About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....
Showing posts with label Bisikan Hati. Show all posts
Showing posts with label Bisikan Hati. Show all posts

Wednesday, October 7, 2020


5 tahun yang lalu.

Bila diberitakan, ku ucap padanya, jangan menangis dahulu, uruskan apa yang perlu. Bukan bermakna tangisan itu kelemahan, cuma melelahkan namun meredakan pada saat yang sama.

Saat bertemunya di GMC, luluh seluruh rasa hati dengan ketenangan yang teriak di wajahnya.

Apa yang mampu kuberikan? Sebaris doa semoga dia sentiasa kuat. Dia memang kuat, tapi ku doakan kekuatannya berganda. Ujian ini bukan ujian yang kecil.

Saat diberitakan khabar pemergian, rasa buntu, kaku, beku. Tiada panggilan telefon, tiada pelukan hangat mampu di beri kerana terpisah jarak yang jauh.

Salju yang diberitakan turun bagai tak sudi mengunjungiku kerana bekunya aku saat itu. Melangkah longlai ke bumbung sana, melihat pohon lemon yang cuba menceriakan, namun, tetap kosong.

Mentari esoknya bersinar terang, pohonan lemon yang menyapa jendela dipandang lesu. Teruskan melangkah, menikmati hari akhir bumi Korea. Akan ku kembali, menikmatimu semula suatu hari nanti.

Di tanah airku, ada yang masih menangis, mengenang sebuah kehilangan.

Monday, August 10, 2020

L.I.F.E

 As I am writing this, I am watching the Criminal Minds Season 15, Episode 10, guess the last of it.

Penelope is leaving the team.

There was a moment when Rossi awaits their arrival at the farewell party that he have a flashback of their times with Gideon, Hotch & Morgan (Shemar Moore) partying away. The emotion was super strong! Simple scene yet very strong ambiance.

Yes, in life we will found our niche & they become our family & significant other just because life put us there at the same time & circumstances made us dependent on each other, emotionally, mentally & at times physically.

The only PERMANENT thing in live is CHANGE

The only CONFIRMED thing in live is DEATH

It is always break my heart to say goodbye, or when people said goodbye.

Sorry, I cannot write more... 


Tuesday, December 18, 2018

Rahsia Tuhan


Semoga Allah tempatkan Adib di kalangan umat Rasulullah yang soleh.
Aku kurang mengikuti dengan rapi kisah arwah, sekadar mengetahui info ringkas dan the core of the issue. Benarlah janji Allah, Rezeki, Jodoh, dan Ajal adalah hak mutlakNYA. 
Rahsia Dia yang Esa.

Sedihnya, mengapa yang bukan beragama Islam masih menghina penganut Islam dan berbangsa Melayu? 
Ada seorang pengguna *muk*buk* menggunakan pengenalan diri sebagai Caryn Yean, meninggalkan kata2 yang mengguris hati, katanya bukan kerajaan yang gagal tetapi tuhan aku yang gagal, x sembuhkan Adib.
Melalui gambar yang ada dalam profil nya, nampak macam budak hingusan, belum cukup jumpa sepak terajang dunia. 
Semoga dia tidak hidup dalam kegelapan lagi selepas ini.
Dik, akak kerja dengan bangsa kau, bangsa yang memang menindas, sebab tu jangan minta gaduh, kami yang berbangsa Melayu dan beragama Islam ni kadangkala malas nak bergaduh atau bercakap banyak. Nak hak sama rata? Try la pergi ke China, kita tengok kau mampu hidup mewah atau tidak di sana macam kau di Tanah Melayu ni. 
Kami bangsa berdaulat, beragama, dan sangat menghormati dan bertolak ansur walau denagn manusia bangsat sekalipun.

Jadi.. kita duduk elok2 dengan aman damai ya...
Semoga pelaku dihukum setimpal, nyawa dengan nyawa. Aku x mahu duit cukai aku dibazirkan dengan memberi makan dan penjagaan pada pembunuh Adib.

Sudah2 lah dengan kuil korang tu, sejengkal satu ke nak buat? 
Masjid kami pun diruntuhkan jugak... hak orang jangan diganggu.

Buat yang beragama Islam yang membaca post ini, sejak 18/12/2018 hingga bila2 pun, sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah juga buat diri kita dan sekelian umat.
Semoga Allah tetapkan iman kita dan kemenangan milik kita.
AllahuAkbar!




Tuesday, December 26, 2017

Sebab...

Ni terpanggil dari entry DrZoul.

Nak kata sentap... tak puas hati ke mende, jujurnya... aku tak tahu.

In these few years, tahap kesihatan mak merosot.

1. kaki dia ada bisul, kena minor operate.
2. tergelincir saat keluar bilik air masa sahur, retak berhampiran buku lali (ye.. kaki mak menurun ke aku.. air setitik di lantai pun ada risiko untuk tergelincir)
3. mata katarak, dan sebelahnya ada mocular de-generation, long term chances of lost eyesight, moga Allah lambatkan prosesnya dan mak ada masa untuk menyaksikan aku dinikahkan dan meneman aku menimang cahayamata sulung.
4. mak terkena jangkitan tibi
5. berlarutan dari kes tibi, mak seakan makin lupa... stress barangkali
6. tahap diabetes mak tinggi dan doktor mulakan suntikan insulin, makin sebabkan dia rasa disable, susah nk berjalan2 sebab kena usung insulin tu merata

dari semua di atas, insulin kami beralih ke klinik kerajaan.
tibi, memang penyakit kawalan, tak boleh elak, wajib ke hospital kerajaan.

Sesekali berbual dengan kawan2.. ada yang pertikai kenapa kami bawa mak untuk rawatan di swasta, antara yang menyakitkan hati ialah.... Kami ni berlagak... Maklumlah orang ada-ada (Amiinn.. moga doa kalian dimakbulkan Allah).... x mahu rawat di klinik/hospital kerajaan. Sedangkan di sanalah pakar yang lebih bagus berkhidmat, doktor lebih bagus2, boleh berjimat.

Dan, yang bersuara adalah individu yang pasangannya dah beberapa kali di serang sakit jantung dan mendapat rawatan di HKL. Punya special/VIP treatment walaupun lebih dari mampu untuk ke pakar di swasta. Maklumlah, kejap2 terima award businessman berjaya sana sini, tapi masih juga gunakan kesempatan dan peluang untuk dapatkan rawatan lebih dulu dari rakyat marhaen.

Dan ada juga yang katanya berlagak.. pergi je la ke pakar kerajaan, nak ke swasta kenapa? kenapa nak bazirkan duit?

Rasanya mereka ini adalah manusia alpa dengan nikmat yang Allah bagi.

Tanpa terniat sedikit pun di hati mahu bazirkan duit atau berlagak atau berbangga dengan kemampuan kewangan.

ALPA barangkali terhadap hakikat bahawa ibu ayah ni ada satu sahaja seumur hidup, keramat hidup ini lah yang bersusah payah besarkan kita, selesakan kita dari lahir hingga sekarang. Apalah sangat 7 anak keluarkan gaji sebulan setiap seorang untuk tampung perbelanjaan rawatan?

Contoh, 7 orang keluarkan seorang 1000. dah 7000. setel satu kos. gaji kita zaman sekarang bukan 1000 sebulan pun. Lebih!

Dan, tahu tak berapa lama perlu berbaris di klinik/hospital kerajaan? Bagaimana katil dan suasana wad kelas 3? Mereka di kelas VIP, x perlu beratur, kes pembedahan untuk mereka akan diutamakan dan menolak kes2 rakyat marhaen lain kebelakang.

Kalau nk berjimat x mahu tanggung kos rawatan ibu bapa yang tinggi, kenapa tidak juga berjimat dari berbelanja untuk anak2? Tak perlulah hantar anak ke Smart Reader, Little Caliphs, De Monte dan sebagainya. Hantar saja ke tadika perpaduan, 100 sebulan dengan 15 sebulan blh berjimat banyakkkkk. Dah dikatanya itu tanggungjawab as parents, demi masa depan anak2.

Bagaimana tanggungjawab ke atas ibu bapa?

Banyak sebab kita memilih pilihan yang itu.

Antara yang kami sekeluarga setuju :

1. Semua bekerja sepenuh masa, yang tidak bekerja pula, membantu urusan anak2. Semua bergilir2 urus itu ini, secara keseluruhan. Manakan mampu kau bercuti sebulan? Kan lebih efisien cuti seorang seminggu atau 3 hari... bukan sekadar tidak mengganggu urusan pejabat, malahan semua anak berpeluang untuk berbakti pada ibu bapa. Anak tunggal tiada pilihan ya.

2. Keselesaan pesakit dan orang yang menjaga pesakit. Kalau dah di wad kelas 3, tandas berkongsi pesakit dan penjaga, jarak antara katil hanya setengah meter, penjaga tidur berdiri, atau kerusi batu/kayu luar wad... rasa2? Lepas malam kedua, penjaga balik demam. Manpower down.

3. Kalau dulu duit gaji ayah mampu dibahagikan untuk anak2 yang ramai, masakan setiap anak tidak mampu hulur separuh duit gaji untuk ibu bapa? 1:7 dan 7:1. Lebih dari boleh kalau berkehendak.

4. Rawatan susulan, juga kebijaksaan mengoptimakan masa. Kau ada seharian untuk duduk di kerusi menunggu, dengan internet yang tersekat2, urusan kerja x dapat berjalan, SILAKAN... kami pilih untuk be smart, seorang hatar kad temujanji, seorang lagi masuk pejabat dulu, keluar dan bawa ke klinik, siap semua dalam 2 jam, hantar pulang dan diuruskan oleh yang di rumah.


dan juga, biarlah yang memang benar2 tidak berkemampuan, pergi dapatkan rawatan secara percuma. Kita yang sederhana, mudahkan urusan mereka dengan tidak menyesakkan andai tidak terdesak.

Manusia ni ada pilihan.. pilih untuk diri kita dan pilihlah untuk mudahkan semua orang, kita dan orang sekeliling.

Tiada isu riak, berlagak, bangga diri dan sebagainya....


entri Jepang nantilah................



Tuesday, May 31, 2016

Kehilangan

Semua orang merasai kehilangan at some point of yr life.

Tapi kehilangan aku kali ni, sgt terasa.
Walau nyatanya ia hanya material, tapi nilai sentimentalnya sangat tinggi.


Satu pusaka berusia lebih kurang 35 tahun. Manakan mampu diganti walau segunung berlian sekalipun.

Satu lagi, sentimentalnya kerana ia adalah yang pertama dari yang pertama. Saat yang lain menzahirkan pada kehendak semasa, aku lebih ke arah jangka masa panjang.... nilainya meningkat mengikut masa. Berusia lebih kurang 15 tahun.

Satu lagi, paling berusia... lebih dari 40 tahun, jadi punca pergaduhan seketika. Dan juga membuktikan betapa wang mampu memecahbelahkan silaturrahim. Andai mahu dinilai, aku tidak mampu menyamakannya dengan nilai harta sedunia. Memorinya melibatkan perasaan cinta, ilmu dan pengalaman yang tidak ada di mana2 kelas di dunia, dan yang terulung, masa yang diluangkan bersama-sama dengan yang tercinta bersama material yang ini.

Sayangnya..... akhiran dari material yang ini, yang menjadi hamba wang terusan menyakitkan semua jiwa disekitarnya lalu aku berdoa agar tidak sampai tahap derhaka. Namun untuk aku menyerah... aku tidak akan sesekali. Melainkan aku pula yang dijatuhi hukuman derhaka,

Yang pertama dan kedua, aku berdoa agar dapat berjumpa semula, akan aku sematkan rasa sedih kehilangannya di jiwa sampai mati, tapi mastih sedia memaafkan namun tidak mungkin rasanya untuk melupakan.

Yang ketiga... mampukah di ganti?
Manusia menyebut, darah di ganti darah... kalau memori? Amnesia kah pilihan? Perlu jugakah rasa cinta di balas derita? atau benci sudah mencukupi?
Pengkhianatan? Derhaka? Penganiayaan?

Mampukah aku terus menghadapinya?

Aku...
Yang tak punya sesiapa, rasanya ingin aku lepaskan segalanya dan melangkah jauh tanpa menoleh ke belakang langsung. langsung!

Kuat aku di depanmu, senyumku indah untuk kau nikmati. Dendamku berlum pernah padam. Diam aku bukan kerana rasa takut, cuma aku elak melukakan yang tidak bersalah.

Banyak yang aku pendamkan... dan aku berdoa aku mampu terus pendam selamanya hingga roh berpisah dari jasad... andai terlepas, dibimbangi melebihi letusan si krakatoa suatu masa dahulu.

Pulangkan..... kita selesaikan segala sengketa, aku ingin pergi jauh... tidak ingin pulang2 lagi.

Friday, April 15, 2016

REUNION

Yang sebaya aku, tahun ini ramai sekali mengadakan majlis perjumpaan semula sempena 2 dekad meninggalkan bangku sekolah.

Dan, kami juga sama.

Yang seronoknya, kami membesar bersama. semua perbezaan kami abaikan, semua persamaan kami raikan. Tautan kasih sayang memangnya satu ikatan yang sangat kuat. Itu antara kurniaan terhebat dari Ilahi buat hambanya.

Dalam kegembiraan, pasti ada dukanya.

Aku berkecil hati sejak 2 dekad dahulu dan aku bawa bebannya hingga kini. Sayangnya ada yang dengan lantangnya bersungguh ingin menimbulkan hal keruh yang mencalar jiwa itu.  Aku tidak sudi hadir andai majlis yang sepatutnya menemukan aku dengan memori terindah semalam, dicemari dengan kehadiran yang tidak-tidak. Ada antara mereka yang tidak pernah aku  temui sejak melangkah keluar, malah ada yang sejak hari pertama bersama hingga kini tiada sepatah kata bertegur sapa.

Ini majlis untuk kami yang mengharungi suka duka bersama. BUKAN untuk yang lain. Walau apa juga pangkat, taraf  dan gelaran mereka.

KAMI, yang berkongsi satu cerita yang sama dengan kisah yang berbeza. Ini cerita kami, dari kami untuk kami. Walau driver bas sekolah sekalipun aku tidak sudi menjemput, inikan pula.............

TIDAK!!!
BUKAN KALI INI!


Wednesday, October 7, 2015

Kasih si Ummi

Katanya;
 
"I cant stay still and watch him like that"

Kasih seorang ibu pada bayinya yang baru 18 hari dilahirkan. Perjuangan bermula saat selesai diazankan hingga kini.

Aku kongsikan dengan niat semoga pembaca blog ini sudi membantu mengirimkan secebis doa buat Uwais yang sedang berjuang, serta ummi dan abinya juga pada kakak dan abangnya yang menanti penuh harapan.. Tidak dilupakan seluruh ahli keluarga.... Semoga semuanya bertabah dan bersabar dengan ujian ini.

.....dari seorang ibu...
Tanggal 7 Oktober, 2015.



Muhammad Uwais,
Apabila anakanda dewasa nanti, bacalah anakku semua catatan kami tentangmu. Bacalah anakanda semua doa yang baik-baik yang datang dari semua yang kasih denganmu. Doa itu anakanda, dari keluarga dan sahabat handai kita yang sudah lama kita kenal bahkan yang baru saja kenal tentangmu. Doa itu Allah hantarkan bersama salam silaturrahim dari semua. Ucapkanlah terima kasih dan doakanlah mereka dengan doa yang baik-baik kembali.

Muhammad Uwais,
Semalam apabila Dr Syarifah terangkan keadaan Uwais, Ummi lihat Abimu cuba bertabah dengan sekuatnya. Abi pegang tangan Ummi, Ummi anggukkan kepala berkali-kali. Entah kuat itu datang dari mana, Ummi langsung tidak menangis. Bukankah Ummi sudah berjanji, Ummi cuba untuk tidak menangis sewaktu di depanmu?

Muhammad Uwais,
Dr Syarifah kata, jantungmu Allah ciptakan berbeza untuk anak yang istimewa. "Jika tidak ada lubang ini, mungkin anak Puan tiada dalam kandungan lagi".

Allahu Allah. Kosong rasanya dunia ini. Tapi Ummi percaya Allah plotkan semua ini dengan pelbagai hikmah yang belum terungkapkan. Mana mungkin Allah ciptakan semua ini sia-sia. Kelahiranmu dan keberadaanmu duhai anak, semuanya dari Allah.

Uwais,
Dr Annuar jangkakan kelahiranmu pada 19 September 2015. Hari itu berlalu tanpa sebarang tanda Ummi akan melahirkan. 20 September 2015, Ummi ke INS untuk follow up. Dr Annuar tanyakan pada Ummi, "Mahu tunggu atau mahu induce?". Ummi senyum dan bilang, "Biarlah doktor.. Saya tunggu." Tengahari apabila Abi hantar Ummi ke rumah, Ummi solat dan baring. Ummi rasa sakit setiap 30 minit, ummi fikir tiada apa-apa. Pukul 3.30 petang, sakit makin kerap tapi ummi masih kuat. Ummi mesej Abi dan minta Abi pulang. Apabila Abi sampai, azan Asar berkemundang. Ummi mandi, buat senaman dan kontrol pernafasan. Kami solat Asar bersama dulu. Dalam perjalanan, Ummi minta Abi belikan Nasi Ayam. Ummi membayangkan masa yang panjang di dalam bilik bersalin, makanya mahu makan untuk simpan tenaga. Abi bungkus untuk Ummi dan belikan roti. Ummi makan roti saja. Sampai di INS sudah 5.30 petang. Dr Annuar sedang berjalan keluar, Abi panggil doktor dan maklumkan. Doktor masuk semula. Ummi masih boleh berjalan. Tapi di depan pintu, Ummi terhenti dan pegang tangan abi dengan kuat. Nurse datang bawakan kerusi roda. Mereka tolak Ummi ke atas. Ummi ganti baju, dan mereka sediakan Ummi. Ketika itu sudah sekitar jam 6 petang. Rasanya dalam dua puluh minit, saat Abi pegang tangan Ummi, dan Ummi ucapkan Allahuakbar Uwais lahir dengan tangisan yang sangat kuat. Uwais terdiam dan pandang Ummi bila Ummi peluk Uwais. Panasnya pelukan Uwais masih terasa hingga hari ini walaupun setelah 18 hari Uwais sendiri-sendiri di wad. Bertabahlah sayang, Allah ada mendakapmu dan Malaikat ada menjagamu.

Uwais yang kuat,
Kuatlah kita semuanya. Genggamlah tangan Ummimu ini dalam perjalanan ini. Kuatlah selalu. Ummi dan Abi akannkuat juga untukmu. Allah pilih kita untuk melaluinya. Lalu Allah hantarkan kasih dan sayang dari semua orang mengiringi kita.

Dari Uwais, Iman, Furqan, Abi dan Ummi,
Terima kasih tak mungkin cukup untuk membalas jasa baik semua yang mendoakan kami. Allah jualah yang membalas jasa baik semua, sahabat dan saudara yang sedaya upaya mencari jalan untuk kami, menceritakan pengalaman, menitipkan pesan dan kekuatan, bahkan meminjamkan pelukan dan kasih sayang. Benar, kami sedang diuji tetapi saat ini kasih dan sayang Tuhan datang melimpah tidak tertahankan.

Ummi Lily.
Day 18.

Monday, June 22, 2015

Happy Father's Day



DAULAT SEORANG AYAH - Mukhriz Mahathir

'Ha, when did you get back, Is?', tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.


Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa:

“Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.

Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.

Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH

Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.

Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.

Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.

Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH

Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.
Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat - atau misi kata orang Kedah - wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.

Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.

Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Ali, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.
Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.

Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.

Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.
Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.

Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik - saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.
Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari.

Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.

MRSM DAN JEPUN

Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.
Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.

Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.

MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah.

Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.

Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam.

Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah.

Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.

Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya?

Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya.

Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan.

Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.
Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah - kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.

Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI.

Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh”.

Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”

Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”

“Bila nak berhenti?” tanya ayah.

“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.

“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.

“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.

Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.

Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015


My dad my hero adalah kebiasaannya kan. Especially for a daughter. Walau famili aku jenis x zahir kasih sayang melalui kata2 or sentuhan, Alhamdulillah... aku tau ayah mmg sayang kami. Hari bapa smlm membuatkan aku seakan nak korek cari pic ayah n syer ngan korang. But, cam x nak syer ja, sebab, he is mine, exclusive.. haaaaaa... gitu! gila kedekut.

Best kalau pasanganku nanti juga seorang y rajin macam ayah, pandai dan rajin menyimpan  mengurus kewangan keluarga, boleh tunjukkan aku dan anak2 perbezaan pokok2 y ada di kebun, beza tepus tanah dengan lempoyang dengan lengkuas dan kantan. Juga ceritakan kisah2 robinson crusoe, kisah long naik pokok kacang, nyanyikan lagu nk padam lampu, lagu bila tengok bulan dan bintang. Sanggup kaitkan orkid hutan buat aku bila aku nampak yang camtik, walaupun matanya masuk habuk dari akar orkid tu.

Antara y ketara, aku ikut rambut dan perangai degil ayah, hati kental dia. hehehe.......
I prefer to think that i am his favourite, daddy's girl!.

Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Ramli B Mat Esa.
1930-1998



Thursday, May 28, 2015

Look far & beyond...




... & I know that I have quite a handful of photos that will bring the silent tears to my eyes......
Thank you.

Source

Friday, May 8, 2015

Untuk Cinta


OST Pilot Cafe.

Lagu y x ada ulang2 lirik, dari mula sampai habis sekali harung saja.
dan ada part liriknya memang mengena pada hati aku.

Menonton filem ini, sebab Remy Ishak, umpamanya merobek hati sendiri.... Aku ingatkan hati aku dah cukup kuat, rupanya, parut lama andai tergores, tetap pedih. (ada aku post sekali pasal ni, mls la nk mengorek sampai jumpa)






Kau tunjuk kan aku
yang memangnya tak pernah tahu
erti cinta sebenarnya dari jiwa
bukan hanya dari mata

Kau ajar hati ku
kasih setulus seikhlas nya
tak pernah mengalah
walau kan terpisah
sedikit pun tak berubah

Namun
tak kan menjadi miliki ku
cinta bukan tercipta untuk ku

Tolong jaga lah diri nya buat diri ku
jangan biar luka lagi hati nya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua kasih dan cinta
akan ku pendam kan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula..

Selamat tinggal kasih
Aku kan pergi bawa diri
yang telah rela
dan mengerti

Dan disini saja
berakhir nya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah.. ku terima tentuan nya





Sakitnya masih terasa........ jauh dalam lubuk jiwa

Wednesday, October 8, 2014

Merenung Bulan

jiwa kurang happy. 


pastu dengar lagu camni. memang tangkap leleh.
aku jenis y kurang menangis. kalau nangis pun jenis camni....

Choi Ji Woo dalam citer Temptation.... dia kalau menangis mmg tahap dewi2 bagi aku. Diva habes.... esp dlm Winter Sonata. jenis airmata x byk, airmatahati ja mencurah2... bukan cam heroin dlm autumn in my heart, aku x suka.. merambu sesaja. Rimas!

jenis dok dlm keta sorng2, nangis sambil drive or berenti kat tepi jalan je.
& this moment, i really need that long drive... dan sangatla susah nk dapat di Penang ni. Aku penah drive sesorang ke S.A then ke LCCT tetengah mlm sorang2 sebab I need to calm myself n do some thinking.

Dan baru2 ni ada kes yang memang tahap pecah muka orang kalau ikut hati. Memang menggigil sampai ketap2 gigi. But me, being myself..... relax, scan, email, text dengan my BFF buat keje sket, then baru p my green room (yup, that green room y ada green wall/screen untuk video shooting tu, nk buat kat phone booth, kami guna glass wall, org blh nampak, plus x berapa soundproof) & dial the number. Only then, after about more than an hour dicovering it that I have the chance & strength to pour my heart content to that someone. Er... actually that person is the 2nd person ever heard me that hopelessly crying myself out. I RARELY do that. & I really appreciate the ears borrowed & the support given (u'll never imagine how grateful I feel).

Yeah.. I'm that.

Well, after thorough thought, I was thinking of taking actions about that, but my hands are totally tied. My private solution? Leave all that behind & be away!!!

Ye, aku bukan nabi apatah lagi malaikat. Namun x juga berhati firaun. Cuma, aku  x suka berada dalam situasi sebegini. Ini bukan something y aku boleh tolerate. So, it all come back to the fight or flight thingy. Since I am not allowed to fight w/o causing more hurts, the only thing I am left is to flight. Ada yang akan suruh aku bersabar dan memaafkan. FYI, aku dalam keadaan bersabar la ni, memaafkan juga boleh, tapi macam biasa, aku memaafkan dengan syarat jangan wujud lagi depan aku lepas ni. Sama seperti tahun 1996, juga tahun 2009. I abhorred to know or lay my sight on you ever. If destined that our path crossed again, I pray to Allah, I'm not made aware that it was that human being.

Aku mohon maaf, aku sangat pendendam dan memendam rasa. That is why people usually passed by me w/o noticing who I am. I have that invisible personality that I sometimes note that it really made me physically invisible. Hahaha...

Also I need to steam off somewhere. But at this moment, I guess I can contained the feeling & released it much-much-much-much later.

Well, slight diversion as ending note, know why I prefer the Winter Sonata heroin  against Autumn in My Heart? Besides the fact about them crying?

I'll say that crying with tears are much simpler, coz the physical tears are there. Person that cries all the time is much easier to heal compared to that never cry. In Winter Sonata, she excel in her life, a good career is hers. But with all her achievement, she carry within her heart the hollow. She is all great on the surface. Beneath the calm personality there lay a heartwrenching  remorse of the first love she lost. Her tears comes when & only when the tears in her heart overflows externally.

& I do love Choi Ji Woo. Simple as that. hehehe

Wednesday, September 24, 2014

...







Ok, first things first.
I am sorry if what I did, potrayed or talked annoys anyone. Sincerely, not intentional. Yet, that is our differences.
Embrace individual differences makes life more meaningful.

Yep....................... Generally as usual in social media, no name mentioning happened, yet I strongly believe it is ME.

It is not really a hard feeling or anything that way. I just feel it strongly aimed at me personally. Like being shoot long range by sharp shooter of the best sniper among humans (blame it on hormone for all I care).  & the moment I noticed, my first reaction was like 'no wonder I do not feel much sense of belonging here, mingling with these type of community'. Seems like I am citizen of the world by heart. These are the people that I tried to connect to, the social circle that I look forward to be part of. Yet, again and again, I felt that I have been pushed out real-real-REAL hard.

I am the sort that observe & then I step in once the situation is out of normal control. The facilitator, the adjuster, more important than most, the most demanding of all, that is me. On the surface I usually remain calm, at times can see my fussiness & demanding trait, yet, with this particular community, I did try to be as reserved as possible. And upon my observation, I walk around wearing a  head sign of 'alien' among them. I do not talk their 'languange' do not practice their 'norm' which by experience screams as 'eccentric' in capital letter.

Nevermind, just my ramblings. Pardon me & yes, I type using my office keyboard in office, not using my cell or my laptop keyboard, it is easier.


::please do not comment here if this writing offends you::



Tuesday, August 26, 2014

Cerita Hati

hari tu,
that particular day,
aku rasa sangat down.... mmg heartbroken sesangat.
*standby tisu kat tangan*


















then at certain part of it, aku rasa aku sgt over ikut hati.
pause n reflect myself, it is not true.


Well, not particularly anyway!

Tuesday, May 27, 2014

Teringin

yup..... keinginan ini aku sorok jejauh dalam jiwa.
sesekali terpancar di blog supaya pembaca sama stress ngan aku.

Ingin, bukan kemaruk or mengidam or seangkatan yang melambangkan hampir pada hukum wajib. Tapi pada masa sama ada keindahannya di sini yang kadangkala hati ehem (!) degil aku cuba untuk x nampak. Persekitaran memberi feedback positif, makanya aku sorok jauh2 supaya tidak tidak dizahirkan secara tersurat.

You win some you lose some! itu ayat penyejuk jiwa. Sesekali berkesan, selalu tidak (tapi tersorok la)....

owh...
my few wish list :


mungkinkah aku kembali being bold???
similar like mine, but mine is black n been in use for 5 years now.... time to replace

tetap seksi

lelain di siniada y dah dapat dr wishlist last year tu. dan memang aku agak konsisten... dah tetap wajib ada swing a.k.a buaian. 

Thursday, April 17, 2014

April 17

Every year..... since like forever
I dreaded this day.











































Happy Birthday........ Moga baik2 saja.

Wednesday, December 4, 2013

My Sadness

“You should eat a waffle! You can't be sad if you eat a waffle!”
― Lauren Myracle, ttfn
So, someone... better get me a waffle..... NOW!



“Sometimes, when you're so sad you don't know what to do, it helps to be angry.”
― Cornelia Funke, Inkheart
Am I angry right now??? Well, Sort Of...!



“Sometimes you weren't supposed to share pain. Sometimes it was best just to deal with it alone.”
― Sarah Addison Allen, The Sugar Queen
Urmmmmmm............................................................................................................ then someone said this;



“I am intrigued by the smile upon your face, and the sadness within your eyes”
― Jeremy Aldana

& I SMILE again





Wednesday, November 13, 2013

Bintang

ingin ku lakarkan pada langit malam

ingin aku bisikkan pada bayu senja

mahu aku menemani bulan

bersama barisan bintang yang gemerlapan




Tuesday, October 29, 2013

Masyarakat Prihatin : Minta atau beritahu saja perlu bantuan, pasti ada y sudi menghulur

Hujung minggu aku agak full. Sabtu, bawak mak p renew passport dia. Then shopping barang dapur.

Ahad lak ada kelas. Isnin pun sama, aku amik cuti nk attend kelas. kelam kabut pagi senin br gtau bos y aku cuti..... berpeluh gak la kelam kabutnya.

Walau aku ada masalah internet (hmmm... haruskah kembali menggunakan broadband? *belek2 purse*), aku tersempat nampak my BFF post y ayahnya masuk spital n perlukan darah. Dalam line x stabil tu, aku berjaya jugak call kawan aku n dapatkan permission dia nak share kat group penderma darah yang aku join. Dia kata ok. 


So aku postkan la... line cam hampeh, sangkut2 cam apa je.. Owh, hotel tu x kasik free wifi ye. mmg sgt limited. Aku guna kawan aku punya, tumpang gitu2 je la. Then, aku post as public kat wall muka*buk*u aku. Sekali, hambek! Melekat 3 posting terus. Masa aku highlight n delete excess posting tu, aku dapat 2 call.
 jam 11.47 & 11.49 pagi. Aku missed keduanya, x sempat angkat. So aku return call yang pertama. A generous man, bangsa lain, agama lain, n dia first responder aku. Soalannya simple. Dimana? Urgent ke tidak? Kalau urgent dia nk pergi SEKARANG! Dia buat call dr penang n pakcik ada di Alor Setar.  Mr Ja*** F****, Thanks a lot! Dia respond n confirm dia nak datang menderma dalam group masa aku still struggling nk betulkan posting aku kat wall aku dengan line ciput itu. Belum pun aku sempat call dia. Aku call dia balik kul 11.54, tapi dia mmg dah ready nk p menderma, Ini semangat y aku kagumi, andainya bangsa aku juga ada semangat ni, alangkah indahnya. Tapi kalau nk komplen, mmg ramai bangsa aku ada semangat ni. hehe...



Dan posting tu jugak dishare oleh 4 kawan aku n 2 follower aku. Cuak gak ada follower, sebab aku pemalu. Aku juga kehabisan kredit lepas return call tu. Dugaan betul! Dan internet trs OUT!!! 

Dah lewat petang baru aku dapat bukak internet lagi. Call BFF, katanya dia pun dah malu2 alah sebab ramai y sudi menderma dan call dia. Alahamdulillah, pagi tadi, katanya, pakcik dah ok, dah x muntah darah. 

yang aku nk share, sebenarnya, rakyat kita ni, pemurah. Kalau perlu bantuan, sebut saja, pasti ada insan mulia y besar hati nk menolong. Bab duit pun akan ada, cumanya, kalau sebab ko boros n seangkatan, mmg mohon penampar la kan.... Ada y nk belajar/bertanya, pesan aku, (aku pesan pada rakan peserta yang hadir) TANYA! pasti ada y sudi meluang masa mengajar n membimbing. Kot x bertanya, pastinya akan terus sesat dan sesat.

Juga, yang mewah mewar-warkan pada dunia konon aku ni BFF la apa la..., pada saat aku perlukan bantuan macam ni n projek red bubbles aku. Jangankan kata nk sertai, like pun idak. Yang travel dengan aku pun, bila aku buka mulut, boleh tukar cerita pada cerita y sangat selfish, pasal dia n keluarganya. So, teori manusia aku masih kukuh. :) 

Aku x rugi walau sesen....... cuma aku mencari jalan menambah nilai pada hidup aku n orang keliling aku.

Rasa kecewa bertemu dengan orang y sedemikian tetap ada.... x apalah.. i am OK!


Thursday, October 17, 2013

Senyumlah Kembali

Last week, dalam aku sgt2 sibuk dan fikiran bercelaru, tetiba a friend of mine post lagu ni (ada dlm post sblm ni) ... As if that friend knows that i am not being myself. Alhamdulillah.. syukur sangat2 aku sentiasa ada sahabat2 yang  sudi bersama aku dalam susah aku. Yang ada dalam senang mmg biasanya ramai....

Aku x sangka lagu ni dendangan alleycat, sebab mmg x pernah dengar. Dan juga that friend of mine berkongsi info bahawa dia mungkin blh bawa kenalannya untuk berkongsi minat terbaru aku, yang memang terpendam, cuma x pernah dikilatkan atau diasah atau diberi perhatian selama ini. Kenalannya itu dah terkenal dalam bidangnya, lalu aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat berharap agar kenalannya sudi dan ada kelapangan untuk aku. Boleh juga aku menumpang pahala ilmu.

Ya, hidup aku masih belum stabil sepenuhnya, tapi agak kukuh berbanding dulu. Jiwa masih terlalu rapuh, walau benteng yang aku bina seteguh tembok besar cina. Lebih senang mengukir senyuman palsu dari membicarakan punca kesedihan (pinjaman/alihbahasa dr blog patungcendana). Betul kan?

Kenapa aku sangat terpikat pada lagu ni? Baca bait2 liriknya...... sangat sesuai.


Ceritakan padaku
Apa sebenarnya yang berlaku
Pada dirimu
Ceritakan padaku
Jangan sekali
Kau tunduk membisu

Suarakanlah kepadaku
Yang terpendam dalam hatimu
Tak sanggup ku melihat
Kau bersedih hiba meratap

Di dalam kau berduka
Aku turut sama merasa
Kerana sesungguhnya
Aku sayang kepadamu

Senyumlah kembali
Senyumlah dengan seri
Seperti hari-hari riangmu yang dahulu
Dan setiap kesusahan
Bukan sekali bererti
Berakhirnya mimpi-mimpi

Dan senyumlah kembali
Untuk melangkah lagi
Senyumlah sesungguhnya
Aku kan menemani
Biar apa sekalipun
Dugaan datang menguji
Kau tidakkan bersendiri

Thursday, October 3, 2013

Sahabat

Malam tadi nyenyak, tapi kul 2.27am, aku terjaga, dah rasa cam puas tdo. Perut dah semaca, trn bawah ke toilet, tapi x jadi. Kul 4lebih lak terjaga d penyahtinjaan berlaku di pagi hari dengan jayanya... naik bilik, sambung la kononnya tdo. Then kul 5.47am, aku jaga lagi. Perut still x best, apa lagi, malas dah nk sambung tdo, bangun, setelkan hal perut n trs mandi. Solat subuh seawal waktu pagi ni. Alhamdulillah.

Siap dlm kul 6.30pagi. Kang kalau aku pegi keja time ni, semua kata buang tebiat lak kan, makanya turun bawah layan siri motivasi dr Fazilah Kamsah. Tiap kali tgk dia, mesti teringat husband sepupu aku di Johor, mmg iras gaya bercakap. Best dengar.

Dr kata sahabat adalah ASET. Doakan untuk sahabat kita.

Selama ni aku semat dalam hati bahawa sahabat adalah sumber. Dalam segala segi, tapi paling bermakna adalah sumber emosi. Makanya, lepas ni kena tune-up my set-up, Sahabat adalah ASET. As of now, kalau ada benda2 baik, gembira, bagus, Alhamdulilllah aku sentiasa ingat pada para sahabat aku. & I wish they are there with me at the moment. Bayangkan alangkah indahnya kalau ada Taman Memuah, Masjid Memuah, juga menunaikan umrah n haji bersama memuah..... Insyaallah, akan diusahakan sekurang2nya salah satu daripadanya. :)

PnL n PnM juga adalah antara sahabat y sentiasa dlm hati. :) 

Followers