About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....
Showing posts with label ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label ulangtahun. Show all posts

Friday, August 11, 2017

Memuah Raya 2017

 Ok, Mood nk update blog elok harini sebab aku sangat stress, so need to write up something to enable me to move on.

Lunch sebeum balik : Ikan keli cilipadi, masak lemak itik salai, telur dadar petai, kangkung goreng & tempe goreng


Since Mei 2017, seawal - awalnya, macam2 berlaku. Ini semua membawa ke kesibukan yang berpanjangan sampai sekarang. Kiranya tahun 2017 since january aku x pernah x busy.

Nak berjumpa #Memuah, bukanlah satu urusan yang senang, tapi syukur, kami sentiasa berusaha untuk berjumpa. Bila ada proposal gathering ja, seboleh mungkin kami akan usahakan untuk semaksima ahli akan hadir. Moga ukhwah kami ni sampai ke syurga. Kata orang, sahabat yang baik2 akan membawa kita ke arah kebaikan. Setakat sekarang, memang ini yang kami amalkan.
Bab membahan dan bergelak ketawa tak perlu di perkatakan lagi.. mendapat la kalau silap sikit, but semua x simpan lama dalam hati. ko jadi bahan gelak harini? esok ko pulak gelakkan yang lain. Dunia ni berputar, bila kau di atas, nikmatilah kegemilangan, saat di bawah redha..

Setelah Memuah Iftar berlalu dengan kehadiran minima, kami decide untuk berjumpa sekali lagi. Dan Wafa' dengan berbesar hati mempelawa kami berhimpun d rumahnya d Bahau. Memula aku niat nak amik ETS terus ke Gemas, tapi x jadi, maka ke KL Sentral saja.

Rezeki kan.... dr KL Sentral, another friend fetch me, a blogger too, also officemate. Kami ke pejabat lama untuk berjumpa kawan2 lama sat, sementara menunggu Masy & Anne amik kek. Ya, kek besday wafa' n aku. Keknya adalah pilihan diorg, dan as requested by Wafa', as long not chocolate, walaupun chocolate cake is my fav. DAN.. kek tu SANGATTTTTTTTTTT SEDAPPPPPPPP! TQ masy & anne.

Sepanjang jalan ke Bahau, memacam la kami nk beli n makan. 2 kali je berenti, sekali  beli coconut shake, sekali lagi beli ITIK SALAI! dengan dodol cair faveret masy n anne, yang lupa nk dimakan n tertinggal di sana. Pastu terbaca signboard 'Noneh Kocak'. Jenuh la memikir pebenda la tu. Bila sebut, terus aku n anne gelak giler... baca rasa pelik, sebut baru paham.. silalah sebut ye!

Kami y paling awal sampai. diikuti sepul, then keri n anul y membawa jard. Cukup la korum kehadiran memuah walau x lengkap. It's OK.

Makan2 dengan riang ria sebelum bergambar. kadang2 rasa matlamat kami bila berkumpul raya or iftar ni lebih kepada nk bergambar sesaja. DAN aku pulun pakai baju kurng siap2 dari Penang tau!. Kul 4 pagi bersiap pakai baju kurung sampai ke malam, dah tgh malam bari aku mandi n tukar baju. lebih kurag 20 jam la rekod aku berbaju kurung kali ni.


As usual... bila berjumpa ja.. meriah sakan.. kai memang dari latar berbeza, namun kami sentiasa gembira bila bersama. Pic lompat kali ni sangat huru hara. Counting semua ke laut. Owh, menu paling sedap kali ni is nasi minyak pink. aku mmg ulang2 walaupun aku sebelum ni reduced rice intake, but aku ulang paling siki 4 ke 5 kali tah.

Itik salai y dibeli tu jadi lunch kami the next day sebelum balik ke rumah memasing. Tq anne sudi masakkan masak lomak. kalau x der anne, mampos aku kena paksa memasak. Mana aku reti!

Pagi ahadnya, kami ke pasar batu kikir.. ala yang lagu 'batu kikir jambatan bosi.... gulai udang sebelanga...' (betul ke sebelangan liriknya?)

an bergambar la d jambatan bosi tu jugak sekeping. Kat situ aku syokkkk tengok ada siput sedut, kalau la aku balik ngan ets ke driving ke, harus aku beli tu. tapi x kan nk usung siput y hidup2 tu naik flight? Jenuh nk mengutip satu kapal terbang kalau dia merayap.

Then aku notice semua ikan yang di jual di sana are ikan darat.

Balik tu wafa duruh aku kelar n bersihkan ikan semilang.. dah siap aku belek2 dan hairan, mana datang lak ikan semilang?? Semua ikan darat ja tadi, MAYBE la aku  tak nampak ada jugak ikan laut. Dlm kereta otw balik ke airport, bila KERI tanya, baru aku perasan that is IKAN KELI. Sejenis ikan y aku x pernah pegang. makan pernah, but agak geli sebab ikan keli n haruan aku mentally kategorikan as ikan geli. OMG!!! hahahahaa.. TQ Wafa'! Ko buatkan aku atasi kegelian aku. Tanpa sedar!
hehe...

Jom Layannnn gambar2... owh, pic2 yang aku update kat mukabuku, kawan2 aku kata ketara suasana keriangan. Orang yang hanya memandang tanpa kenal kengkawan memuah aku megakui gambar2 kami menyebarkan senyuman dan rasa happy.



senyuman ikhlas n happy.. muah muah



hummingbird cake.. sedapp.. aku ulang SEDAPPPPPPPP

actually my 4th cake for this year's bday
pergi bergambar kat sawah yang 7 minit 'je' dari rumah
berlatarbelakangkan rumah
macam2 gaya dah,, tetap x menjadi


gigih tau atur kereta belakang tu

kannnnn kata dah pic x jadik

terbukti kannnnnnnnn

memuah ladies.. stay gojes semuaa

wafa y snap. senyum saja, but this is the one y kawan aku kata nampak aura happy sesangat


nak balik dah.. sekeping bersama Ummi.. ada rezeki kami berkunjung lagi ya ummi & Wafa' & hubby. Terima kasih sangat2!

Friday, April 29, 2016

Happy Admin Day

It falls on the Wednesday of last full week in April every year.
They said that if the boss forgets this day, it'll be at his peril.
.
Tetiba bunyi cam kejam. 😍😍. Tidak la ke level tu, but small things do made up to the big things.
Anyway, this made my day : 



 Today is the director's bday. I waited till eod before sending him my wishes. One of the reason is I need to prep for the big shot visit next week too.
& he replied with;

Thanks a million ~ZonAku~. I am extremely touched. 
I am happy that I could do something small to appreciate all  the hard work that you put in. It was very small token of our appreciation.
See you next week.

I'm more than happy, honored actually. Simple yet very extremely meaningful.


Wednesday, February 11, 2015

Anniversary

Yeah,
it's Feb 11 again, marking my 7th year of blogging.

A kid would have started school.

A blog?

Well, matured enough. I still will type my entry, even at times I update my ig much frequently compared to here. Yet this blog will always be my fav to spill my hearts, and thought, or, simply my nonsense ramblings.

Here, I develop the treasured relationship with #mymemuah. Zona been created. I know people almost up at intimate level, online, platonic intimacy for sure.
I also get to know people without knowing them. A nice world right? Alhamdulillah, nothing not good so far, always be, InsyaAllah.

Happy annyversary to myself!








Wednesday, January 21, 2015

One!


on March 25, 2014 at the age of 63days, this is the first pic in my newly bought first smartphone, by Faris
X mo pandang camera pun....
jalan2 p dinner pun baikkk ja.. dok dendiam ja
nom nom nom...

apa pandang2... sedap tau! nak try ka????

Yeah... bediri atas makchaq... leh capai apa y ada kat atas ni

kannnnn.... success!!!!

one of earliest attempt berdiri n jalan

main-main-main.... x tau jatuh yang mana satu y kasik lebam dahi ni. (rambut dah ketara kerintingnya)

Jan 20, 2015 ... muka banyak akai!!!!! 
My 7th rakyat, Qaseh Eryna is now 1!!
Happy birthday sayang. 


from her mom

Tuesday, November 11, 2014

Sara Farisha : 3 wonderful years

11.11.11
this lovely baby was born.
she is 3 today

In this blog, I always address her as Sara, but in daily life we call her Icha. Faris n Farah always called her as 'kesayangan mak chaq'.

Makin bersar, makin banyak akal.
Moga membesar jadi anak y solehah, aku doakan yang terbaik untuk kesayangan aku ini.

Saturday, May 3, 2014

Mak

~auto publish~

3 Mei. Ulangtahun kelahiran mak.
Mak & Sara

Konvo anak bongsu mak (in total mak attend 9 majlis konvo, sayangnya ayah x sempat attend walau sekali)


Ibu pada kami bertujuh. Emak mertua kesayangan para menantunya. Tok mek favourite cucunya.
Penyabar, walau garang tetap bertempat.

Mak dan anak2 kesayangannya... moga semuanya anak2 y soleh n solehah pada mak n ayah

Usia 67 tahun, mak bukan lagi sekuat dulu. Semangatnya saja yang masih belum pudar.

Hobi nya masih memasak, walau seleranya dah mula berkurangan. Kadangkala, saat aku melangkah ke pejabat, kari di dapur dah mendidih. Cuma perlu dibeli ikannya saja.

Memasak bagi mak, kalau x cukup bahan minimanya, baikla x usah memasak. Tapi kebelakangan ni, mak dah x strict macam dulu. Dah dimodenkan dah cara dia masak. Kadang tu asal ada. Pizza dah bukan lagi kegemarannya. Kadang tu dia x mau pun makan lasagna bila ke pizza hut. Prosperity burger masih dia suka. Walau kami dah x mkn di mekdi, tapi setahun sekali musim prosperity burger ni, kami akan still belikan untuk dia.

Mak jenis x banyak ragam, tenang jiwanya, kuat hatinya. Masa ayah eksiden, kami masih kecik, pandai saja dia uruskan. Masa ayah meninggal, kami x la besar mana pun (usia, bukan saiz), tapi mak tetapla insan y i-look-up-to.
Mak & anak bujangnya bersama sebahagian dari cucu2

Pemikiran mak juga x kolot, tapi mak jenis pemalu. Dan sangat berdikari. Kiranya aku n adik2 aku boleh buat almost semua benda sebab mak. Kami tgk mak buat semua sendiri masa kami membesar. P pasar, bayar bil, bawa p klinik, buat baju, masak, gergaji papan, bertukang, basuh keta, mesin rumput, bunuh ular, macam-macam la.... Dan mak x blh duduk diam dalam rumah. Pokok bunga dia n rumput di laman tetap dia nak menjenguk. Dahla tanam apa pun menjadi, makanya, mak suka bercucuk tanam.

Mak terer matematik. Setakat dividen n bonus asb tu, sonang bai tu je la dapat ke dia. Satu kemahiran yang aku x ada.

3 Mei 2014, kami sekeluarga berlepas ke Langkawi. Percutian keluarga yang tertunda since November 2011. Bulan mei juga menyaksikan banyak tarikh bermakna keluarga kami.
1 mei : Wedding anniversary sis2 & BIL1
3 mei : bday mak
20 mei : Wedding anniversary Bro1 & SIL1
25 mei : bday sis2, awin

Lepas langkawi, destinasi yang mak selalu sebut2 ialah Melaka. Nexxxttttt!!!!!!

gambar lama. depan sangkar helang 


:: akak doakan Allah pelihara kesihatan mak, panjangkan umur mak sebab kami masih belum puas bagi mak kemewahan dan kegembiraan, juga memohon Allah lapangkan jiwa mak, berkati & lindungi kehidupan mak, bahagiakan mak macam mak bahagiakan kami anak2 mak, ampunkan semua dosa2 mak dan ayah, dan tempatkan mak dan ayah di syurga bersama2. Semoga Allah cepat2 lengkapkan mak dengan 7 menantu dan juga cucu dari setiap pasangan anak & menantu mak. Amin ya rabbalalamin ::

Al-fatihah untuk ayah & Aqil Hamzah

Thursday, April 17, 2014

April 17

Every year..... since like forever
I dreaded this day.











































Happy Birthday........ Moga baik2 saja.

Tuesday, June 25, 2013

For Fun Only......

Tgh2 cari bahan... aku terjumpa menda ni... Something nice... sapa2 nak keluar ayat yang jangan menyamakan diri dgn binatang ke seangkatan nak menasihati hal2 tu... mohon x yah baca ye.... this is purely for fun only... a good thing to reflect on your personality n behaviours.



Very Useful Birthday Chart for You !!
******************************
This is very useful birthday chart that predicts your character based on the day you were born on. Check it out yourself and see what this birthday chart reveals for you.

If you are a Dog:
A very loyal and sweet person. Your loyalty can never be doubted. You are quite honest and sincere when it comes to your attitude towards working. You are a very simple person, indeed. Absolutely hassle free, humble and down-to-earth! That explains the reason why your friends cling on to you! You have a good taste for clothes. If your wardrobe is not updated with what is trendy, you sure are depressed. Popular and easy-going. You have a little group of dignified friends, all of them being quality-personified.

If you are a Mouse:
Always up to some sort of a mischief! The mischievous gleam in your eyes is what makes you so cute and attractive to everyone. You are an extremely fun-to-be-with kind of person. No wonder, people seek for your company and look forward to include you for all get-togethers. However, you are sensitive, which is a drawback. People need to select their words while talking to you. If someone tries to fiddle around and play with words while dealing with you, it is enough to invite your wrath. God bless the person then!

If you are a Lion:
Quite contradictory to your name, you are a peace loving person. You best try to avoid a situation wherein you are required to fight. An outdoor person, you dislike sitting at one place for a long duration. You are a born leader, and have it in you how to tactfully derive work from people. You love being loved, and when you receive your share of limelight from someone, you are all theirs! Well, hence some people could even take an advantage, flatter you to the maximum and get their work done. So be careful.

If you are a Cat:
An extremely lovable, adorable person, sometimes shy, with a passion for quick wit. At
times, you prefer quietness. You love exploring various things and going into depth of each thing. Under normal circumstances you're cool, when given a reason to, you are like a volcano waiting to erupt. You're a fashion bird. People look forward to you as an icon associated with fashion. Basically, you mingle along freely but don't like talking much to strangers. People feel very easy in your company. You observe care in choosing your friends.


If you are a Turtle:
You are near to perfect and nice at heart. The examples of your kindness are always circulated in groups of people. You, too, love peace. You wouldn't like to retaliate even to a person who is in the wrong. You are loved due to this. You do not wish to talk behind one's back. People love the way you always treat them. You can give, give and give love, and the best part is that you do not expect it back in return. You are generous enough. Seeing things in a practical light is what remains the best trait of you guys.

If you are a Dove:
You symbolize a very happy-go-lucky approach in life. Whatever the surroundings may be, grim or cheerful, you remain unaffected. In fact, you spread cheer wherever you go. You are the leader of your group of friends and good at consoling people in their times of need. You dislike hypocrisy and tend to shirk away from hypocrites. They can never be in your good books, no matter what. You are very methodical and organized in your work. No amount of mess, hence, can ever encompass you. Beware, it is easy for you to fall in love.

If you are a Panther:
You are mysterious.. You are someone who can handle pressure with ease, and can handle any atmosphere without going berserk. You can be mean at times, and love to gossip with your selected group. Very prim and proper. You like all situations and things to be in the way you desire, which, sometimes is not possible. As a result, you may lose out in some relationships. But otherwise, you love to help people out from difficult and tight spots when they really need you.

If you are a Monkey :
Very impatient and hyper! You want things to be done as quick as possible. At heart, you are quite simple and love if you are the center of attraction. That way, you people are unique. You would like to keep yourself safe from all the angles. Shall your name be dragged or featured in any sort of a controversy, you then go all panicky. Therefore, you take your precautions from the very beginning. When you foresee anything wrong, your sixth sense is what saves you from falling in traps. Quite a money minded bunch you people are.

Like Information Unlimited 

*******************************************************************************

Seriously, it is funny. In this chart, i fall in the cat category, but a fashion bird???? definitely NOT ME! 
HAHAHAHAHHAAAAAAA.....



Tuesday, February 19, 2013

bukan kerana nama

ya.. aku menulis bukan kerana nama

sekadar berkongsi rasa. kebanyakan masa, aku x kisah bila entri aku tiada pengomen.
pernah aku cemburu bila ada entri blogger lain cecah ratusan komen. tapi aku? x pernah rasanya mencecah 30 komen pun. tapi, aku kembali membelek diri, dan ya..... aku sekadar suka menulis mengikut rasa hati. tanpa mengharap mendapat nama.

dan tahun ini, februari ini, 11 februari lepas sebenarnya, blog aku mencecah lima tahun. boleh masuk tadika dah cam farah n faris. kalau blog ini anak la kannn...

dan aku menjadi ZonAku di dunia blogging, nama yang aku ciptakan sendiri. ini ruang/zon diri aku, jadinya itu nama yang aku pilih. dan, kenalan blogger aku menjadikan nama aku sebagai Zona. dan aku rindu panggilan itu yang digunapakai oleh memuah kesayangan aku. nama itu juga yang tersimpan di memori telefon semua memuah rasanya. or maybe 80% of them.

sampaikan bila ada kenalan muka*buku bertanya pasal blog, aku sekadar tersenyum malu. aku bukan blogger tersohor, jadinya, andai kenalan muka*buku yang limited itu kenal, kenallah.. andai tidak, aku biarkan saja. nama ini untuk kenalan blogger, untuk yang kenal zonaku sahaja, andai kenal aku dengan nama lain, biarlah di situ saja silaturrahim kita.

seperti dalam perbualan dengan kenalan blogger baru2 ni, dalam dunia blog, kita menulis dan mengomen tanpa perlukan rupa dan nama. tulisan kita adalah isu utama.

juga..... aku bukan siapa-siapa....




Wednesday, October 3, 2012

Friday, July 6, 2012

kisah cuti Jun 2012



Awal bulan Jun, pulang dari kenduri di Bahau, hujung minggu berikutnya,  sahabat datang bercuti sambil bekerja.
Jadinya, aku meneman seperti biasa.

Tapi kali ini, aku sukar mendapat cuti, jadinya dia terus ke hotel dengan shuttle. usai tugasan, aku menyusul ke sana. Malam itu, kami berjanji berjumpa seorang lagi sahabat yang dekat tapi jauh. Kesian kami, kesian juga pada anak2 si teman, merengek keletihan barangkali. Kali ini perjumpaan kami hanya suam-suam kuku saja rasanya. Banyak yang terbuku di dada namun kami sekadar melepas rindu berbual seadanya. Insyaallah, ada kelapangan, kami bakal berjumpa lagi. 2L n 1M memang tidak dapat dipisahkan.

Satu-satunya gambar saat 2L & 1M berjumpa... Furqan.. maaf ye nak, kita dekat tapi macam sangat jauh
Berada di Ferringhi, aku ingin menunaikan hajat sang sahabat yang satu lagi. Malam kedua, usai majlis makan malam yang dipendekkan, kami menapak ke nite market. ya, sekadar menapak sebab di hadapan hotel saja. Menyelusuri penjual, aku mencari pesanan sang sahabat. Katanya ada, dan dia akan dapatkan dari teman penjual yang lain. Pesanku, sekejap lagi aku kembali. Berpegang pada janji, aku tutup mata pada yang lain.

Hadiah ulangtahun merangkap cenderamata dari sahabat, kami berpatah balik.

Aku ada hadiah birthday la.. baru teringat! TQ sahabat. Walau bukan tulen, ingatan itu yang utama bagi aku.  See, aku  x demanding bukan?
Sedang berjalan di celah2 manusia yang ramai, tetiba ada yang menepuk bahu. Aku sering menganggap bahawa aku tiada sahabat mahupun kenalan yang bakal terserempak di tempat sesak sebegini, dan di sini terutamanya. (aku pernah katakan, aku umpama pendatang di bumi sendiri) menerima tepukan sedemikian adalah sangat mengejutkan!

Rupanya bekas rakan seperjuangan yang kurang yakin akan bertemu aku sebegitu. Terharu! Sebab dia bercuti tanpa niat mencari aku, malas mengganggu katanya. Tapi, kami berjumpa tanpa diduga.

Selamat pengantin baru Azmir n pasangan, moga jodoh korang berkekalan dan sentiasa diberkati!


Smoking zone di tepi bilik kami. View lautnya cantik!
Saat berpatah balik ke penjual tadi, dengan niat menuntut janji, aku kecewa! dia sudah lama berlalu pergi. menyimpan rasa kecewa dan sakit hati, aku kembali ke bilik. Bersama niat untuk kembali lagi nanti. Aku wajib tunaikan janji aku, walau orang lain mungkir janji.




ini bilik kami! hanya kami berdua. selesa! 

Dua minggu kemudian aku ke sana, untuk tunaikan janji. Memang aku jenis lurus barangkali, drive ke sana, beli dan terus balik. x singgah makan atau tengok barang lain. Ini hasil pesanan sahabat yang bakal aku bawa saat bertemu nanti.

Ini pesanan utama
Ini pilihan kedua dia

Ini pilihan aku untuk dia... aku suka cara hero dia berjalan n tarik apron dia
3 set ini dengan harga 40....

Thursday, December 15, 2011

Selamat Ulangtahun

Saban tahun....
Ulangtahun ini, tetap sentiasa dalam hati.
15 Disember melebihi 20 tahun yang lalu
Kesayangan keluarga hadir

Kini,
Dia sudah dewasa

Namun di mata kekandanya ini
Dia tetap si kecil yang sentiasa disayangi
















SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 2* buat sis4 a.k.a Adeq










sis3 di negeri gajah putih, tiba2 sis2 sebut tadi, 'macam lama je achik x ada di rumah, rindu la pulak'..... padahal baru 2 malam dia ke sana......

Tuesday, September 20, 2011

Salam UlangTahun

20 Sep., 11

hari ni ulang tahun bro3.

Raya tah tahun bila

seingat aku, memori separa sedar la ni, bro3 adalah adik aku yang aku mula belajar tukar lampin.
pernah juga lari ke tengah jalan, menyebabkan lori berhenti dan panggil mak aku yang tengah berborak atas buaian tepi rumah. mana tidaknya, dia berdiri tengah- tengah jalan. ini kejadian masa umur dia 3-4 tahun . ahli keluarga aku yang paling kerap di wadkan sebab patah tangan. then masa sekolah menengah, dia main ragbi. macam tak percaya.

dan dia satu- satunya adik lelaki aku. kalau dulu aku tukar lampin dia, sekarang, dia boleh dah nak membela nasib kakak dia yang seorang ni. ada pernah aku bawa dia pergi dating. pernah juga aku angkut bawa beli barang rumah untuk dia masa mula-mula dia belajar di shah alam dulu.
adik aku yang pernah aku pukul dengan teruk. then aku nangis. adik aku yang hanya akan bercerita perancangan masa depan dia dengan aku bila hanya ada kami berdua dan aku tanya dengan baik-baik. pernah bersekolah sama sekolah dengan aku. aku tahap super senior jugak la bagi batch dia.
adik aku yang kemalangan dalam perjalanan balik dari rumah aku, dengan memakai tshirt aku. menyebabkan aku semakin kurang yakin dengan servis hospital kerajaan, tapi masa tu tak mampu buat apa-apa sebab, tempat kerja aku masa itu tiada peralatan dan pakar. maklum saja, baru 5 hari bangunan dibuka.
adik yang paling mirip ayah aku menurut kata orang lain, bagi aku, dia memang mewarisi sifat sabar ayah. adik aku yang tahan betul hatinya bila aku marah-marah.
adik aku yang katanya kurang gerun dengan amaran aku sebab walau mulut aku masin, di sebabkan aku masih belum jadi mak budak, afdal kemasinan belum maksima.
adik yang persetujuannya membolehkan aku merealisasikan keinginan mak menjadi tetamu Allah sekali lagi, yang memimpin mak tawaf dan sa'ie, yang melecur tapak kakinya usai solat jumaat di Masjidil Haram kemudian melepaskan tanggungajwab memimpin mak melakukan tawaf wida' pada aku.

Pengikut setia Atam

adik aku yang sentiasa didoakan supaya mencapai segala impian yang dirancang, walau aku memang sakit mata menengok apa yang dia buat sekarang. semoga dia jadik anak mak & ayah yang paling soleh, yang paling berjaya, yang paling berbahagia dan paling mendorong kakak, abang & adik dia supaya sentiasa berbakti pada mak & ayah, juga keluarga besar kami. menjadi umat yang beriman dan sentiasa ditempatkan di kalangan orang yang berkat hidupnya dan dalam limpahan rahmat Ilahi

Friday, January 28, 2011

E.N.A.M = 6

28 Januari 2005 hingga kini, 28 Januari 2011

Usianya sudah 6 tahun

*gambar masa mlm BBQ raya lepas

.....

..

.

Masih jauh perjalanan hidupnya

Moga membesar menjadi anak y solehah yang berjaya dalam hidupnya

.
.

Salam Ulangtahun untuk si buah hati :

FARAH SHAZANA


*I am a PRINCESS

Wednesday, December 15, 2010

HAPPY BIRTHDAY

YA... 15 December kembali lagi

ulangtahun dinda bongsu

ucapan n doa dari tahun2 lepas masih sama, di sini, di sana, di sinun

tiada apa yang berubah

doa untuk kesejahteraan n kebahagiaannya

dah mula berdiri atas kaki sendiri

moga tiap langkah yang diatur makin tegap, makin kuat

merentasi suka duka hidup penuh cabaran

Selamat Ulangtahun!

owh....... jumpa ini juga.... heheheheee....sangat lama pic ni sbnrnya

Tuesday, May 25, 2010

Selamat Ulangtahun & Ahlan Wasahlan

25 Mei 2010
ari ni ulang tahun sis2...
semua doa n ucapan baik2 untuk dia
moga bertambah berkat dalam hidup dia

juga

selamat datang ke dunia penuh cabaran, sayang


moga membesar menjadi anak y solehah



::: lum ada nama....

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang!

Buat adeq,
Salam Ulangtahun!

tarikh ulangtahun ke 21 biasa di warwarkan sebagai kunci kebebasan... tp selamanya adeq adalah adik yang sentiasa disayangi, kebebasan mmg telah lama diberi.. cuma penuh pemerhatian.

biar apa usiamu, kau tetap adikku

Tuesday, September 29, 2009

Selamat UlangTahun

DULU.....
29 Ramadhan 1429H
29 September 2009
1646hrs
KINI...
1 Syawal 1430H
20 September 2009

juga....
2 besday boy bersama mak di pagi hari raya

Shahrul Faris : 29 Ramadhan 1430H

&

Bro3 : 20 Sept 2009

Followers