... oleh demikian..ini adalah salah satu caranya.... scheduled entry. bas aku kul 4ptg. Insyaallah aku dpat berbuka ngan mak aku.. sahur ngan mak aku.. hehehehehehehhehe... (yer cikkompius n abang eddie, sy balik la nie.......)

aku bercadang nk buat kuih fav aku balik nie..nk tgu balik cuti raya nnti rs cam x sempat, sbb aku akan sampai kampung hari jumaat.. ahad dah nk raya. mana sempat nk buat dah.. walau kuihnya senang... aku x sure dpt permission atau x

aku penah buat kuih ni (selalunya sorang²) sampai sunburn..... konon nk kurangkan bahaya terbalik minyak panas, aku pakai seringkas mungkin. skali, dah siap, masa nk mandi, aku perasan ada line sunburn.. nasib baik raya pakai baju kurung.. tp kelakar jer.... takat buat kuih jer pun, blh kene sunburn....
hehheehhehheheheheheheeee

kuih apa???? tunggguuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 28, 2009

Kamelia Part 3

eerrrrrr.. should i say Nurkasih?

Aku ketandusan idea sebab esk nk blk kampung.. Fenomena biasa y aku alami sejak dahulu kala., asal nk blk kg jer.. emosi bergolak, rs cam nk dok kat kg x mo balik dah ke sini (merujuk pada di mana saja aku berada).

So, aku layankan NurKasih di TV3 (minggu lps aku hanya menonton di tiubawak)

Berkait rapat juga dengan kes Kamelia aku y lepas. Cumanya, kes ini kedua wanita adalah isteri yang sah. Satu memang chenta hati, satu lagi pilihan keluarga yang makin hari makin disayangi.

Katrina, dia rasa suaminya dirampas, tapi bila tahu dia adalah yang kedua, kecewanya amat. Menghilang tanpa izin.



















NurAmina, dibuang rasa cinta dihatinya sebab hadirnya dibenci dan dia tersisih dari kasih suami yang menikahinya dalam keterpaksaan. Bila suami mula berbaik, cuba memikatnya dengan penuh keinsafan, dia terasa diperbodohkan bila tahu dia dimadukan. Kali ini dia y meninggalkan, dan dia pergi dalam keredhaan sang suami







Adam, dahulu amat pasti kasihnya hanya Katrina, kini keliru........Isteri y dia mahukan kurang didikan agama, kadangkala tidak menghormati suami, asyik dalam kecewa pada kisah silam.. Isteri yang dipilihkan untuknya sangat memikat, penuh sopan gadis Melayu.

:: aku amat berharap Adam menjadi suami yang tahu apa yang dia mahukan. Andai mahu keduanya, sila bertegas dengan keputusannya, sebab mereka amat perlukan dia sebagai pemimpin dalam mengemudi bahtera rumahtangga mereka. bayangkan perasaan Katrina bila Adam menyatakan yang dia perlukan Nur. Jika dia bertegas dia perlukan keduanya, mungkin apa yang berlaku berbeza... ::

Nabila, teman yang sentiasa ada dalam susah senang Nur...... aku salute kamu!

Thursday, August 27, 2009

Kamelia part 2

hehehe... maaf kalau ada y x suka isu ini.... aku terpanggil ulas hal ini sebab aku terbaca di blog septemberSebelas, bertarikh 19 Ogos 2009 (blh yer....!!).

persoalan : salah siapa sebenarnya?


sesetengah wanita, terlalu bangga diri pabila ada suami, dan bagi mereka, suami itu adalah hak mutlak mereka, menolak berkongsi dengan wanita lain, padahal, sedarkah anda? lelaki y bergelar suami itu adalah sebenarnya dimiliki oleh ibu mereka, adik perempuan dan kakak mereka, dan jua bakal anak-anak anda. jadi, adakah dia hak mutlak anda?

lelaki pula, bila dah mula bosan dengan isteri, kenapa harus cari wanita lain? kenapa tidak berbincang dengan isteri tentang kebosanan anda? pulihkan hubungan, meriahkan suasana, pergilah berdating semula.

ini tidak, pantang sahaja isteri tidak lagi seperti dulu, fizikal dan segala2nya, mudah sahaja berpaling pada wanita lain. hal dalam kain jua kadangkala diceritakan, isteri sentiasa buruk sahaja. salah siapa?

kemudian, pabila tembelang pecah, kekasih itu bakal di maki hamun, dicerca, dihina, dimalukan dan sebagainya. kadangkala bukan setakat oleh sang isteri, tapi seluruh keluarga, teman rapat, teman sekerja, dan kadangkala masyarakat sekeliling. isteri menggila, suami menikus. andai benar dia menyayangi kekasihnya, paling kurang, halang isteri dari menyerang kekasih, kerana kekasih itu adalah insan yang selama ini sudi mendengar segala keluh kesah dan juga merawat hati yang kebosanan selama ini. pengorbanan sang kekasih jua sebenarnya berat.

tahukah anda, pabila menjadi kekasih gelap, wanita itu akan sentiasa hidup dalam airmata. pabila bermasalah, andainya pada waktu itu, si lelaki bersama keluarga, pandai2lah cari penyelesaian sendiri, masa bercinta juga berjadual, hujung minggu pasti sendirian, cemuhan saudara, teman jangan ditanya, tiada satu yang menyokong. bila diserang, amat jarang dia akan dibela oleh si lelaki, biasanya, si lelaki akan berdiam diri atau melarikan diri. dan yang sering terjadi, isteri dan kekasih bertemu tanpa pengetahuan lelaki.

seksa tahu!!!

pesanan pada lelaki yang ingin ada lebih dari satu, siapkan diri dri segi fizikal, emosi, dan harta benda . berlaku ADIL pada semua!

pesanan pada yang bergelar isteri, andai suami anda ada kekasih luar, cuba rasional (ya, aku tahu.. sangat payah!!!!) dan tanya suami anda, apa sebabnya, kemudian bersemukalah bersama suami. jangan jatuhkan maruah sebagai isteri dan wanita kerana seorang lelaki, memalukan dan tidak berbaloi

pesan pada para kekasih gelap, emosi kene kuat..!!!! Jiwa kene kental! kekasih anda pasti berpihak pada isteri dan menurut ugutan dan paksaan keluarga supaya menjaga keluarga yang dia telah bina bersama isterinya..

korang ada jawapan pada persoalan aku?

~sekadar pandangan peribadi aku, dari pengalaman insan sekitar aku dan pemerhatian aku~

Tuesday, August 25, 2009

gundah gulana

perkhabaran kurang baik aku terima, kala diri dikelilingi keributan jadual tugasan. serasa ingin aku melayang pulang, menjenguk kekasih hati, bonda tercinta

ku ulang jengok di talian, suaranya jerih, menggambarkan ketidakselesaan dan kesakitan yang ditanggungnya. marah ku berapi pada dia, bisanya menyerapi seluruh sendi, menyebabkan derita. apa daya, ini ketentuan Ilahi, ujian dariNya.

ceritanya, sakit tidak terperi, bagai ingin meraung kesakitan. bukan tidak biasa, mungkin faktor umur juga main peranan, mak bukan lagi sesihat dulu. pasti lelapnya tidak teratur, badannya di serang bisa.

aku yakin ada hikmah disebalik semua kesakitan ini.
nota kaki: ampessssssssssssssssssssssssss tul lipan itu! seb baik dia dah mati mak kerjakan, kalau tak, aku soal siasat motif dia jenjalan gigit orang!
*********************************************
sedikit update
sis2 beritakan, painkiller y mak amik di klinik kedua mlm td agak kuat. pagi ni mak x demam pun. sakit pun dah kurang.... so, mak soh dia msk keja cam biasa..
terima kasih atas doa kalian


Kamelia

mudahnya seorrang lelaki (dalam persoalan hati/cinta)... curahkan kasih sayang, kemudiannya mohon dilupakan dengan alasan x mahu kekasih hatinya (baca:isteri) terluka, tahu perbuatannya. pada wanita itu, dikatanya tegar, kental, hebat sebab akan mampu bangkit dan mencari kekasih yang lain. mudah benar menjadi lelaki bukan? yang hebat x layak buat mereka sebab mereka perlukan wanita lemah untuk disayangi dan dilindungi. sesekali, rasanya, rugi juga seorang wanita menjadi hebat kerana lelaki x akan mampu menyayangi mereka. itu ego makhluk berjenis lelaki. buat lelaki di luar sana, maafkan coretan ini, cuba selami lirik ini dan nilaikannya dari sudut wanita bernama kamelia itu........

Kamelia maafkanlah aku
karna ku tak bisa
temani tidurmu

Kamelia lupakanlah aku
yang ngan pernah lagi
kau temui aku

kau wanita terhebat
yang pernah singgah di hatiku
kau wanita yang tegar
aku mohon lupakanlah aku

sudahlah jangan menangis lagi
ku rasa cukup sampai di sini
mungkin di suatu saat nanti
kau temui cinta yang sejati

sudah cepat lupakanlah aku
jangan pernah ungkit masa lalu
ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku

Kamelia........

kau wanita terhebat
yang pernah singgah di hatiku

sudahlah jangan menangis lagi
ku rasa cukup sampai di sini
mungkin di suatu saat nanti
kau temui cinta yang sejati

sudah cepat lupakanlah aku
jangan pernah ungkit masa lalu
ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku

sudahlah jangan menangis lagi
ku rasa cukup sampai di sini

ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku

Kamelia........


~aku sukati jer tukar pada ejaan Kamelia, bukan Camelia~

Monday, August 24, 2009

alkisah nadia

aku pernah sertai acara sukarelawan
maklumlah
nak menyumbang duit, kurang ada lebihan,
so sumbang tenaga sket² jadilah
rujuk entry ini

baru² nie
aku berpeluang lagi menyertai acara hampir serupa
keterujaan kurang
sebab kali nie berkaitan hal kerja


dalam gelak tawa diraikan,
si cilik bertanya pada aku
'kak, akak ketua ker?'
'bukan, ketua yang itu' (aku tunjukkan bos besar padanya)
then,
aku snap lagi gambar diorg

si cilik ni ganazzz nya kemain lagi
aku snap pic dia
ini jadinya
tadaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kenal?????

aku tanya dia, 'nama apa?'
dia jawab,
'nadia!'
korang kenal????

inilah si nadia y garang (kutemui pada ramadhan 1428H)
dah besar dah dia!

tetiba aku rasa sangat happy! :P

Sunday, August 23, 2009

alkisah ramadhan


awal ramadhan nie
banyak kisah menarik menjadi topik entri blog

kalau orang ini ngan kisah ni, orang tu ngan kisah tu, di radio, semua bercerita kisah puasa

dah setahun aku menetap di sini, tahun lepas, sebab aku br join komuniti nie, agak malu2 dan masih dalam zon menyesuaikan diri, jadinya, solat terawih hanya di rumah, tp tahun ini, aku berazam nk buat sebanyak mungkin secara jemaah.

untuk malam pertama, kami berdua ke surau, di sebabkan aku nk ambung hajat lain, jadinya, aku hanya menunggu kwn aku di luar, aku sengaja x pakai alat bantuan penglihatan (baca:spek), dan masa menunggu di luar surau, aku rs sgt rugi, sbb aku berbual ngan sorang jemaah muda, katanya mmg ramai jemaah tiap mlm, tiap hari ada majlis buka posa n moreh... tp aku x dpt lihat dia ngan jelas, so, lps ni kalau jumpa aku mmg x kan kenal dia....

huhuuhuuuhuu~

mlm kedua lak, aku bersendirian. bahaya jalan sorg2, jadinya, aku pakai la mata tambahan tu. macam2 dugaan gak bagi jemaah wanita di mlm kedua nie. sebelum terawih, ada maklumat sket pasal acara bulan posa. mula jer solat terawih, mikrofon imam malfunction. nganga la kejap sebab tetiba jer makmum lelaki aminkan fatihah.... hahahahahhaha...
then dalam sunyi sebab x dgar bacaan imam tu,
tetiba..............................
'aaaaaccccccccchhhhhhhhuuuuuuuummmmmmmmm'

aku bersin ngan jayanya! sian jemaah wanita keliling aku.. ampun yer!

eeerrrrrr!!!!!!!! esk aku nk bawak mask la.. tp mana leh pakai! adeiii!!!!! camana nie???? aku alah abuk kapet tu!

Saturday, August 22, 2009

Mak

pada yang setia mengikuti blog aku.. sempena awal ramadhan ini, aku luahkan sedikit kerinduan aku pada ibu aku di kampung dan arwah ayah yang dah lama pergi, tanpa sebarang niat meraih simpati atau mengada²..... kali terakhir aku jumpa mak ialah pada bulan awal Jun yang lepas... insyaallah aku bercadang bercuti raya yang agak lama.... maaf andai mengundang kesedihan kalian atau membuat anda menyampah

mak di ladang unta.. mampu menjinakkan unta y memang suka bergambar tu.. entah apa mak pujuk dia, rajin unta tu melayan mak y nak pegang dia

membaca blog CkLah ari tu,
membuatkan aku rindu pada mak

itu sedikit or sejenis dari kerinduan seorang ibu pada anak²nyaini mak n bro2.. bincang masalah negara nie! y terlindung tu, sis3 sedang korek beg.. cari berus gigi

mak aku?spek mak pecah hari pertama tiba di Madinah, diberi sunglass ini untuk dipakai sepanjang menjadi tamu Allah..... sporting kan mak aku?

simple orangnya, melayan sahaja karenah anak² dgn sabar
tidak berpelajaran tinggi
tapi mahukan anak²nya belajar setinggi mampu

pernah sekali mak mengadu
walau ceritanya aku telah tahu sedari awal
dari nada suara
aku yakin mak kecil hati
aku, anak gadis mak y sulung
sangat marah!

dahulu anak² mak masih kecil
kami hanya memerhati
tapi selama mana kami kekal kecil?
kini anak² mak dah dewasa

mak y kepenatan, tapi gembira dapat menunaikan umrah. menunggu flight dr KLIA ke Penang. masa ni aku rasa sangat bersalah sebab x uruskan mak trs terbang ke Penang.. lupa!

ada jua staf khidmat pelanggan cuba melayan mak endah x endah
aku pastikan pengurusnya berhadapan dengan aku (dia claim dia pengurus cawangan!)
dan aku tiba² terkenal sebagai, 'anak makcik tu sangat garang!' (aku x suka gelaran ini!!)
walau dalam talian!

hhehehhehehheeee.......!

Friday, August 21, 2009

Ayah

membaca entry Chekgu BaniHassim ari tu, mengundang kerinduan aku pada arwah ayah. ayah pulang menemui penciptanya setelah 10 bulan terlantar sakit.

ingatan pertama aku adalah pada hari ayah kemalangan, rasanya lah, sbb aku masih kecil, (sangat comel lak tu!) mungkin 3-4thn.

kami berempat di bawa ke hospital, aku berdiri di hujung kaki ayah. ayah berbalut, tapi aku x pasti bahagian mana y dibalut, yang aku tau, ayah suruh aku pegang ibu jari kakinya. aku sentuh, sejuk! ayah pesan, 'hati² naik motor, jangan jadi macam ayah!' (aku x recall ayat sebenar, tp maksudnya lebih kurang beginilah)

kemalangan tu menyebabkan kaki kanan ayah dipotong.

hingga kini aku amat takut naik motor. alasan aku x cukup tinggi hanyalah alasan. aku memang takut. bila menengokkan adik2 aku naik motor, aku gerun.

kemudian, masa aku di kampus, selesai presentation, aku balik ke kolej nk berbuka puasa, elok saja aku nk ke bilik air, ada pesanan yang aku ada tamu, hampir maghrib, tamu mana yang mau jumpa aku? sepupu aku datang menyampai berita ayah sakit tenat, dia disuruh oleh emak, untuk hantar aku balik segera.

disebabkan amat hampir waktu berbuka, aku suruh dia solat maghrib n bbuka dulu, usai solat jer, aku trs berjumpa dia untuk balik kampung. aku x dapat recall apa juadah buka posa aku ari tu. aku hanya tinggalkan juadah yang telah aku beli pada teman sebilik. untung aku dah memang bersiap nk balik kampung esoknya, perjalanan aku dicepatkan. sepupu aku bawa aku ke airport, belikan aku tiket flight dan aku tiba di kampung malam itu jugak. ini pengalaman pertama aku naik flight, tp aku naik tanpa rasa, aku blank! ada x ada pun, aku x sure pramugai or pramugara offer aku drinks, x igt apa respon aku.... aku hanya memandang luar. malam y pekat!

sampai di rumah, adik2 aku dah tido di bilik aku. syahdu sesangat melihat cara tido diorg. masa tu, yang aku ingat ialah, if anything happen, aku akan jaga diorg sepenuhnya. itu rasanya permulaan aku letakkan hidup aku di tempat kedua. apa2pun, adik2 akan aku dahulukan...
sepuluh bulan kemudian, aku sambut kedatangan bro2 di kampus aku. masa tu krisis air sangat teruk, aku baru selesai mengangkut air dr bawah ke tingkat 4. nak mandi pagi. sebab br siap packing barang. nampak jer muka bro2, aku dah tau apa terjadi. kami terus pulang ke kampung. syahdu masa uruskan mayat! tapi aku lihat x setitis airmata mak mengalir, sama jugak kami adik beradik. aku hanya menitiskan airmata merindui arwah selepas kenduri 40 hari arwah pergi, siap berpakej dengan demam! kisah adeq masa kali terakhir menatap wajah ayah, mungkin aku akan cerita nanti

bila bro3 pulak eksiden pada 25 dec 2005, mimpi ngeri aku seakan bermula lagi. mak dah pucat sebaik saja mendengar dia eksiden, sebab dia baru balik dari rumah aku. baru saja bergelak ketawa ngan kami, amik gambar farah melalui grill rumah aku. dalam perjalanan ke hospital, aku sangat takut, mak n sis2 pulak, aku x mampu nk bayangkan apa y diorg rasa. errrr.. sudahla kot, nk bercerita pun aku takut, syukur, bro3 kini makin pulih!

owhhhhhhh!!! satu pengalaman yang aku x sanggup ulang! nauzubillah!


sempena Ramadhan... Selamat berpuasa!
Marhaban ya Ramadhan

Thursday, August 20, 2009

.. dan sambungan...

ulasan seharian tugasan di klcc
bertolak dr rumah seawal jam 6.30 pagi
top up touch n go
then trs ke stesen komuter kajang
aku risau jer.. sebab dah lama sgt aku x naik public transport ke urusan keje
biasa drive sdr jer

aku x tahu ada limited stop tren sekarang nie
setelah sekian lama x menaiki keretapi,
ya, keretapi, bukan tren komuter biasa

aku pakai mask,
(ini bukan aku, sekadar gambar hiasan)

sebab x tahu nk menjangka kesesakan dalam tren
hhehehee... ada lipas dlm tren.....
maklumlah, gerabak lama
turun pun di landasan keretapi KL Sentral,
menapak pulak ke stesen lrt

terkawal jugak keadaan di stesen
ada polis mengawal
hebat rupanya polis2 y bertugas di situ
kebal pada penularan H1N1
x perlu pakai mask
bazir duit kerajaan jer nak bekalkan mask
hehehehehehheeeeeee!

dalam lrt, sesak!

sampai saja, terus urusan kerja
aku bertolak pulang dr sana jam 2petang
jadinya memang x sesak

mask y aku pakai pagi tu dah buang,
penuh peluh n kesan kosmetik
jadinya, aku x pakai mask
masuk tren, petugas lrt pun sama2 ngan aku
dalam 5-6 orang
x pakai mask juga,
mungkin alasan diorg sama ngan aku
(kalau ada design camnie.. kan best!...er, tutup idung ngn mulut la... bukan mata)

sekali salah sorang tu batuk!!!
cessss sungguh,
nyesal aku x pakai mask!
entah apa virus dia bawak!

sampai opis,
byknya problem kene selesaikan
aku letak beg kat tempat staff jer,
x masuk workstation aku pun,
hanya di tingkat bawah melayan karenah pelanggan

dan juga,
penemuramah untuk konsultan

usai semuanya,
jam 7 petang
aku balik rmh dengan penat!

sakit kepala melanda sebab kene hujan sket,
makan ubat dan TIDO!!!

errr.. bukan terus tido pun,
siapkan entri 'a shoulder to cry on'
x leh stop layan lagu tu kat youtube

Wednesday, August 19, 2009

a shoulder to cry on

a beautiful song by Tommy Page for me it's so soft, soothing, calming
like a brush of feather on your feeling when u feel not up to yourself


credits to eddie for awakening my memory towards this song
you all can go t
hrough the nice, soothing words in this song

ENJOY!!
*********

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further
When you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let your
Feelings take you down,

It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and
Feelings that you hide,
But you might feel better if
You let me walk with you by your side

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,

I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,

I'll be your friend to rely on,

When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there.





All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on

Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand


No matter what is said or done
Our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on

When the whole world is gone
You won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on

When the whole world's gone
You won't be alone
Cause I'll be there!
You have my shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely on

When the whole world's gone
You won't be alone
Cause I'll be there!


with the disturbing headache I got, I just can't stop listening to this song.......... owh!!!!!!

Tuesday, August 18, 2009

Staff Assembly



ura-ura staff assembly ni dah lama aku dengar. malas nk amik pot jer... bukan apa, buka mulut, bakal terima tanggungjawab. bukan x mahu, tapi bila semua kita buat, unit y sepatutnya buat, bakal mencemuh kekurangan majlis. MENYAMPAH!

so, jumaat lepas, sebelum aku ke acara bloggers' gath, aku siapkan urusniaga untuk sabtu dan jua memilih hadiah untuk acara ini. bajet kecik tapi nafsu besar. nak mohon sumbangan, kampeni sombong, diharamkan.. jadi apa y berjaya aku bodek, itulah tahap yang staff akan dapat.. cam siyot!

tapi syukur, better than nothing kan? gambar sepanjang acara??? maaf! jua x boleh dipaparkan, karang kantoi, kene diciplinary action sebab aku x declare kewujudan blog ini pada pihak berkuasa kampeni.

huh! ini personal life aku, luahan rasa aku, pehal lak diorang nak tau....! lagipun aku tau ada sorang dua di pihak penguasa kampeni sangat kurang puas hati ngan aku. sebab? aku best dari diorg! hehehehehhehehehehehehheheeeee......!!!!!!

sinambungan rasa sedih, kecik hati dan sebagainya.... ari ni aku ke KLCC.. patutny seharian, tp banyak agenda di opis, jadinya aku pulang awal.....

sekali lagi konsultan bakal ditemubual... huhuhuhuhu..

aku? sangat berterima kasih pada org y sudi meluangkan masa mendengar luahan kecik hati dan kecewa (kecewa???????????????????) aku pada masa kejadian....... anda tau siapa anda, maaf andai menyusahkan! pada teman y ingin berkongsi rasa malam td, maaf jua, bukan x sudi, letih kilang airmata aku nk bekerja lebih masa.. nnti aku ceritakan....... kita sembang lama², x yah tido!

Monday, August 17, 2009

Terlalu Emosikah Aku?


emosikah aku
andai tiap soalan
dijawab acuh tak acuh

emosikah aku
andai sedetik berlalu
kau beri jawapan
pada persoalanku
dengan cara itu

emosikah aku
andai dalam kebuntuan aku
kau gugat apa yang ada

emosikah aku???
atau
emosikah aku???

maaf... aku sudah berkecil hati... tempatku bukan lagi di sini
kususun langkah mulai saat ini!
apa yang berlaku, anggap saja aku terlalu emosi!

D'Muar - post gathering

'bersurai jer, aku trs masuk opis.... langsung lupa pasal minyak keta masy n anne.. korang sempat sampai petronas x?'

masuk jer ofis, x ramai pelanggan... hhhhhhhhhmmmmmmmmmmm????? mungkin dah kurang panik pasal H1N1 kot, x pun orang dah fed-up... kekekekkekeee... hopefully the 1st one laaaa...
aku menonong jer terus ke tempat staff aku, mls nk bertegur sapa ngan petugas y ada. bukan apa, biasa diorg mmg x perasan aku bila tanpa uniform. lgpun mls nk bersoal jawab naper aku dtg tengah2 mlm.
jumpa staff aku, owh! condition dia sgt teruk, demam ngan suhu badan 39.5... karang jadi apa2 anak orang, payah!
staff yang aku panggil nk gantikan dia belum tiba, aku call lagi, dia mmg bersungguh nk datang cover, kalau dia x dapat dtg or putus asa menunggu transport, harus aku tutup jer urusniaga unit ini, pass pada unit 24jam. aku blh jer sambung tugasan dia, tp baloi ker?
selesai dia buat 'nasal swab', dok kejap lepas tu, staff ganti datang.
aku balik dengan pesanan penaja, sila hubungi aku x kira jam berapa untuk beritahu keputusan dia. kalau dia positif, maknanya, aku kene amik ujian tu gak. mana tahu aku pun terjangkit, dan perlu jugak menyediakan diri in case aku lak sakit,. dan perlu gak self - quarantine. untungnya, aku dah lepas berjumpa ngan korang. kalau x, korang juga perlu monitor tahap kesihatan diri.

aku sampai rumah almost 1. mandi, n tunggu result staff.
dia sms jer result dia positif B, aku trs tido, sebab sabtu aku bakal letih.

ini urusan sabtu aku:
malu² alah konon..... aku paksa pakcik pembuat belon tu pakai mask

sungguh sonok dia dapat belon² tu, baru dua...

dah dpt tiga, abang dia agah pun dia wat x to jaaaaa

ini sebahagian kanak² y enjoy ngan kehadiran abang clown nie... percubaan pertama yang agak baik, cuma masalah H1N1ni laaaa. ampeh sungguh!

usai di sini, aku ke temujanji lagi satu
sesi mengurut y sangat heaven tp sangat seksa
di suruh aku mengulang lagi sebab mmg byk problem bdn aku nie..tp tgk poket, cam x brp tebal daaaaa.....




Sunday, August 16, 2009

D'Muar

Tarikh: 14 Ogos 2009, Jumaat
Lokasi: D'Muar, Kajang
(tempat aku mkn mee bandung sedap time lunch, ini kali kedua aku mkn time malam)
Senarai Kehadiran: (ikut masa ketibaan) HEMY, Wafa, Kueh, Masy, Anne, Aim-a, K.e.r.i., John

hehehe.. ada org nk tgk gambar sate kan...
inilah dia gambar sate


ini pulak bila dah almost abesss....
aku, anne , anul x berjaya habiskan sate kat pinggan kitorg
wafa, kueh n masy, sepinggan, licin!
sebab ada org tu mmg plan makan sampai 15 cucuk!
aima, john n keri, licin gak! so, john n kueh telah dgn berjayanya menghabiskan semua sate y ada di pinggan kami... hehe..

borak punya borak punya borak punya borak punya borak punya borak.....
memasing lupa nk balik....(sekadar gambar hiasan)
antara topik kami.....
~ buka posa
~ nk ke broga hill lepas raya
~ pasal kisah aima....
~ err... errrr... errrr
(aku lost... otak kat opis.... ada staff demam trk, tp x leh release sbb x ckp staff.... nnti aku bukak stori pasal nie!)


ms btl² 'jom' y sumer angkat bontot dr kerusi tu.....wafa gelak² jer...yer la.. brp kali jom... sumer sambung stori lg...

then, group pic mesti ada.....
(sila fokus pada anne n john y sepakat)
(exclude tuan rumah, aku kan dah pangkah awal2 bab masuk muka sdr dlm blog)

BTW, nice meeting u guys, Masy & Keri, sory sbb kurang borak ngan korang.. Anne, nice meeting u.. nmpk penat sgt²

bersurai jer, aku trs masuk opis.... langsung lupa pasal minyak keta masy n anne.. korang sempat sampai petronas x?

Saturday, August 15, 2009

Kau dan Aku


katanya....
dia terkejut
kami berbahasa kau dan aku
apa bezanya manusia seperti kami?
perlukah gelaran?
kita sama
tapi x serupa
perlukah darjat berbeza mempengaruhi bicara?
bukan hormatku hilang
atau maruahnya tergadai
ini hanya bicara
kata² yang menunjukkan akrabnya ikatan

susah.......
tatkala bicara jua perlu diprotokolkan
ingin aku bertanya
berapa kali aku bernafas tidak mahukah diatur?
berapa kerap aku batuk atau bersin tidak mahukah diberi jadual?


psssstttt: aku nk update pasal acara makan sate tadi.. tp aku lupa bawak balik kaabel kamera.. eeeiiiii.. geramnya

Friday, August 14, 2009

Kisah malam tadi

menonton disney channel tadi,
yup! korang x salah baca!

aku layan disney channel
kisah2 remaja
y amat indah
meringankan kepala yang serabut

tadi dia selamatkan ayahnya yang jatuh gaung tatkala mengambil gambar
dan dia sedar, dia mampu punya dua ayah

menonton itu,
ditambah kisah kematian Ustaz Asri,
membuatkan aku terkenang arwah

aku berlebihan dalam kesedihan ini...

***********

kemudiannya,

menonton pula Criminal Minds
pasal salah sorang teammate diorg kene tembak

support dari teammate yang lain membuatkan aku kembali sedar
dalam hidup kita sekarang nie
serapat mana pun kita ngan ahli keluarga
orang terdekat ialah teman sekerja
mereka lebih memahami
kadangkala mereka lebih mengambil berat

sanggup menemani saat dalam kesusahan
melepaskan tembakan dengan yakin, tanpa ragu
atau teragak-agak

terfikir aku
ally mcbeal, friends, csi, greys anatomy, bones, leverage, house, dan ini, criminal minds
semuanya berkisar kisah rakan seperjuangan dan persekitaran tanpa keluarga
kita mampu bahagia
walau di mana kita berada

cuba renungkan diri kita
.............................................................................................................
~huhuhu

ps: mlm ni mkn sate ngan fellow blogers, sapa nk join, hubungi aku or wafa...


Thursday, August 13, 2009

..........................



"pohon berdiri tegak meninggi
menjadi pancang gerbang negeri
terkunci oleh hatinya puteri
tidakkan mungkin terbuka lagi"

"haruman tanah kuntuman seroja
Menghilang pergi tiada abadi
pada wajah tiada memuja
mengharapkan kasih tidakkan jadi"

~kredits to ZakiZainol

Wednesday, August 12, 2009


ari ni aku balik keje lambat sebab ada konsultan ditemuramah. kelakar pun ada bila golongan profesional ini berdepan ngan kamera

tapi itu lumrah... dah kepakarannya bukanlah berlakon atau bercakap di hadapan kamera. kalau
nak yang hebat macam tu, cari la Rosyam Noor ker, Dato' Jalal ker.... bukannya konsultan yang kerjanya walau berdepan dengan karenah pelanggan, tapi dunia glamer bukanlah sesuatu yang mereka ambil peduli.

tadi, menonton citer ini di tv.... serasanya apa pergolakan emosi si Melinda tu yer???? menjadi menjadi moderator dua alam. Menyatukan yang terpisah. Memberi kedamaian pada hati lara. Melangsaikan tuntutan hati yang telah pergi.

kuat sungguh aku tengok jiwa dia. tegar, kental, tabah

teringin rasanya aku menjadi moderator seumpama dia, cumanya, aku x sanggup nak menghadapi alam yang satu itu. kalau datang dengan rupa senonoh macam y dia selalu jumpa tu ok la.... tapi maunya yang datang sumer ada rupa cam er.... errr.... ala.. yang ala² citer y aku x mo tengok tu, asyik demam terkejut saja la aku nanti.

di dunia ini andai menjadi moderator, biasanya perlu banyak ladang tebu di pinggir bibir.... hingga membuatkan semua pihak terlupa akan miang tebu itu. sangat x sesuai ngan aku yang lurus bendul nie... luruskah aku?????

jujurlah dalam berbicara
jujurlah dalam setiap perkara
alangkah indah andai semua insan di muka bumi ini jujur
pasti semua ahli politik bunuh diri..
kekekekekekekekekkekkekekekkekeeee

Tuesday, August 11, 2009

W.O.R.D.S



Smile an everlasting smile, a smile can bring you
Near to me.
Don't ever let me find you down, cause that would
Bring a tear to me.
This world has lost its glory, lets start a brand
New story now, my love.
Right now, there'll be no other time and I can show
You how, my love.
Talk in everlasting words, and dedicate them all to
Me.
And I will give you all my life, Im here if you
Should call to me.
You think that I dont even mean a single word i
Say.
Its only words, and words are all I have, to take
Your heart away



p/s: saat ini, kemahiran menggunakan perkataan adalah sangat penting....
p/s/s: buat kamu, sudah²la menyakitkan hati aku yer.... biarlah apa y terucap adalah yang dilaksanakan..

Monday, August 10, 2009

Wajah Yang Dirindui




aku kan dah beritahu nk memenuhi bulan ni ngan entry y banyak... jadinya.. dalam menyediakan entry, bila ketandusan idea... ini lah y aku masukkan...

Shahrul Faris.. dah berjalan, sangat berminat ngan telefon, dah ada tiga batang gigi...
raya ni nk beli apa ya kat dia..?? baby boy sangatla susah nk pamper ngan barangan.... aku hanya penah beli sehelai baju kat dia.... asyik2 mata aku bertumpu pada baju buat si kakaknya...
haiihhh... raya ni dia baru berusia setahun, beli kasut pun ok kannn????? dah dia blh jalan dah nie... tp kasut baby girl sungguh comel......!

Sunday, August 9, 2009

I miss U

faris y x mo dok diam ms kami makan di Pavilion ..... ngengada tau! hehehehheehehhehe
jap berdiri, jap duduk........ last² dokong sambil jenjalan seluruh food court!
farah ngan aksi membodek sebab dah nk balik.....
masa di swimming pool.... lps tu kami pun trn ke pool..... dah xder la gambar dlm pool.. dah ada sket iras² rupe dugong, x gamak nk bgambar... kkekekekkeke

Saturday, August 8, 2009

aku kene tag


aku terima ini dr MometInLife a.k.a Wafa. Thanks sebab aku kekeringan idea menyediakan entry, cadangnya aku nk buat entry setiap hari bulan nie... Insyaallah bakal berjaya. But aku akan buatkan scheduled entry, & aku nk tgkkan statistic komen aku, konon nk tau glamer atau x aku nie... ahahahahhaahhahaaaaaa



1) Copy award untuk diletakkan di blog anda ~ done

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini
1.
a~ 1st time jumpa di stadium MSN, bukit jalil masa aku tgh mengikuti acara Relay For Life '09. time tu aku serabai giloss... yer la, tempat ramai orang kannn, aku lak dah berapa kali peluh, kering, peluh, kering.... mmg la sememeh!

b~ kali kedua jumpa di rumahnya, di negeri y aku kurang gemar. tp pengalaman baru kali ini amat mengujakan

c~ sebelum berjumpa dengannya di sana, aku tanyakan kerjaya nya pada blooger lain, jawapan : saintis! (aku terkedu, kagum!)

d~ hehehehehheheeeeeeeee..... masih ragui hati sendiri. Insyaallah, rajin²lah mengaji sambil mendalami apa y dihadiahkannya itu, pasti ada hikmahnya. tapi jangan paksa hati ok!

e~ sangat independant, walau aku jua jenis independant, tapi aku xkan mampu se'independant' itu

f~ constant traveller!

3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

a~ kumpulan darah B+.

b~ suka derma darah, tapi takut jarum! sangat gerun melihat itu jarum okey!!! pernah ada budak kecik tgk aku, trs meraung ketakutan sebab aku y dewasa ini pun takut amat bila nak diambil darah, inikan pulak dia y kecik itu.. teruk aku kene kutuk ngan nurse! cesss

c~ bukan anak sulung, tapi aku kakak dalam keluarga

d~ aku suka membaca

e~ amat sukakan siri CSI (semua - vegas, miami n NY), house, ally mcbeal, bones, friends, ncis, greys' anatomy, terbaru - leverage. semua aku boleh tengok berulang kali tanpa jemu

f~ ibaratkan aku bagai ketam: lembut di dalam, keras di luaran, mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan diri sendiri jalan mengiring. sila elaborate sendiri. Dan, ko mmg terer wafa, aku memang sangat garang. hehehehehe
6. .. da


4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
1. cikKompius: ko skrg malas update kan? buat ini tag ya!

2. ara-bella: sebab ko buatkan aku seram membaca blog ko dalam siri keliwon itu... ker ko dah buat??? aku nak tag ko gak!

3. eddie dewanaga: bro, bolehkan???

4. kak Ungku: akak pun jarang dah update....

5. syah: buat, jangan x buat

6. juliet: entrynya best!

7. KTS: cam jarang jer update blog skrg nie. sgt bz katanya!

8. YB: projek juta² jer YB ni skrg... ehehhehehehehe

9. John: si extreme hiker nie... sila jaga tubuh badan anda ya!

10. erina: aku masih membayangkan ABCnya... ntah bila aku akan ke sana! huhuuhu padahal bukanla jauh pun shsh alam tu...

Soklan seterusnye.

1. Nama timangan anda?--------> zonAku
2. Anda Seorang Yang?--------> garang tapi baik hati!
3. Insan Yang Teristimewa?------------> pastinya mak, then followed by............. etc
4. Lagu Kesukaan?-----------> terbaru? bisikan cinta dr one nation emcees (careless whispers)
5. Makanan Kesukaan Anda?--------> apa saja y mak masak
6. Sikap Yang Membuat Anda Stress?---------> hehehhheee.... semua semasa aku tgh tension
7. Warna Kesukaan Anda?----------->hitam, biru, putih. standard colour
8. Benda yang mesti ada dalam beg?-----------> pen
9. Kali terakhir anda menangis?------> rabu lepas. (6 ogos 2009)


okey! siap!!!! aku sekadar tag korang, sila jangan anggap ini bebanan. andai sudi, aku amat berbesar hati... terima kasih!

Friday, August 7, 2009

penyakit femes

di masa wabak sekarang sangat berleluasa, aku x rasa rakyat Malaysia sangat peduli tentang penularannya. as for me, since persekitaran pekerjaan aku memang sangat mendedahkan aku dengan pandemik ini, so aku yakin aku peduli

cumanya, andai ada antara korang yang mampu mengelakkan dari mendedahkan diri dengan sengaja, sila berbuat demikian. fikirkan andai korang mempunyai virus itu dan badan korang mempunyai sistem imun yang kuat, tapi disebabkan kurang kesedaran diri, korang telah menyebarkan virus itu pada anak saudara kesayangan korang yang berpenyakit paru - paru atau asma. korang penyumbang pada punca kematian dia ~ nauzubillah

hari rabu, dalam perjalanan aku ke lokasi sukan mingguan, aku terdengar dialog pemanggil di HotFM, jam lebih kurang 6.25petang. pemanggil kurang sihat, dan telah di syaki mempunyai jangkitan virus, diberi home quarantine. bila ditanya oleh penyampai, apa plan dia menghabiskan cuti kuarantinnya, dengan BANGGA dah gembira, dia menyatakan dia nak ke cinema menonton GI JOE. aku hanya mampu mengutuk dalam hati, penyampai sangat terkejut!

ini rupanya mentaliti rakyat Malaysia!

teringin aku andainya benar dia berpenyakit dan dia benar2 pergi ke tayangan itu, biarlah kekasihnya atau anchor hidup dia pun sama mendapatnya dan terlantar dalam keadaan nazak, akibat dia yang tidak bijak! bukan aku busuk hati, tapi kerjasama mengurangkan penularan adalah amat diperlukan.


khamis, aku dapati, ada arahan terbaru dari kementerian, kanak² di bawah usia 12 tahun dan warga emas or manusia berpenyakit, tidak dibenarkan melawat pesakit di hospital. arahan yang memang ada cuma tidak pernah dipraktikkan dengan tegas dan betul.

~ aku belum sembuh, tapi berkurangan.... the proposal, GI JOE, Public enemy- perlu aku laburkan duit membeli DVD nya nanti~

Thursday, August 6, 2009

BENGANG!


Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Chorus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu

bagi aku lagu ni simple n mewakili luahan perasaan aku pada saat aku sediakan entry ini
mood aku br jer ok, tetiba, di gugat! aaaaaarrrggggghhhhh!!!!!!!!!!!! benci!
go away!

Wednesday, August 5, 2009

why they march?


Berkaitan dengan perhimpunan menyesakkan jiwa sabtu lepas, aku amat tertarik dengan artikel di suratkhabar percuma ini. Tajuknya 'Why Do Malaysians March?'. Rujuk sini untuk artikelnya.

Jadi, kenapa sebenarnya orang menyertai demonstrasi jalanan itu????? Di tambah pula musim penyakit berjangkit (H1N1) sedang merebak dengan pesatnya, sampaikan aku hampir melanggar peraturan yang tidak wujud di pejabat? (sila abaikan part ini yer!)

Dan hari ini ada lanjutan mengenai hal sama. Tajuknya 'Because they Did Not Care?'. Rujuk
sini untuk artikelnya.

Haihhh.. macam-macam........!

Followers