Monday, November 9, 2009

Kawan

last week kawan aku datang... dah lama x jumpa. last aku jumpa dia ms balik raya ari tu.... then ini la plak.. dia berkursus di sini dan amik kesempatan untuk mengedar kad di pejabat nie...
dalam kelam kabut mesyuarat penting yang telah TIGA (3) KALI DITUKAR TARIKH! aku bergumbira menyambut dia datang
dah nama kawan lama.. lagi pun dia bakal bertukar status, banyak benda kami sembangkan. camni la aku kalau berjumpa kwn y spesel n ngam ngan aku.. suasana jadik vakum, kami leh sembang n sembang n sembang.... x yah la cuba2 nk kacau, mmg x layan pny la..
macam2 kesah kami syer.... esp kejadian2 buruk y berlaku... well...y happy dah selalu kami update tp y kureng nie... ada spesifik masa untuk bercerita..... ntah apa2 kan?
mulanya ada cadangan nk ke kedai faveret dia n beli skirt... last2, kami just keluar makan jer....
menunya ialah, sate, sup ketin n air limau, satu berais, satu suam....
aku juga berjaya melobi dia membeli brooch.. sakan la member bershopping....

niat nk berketunjit di hari sabtu telah kami batalkan.. dia pun ada urusan lain untuk disetelkan, melawat kaum keluarga dan sebagainya untuk hari besar dia nanti

dan aku penin nie... majlis nikah, kenduri dia, n kenduri belah suami dia... x kan 3 hari aku nk ulang alik????????????????

rombongan kengkawan dari cnie pun aku dah penin... mana satu nk join.. sblm ni aku cadang sorang2 n p ngan famili.. sekali ada trip dr opis y terbahagi 2... satu ngan flight, satu ngan keta.. ada gak kwn2 lain.. y dari johor, pun kawan lama kami gak, n ada sorang lagi aku lupa! aiyok! my darling!!!! soli la... sungguh aku terlupa kat dia!

Thursday, November 5, 2009

Kenyir Trip 3-5 Oct 2009 - Finale

sesampai di terengganu.. kami rehat n sarapan n beli barang basah di bandar... lapor diri di balai....
then trs ke pengkalan gawi... naik boathouse!

naik jer atas bot, ada sesi taklimat. then ladies adalah dibenarkan tido dlm bilik2 y ada.... guys leh masuk dgn syarat, beritahu orang lain... karang ada lak y buat maksiat. nak tukar baju n solat.. so diorg tetap dibenarkan guna bilik..... tido mlm, mmg ladies jer la dlm bilik... toilet ada 2, nk pakai y mana pun boleh.. juragan pesan, decide la mana ladies, mana gents.. tp kami x kesah sumer tu... pintunya blh kunci.... satu y nyata, sepanjang di sana, aku langsung x sentuh alatan memasak or basuh pinggan.. aku makan jer.... cawan n pinggan sdr aku basuh ler... lain² masa, aku lepak, borak².. lyn tido n tenangkan hati... cuma y x best, time aku layan hati jer.... ada jer y nyakat.. kaco tul laa...
pemancing tegar.. memancing dengan baikknya.. 2 hari mancing, dapat 3 ekor ikan... hehehheeeee! asalkan diorg puas dah ler... decoder astro meletup, so, guys melepas la nak tgk bola... kekekekekekekekekeeee!
GM kami pesan... selamat pegi selamat la balik... kalau x, nanges la dia, nak cari replacement staff seramai 20 orang serentak....so, memenuhi pesanan bos.... kami balik laaaaaa dgn selamat
pulang.. marilah pulang.. bersama sama.. ke tempat kerja.... konvoi 6 kereta kami selamat tiba di kajang jam 9 mlm (lbh kurang ler)
~TAM MAT~
pssstttt: lepas sebulan baru abes aku kesahkan hal ke kenyir nie.....

Wednesday, November 4, 2009

... dia hanya pinjaman ...

wajah mulus itu
dipinjam sekejapan cuma
pasangannya telah dahulu pergi
kini dia mengorak langkah
menurut jejaknya
wahai ayah bonda
tabahlah
kalian diberi bahagia hanya seketika
redhakan pemergian mereka
di sana mereka pasti menanti...
*****
tengahari tadi,
si comel pergi begitu sahaja
menyusul kembarnya yang telah pergi
aku x dpt nk bayangkan
bagaimana perasaan ibunya
aku y melihat pun mengalir airmata
ini dia yang mengalami
dua anaknya pulang ke pangkuan Ilahi
berselang 3 bulan sahaja
penat melahirkan belum hilang
kini dia diuji lagi
doakan mereka tabah
ini bukan kehendak kita
ini ujian Yang Maha Berkuasa
al-Fatihah

Tuesday, November 3, 2009

hati....

dah lama aku cari2 lirik nasyid nie.. skrg aku dah blh dgr hari² kat dlm keta aku...
thanks to this device:
sekeping hati dibawa berlari
jauh melalui jalanan sepi
jalan kebenaran indah terbentang
di depan matamu para pejuang

tapi jalan kebenaran
tak akan selamanya sunyi
ada ujian yang datang melanda
ada perangkap menunggu mangsa

akan kuatkah kaki yang melangkah
bila disapa duri yang menanti
akan kaburkah mata yang menatap
pada debu yang pastikan hinggap

mengharap senang dalam berjuang
bagai merindu rembulan di tengah siang
jalannya tak seindah sentuhan mata
pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

*****

huhuuuhuhuhuhuuuu...

teringat ms salam jemaah.. aku pastinya ratu airmata..... korang xcaya???sukati korang laa... xkan aku nk paksa korang percaya kan?

****

letih kan bersakit hati..

bosankan menanggung kecewa...

mana mau kubawa hati yang berduka lara?

Sunday, November 1, 2009

Kenyir Trip 3-5 Oct 2009 - Part 2 (View)

sambungan pasal trip kenyir bulan lepas... terukkan? dah sebulan baru nk sambung updates.. bukan apa, dgn urusan konvokesyen aku ditambah pulak ngan masalah line intenet y terjejas baru² nie..... hal ofis usah ditanya la kan?..
so, ini sambungannyaaa.....
sepanjang trip ke kenyir.. apa yang aku sangat puas hati ialah......
AIR!


sepanjang di tasik, air sahaja pemandangan y ada


amat mendamaikan (esp aku y berbintang 'cancer' dipengaruhi ciri air......)


nikmat!

Friday, October 30, 2009

Jalan-Jalan....Konvo 2009-Finale

hari sabtu, saja bawak mak jenjalan. dia nk ke taman botani, kot2 dia leh cuci mata ngan pokok2 bunga... tp, kami bawak dia makan dulu kat Alamanda. Belikan beg tangan n ada plan nak tgk wayang - citer PAPADOM (sila ambil perhatian, sy x tgk lagi tau!). sayangnya tiket y ada kul 5.30, seat paling depan, and 7.30, dah maghrib, x best la...

balik jer.. mak trs pindah barang² dia msk beg baru tu (kaler dark brown) aku pun sana (kaluer silver). Kami bergaya beg baru ler masa konvo bro3...

so, kami makan2 jer

then baru bawak mak ke taman botani. not a place for her. terlalu luas..

cuba teka buah apa ini?

(persoalan yang sama dgn mak n bro3 dok bincang!)

tambahan.........
lepas konvo sis3, kami ke Fradoo.. nk gak aku cari ABC Fradoo.. x kira......
elok jer sampai, hujan lebat.. tp aku tetap oder gak ABC nie.. dah lama sangat aku nk try...
so, inilah dia...

lps konvo bro3 lak, kami ke kedai biasa di Padang Jawa.... ini y kami cari.. makan bertiga, tp oder punya la banyak.. syukur selesai!

Tuesday, October 27, 2009

Konvo memories... 2009

konvokesyen..
pasti ramai ibu bapa teruja nak hadiri.. walau ada y bertongkat (note bulatan merah itu yer)
then dah msk dewan, aku paling excited langgar arahan.. snap pics of my sis.... dah kali ni aku n mak berjaya di tempatkan di Dewan Sri Budiman, depan sekali di tingkat atas, sakan la.... full view... 2 kali konvo di sini mak masuk dewan, then 2 kali gak kat annexe (x best ok!).. dan kali ni, kedua2 kali kami msk dewan, tgk live penganugerahan ijazah adik2 aku ini..... mak puas pastinya.. dan aku puas tgk mak puas... walau ms mula tu dia kene berdiri lama berbaris, sampai duduk2 atas anak tangga....
untuk sesi bro3 lak, ada majlis pre-konvo kat fakulti dia, so seawal 8 pagi kami dah di fakulti dia, patutnya dia bg ucapan wakil pelajar, tp dia pas kat kwn dia..
masa jumpa dekan dia untuk bergambar, adik aku heran mana dekan dia tau dia fasih jerman (bkn nk blagak, but aku penah hadiri pertandingan kuiz jerman, sepatah aku x paham kalau x dak org translate)
kedua2 adik aku ni blh berbahasa jerman, sepetah mana, aku x tau. setakat y aku tau, they are good

ms amik transkrip sis3, bro3 amik jubah dia n jubah kwn dia, so diorg posing maut gak la sekitar kampus...

abis ja sesi konvo bro3, kami snap 4 keping pic jer, 2 keping diorg berdua, 2 lagi kami bertiga, aku snap sdr, sbb dia dh lapar.. trs ke padang jawa makan.....

then trs balik.. letih seharian di majlis....