Ni terpanggil dari entry DrZoul.
Nak kata sentap... tak puas hati ke mende, jujurnya... aku tak tahu.
In these few years, tahap kesihatan mak merosot.
1. kaki dia ada bisul, kena minor operate.
2. tergelincir saat keluar bilik air masa sahur, retak berhampiran buku lali (ye.. kaki mak menurun ke aku.. air setitik di lantai pun ada risiko untuk tergelincir)
3. mata katarak, dan sebelahnya ada mocular de-generation, long term chances of lost eyesight, moga Allah lambatkan prosesnya dan mak ada masa untuk menyaksikan aku dinikahkan dan meneman aku menimang cahayamata sulung.
4. mak terkena jangkitan tibi
5. berlarutan dari kes tibi, mak seakan makin lupa... stress barangkali
6. tahap diabetes mak tinggi dan doktor mulakan suntikan insulin, makin sebabkan dia rasa disable, susah nk berjalan2 sebab kena usung insulin tu merata
dari semua di atas, insulin kami beralih ke klinik kerajaan.
tibi, memang penyakit kawalan, tak boleh elak, wajib ke hospital kerajaan.
Sesekali berbual dengan kawan2.. ada yang pertikai kenapa kami bawa mak untuk rawatan di swasta, antara yang menyakitkan hati ialah.... Kami ni berlagak... Maklumlah orang ada-ada (Amiinn.. moga doa kalian dimakbulkan Allah).... x mahu rawat di klinik/hospital kerajaan. Sedangkan di sanalah pakar yang lebih bagus berkhidmat, doktor lebih bagus2, boleh berjimat.
Dan, yang bersuara adalah individu yang pasangannya dah beberapa kali di serang sakit jantung dan mendapat rawatan di HKL. Punya special/VIP treatment walaupun lebih dari mampu untuk ke pakar di swasta. Maklumlah, kejap2 terima award businessman berjaya sana sini, tapi masih juga gunakan kesempatan dan peluang untuk dapatkan rawatan lebih dulu dari rakyat marhaen.
Dan ada juga yang katanya berlagak.. pergi je la ke pakar kerajaan, nak ke swasta kenapa? kenapa nak bazirkan duit?
Rasanya mereka ini adalah manusia alpa dengan nikmat yang Allah bagi.
Tanpa terniat sedikit pun di hati mahu bazirkan duit atau berlagak atau berbangga dengan kemampuan kewangan.
ALPA barangkali terhadap hakikat bahawa ibu ayah ni ada satu sahaja seumur hidup, keramat hidup ini lah yang bersusah payah besarkan kita, selesakan kita dari lahir hingga sekarang. Apalah sangat 7 anak keluarkan gaji sebulan setiap seorang untuk tampung perbelanjaan rawatan?
Contoh, 7 orang keluarkan seorang 1000. dah 7000. setel satu kos. gaji kita zaman sekarang bukan 1000 sebulan pun. Lebih!
Dan, tahu tak berapa lama perlu berbaris di klinik/hospital kerajaan? Bagaimana katil dan suasana wad kelas 3? Mereka di kelas VIP, x perlu beratur, kes pembedahan untuk mereka akan diutamakan dan menolak kes2 rakyat marhaen lain kebelakang.
Kalau nk berjimat x mahu tanggung kos rawatan ibu bapa yang tinggi, kenapa tidak juga berjimat dari berbelanja untuk anak2? Tak perlulah hantar anak ke Smart Reader, Little Caliphs, De Monte dan sebagainya. Hantar saja ke tadika perpaduan, 100 sebulan dengan 15 sebulan blh berjimat banyakkkkk. Dah dikatanya itu tanggungjawab as parents, demi masa depan anak2.
Bagaimana tanggungjawab ke atas ibu bapa?
Banyak sebab kita memilih pilihan yang itu.
Antara yang kami sekeluarga setuju :
1. Semua bekerja sepenuh masa, yang tidak bekerja pula, membantu urusan anak2. Semua bergilir2 urus itu ini, secara keseluruhan. Manakan mampu kau bercuti sebulan? Kan lebih efisien cuti seorang seminggu atau 3 hari... bukan sekadar tidak mengganggu urusan pejabat, malahan semua anak berpeluang untuk berbakti pada ibu bapa. Anak tunggal tiada pilihan ya.
2. Keselesaan pesakit dan orang yang menjaga pesakit. Kalau dah di wad kelas 3, tandas berkongsi pesakit dan penjaga, jarak antara katil hanya setengah meter, penjaga tidur berdiri, atau kerusi batu/kayu luar wad... rasa2? Lepas malam kedua, penjaga balik demam. Manpower down.
3. Kalau dulu duit gaji ayah mampu dibahagikan untuk anak2 yang ramai, masakan setiap anak tidak mampu hulur separuh duit gaji untuk ibu bapa? 1:7 dan 7:1. Lebih dari boleh kalau berkehendak.
4. Rawatan susulan, juga kebijaksaan mengoptimakan masa. Kau ada seharian untuk duduk di kerusi menunggu, dengan internet yang tersekat2, urusan kerja x dapat berjalan, SILAKAN... kami pilih untuk be smart, seorang hatar kad temujanji, seorang lagi masuk pejabat dulu, keluar dan bawa ke klinik, siap semua dalam 2 jam, hantar pulang dan diuruskan oleh yang di rumah.
dan juga, biarlah yang memang benar2 tidak berkemampuan, pergi dapatkan rawatan secara percuma. Kita yang sederhana, mudahkan urusan mereka dengan tidak menyesakkan andai tidak terdesak.
Manusia ni ada pilihan.. pilih untuk diri kita dan pilihlah untuk mudahkan semua orang, kita dan orang sekeliling.
Tiada isu riak, berlagak, bangga diri dan sebagainya....
entri Jepang nantilah................
Setiap orang baik punya MASA LALU, dan setiap pendosa punya MASA DEPAN Siapa kamu untuk menghakimi aku sebagai orang baik atau pendosa?? Kita, Menginjak pada TANAH yang SAMA, Bernafas pada UDARA yang SAMA Belayar berbelok belok , Sauh dibongkar di tempat tenang, Yang TINGGAL hati tak elok, yang PERGI hati tak senang. Bila sampai waktu kita akan bersama................ Ini luahan rasa hati, monolog diri. Kadangkala penuh EMOSI, adakala sekadar memerhati.....
About Me
- zonaku
- Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....
No comments:
Post a Comment