About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....
Showing posts with label Geng Memuah. Show all posts
Showing posts with label Geng Memuah. Show all posts

Friday, August 11, 2017

Memuah Raya 2017

 Ok, Mood nk update blog elok harini sebab aku sangat stress, so need to write up something to enable me to move on.

Lunch sebeum balik : Ikan keli cilipadi, masak lemak itik salai, telur dadar petai, kangkung goreng & tempe goreng


Since Mei 2017, seawal - awalnya, macam2 berlaku. Ini semua membawa ke kesibukan yang berpanjangan sampai sekarang. Kiranya tahun 2017 since january aku x pernah x busy.

Nak berjumpa #Memuah, bukanlah satu urusan yang senang, tapi syukur, kami sentiasa berusaha untuk berjumpa. Bila ada proposal gathering ja, seboleh mungkin kami akan usahakan untuk semaksima ahli akan hadir. Moga ukhwah kami ni sampai ke syurga. Kata orang, sahabat yang baik2 akan membawa kita ke arah kebaikan. Setakat sekarang, memang ini yang kami amalkan.
Bab membahan dan bergelak ketawa tak perlu di perkatakan lagi.. mendapat la kalau silap sikit, but semua x simpan lama dalam hati. ko jadi bahan gelak harini? esok ko pulak gelakkan yang lain. Dunia ni berputar, bila kau di atas, nikmatilah kegemilangan, saat di bawah redha..

Setelah Memuah Iftar berlalu dengan kehadiran minima, kami decide untuk berjumpa sekali lagi. Dan Wafa' dengan berbesar hati mempelawa kami berhimpun d rumahnya d Bahau. Memula aku niat nak amik ETS terus ke Gemas, tapi x jadi, maka ke KL Sentral saja.

Rezeki kan.... dr KL Sentral, another friend fetch me, a blogger too, also officemate. Kami ke pejabat lama untuk berjumpa kawan2 lama sat, sementara menunggu Masy & Anne amik kek. Ya, kek besday wafa' n aku. Keknya adalah pilihan diorg, dan as requested by Wafa', as long not chocolate, walaupun chocolate cake is my fav. DAN.. kek tu SANGATTTTTTTTTTT SEDAPPPPPPPP! TQ masy & anne.

Sepanjang jalan ke Bahau, memacam la kami nk beli n makan. 2 kali je berenti, sekali  beli coconut shake, sekali lagi beli ITIK SALAI! dengan dodol cair faveret masy n anne, yang lupa nk dimakan n tertinggal di sana. Pastu terbaca signboard 'Noneh Kocak'. Jenuh la memikir pebenda la tu. Bila sebut, terus aku n anne gelak giler... baca rasa pelik, sebut baru paham.. silalah sebut ye!

Kami y paling awal sampai. diikuti sepul, then keri n anul y membawa jard. Cukup la korum kehadiran memuah walau x lengkap. It's OK.

Makan2 dengan riang ria sebelum bergambar. kadang2 rasa matlamat kami bila berkumpul raya or iftar ni lebih kepada nk bergambar sesaja. DAN aku pulun pakai baju kurng siap2 dari Penang tau!. Kul 4 pagi bersiap pakai baju kurung sampai ke malam, dah tgh malam bari aku mandi n tukar baju. lebih kurag 20 jam la rekod aku berbaju kurung kali ni.


As usual... bila berjumpa ja.. meriah sakan.. kai memang dari latar berbeza, namun kami sentiasa gembira bila bersama. Pic lompat kali ni sangat huru hara. Counting semua ke laut. Owh, menu paling sedap kali ni is nasi minyak pink. aku mmg ulang2 walaupun aku sebelum ni reduced rice intake, but aku ulang paling siki 4 ke 5 kali tah.

Itik salai y dibeli tu jadi lunch kami the next day sebelum balik ke rumah memasing. Tq anne sudi masakkan masak lomak. kalau x der anne, mampos aku kena paksa memasak. Mana aku reti!

Pagi ahadnya, kami ke pasar batu kikir.. ala yang lagu 'batu kikir jambatan bosi.... gulai udang sebelanga...' (betul ke sebelangan liriknya?)

an bergambar la d jambatan bosi tu jugak sekeping. Kat situ aku syokkkk tengok ada siput sedut, kalau la aku balik ngan ets ke driving ke, harus aku beli tu. tapi x kan nk usung siput y hidup2 tu naik flight? Jenuh nk mengutip satu kapal terbang kalau dia merayap.

Then aku notice semua ikan yang di jual di sana are ikan darat.

Balik tu wafa duruh aku kelar n bersihkan ikan semilang.. dah siap aku belek2 dan hairan, mana datang lak ikan semilang?? Semua ikan darat ja tadi, MAYBE la aku  tak nampak ada jugak ikan laut. Dlm kereta otw balik ke airport, bila KERI tanya, baru aku perasan that is IKAN KELI. Sejenis ikan y aku x pernah pegang. makan pernah, but agak geli sebab ikan keli n haruan aku mentally kategorikan as ikan geli. OMG!!! hahahahaa.. TQ Wafa'! Ko buatkan aku atasi kegelian aku. Tanpa sedar!
hehe...

Jom Layannnn gambar2... owh, pic2 yang aku update kat mukabuku, kawan2 aku kata ketara suasana keriangan. Orang yang hanya memandang tanpa kenal kengkawan memuah aku megakui gambar2 kami menyebarkan senyuman dan rasa happy.



senyuman ikhlas n happy.. muah muah



hummingbird cake.. sedapp.. aku ulang SEDAPPPPPPPP

actually my 4th cake for this year's bday
pergi bergambar kat sawah yang 7 minit 'je' dari rumah
berlatarbelakangkan rumah
macam2 gaya dah,, tetap x menjadi


gigih tau atur kereta belakang tu

kannnnn kata dah pic x jadik

terbukti kannnnnnnnn

memuah ladies.. stay gojes semuaa

wafa y snap. senyum saja, but this is the one y kawan aku kata nampak aura happy sesangat


nak balik dah.. sekeping bersama Ummi.. ada rezeki kami berkunjung lagi ya ummi & Wafa' & hubby. Terima kasih sangat2!

Tuesday, June 30, 2015

Memuah Iftar 2015

Tahun 2015 ni, #memuah bersetuju berbuka puasa bersama2 sambil memenuhi jemputan salah sorang ahli yang dah lama ajak ke rumahnya di Cameron Highland.

Tarikh is 27&28June 2015

#Memuah being #memuah..... awal2 lagi dah sembang dan fix tarikh. Kalau x salah sebelum Mei lagi. Yang x dapat hadir, Jard, Aima & Sepul. Lelain Alhamdulillah berkelapangan dan dimudahkan urusan kami untuk bertandang.

Aku & Bella dari utara. Ya, Bella dah balik Msia dah.
Keri & Kapten naik TBF berdua, siap kengkonon buat surprise lagi
Erina & Masy dr Shah Alam
Anul sekeluarga bertolak lps interview.


Kami sampai pun mengikut turutan di atas.

Sesampai saja, tak tahu nk buat apa, makanya, memasak trs saja. Chef? Wafa la selaku tuan rumah. Bella dan aku membantu buatkan deko untuk desserts yang dah sedia siap


OK, I miss My#Memuah



bersiap-siap untuk bergambar
::nk update tapi mood belum mari::

Tuesday, July 22, 2014

Memuah Iftar 2014


Us..... objek bergerak itu adalah photobomber paling berjaya

Tahun ni kenapa tah, tetiba aku suggest kat #memuah untuk buat gatheringbuka posa on 12july sebab aku cuti sampai isninnya. Tapi disebabkan beberapa isu, kami tukar tarikh ke 19july.

Maka, setelah dipersetujui bersama sebulat suara yang bocor dan sumbang sana sini, pengumuman dibuat di group muka#buku.


IFTAR MEMUAH 2014

Tema : Itu Antara Aku Dengan Allah
Tarikh : 19 julai 2014
Tempat : Rumah Erina Shah Alam
Konsep : potluck. Bawak pa korang nak makan masa buka, bawak lebih skit org lain rasa

Bella patutnya sampai n join sekali, wafa pun camtu. Tapi ada beberapa sebab yang x dapat elak, diorg berdua eh! bertiga (wafa & husband) x join. 

Kiriman dari Wafa & Iyan sebagai pengganti diri... 

Us again.... semua ada dalam pic ni. Xiyad juga dlm mood baik


Masa kat epot Penang, aku baru perasan, aku dah jadi pelanggan Airasia dalam 10 tahun dah, mungkin lebih. Dari KLIA ke LCCT dan sekarang di KLIA2. Tony Fernandes patut bangga dgn aku. Aircraft dia dah bawa aku yang berubah-ubah saiz. Memula kembang, then kecik sebelum mengembang semula macam sekarang. 

I have lots of memories with that airlines even i did not own it. YET!


Sampai KLIA2, aku mmg jakun. Terasa nk explore jugak, but condition aku kurang sesuai. Trip kali ni aku simpan dendiam je sakit kepala, sinus y bengkak dan balik dalam keadaan demam. 

Dan flight balik adalah kali pertama aku gunakan perkhidmatan Malindo Air. Ingin mencuba yang baharu dan juga untuk kurang menyusahkan sahabat yang akan menghantar aku ke sana. Sedikit saja aku explore terminal Subang sebelum masuk. 

Photo: Till we gather again..... Tq mymemuahs..

Pesawat ini paling comel n kecil dari semua yang pernah aku naiki. 

kain pramugari menggunakan corak batik ini
Pramugari berkebaya putih dan berkain batik belah. Lipstik seakan disponsor saja sebab keduanya menggunakan rona warna senada. 

Last pic sebelum lelap
Saat penerangan keselamatan, aku lelap sehingga terkejut dengan hentakan pendaratan. Melepas nak menikmati permandangan indah laut sebelum mendarat. 


Insyaallah, nanti bakal berjumpa memuahku lagi...  

Wednesday, October 2, 2013

Running#Man Ikea versi #Memuah...

Yup,

Lepas aku ada confimation akan ke KL, aku ada post kat #memuah pasal trip aku, n merancang nk jumpa semua org. If possible.

Alhamdulillah, setelah seperti biasa komen melebihi 100, aku sampai ke KL. Famili aku ada jemputan kenduri hari ahad mlm. So, untuk memberi peluang .. cewahh.. pada diri sendiri meluangkan masa bersama #memuah, aku amik bas hari jumaat ptg. Sabtu aku mmg dah book sesiap untuk #memuah gathering. Keri lak sudi ambil n hantar aku kat lrt kelana jaya.. tima kasih byk2.... jasamu kukenang :)

Kali ni dicadangkan ke Ikea oleh Anul a.k.a lagi ashabul kahfi dari aku.... Aku penah sampai ikea, tapi x penah g kaffir dia kot. pasal bebola bagai semua tu, aku x penah amik pot sgt, cuma aku tau kewujudannya saja. Urusan pembelian diserah pada keri, sebab dia lebih arif... Dan pertemuan ini adalah kali pertama aku jumpa Kapten n Peah Propa. Dah lama kenal Kapten secara maya, face to face, ini lah first timenya. Peah pulak baru lagi ngan #Memuah. Rindunya pada Wafa yang x dapat hadir sebab kecacaran.... Lama giler x jumpa. Last masa g Bali je kot.

Masa Keri pegi beratur tu, aku dah cuak.. nk kawal kawasan korang ingat senang..? hahahahahahaa... then Erina n Masy sampai, lega sket. Aku ada Masy as partner penjaga kawasan. Pendek kata, semua kerusi y kami guna tu aku duduk. Haa..... penjaga sangat kannnn. Jenuh la org nk pinang aku nnt pikir berkali2... x pun hantaran jenuh tawar menawar.
kat stesen lrt masjid jamek, ada kaunter sale ni, new product in town kot. satu singgit. Niat asal nk beli satu je sebab kulit aku rs tercemar ngan ekon bas mlm tu, tapi dah murah, leh la aku beli byk n syer ngan adik2. dah abes distribute kat #memuah, balik tu aku singgah beli lagi.. abes gak distribute pada adik2 aku.. inilah bestnya bila ramai adik beradik pompuan :)

FM dr Masy.. memula igt nk pilih y biru, tp aku x suka cicak tu

Sepanjang kami kat sana, makcik cleaner nama patricia tu dah few times datang kacau.... last2 dia gtau kawasan tu patutnya untuk famili w baby.. sapa srh x letak signboard ke buat pengumuman besar2an ke.. ini pakai ko punya suka je.. x koser la nk melayan.

Masy dah kongsikan kat entry dia. Pic dia lebih banyak. Dalam menunggu /lepak/makan apa semua, sempat la Amir n Keri cuba nk install whattapps bende tah kat henpon aku. Gagal dengan berjaya. Maka hubungan aku ngan #memuah belumlah diupgrade lagi.. hahahahhaa

Lepas dah siap cabaran pertama running#man iaitu makan meatball y heronya adalah Anul, kami explore lak dlm ikea tu. Cembam n Anul nak beli  mende tah... so, kami ikut je la. Memula ada gak niat Masy nk ajak g tgk wayang, tapi cam lebih best bila jalan2 dlm ikea secara jemaah gitu.  Blh tahan jugak apa yang kami jumpa & buat dalam tu. Dan sedihnya, Xiyad x brp suka aku.. x biasa kot ngan aku, tapi ketara dia sgt suka uncle yiyisnya.... sampaikan dah macam anak dia. N Xiyad sgt alert ngan lagu bella... bella.. bella y Masy n Keri nyanyikan kat sana.

Lain mak, bapak  n anak... inilah ukhwah #memuah
Ngan Erina pun Xiyad ok.. Sedeyyy lagi sekali.... hu~

Xiyad main game atas ribaan Erina, Cembam masuk ikea balik, y lain tgh solat kat surau
Y lelaki dewasa bayar barang, y wanita dewasa n lelaki junior lak lepak2 kat outdoor deco. Ada bench kat tepi tu. Xiyad lena dlm stroller dia masa ni. Abis bayar, (thanks to Amir) kami semua sepakat mkn eskrem sebelum menuju jalan pulang. Aku belikan token untuk semua n 1/2 dozen karipap. Siap je beli, rupanya Erina pun buat benda yang sama.

Dahhhh... cabaran running#man kedua berlangsung!!!!!!

Sekelip mata, Erina berjaya jual semua token dia.. hahahahahhahahaaaa.. siap p claim lagi, sebab token dia x cukup. Dah nama berniaga ais kacang, takat eskrem apalah sangat pada dia.... salah satu bahan ais kacang je. Y Amir lak x tau apa y terjadi masa tu... Dia tgh menunggu entah kat mana. Lepas habiskan eskrem, kami bahagikan karipap satu kete sebungkus. then berpisah la kami....

InsyaAllah, kami merancang untuk berkumpul di Kalumpang untuk celebrate 2nd bday #memuah jr sulung kami, Xiyad.

Aku n Keri y paling lama, kami amik tiket parking kul 11.32 (ke 52?) then bayar ku 18.02.. haaaaaa.... Inilah #memuah.... dari latar berbeza, tapi tiap kali kami berjumpa, gelak tawa sentiasa mengisi ruang. Kenangan bersama kami ni, insyaallah sentiasa kekal. Macam nk rancang untuk Taman Memuah la.... hurmmm

Thursday, June 13, 2013

Penambahan ahli baru & perjumpaan yang best part3

Jumaat, kami bangun awal sebab nak gerak ke majlis nikah.

Kul 9 lebih kami keluar. Sebelum tu sempat la jugak sarapan roti n telur. Collagen Cappuccino aku Faris letak dalam beg dia. Sebab dia takut hilang, kang aku x sempat minum. Niat x menghalalkan cara ye.... sakan semua cari x jumpa, mustahil ada penceroboh n x logik kalau itu saja yang diambilnya...
Bunga untuk sirih junjung..... cantik2 kan?

Siap je, kami turun bawah bersama hantaran. Dalam lif ada manusia kurang bijak yang merokok, then stop kat floor kami n buang putung rokoknya... Kami ada baby n ada ibu mengandung ok! Marah betul aku. N mamat tu masuk semula lif bersama famili aku. X paham aku ngan orang yang merokok ni (even semua adik beradik aku perokok). Bila ada orang mengandung or baby, or kanak2, blh x jangan join sekali??? G duduk jejauh.

Kami sampai serentak ngan rombongan pengantin pompuan. Tema famili kami is brown, n tema pihak perempuan is green, i think. Sara dapat ruang yang luas untuk dia lari. Sakan la nak mengepung dia. Qashif pulak, letak je, kemain sakan sembang. Dengar sura dia je dalam tu. Jurunikah sampai, then mula majlis. Sayangnya, apa yang dicakapkan x dapat didengar. X ada mikrofon, Namun, Alhamdulillah, sekali lafaz je, kami terima ahli baru.
Pasangan pengantin baru.. moga jodoh berkekalan sampai syurga

Nak berlagak sikit! Pihak perempuan upah orang untuk siapkan hantaran dan kami pulak, sis4 yang buat sendiri. Tapi, kami punya yang lebih nampak menonjol dan lebih cantik! hahhahahaaa.... perasan kan????
Lepas je bro3 solat sunat, nak bagi maskahwin n pakaikan rantai tangan. Masa tu, famili pihak perempuan ramai berkerumun amik gambar sedangkan pihak kami buat x tau je. Dah ada OP, biarla dia saja yang buat keja. Kalau nak amik pun sikit2 je sudah le. hahahahaa....
Yang biru adalah hantaran kasil tangan sis4.... yang bantal2 tu dia anyam riben. Tema dr bro3 ialah biru/pink yang terang2

Habis, pihak perempuan datang bersalam ngan famili kami. Lama jugakla sebelum diorg datang bersalam, kami dah ingat nk trn je, tapi cam x ada yang jemput kami turun ke apa ke... so tunggu je la kejap.

Then lepas makan, kami balik. Yang lelaki pegi solat Jumaat. Mula2 BIL1&3 nak g solat kat Masjid Jamek, tapi hasrat x kesampaian. Aku mandi n siap, then teringat yang blogger memuah, Jard, maybe tinggal area sentul ni. Sebab aku penah amik dia nearby stesen sentul. So, aku sms la dia. Betul rupanya....

Apa lagi, susun strategi la nk jumpa memuah!!! yeay!!!!!

Aku ke KLCC dulu, jumpa my BFF, dia semangat waja nk ke KLCC sebab nk beli Garret Popcorn. Tercapai jugak hajatnya... tepi tu Candulicious... kami bergambar saja... Then aku bawak juga ke kedai kasut sedap. Jelly bunny kot x salah. Sis2 ada beli sepasang kat sini untuk pakai time kenduri. yummy betul kasut2 kat situ.


Deco candy bersama jemariku... seb bek jari lawa....

too sweet for my taste.. yang cheese punya aku x daya le.. muak giler
Lunch cum bfast cum tea break, then kami tgk wayang. Fast & Furious. Bahaya tgk citer ni bagi aku... membuak keinginan nk drive lelaju...... satu kemungkinan yang sukar dicapai bila di Penang ni.... kesian aku.....

Kul 10, jard jemput aku n kami bertolak ke Shah Alam. Jumpa #memuah, jard, erina n Amir, masy & keri. Dapat jugak aku collect FM aku.. heheheheee.... ada lagi FM y x dapat. yang dari Anul. Aku x sempat jumpa Wafa n Anul sekeluarga kali ni... next time ye.. aku mmg rindukan korang!
Di awal perjumpaan.... about 11pm

Dah hujung2 dah... dah lebih kurang 2 pagi ni ha....

asal berjumpa, blh tahap lupa diri.. sempat la catch up life events n news #kami dar latar berbeza, tapi kami sangat happy tiap kali berjumpa bersama#

FM ni semua ada di ofis.. hehehe
 Wafa ada di area ni sebenarnya malam sebelum tu.... xder rezeki Wafa... next time ye...
miss u....



Wednesday, June 12, 2013

otak jem.. better menulis :)

tengah2 buat keje, aku semacam x leh nk pikir pasal keje dah...

nak jalan2, aku x ada tujuan.. nk msk meeting room pulak, aku x ada booking yang free room.. semua y aku booking telah occupied. nk try my luck, x kuasa la aku.

ini live case sekarang. sambil2 dengar lagu Misha Omar - Sampai di sini. Belum lagi aku layan angin syurga n cakra khan. Undock laptop n off monitor screen n taip entri ni.

Ini sesi luahan perasaan sket. Selalu rabu kan buat WW. Tp lupa nk upload dr laptop rmh smlm. Laptop ofis selalu x leh upload pic ke blog.

Jambatan kedua runtuh??? ye.. Khamis lepas. Masa bro3 inform kata jambatan runtuh, aku kat dapur, tengah buat apatah... bro2 sms dia. bro2 baru je keluar n menghala ke kawasan pembinaan jambatan tu. Aku ingatkan runtuh yang di laut tu.... Heran gak sebab cam dah lama dah siap y kat tengah laut tu... rupanya yang di darat. Disebabkan kami sibuk ngan keje2 kenduri, isu jambatan runtuh bukanlah masalah besar. Lagipun, adik beradik aku semua di rumah masa kejadian, exclude bro1 masih di spore, sis2 kat swak. Mlm tu ada sikit2 info kat fb n berita tv. Disebabkan kejadian dah dekat senja n kawasan tu mmg jem.. aku anngap wartawan susah nk reach lokasi. Bunyik siren jgn cerita la... selalu satu dua je time senja... ni sepanjang malam. Aku buka fb, nk tgk apa cerita. Sekali, pic y aku jumpa dah siap maki hamun UMNO la, barisan la... x kuasa aku nk amik tau dah! Biar je la.... x koser aku.

Biar je kerajaan negeri jerit sana sini, orang itu ini saman la.. kutuk la... yang mati, tetap mati, pembinaan akan diteruskan. PBIM 2013 pun dah diumumkan tiada pertukaran. So, kita tengok sj la.. Aku mmg x amik pusing pasal ni until ahad. Beli paper n baca apa y ada. Alhamdulilah, kematian minima, berbanding  dengan jambatan pertama.

Hari kejadian, masa aku bawak mak g beli udang untuk nasi pengantin n aku g klinik sebab mulut bengkak disebabkan alahan (aku makan nasi berkuah asam pedas ikan pari hari selasa malam, 2-3 sudu je). Mula2 bila dah tengah hari, aku cam malas dah nk ke klinik, tp bila fikirkan  yang aku akan mkn macam2 n kesannya pada diri sdr, adalah lebih selamat amik langkah berjaga2. Kami lalu bawah yang runtuh tu lebih kurang kul 3 petang.

Melihatkan jalan di'divert'kan arah baru hari tu, aku n mak ada la sembang2... mak ada la sebut, soh aku drive laju2 sket or better still ikut je jln bayan lepas bila nk ke ofis. Risau runtuh katanya.... Mak aku mmg bermulut masin sikit... ptg tu jugak runtuh. N time runtuhan tu, adalah time aku n sis2 lalu kalau kami balik lewat sket dr ofis. Mula2 diorg kata kereta myvi... aku terbayang andai la sis2.. sekali diorg kata kelisa pulak... lagi la aku terbayang2... hehhehe.. Alhamdulillah bukan ahli keluarga kami yang dipilih Allah untuk dijemput pergi dlaam kejadian tu.

Malam tadi, aku x tau kenapa...

Aku mimpikan Erina. Ada sket Aqil dlm mimpi aku tu.... mungkin aku terbaca entri terbaru pasal Aqil semalam kot. Sedar saja orang azan Subuh. Nak je aku sms erina, tapi aku rasa awal sgt, so aku tunggu2 n tunggu. Dah nk tengah hari baru aku sms Ena... balasannya 'akak rindukan ena ye... harap mimpi tu mimpi yg indah'. Indah ke mimpi tu?? aku dah lupa, cuma yang aku tau, aku bangun dengan rasa rindu pada erina, aqil n geng #memuah. Jumpa baru2 ni macam x hilang rindu. Walaupun happy sangat tengah mlm tu, tapi tetap rindu. Dah la aku x dpt join berkelah hjg minggu ni... #Memuah, jgn lupa bergambar byk2 n post ye....



notakakicagu: aku berazam mulai hari ini, jadikan aku punca seseorang rasa gembira/tersenyum at least sekali sehari. dan dah alang2 bulan jun ni kan.... nak buat juga wishlist...

Tuesday, June 4, 2013

Penambahan ahli baru & perjumpaan yang best

Ye.. sejak balik Penang, seingat aku sekali je aku balik lepas kul 12 tengah mlm. Sedangkan dulu, apa lah sangat kul 12 tgh mlm tu.. Kul 10 baru keluar rumah nk jumpa kengkawan... x kan nk balik kul 12 kan???

Tapi di sini, aku mmg dah lama lupakan dah aktiviti sebegitu. Sebab??? kurang kawan dan aku duduk ngan mak. Segan nak balik mlm2 buta. Kang ramai bangun tengok anak dara siapa balik mlm2 buta. Nama mak kena jaga.... Paling penting, jangan kasik mak risau. Setakat jiran a.k.a sedara keliling rumah nk mengata aku kurang heran... tapi kalau mak x tido mlm sebab tertunggu aku balik adalah sesuatu yang aku kurang gemar.

Minggu lepas, Lepas kerja hari Rabu, aku, sis4, bro2 n BIL3 bertolak ke KL. BIL3 drive kali ni. Kami bertolak dlm kul 8 mlm, sedang elok abis jem kat jambatan. Mak n sis2 sekeluarga dah sampai KL kul 2 ptg, sebab diorg gerak awal pagi. Kami lambat sikit sebab keja dl, x mau amik cuti lama sangat.

Elok keluar rumah je, si Keri call.. hehehe.. selalu mak y call tanya status, kali ni Keri pulak. Cam lawak je aku rasa.

Sampai dalam kul 12 lebih. Sepanjang jalan, aku tido. Dah awal2 lagi aku gtau, aku nk tdo. Rasanya lepas isi minyak kat Juru, aku dah selamat belayar. Nak berjaga pun x guna sebab aku punya trauma x hilang2. So, dari aku sakit jantung sebab agitated ngan driving method dia, ditambah ngan silau, langkah terbaik adalah tido.

Sampai je, masalah parking. Hehehe... maklumlah x guna cikPuteri kali ni.. pakai kereta besar dr dia, ngan parking y agak sempit, BIL3 kena gelak jengan kami bertiga... nasib2...

Aku basuh muka n kaki, amik toto n tido ngan Sis3 n Qashif. Diorg sambung bersembang sikit aku rasa. Mula2 tido, aku tido sebelah sis3, jaga kul 3 kot, tengok2 Qashif sebelah aku. Rupanya itu tips tido n menyusu anak di malam hari. Sekali tu dia nangis tepi aku, aku tepuk2 je dlm mamai..

Bangun je, aku nyibuk ikut mak g market. Dekat je UTC ngan rmh Bro3. Then kami ke klinik untuk dressing kaki mak. Balik, bfast. Then kami siap2 nk ke KLCC. Tujuan? Beli coklat untuk hantaran BIL. Sakan kan kami??? Itu pegangan mak yang menurun pada adik2 aku, kat aku kurang sikit. Nak jamu orang, biar yang terbaik. So kali ni, Sis2 kata nak beli di candylicious, KLCC. Best kedai tu. mmm..., maybe overrated bagi sesetengah orang, but memenuhi citarasa kami. Disamping pilihan yang pelbagai, ada juga staff yang bagus, siap rekemen itu ini pada adik2 aku. Aku? layankan saja Farah nk beli candy. Dia dibenarkan beli sejenis je, so, aku bantu dia pilih. Lepas siap beli, kami singgah di Jelly Bunny, kedai kasut. Comel2 k asut di situ, macam blh mkn je rasanya.. Harga pun agak bagus. Sis2 je beli sepasang, kami yang lain cuci mata. Bro2,Bro3, BIL1 n BIL3, pegang Sara n Qashif y tido.

Then kami nk gerak balik n nk g lunch di Giant Batu Caves. Susah payah sebab x mo mkn di KLCC. X ada apa yang sedap sgt pun di KLCC, perut nasi kandar la katakannnn... So, kami gerak menuju stesen LRT. Kami singgah kejap di kiosk brooch, Sis4 belikan  mak set brooch untuk majlis nikah Bro3 esoknya. Habis belek n beli, kami sambung perjalanan, jumpa Bro3 beli Rotiboy, semua senyum lebar.. alas perut sblm sampai Giant. Then, elok je keluar, BIL1 turun dr tangga tepi tu (lepas merokok) n tanya kami, mana Faris? DIA HILANG DI KLCC!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Allahuakbar!!!!

Bro3, BIL1 n BIL3 terus rush masuk dalam balik..... berpecah mencari Faris. Kami yang lain tegak je kat situ. Masing2 dah seram sejuk....

to be continued.........



Tuesday, May 14, 2013

a bit of Aqil

Al-Fatihah buat Memuah Jr2 yang dijemput kembali pulang ke rahmatullah pada 3 Mei 2013..


Majlis kenduri di rumah Wafa.... majlis ni je ada pic aku ngan Aqil..... Jumpa lepas tu x ada amik pic dah rasanya..



Kisah pemergian Aqil secara detail ada di blog Memuah yang lain. Erina sendiri ada bagi detail, Masy, Wafa n Anul (pengasas Memuah) juga ada entri berkenaan hal ni. Disebabkan aku jauh dr Memuah, dan aku x ada akaun tuiter n sorts..., aku bergantung sepenuhnya pada maklumat melalui phone n group Memuah.
Khamis, aku terima info via fb chat ngan Masy.... Erina minta dia bagitau aku


nak bgtau.. Aqil skrg kat ICU
aritu masuk DEMC, infection paru2
skrg ni mcm ade ketumbuhan kt paru2
sel darah merah n putih makin rendah
dan pecah2
skrg kritikal kt ICU
itu saje.. ena suruh bgtau ko..

 ini mesej dr dia...

ms dia gtau tu, aku dah offline, bz sket ngan keja, mlmnya baru bc, then pagi Jumaat aku ada sembang sket, minta update. Katanya, Wafa ada meeting kat Puchong aritu, karang, Wafa pegi jenguk.. Aku bila sebut ICU, dah cuak, tapi aku cuba berfikiran positif. Lagi pulak, 3Mei, bday mak aku, disamping aku postkan di fb pasal mak, aku selitkan juga pasal Aqil...

Dan aku x buka fb lps tu....

Balik dr keja petang tu, kami berkumpul nk decide g mkn mana mlm tu.. walau bukan bday mak aku pun, kadang2 kitorg mmg keluar dinner kat luar. Sebab masa aku sampai tu semua dah ada, aku letak je beg kat tangga, x naik bilik pun. Phone pun dlm beg camtu je....

Tengah bising2 time senja tu, tetiba sis2 gtau ada dgr bunyik phone, most probably aku punya la, sebab semua ada phone ngan diorg. Aku terus lari nk angkat, sebab terus cam rasa mesti ada update Aqil. Tapi line dah putus... bila tgk, missed call dr Masy. Aku call dia balik... n i brace myself... ready for the worst, praying for d best.

Masy punya suara dah sedu sedan dah.... aku x tau nk bereaksi cemana. Sbb aku x suka nangis... dlm keadaan hiba mcm mana pun, aku akan tetap cuba senyum. Aku pesan pd masy, tgkkan erina... Aku risaukan dia x cukup kuat. Sebab dalam Memuah, Erina sgt periang.... kaki gelak.... Walaupun seorang ibu biasa sgt kuat, aku harap masy blh salurkan semangat aku pd dia... Syukur, dari entri dia, dan lelain... nyata erina kuat... Syabas dik... Akak sedih n rasa bersalah sgt x ada di sana....... tapi syukur juga sebab akak x mahu ena tgk airmata akak.... aku nk jadi bahu y kukuh untuk dia bersandar bila kesedihannya tak tertanggung.....

X byk di group fb, aku tahu semua memuah bercerita n berkongsi kisah Aqil di tuiter n wassapp n sorts...

Aqil Hamzah.... kesayangan erina n amer...., juga acik2 n uncle2 Memuah.... moga damai di sana.....




Tuesday, December 11, 2012

missing #memuah

I miss my #memuah

Smlm (isnin) aku mimpikan memuah... cam x caya je.. ni pasal si keri minta alamat or pasal aku tgk encik pojaan hati masy kat entri sebelum ni ke.. wallahualam.

kami pergi bercuti & check in di satu hotel, biliknya luas. kami sewa 1 bilik je.. campur lelaki & perempuan. susunan katil cam kat hostel, single bed je beratur manjang.... (part ni aku cam x caya je.... mustahil kot memuah buat perangai gini)

percutian ni aku rasa few days jugak sebab memula check in satu hotel ni, then, p check in hotel lain pulak, dan x angkut semua barang pun. kiranya bayar 2 hotel la at the same time (giler mewah!). masa kat hotel kedua ni la.. dok sembang n bincang mende tah, kami nk berangkat ke somewhere, aku dok pikir cemana nak simpan laptop aku, sebab memula aku tinggal kat hotel y first, then kami kat hotel y second, pastu nk keluar lagi, x pasti mana lebih selamat, sebab hotel first tu ada safe box, y second x der, then, security & privacy cam lebih terjamin di hotel kedua berbanding y pertama...

tengah kami dok bincang2 tu, aku terjagaaaaaaaa..... abes sudah mimpinya.......



Miss u all.......








Friday, November 16, 2012

Memuah Holiday : Trip to Bali - Kepulangan yang dinanti

Disebabkan cuak, aku tido2 ayam je.

Jenuh menunggu, aku bangun & mandi awal. Then aku dengar sarapan sedang disediakan. Supir kami yang berdua tu memang bagus. Memang menjaga masa. Sampai di lapangan terbang, check-in apa semua, tibalah saat yang dinanti.

Pulang ke kampung halaman.. cewahhhh... ayat!

Dimana2 saja dimuka bumi rupanya kita akan berjumpa dengan manusia yang tidak menghormati manusia lain. Selamba beruk je dia merokok di cafe tempat aku lepak ngan Xiyad sambil tunggu diorang yang lain. Hampeh!! Then, masa nak bayar, cashier tu salah kira, aku sekadar bayar air mineral, walaupun aku minum latte & beli air mineral untuk bekalan dalam flight. Dari situ, terus ke balai berlepas, dan air mineral tu dirampas. x sampai pun 10 minit air tu jadi milik aku. Bukan rezeki aku......
kiranya latte aku cuma berharga 15ribu, save 20ribu... :)

Dari situ, kami dibawa naik bas ke pesawat. Basnya ala2 rapidPenang.

Dalam flight, Masy n Bella dipindahkan ke barisan hadapan sikit, dekat emergency exit. Jard sorang2, so, aku tengok dia ada bersembang ngan seat partner dia. Yang berpasangan, dengan pasangan sendiri dan aku pun sorang2. Belum take-off, aku tengok Jard dah tertido... ,  ceh, semangat waja je tadi berbual ngan seat partner dia. Aku pulak, membaca sikit sebelum sambung tido.

Sampai di LCCT, kami lepak di McD. Then EnAtan amik Wafa n Anul. Then tunggu lagi, Keri pulak amik Masy, Bella & Jard.

Aku? Beli GCB, hantar lagej, n masuk balai berlepas. Aku beli coklat di LCCT guna USD, aku gtau cashier tu aku x der duit ringgit. Then bakinya dia pulangkan dalam ringgit. rugi jugak la tukaran matawang aku time tu, tp mls nk pikir dah.

Sampai je, Sis2 n famili amik aku. Faris kemain interview aku dlm keta. 'abang tau makchaq p mana, makchaq p hotel!' (cekap kan dia ni?)
X banyak aku beli barang sebenarnya. FM, baju Farah, Faris & 2 gaun untuk Sara. Duit IDR & USD yang masih berbaki, aku bagi pada Sis4 sebab minggu berikutnya dia ke Bandung/ Jakarta. Dia shopping memang mewah. Kain pasang for all of us, untuk dipakai masa kenduri dia nanti.

so sekian kisah Memuah Holiday kali ni. 2 bulan br abis cerita.. :P orang lain dah lama abes...


Thursday, November 15, 2012

Memuah Holiday : Trip to Bali Day 3

Back to our Bali trip.

Hari ke3 percutian kali ni, awal2 lagi Pak Ieron dah g amik Wafa n Iyan dari Puri Kelapa. Sebabnya, seawal jam 4 pagi hari ke4, kami mesti berada di lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. Untuk mengelakkan masalah kelewatan, kami berkumpul setempat. Lebih afdal kiranya..

Sesampainya diorg di Sanur Avenue ni, urusan cek in bermula sambil kami sarapan dan bersiap. Tema destinasi cinta kami pagi tu ialah menikmati pemandangan dan keindahan Bali.
Destinasi cinta yang pertama:

Ubud
Motip ke sini? Aku kurang pasti. Menelusuri jalan, agaknya kami nk ke pasar besarnya. Sayangnya tutup untuk renivation. Kedai2 di sepanjang perjalanan tutup sempena upacara semayang diorang. Kiri kanan jalan kami boleh tengok warga Bali memakai pakaian tradisional. Wanita Bali berkebaya sulam yang pada aku sangat cantik sulamannya. Dan diorang berjalan sambil junjung bahan semayang. Ikut hati nak saja aku turun dan ikut diorang pegi tengok cemana diorang semayang (bukan nak semayang sama, sekadar belajar budaya). Yang pasti, wanitanya mempunyai bentuk badan yang cantik. Bila berkebaya, memang menawan. Sampai ada ahli Memuah x nak pakai kebaya bila kawin nanti sebab macam baju semayang diorang... boleh camtu punya pendirian? hehehe...
Ini saja pic y aku amik di kawasan Ubud.

Pak Ieron pulak, asyik bergayut, ada pelanggan nak khidmat dia lagi.Murah rezeki dia... Tapi aku mmg sgt rimas bila dia asyik bercakap di telefon. In general, aku x suka orang yang sibuk bercakap di telefon atau melayan internet tapi duduk sekali dengan aku. Esp bila duduk semeja atau dalam perjumpaan berkumpulan. Rasa macam tak dihargai sebagai insan di depan mata, sebab orang melayan yang bukan depan mata. Unless, terribly urgent. Itupun adalah lebih baik, minta diri dan pergi setel jejauh dengan cepat, then balik ke kumpulan. errrr.. paham ke tak senario yang aku kasik ni?? Harap boleh difahami ayat ini, sebab aku tak buat, or jarang sangat2 buat.

Tegallalang
Dari Ubud, kami ke Tegallalang. Padi bukit. Pemandangan yang cantik. Enough said!


Dalam perjalanan ke destinasi cinta berikutnya, Pak Ieron berhenti di pura ini, suruh kami turun & bergambar.
Kami yang menurut perintah

Kemudian, perjalanan diteruskan.

Tampak Siring (Pura Tirta Empul)
(terjemahannya : nampak senget) 
Di Tampak Siring, kemain lagi kisah2nya. Menikmati indahnya makhluk ciptaan Allah.
Aku cuma menumpang pandang sebab ditunjukkan oleh Memuah yang lain.

Sedangkan diorang memang menikmati sepenuhnya... hehehe.... Airnya sejuk! Aku tau sebab aku ke toilet di luar pura. Airnya mungkin dari mata air yang sama rasanya. Dan, walaupun ramai pengguna, toiletnya tidak berbau. dan LUAS! Alangkah bagusnya kalau semua toilet awam sebegitu rupa. Tak perlu seluas itu, yang penting tidak berbau!

Di sini juga penjualnya agak ganas. tapi aku pasrah sebab aku mmg berkenan ngan baju kait for Sara. harganya RM6.50. Ada dlm entry WW aku. baju yang dibeli di Krishna belum pakai lagi kot.


Kintamani (Batur Volcano)

Kawasan ni kemain meriah ngan anjing! Ada sekor tu comellllll je.... aku cuak takut dia terjaga time aku lalu. Kot dia yang comel nampak aku yang comel ni, konon nak datang manja2, x ke haru! Lepas terseksa perasaan, kami amik gambar berlatarbelakang gunung berapi tu. Cantik! Tapi aku rasa kurang cantik melihat dari kejauhan. Kalau di puncaknya sendiri dan menikmati keindahan kawahnya, aku rasa lagi cantik. Aku kurang pasti samada ini gunung berapi yang masih hidup atau sudah mati.
Masa berpatah balik ke avanza, untuk elak tekanan perasaan, aku berjalan di seberang jalan. Dan melalui lubang2 gua. Bertanya pada pakcik yang berkawal sekitar situ, ada beberapa lubang gua itu yang bersambung.

Aku, Jard n Anul ada bergambar di dalam gua, cuma x meneroka dengan sepenuhnya sebab aku kurang yakin tahap keselamatan dan perhujung gua.

Destinasi cinta berikutnya adalah Tanah Lot. Perjalanan ke sana agak jauh. Dan awal2 lagi Pak Ieron pesan boleh tidur kalau nak. Dia x pesan pun aku tidur selamba ayam, inikan pulak disuruh. Dengan cepat aku pejam mata.

Bila sekali tu aku buka mata, pemandangan sangat cantik. Ada ladang bunga. Aku x pasti nama bunga tu, tapi aku kenal la. kalau kat rumah aku, bunga tu mak sekadar tanam suka2 je, bila jemu, dia cabut n buang.
Bila2 dia suka, dia cari benih & tanam semula. & pokoknya mudah hidup.

Ni tapak semaian dia kot. y berbunga cantik x sempat snap, dah la br bgn tido, terpegun tgk cantiknya bunga2 tu,.. trs x snap.
Di Bali, diorang tanam sebab guna untuk semayang.


Tanah Lot
Di sini, memang tragis! Sesampainya kami, Masy & aku disuruh menjejak Jard & Bella. Katanya diorang dah masuk, untuk apa lagi kami tunggu di sisi avanza untuk Anul & Wafa. Betul bendul, kami pun masuk! Saat itu bermula episod kami berjalan berdua, tanpa arah tuju sebenar.
Solat di surau Anjung, sekali punya la menunggu kul 4.30 sedangkan lupa masa di Bali adalah lebih awal. Terasa kelakar pula masa tu. Gigih menunggu masuk waktu Asar di Malaysia.

Salah satu pura di Tanah Lot. sampai ke sini kami mencari #memuah yang lain... mode time ni : kelaparan


Salah satu pura yang cantik kalau nak bergambar. Kalau time sunset, lagi bertambah cantik

Kami pusing hampir habis semua kawasan. Mood bergambar adalah x best sebab berdua. Ni cemana nak g honeymoon ni? Bosan berjalan berdua. Apatah lagi nak bergambar. Tapi mungkin nanti disebabkan rasa cinta meluap2, semuanya indah belaka.. Wallahualam....

Akhirnya kami berjumpa juga dengan #Memuah.
Cahaya kegembiraan di muka masing2.. hahaha

Then terpecah lagi. Kali ni, Bella bersama Masy & aku. Semangat sikit. kami amik gambar sunset sambil ber'Gangnam Style'. Kagum aku tengok Masy sabar ngajar Bella. Kagum jugak bila almost semua gambar, macam snap in sequence. Tak banyak berbeza. Paling KAGUM sebab Bella sampai sudah x blh buat Gangnam Style pose tu. Kalau PSY tengok, aku yakin dia pun cam nak nanges.. heheheheee... (jahat je gelakkan bella.... ampun ye bella.. aku pun x reti posing  tu, tapi nak jugak gelakkan orang!)

Puas, kami kembali ke pangkal jalan.

Aku nak saja berjalan cari bus stop. Aku suka bus stop di Sanur. Menarik!!!

tima kasih #masy... kot dia x snap pic ni, mmg aku ngigau le nk p snap jugak2.... 
Cadang x mo tido sebab takut x terjaga. Tapi apa la sangat xtvt yang boleh dilakukan... pasrah je aku tido.... walau ala2 tido2 ayam, aku gigih cuba tido. Then bangun mandi kul 1.30 kot n bersiap.

Destinasi berikutnya?


Pastinya airport untuk pulang ke Malaysia....

jom ke pintu 9..

Lepas check in, kami bersembang destinasi berikutnya..... tunggu!

Yes, we did!!!!

Followers