About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....
Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Tuesday, December 26, 2017

Sebab...

Ni terpanggil dari entry DrZoul.

Nak kata sentap... tak puas hati ke mende, jujurnya... aku tak tahu.

In these few years, tahap kesihatan mak merosot.

1. kaki dia ada bisul, kena minor operate.
2. tergelincir saat keluar bilik air masa sahur, retak berhampiran buku lali (ye.. kaki mak menurun ke aku.. air setitik di lantai pun ada risiko untuk tergelincir)
3. mata katarak, dan sebelahnya ada mocular de-generation, long term chances of lost eyesight, moga Allah lambatkan prosesnya dan mak ada masa untuk menyaksikan aku dinikahkan dan meneman aku menimang cahayamata sulung.
4. mak terkena jangkitan tibi
5. berlarutan dari kes tibi, mak seakan makin lupa... stress barangkali
6. tahap diabetes mak tinggi dan doktor mulakan suntikan insulin, makin sebabkan dia rasa disable, susah nk berjalan2 sebab kena usung insulin tu merata

dari semua di atas, insulin kami beralih ke klinik kerajaan.
tibi, memang penyakit kawalan, tak boleh elak, wajib ke hospital kerajaan.

Sesekali berbual dengan kawan2.. ada yang pertikai kenapa kami bawa mak untuk rawatan di swasta, antara yang menyakitkan hati ialah.... Kami ni berlagak... Maklumlah orang ada-ada (Amiinn.. moga doa kalian dimakbulkan Allah).... x mahu rawat di klinik/hospital kerajaan. Sedangkan di sanalah pakar yang lebih bagus berkhidmat, doktor lebih bagus2, boleh berjimat.

Dan, yang bersuara adalah individu yang pasangannya dah beberapa kali di serang sakit jantung dan mendapat rawatan di HKL. Punya special/VIP treatment walaupun lebih dari mampu untuk ke pakar di swasta. Maklumlah, kejap2 terima award businessman berjaya sana sini, tapi masih juga gunakan kesempatan dan peluang untuk dapatkan rawatan lebih dulu dari rakyat marhaen.

Dan ada juga yang katanya berlagak.. pergi je la ke pakar kerajaan, nak ke swasta kenapa? kenapa nak bazirkan duit?

Rasanya mereka ini adalah manusia alpa dengan nikmat yang Allah bagi.

Tanpa terniat sedikit pun di hati mahu bazirkan duit atau berlagak atau berbangga dengan kemampuan kewangan.

ALPA barangkali terhadap hakikat bahawa ibu ayah ni ada satu sahaja seumur hidup, keramat hidup ini lah yang bersusah payah besarkan kita, selesakan kita dari lahir hingga sekarang. Apalah sangat 7 anak keluarkan gaji sebulan setiap seorang untuk tampung perbelanjaan rawatan?

Contoh, 7 orang keluarkan seorang 1000. dah 7000. setel satu kos. gaji kita zaman sekarang bukan 1000 sebulan pun. Lebih!

Dan, tahu tak berapa lama perlu berbaris di klinik/hospital kerajaan? Bagaimana katil dan suasana wad kelas 3? Mereka di kelas VIP, x perlu beratur, kes pembedahan untuk mereka akan diutamakan dan menolak kes2 rakyat marhaen lain kebelakang.

Kalau nk berjimat x mahu tanggung kos rawatan ibu bapa yang tinggi, kenapa tidak juga berjimat dari berbelanja untuk anak2? Tak perlulah hantar anak ke Smart Reader, Little Caliphs, De Monte dan sebagainya. Hantar saja ke tadika perpaduan, 100 sebulan dengan 15 sebulan blh berjimat banyakkkkk. Dah dikatanya itu tanggungjawab as parents, demi masa depan anak2.

Bagaimana tanggungjawab ke atas ibu bapa?

Banyak sebab kita memilih pilihan yang itu.

Antara yang kami sekeluarga setuju :

1. Semua bekerja sepenuh masa, yang tidak bekerja pula, membantu urusan anak2. Semua bergilir2 urus itu ini, secara keseluruhan. Manakan mampu kau bercuti sebulan? Kan lebih efisien cuti seorang seminggu atau 3 hari... bukan sekadar tidak mengganggu urusan pejabat, malahan semua anak berpeluang untuk berbakti pada ibu bapa. Anak tunggal tiada pilihan ya.

2. Keselesaan pesakit dan orang yang menjaga pesakit. Kalau dah di wad kelas 3, tandas berkongsi pesakit dan penjaga, jarak antara katil hanya setengah meter, penjaga tidur berdiri, atau kerusi batu/kayu luar wad... rasa2? Lepas malam kedua, penjaga balik demam. Manpower down.

3. Kalau dulu duit gaji ayah mampu dibahagikan untuk anak2 yang ramai, masakan setiap anak tidak mampu hulur separuh duit gaji untuk ibu bapa? 1:7 dan 7:1. Lebih dari boleh kalau berkehendak.

4. Rawatan susulan, juga kebijaksaan mengoptimakan masa. Kau ada seharian untuk duduk di kerusi menunggu, dengan internet yang tersekat2, urusan kerja x dapat berjalan, SILAKAN... kami pilih untuk be smart, seorang hatar kad temujanji, seorang lagi masuk pejabat dulu, keluar dan bawa ke klinik, siap semua dalam 2 jam, hantar pulang dan diuruskan oleh yang di rumah.


dan juga, biarlah yang memang benar2 tidak berkemampuan, pergi dapatkan rawatan secara percuma. Kita yang sederhana, mudahkan urusan mereka dengan tidak menyesakkan andai tidak terdesak.

Manusia ni ada pilihan.. pilih untuk diri kita dan pilihlah untuk mudahkan semua orang, kita dan orang sekeliling.

Tiada isu riak, berlagak, bangga diri dan sebagainya....


entri Jepang nantilah................



Wednesday, July 22, 2015

Raya 2015

Masa awal2 Ramadhan, aku rasa cam x semangat nk beraya. Even dalam famili, aku ja y macam over siap p buka puasa gathering bagai sampai ke CH. Ramadhan buffet 3 kali jugak la dalam x der mood konon kannnn...

Then, happen to be, my instinct x penah salah. On 8 July, 2015, sebelum bangun untuk sahur, tetiba abang aku buka pintu bilik n kejutkan aku. Tercengang2 la jugak, trs ala2 berlari turun bawah. Rupanya, dalam kul 3 pagi, mak bangun nk terkucil, dia tergelincir n twist her right ankle. There you go. Sahur jugak la, mak makan kat kerusi tu ja. Lps sahur, aku naik bilik balik n email pada ofis y aku on EL. Mak memang x blh jalan.

So, tgu siang sket, mandikan Sara, mak mengesot ke toilet n mandi siap semua, kami ke klinik. X ray, katanya x patah apa, Syukur Alhamdulillah. But mak tetap x blh berjalan. Hari y sama, aku start manage sendiri rumah mak. Well.. managelah sangat kunun. Nak berbuka that day, abang aku dukung mak ke dapur.

Esoknya dan Jumaat, aku WFH. Not a good practice for my post, sbb team lebih perlukan aku physically in office yet, my mom need me more at home. Pejam mata, decision semua tau dah. Wheelchair sis2 amik dr ofis dia, on loan dr unit kebajikan staff, kot x, mmg nk beli dah la. Mak lebih mobile dengan wheelchair, untuk ke toilet dsb, but still x buat keja apa2.

& sis4 balik ke kg on Friday. Good for me & all for us, sbb dia homemaker cum biz women at home. Isnin is replacement for Penang Governor Bday, Aku bawak mak ke spital sbb walau dia rasa cam dia dah ok sket, tapi lebam di kakinya makin ketara. Jumpa orthopaedic, xray sekali lagi, ada retak a.k.a hairline fracture, sebab tu makin lebam & bengkak x surut. Bengkak tu sebenarnya sebab kurang ditinggikan kaki tu plus dia byk bgerak, biar kaki dia tergantung lama2... nk tegur, paham2 sendir sudah la..

Selasanya, Sales VP dr US datang Penang. After 6 days x masuk ofis, mmg a bit disoriented & nicely aku sampai serentak ngan VP n Director. Pening2 lalat jugak la masa dikenalkan dengan dia sampai lupa aku sebenarnya dah set bilik kat level 3 untuk meeting diorg. Terkulat2 malu bila dengar manager aku y gtau kat diorg. hehe

Aku cuma bercuti pada hari Khamis, tu pun masih ada visitor d pejabat, aku tinggalkan juga. Juadah raya semua kami y masakkan. Mak jadi mandur dan balut ketupat palas saja.

So, solat sunat Aidilfitri di masjid mmg melepas la.

Photo2 raya kami tahun ni.

Qaseh, Faris, Farah

Qaseh, masa pic ni, kat laman maktam sebenarnya, aku bawak dia menunggu kawan aku y nak datang beraya. Demam on &off... bila ke klinik on Ahad, rupanya dia kena denggi dan DAH RECOVER pun... kiranya masa raya n bergambar ni, dia mmg tengah demam denggi..

Faris, memang senyuman dia menawan. Farah pulak, dah almost sama tinggi dengan aku.


Tiga beradik bersama satu anak buah

Gatal kan nk bergambar d luar rumah.. semua sigih mata.. kami 4 beradik dgn BIL2. Qashif x nampak dlm frame, Faris belum sampai
Tok mek n cucu2nya. Sara, Qaseh (tgh nanges nk trn dr ribaan), Farah, Awin, Tok Mek, Ipan, Faris dan dibelakang sana y tengah diangkat adalah Qashif (entiti bergerak paling susah nk amik gambar)

Kami. y x ada dlm pic is bro1 & bro3 bersama pasangan. Sampai abes raya x ada bergambar dah sebenarnya.







Selamat Hari Raya buat semua, Maaf zahir & batin.

Wednesday, March 4, 2015

Warded!



mata pejam sebab flash ye.... 
Kisah semalam. March 3, 2015.

Aku balik mcm biasa, lewat. almost 8pm. tapi disebabkan semalam aku plannya nk ke kelas pyloxing, maka kelam kabutlah sikit.

Rumah gelap gelita. Tukar baju, caj phone, solat maghrib. Ye, x mandi, anyway nk berpeluh gak kan jap lagi. Usai solat, check phone, semua geng jemahs kansel nk p kelas, walau ada y mkn macam jin, walau ada y metekedarah x da ampun seharian. Terus mood merudum! hahahah.. nak work out, semangat kena berkobar2.

Then apa lagi, bukak tv la jawabnya. Nampak spek mak ada atas meja Sara. Cam pelik mak keluar dinner sebelum maghrib plus x pakai spek. Whatsapp Adeq tanya p makan mana. Then Sis2 post pic y atas tu kat group adik beradik kami. Qaseh demam panas rupanya. Sis2 bawak mak p mkn, minta aku bawa barang2 sket dr rumah.

Then Adeq share pic bawah ni pulak. Kendiam doc pesan better bg dia makan soft food, sbb dia ada ulcer dlm mulut.

makan biskut sambil tgk TV

Masa aku sampai dah lps 10pm. Dah lelap si kenit ni. Rupanya dia demam petang, quite high, jenuh gak la mak jelum. Jalan pun x mo, nak tok dia dukung saja. Masa doc check pun, temp dia katanya 40 lebih.
Insyaallah esok baru blh balik.
Get Well soon baby! 

Wednesday, January 21, 2015

One!


on March 25, 2014 at the age of 63days, this is the first pic in my newly bought first smartphone, by Faris
X mo pandang camera pun....
jalan2 p dinner pun baikkk ja.. dok dendiam ja
nom nom nom...

apa pandang2... sedap tau! nak try ka????

Yeah... bediri atas makchaq... leh capai apa y ada kat atas ni

kannnnn.... success!!!!

one of earliest attempt berdiri n jalan

main-main-main.... x tau jatuh yang mana satu y kasik lebam dahi ni. (rambut dah ketara kerintingnya)

Jan 20, 2015 ... muka banyak akai!!!!! 
My 7th rakyat, Qaseh Eryna is now 1!!
Happy birthday sayang. 


from her mom

Tuesday, November 11, 2014

Sara Farisha : 3 wonderful years

11.11.11
this lovely baby was born.
she is 3 today

In this blog, I always address her as Sara, but in daily life we call her Icha. Faris n Farah always called her as 'kesayangan mak chaq'.

Makin bersar, makin banyak akal.
Moga membesar jadi anak y solehah, aku doakan yang terbaik untuk kesayangan aku ini.

Monday, June 30, 2014

buah-sabun-buah

Sesuatu yang menarik.

Few months back aku dikenalkan dengan sabun telur di holika-holika oleh rakan kerja. Dan disebabkan brandnya menengahkan konsep snail i.e; lendir snail untuk kecantikan kulit, aku masih belum boleh hadam untuk jadi pengguna.

Tapi sabun telurnya sangat menarik.

Pagi ramadhan kedua kali ni pulak, aku jumpa sabun buah. Berkunjung dari blog kak Kamsiah ke GA yang dianjurkan oleh Herba Tihara. (Tarikh GA bermula bday aku sampai 7July) Masih menarik dan sesuai untuk dicuba. Wangian kegemaran aku tetapla lavender & epal hijau, tapi belum ada dlm koleksi, mungkin x lama lagi akan diperkenalkan. InsyaAllah....


See, cantik kan... page di FB pun ada : di sini. Bagaimana agaknya ya bau sabun durian??????????






Owh, 2 Ramadhan 1435H = 30 June 2014, ulang tahun ke 2* sis3.

Semoga hidupnya sentiasa di dalam keberkatan dari Ilahi dan sentiasa berbahagia bersama keluarga sampai syurga.

2 July pulak bday SIL1. Bday kami bertiga dekat2, tapi kek tahun lepas ada dengan SIL1. maklumlah dia mmg ahli dalam urusan kek ni.






Wednesday, June 11, 2014

Menaip, menulis, mengarang......

Some Will, Some Won't , So What......????? NEXT!!!!!!

Masa berputar, musim berganti..... kita masih kita. Perubahan yang kita warwarkan, ada yang benar2 berlaku, ada yang sekadar H2TA.

Semuanya bergantung pada apa tindakan kita.

Enough melancholy.

Mei, bulan yang banyak keraian. Kini dah bulan Jun, bulan kelahiran aku. Dan jujurnya, ada satu impian aku yang macam x akan tercapai ikut tetapan masa aku, terpaksa dilanjutkan tempohnya. Ini kerana impian ini melibatkan manusia, yang mana aku tak punya kuasa kawalan. Aku redha, dan tetap berdoa untuk lanjutan masa yang tidak lama. I am short of time.
Us
Khusyuk Faris perhatikan brader tu buat sand art

Awal Mei, kami sekeluarga ke Langkawi. Tunaikan hajat mak nk ke sana sebenarnya. Kebetulan untuk anniversary ke 10 perkahwinan sis2, diorg nk honeymoon, sekali as biasa, bila dipelawa, maka dari satu keluarga asas melarat ke semua keluarga besar. Bro1 balik Penang sebab dia MC sebulan disebabkan eksiden. Sis3 dr KL fly straight jumpa kat epot Langkawi. Aku y beria2 nak amik feri pun last minit beli tiket flight ngan Bro1. Kami bertiga, Sis2 sekeluarga dgn Sis4 n Qaseh n mak, then Sis3 semua amik flight berbeza. Kebetulan bday mak ke 67 hari kami bertolak ke sana. 2 beradik ja y x ikut, Bro2 & Bro3. Makan minum di sana disponsor 100% oleh mak. Lelain semua sendiri2, hotel & keta syer bayar.
Big Sister, big brother & litte sister

the Q cousins : Qashif n Qaseh
going out for day 1. Tema biru. Baju ayah n mummy x nampak sangat
x sabar2 nak balik... lambat betul aircraft tu nk parking

Then balik tu, kami ke Cameron Highland pulak. Projek ni Sis3 x join. Kami pergi 2 kereta ja. Aku yang sakit perut teruk sehari sebelum kejadian pun layankan jugak. Sempat la juga jumpa amik salad n tomato dari Wafa. Tapi kelakarnya trip Cameron ialah semua on super fast mode. Pegi ladang strawberry, sampai, beli buah n aiskrim trs turun. Pegi pasar pun camtu, sampai, park n beli. Terus blah. Then ke ladang cendawan tu, pun sama. Ke Lavender Garden pun. Singgah ke tea house ja lama sket, sebab minum teh. Aku dicadangkan minum chocolate tea, x sedap. Maybe sebab perut aku x elok lagi. Then singgah jugak ke chocolate place tu, the only place ada jual lavender jam. Adik2 aku beli strawberry vinegar kat situ. Last singgah tepi jalan tengokkan barang rotan y orang asli jual tepi jalan.

SIL1 punya bunga

Lavender Jam. 3 botol kecik2 RM10

Masa mlm tu, tetengah malam tu aku tetiba dengar suara sayup2.. rupanya Sara turun ke bawah ke kedai tepi Rainbow hotel tu. Mersik sungguh suara dia, aku d tingkat 8 tingkap bertutup pun blh cam. Hahhahahaa..... owh ya; pilihan kami adalah rainbow hotel sebab ada lif. Mak x larat naik tangga, Bro1 punya injury pun x memungkinkan dia naik turun tangga dengan aktif.

Dalam singgah sekejap2 tu pun, banyak juga barang y dibeli.
Sampai ja rumah, SIL1 terus mulakan projek hiasan rumah dgn bunga segar.

Bro1 balik Johor few days before MC dia ended.

Ini summary ja untuk Famili holiday kami di bulan Mei 2014. Macam over lak pegi holiday ramai2 berturut dalam sebulan. hehehehe... kami mmg suka jalan2 ramai2.

Kisah full ada dalam draf mode lagi..... Kot rajin, aku publish lepas siapkan. Kot x, ini jelah.....


Friday, May 2, 2014

May 2 : Brother's & Sister's Day


my family, my love. Alhamdulillah, i am blessed to have them. 

Tuesday, April 29, 2014

Kisah Hujung Minggu - family outing

hujung minggu lepas.
Alhamdulillah.. sejak balik dok Penang ni, walau caca marba jugak, tapi satu y best is family xtvt.

Jumaat, ada teambuilding cum farewell party.



Aku sorg ja muslim. Most of them drink. But good thing is, being in this team, they respect differences among us. Maybe sebab first thing masa aku join, aku tanya dengan muka x bersalah, siapakah antara diorg y vegetarian supaya aku blh order special menu. From then, country manager aku pun ada amik inisiatif untuk check around from teammember yang baru. Alhamdulillah.... & they personally order soft drink n iced water untuk aku. :) lokasi kejadian : https://www.facebook.com/hinbusdepot 

Sabtu, melayan ini dua budak. Dan bro1 n SIL1 dah sampai Penang untuk bercuti sempena proses recovery lutut bro1. Eksiden baru2 ni.
Sorang atas riba, sorang sengeh sebab org mengadap dia.

mengamuk.. pastu nk minum susu atas riba... ingat ko kecik lagi? melekat macam kembar makchaq dah
pastu minta nk tdo atas riba gak.... patah la pinggang makchaq y dah sekenhen ni... pujuk2, mau la jugak naik atas sofa. x sampai 5 menet, setel.
Ahad, pagi aku attend kelas. Then balik awal sebab janji ngan mak nk bawa dia pegi kenduri. Alhamdulillah... supir n peneman mak jalan2. Sampai ja rumah, dia dah siap sebenarnya... seb bek aku  lepak lama ngan kwn2 untuk after class forum. Terus bawak dia pegi mkn kenduri. Then balik ja, Sara buat amukan drakulat dia lagi. Sebab aku tersalah jawab kata mami dia balik rumah. Mandi n tukar baju kami berdua, terus bersiap untuk ke Balik Pulau. 

farah with her trainers n horse


Nawaitu sebab nk tengok Farah belajar menunggang kuda. hahahahaha... sorang ja nk belajar, pegi sampai 2 keta. Overkan famili aku ..?
comel je dia kan

kesayangan saya (ada lagi x ada dlm pic)

kuda ni sangat friendly.. (?) kandangnya di tepi kuda padi y comel di bawah. masa aku amik pic ade1 n qaseh, dia dah ala2 nk cium kepala aku dr belakang.. hahahaha.... 
suka dia nk naik kuda. Dia sekadar ride, x leh amik lesson lagi sebab diorg cuma amik y umur 7 tahun ke atas


senyum Faris sgt manis.... Bila dia senyum semua tergoda.. hahaha

jenuh pujuk Sara baru dia nak join Faris berus kuda padi yang comel ni


asal bgambar, dia mmg suka.. tersipu2 pun ada juga.. ni x ready punya pose.
Then pegi makan Laksa Janggus. Iya, penah masuk Jalan-jalan Cari Makan. but seriuosly, laksa nya biasa saja. Not to my famili liking. Sebab semua komen, sedap lagi 'aku' masak. 'Aku' merujuk pada diri sendiri setiap orang. Dan masa nk order, akak tu agak rude. Dia letakkan senarai di kaunter dia. What u expect? Mesti orang akan order ngan dia. For me personally, just cakap je la elok2. X semua yang datang tu tahu kata order kat kaunter lain2. Dan ada yang datang dari jauh sebab penah tgk review dlm rancangan tu. But with this attitude, aku x galakkan #memuahku sekelian untuk makan laksa kat sini.
Laksa janggus - laksa y ada telur bukanlah laksa y sedap pada aku. 
Kueytiaw th'ng - pun not that good.

Sebagai customer yang bagus, aku sound akak tu direct. "x payah la marah2 kak, cakap saja elok2. Saya ni x pernah datang, so mana la saya tau.... " dan dia melawan.... well.. my conclusion is.... Disebabkan seorang itu, Sila cari lokasi lain yang laksanya lebih sedap dan pelayannya lebih sopan. Ini cadangan saya secara rasmi. 

Buat pemilik dan penjual yang ada di sana, sila ambil perhatian. Ini untuk penambahbaikan perniagaan anda juga.

Then, perut kenyang hati senang.... balik je la....



Wednesday, February 26, 2014

Kecewa

itu yang di rasa

tapi rasa aku kurang berbanding sis4.

aku kecewa sebab salah satu tangkapan aku di BBW last december.
Balik keja petang Rabu lepas, main2 ngan Sara sebelum belek Qaseh. Qaseh dah lena sebenarnya. Dalam buai.

Masa ikut mak pegi belakang, Sara nak bagi makan burung, mak gtau aku dah rosakkan basuhan baju dia hari ni. Mula2 dia leterkan Farah, sebab si kreatif/innovator tu memang suka main then tinggal barang dalam bilik air. Rupanya buku aku yang termasuk dalam besen yang mak masukkan dalam mesin basuh.

Mlm sebelumnya aku mmg cari buku tu. Cuma x jumpa, so, aku ingat aku alihkan dan lupa. Not that needed to read sgt mlm tu, so I just let it go. X la cari dgn bersungguh, cadang nk lena sbb siangnya derma darah, tapi aku x lena awal pun, kul 1 lebih br leh lelap. Rupanya aku yang bawa masuk sebelum mandi. Dah timbun ngan baju, maka lupa la kannnnn............

Akibatnya, mak kena ulang basuh sebanyak 3 kali..... dah la musim kemarau ni kannnnn.... Bukunya ialah Woman in the mirror. Aku hanya sempat baca tajuk saja. Sinopsis aku baca sekilas di BBW ja.... So, siapa nk hadiahkan aku buku tu?

Then, malamnya, Sis4 nk simpan EBM dia. Sekali, buka ja freezer, semua y ais yang ada dalam tu dah cair. Ais biasa, aiskrim dan paling tragis, semua EBM dia since day 1 dia simpan. Banyak mana? Semua botol 5oz penuh, ada dalam 20 btl, then lelain dalam zipper beg y mmg dah penuh storage box. Suspek utama yang tidak dapat disangkal adalah Faris. Sebab sblm dia ke tadika, dia bising sibuk2 nak buka peti ais nak makan aiskrim. Dah lepas kul 8 mlm baru bukak freezer, so 'sayang semuanya, sudah terlambat....' redha saja laaaaa.... Masa kami discover tu, mak x ada, sis2 bawak mak ke klinik untuk bisul kaki dia.

Jadi, walaupun banyak yang terbuang a.k.a rosak, sis4 tetap gigih kumpul bekalan untuk Qaseh minum lepas bila dia mula kerja lagi 2 minggu.

Ya, banyak dugaan sebenarnya untuk sis4 sekeluarga. Semua redha sebab ini untuk masa depan.

Bersakit2 dulu, bersenang2 kemudian punya konsep. :)


Wednesday, February 5, 2014

Wednesday, January 22, 2014

Tuesday, January 7, 2014

Rezwan & Hana's Wedding Trip

Assalamualaikum...
First things first, aku mohon maaf pada semua pengomen entri 'Sneak Preview'. Niat asalnya sekadar berkongsi sekeping pic y aku kagumi.

As trip terakhir (sepatutnyalah) tahun 2013, on 20-22 dec, aku temankan mak ke Kota Singa untuk majlis perkahwinan anak besan mak, a.k.a adik SIL1. Dari Penang, mak, farah n aku amik flight Jumaat malam selepas keja. Penang-Changi. Aku malas nk amik Penang_JB sebab pastinya famili di Spore dah kumpul di sana, karang susahkan Bro1 n SIL1 pulak kene patah balik ke JB amik kami n masuk Spore balik.
Changi Aloha Resort

bru siap dihiris
Pagi sabtu, kami berempat hiris n siapkan bunga rampai. Bunga wangi2 import dr Penang, daun pandan JB mari. Siap, aku amik tugasan iron baju famili. Owh, kami stay di Aloha Resort, Changi. Ala-ala rumah rehat persekutuan. Rumahnya besar, bersih, dan yang penting murah! Adik SIL1 yang bekerja kerajaan yang sewa, cuma 200 SGD. Murah bangat!!!!
ready to go!
Mine

 Aku x roaming pun, tapi y bestnya, Free Wifi nya elok. Heheh.. so, blh la aku update 2 pic diret dari lokasi. Kul 4 petang, kami gerak ke lokasi majlis - Lagun Sari. Iya.... kami relax2 ja sepanjang hari, 100% prepared by event manager.
Ok.. all kids are ready!!! errr.. daddy pun...
Jemputan sekadar 350 from both families. Kami kena amik kadi n sediakan bunga rampai untuk hadirin acara nikah. Majlis kul 5ptg sampai 10 mlm. At the same time, kawan SIL1 punya majlis di tingkat atas. Sempat la kami jengah kejap majlis di atas. Disebabkan SIL1 mmg pembuat kek, makanya, wedding cake adalah ditaja oleh dia, walaupun pakej sewaan adalah termasuk kek. Sama macam majlis adik2 aku, semua SIL1 y amik tender wedding cake.

Blh sesiapa terangkan untuk apa semua ni? tepung tawar?

Simple saja... Lepas nikah, kerusi tu dialihkan ke tengah cam pelamin. 
Famili SIL1... sayangnya pic y ada ni pengantin tutup mata.


Keknya...

Ahadnya, kami keluar dulu dr resort sebab nk bawak Farah ke Jurong Bird Park. Opening hours adalah since 8.30am, konon nak sampai seawal tu la.. kami keluar kul 9, then bfast dulu di Changi Village, baru ke lokasi. Farah x berapa ingat tempat ni walau kami pernah datang dah dulu. Dia cuma ingat man-made waterfall ja. Excited dia nk ke situ.
Mak n orkid.. memang x blh berpisah...

Seeing birds really amazed us! Mak pun suka. Kami amik tram mulanya. Then turun di stesen pertama, kami ke Lorry Loft, tempat burung nuri/serindit. Blh feed the birds. Farah gave-up after few minutes. Then few birds really sat on my hands feeding themselves. At times, sampai 2 ekor. Feeder Farah tu, Bro1 take over. Kemain la kami.... Buruk laku! Ada about 10 shots OP situ amik pic kami sekeluarga. Hambek... tamak!!!
Sampai 2 ekor... but this is Bro1, not mine
 Then dr situ, kami ke Hornbills & Toucans place. Ada byk spesis. Yang same spesis dgn y kami tgk live di resort pun ada. Mmg ada terbang liar di sana rupanya. Then dari situ kami jalan ke Birds of Prey! My Fav!! Eagles/Hawks/Falcon! Helang Botak siap berak time SIL1 snap pic dia.
x sekolah punya burung.. ada ke berak depan orang!
Ada sepasang helang tu pulak, rupanya blh pusing leher dia 180degrees. Kagum aku! Kami jalan n mak agak letih sebelum sampai Waterfall Aviary. Mak ugut Farah 'Balik ni Awah kena urut kaki Tok Mek!'
see.. hinggap mengadap ke lain but dia pusing kepala dia
Sampai situ, mak relax ngan diorg, aku bawak Farah ke waterfall tu. Dia frust, katanya x best pun. Ada few upgrading sebenarnya di situ, so, x leh jalan sgt2. Kami x pegi pun feeding area kat situ. Dari situ, Kami amik tram semula. Amik pic Red Ibis, jalan patah balik sikit ke hatching area. Ada la leh tgk anak2 burung y baru menetas n di eram. After that, Farah shop for her souvenirs. Siap gaduh2 lagi ngan aku. Owh, Farah dah berkaki ayam since kami turun tram terakhir tu. Dia beli selipar di souvenir shop tu sebab next stop kami akan jalan2 lagi.

Keluar dr Jurong, as per expected, dlm kul 3 ptg. Beratur la jugak kejap kat border, x teruk sangat jemnya. dan aku trs tidor, sampaila kami tiba di Nusa Bayu, n ada call masuk. X sempat2 tgu aku masuk Msia, laju je kawan aku call. Diorg datang Penang, ada kenduri. So, mencari jaaln nk pegi beli jeruk. Hahahhaa....

Then kami teruskan ke Legoland. Sekadar nk isi perut n amik pic je. Nak masuk x best sebab Farah awal2 lagi dah reject... katanya kalu dia tenggelam, siapa pun x leh tolong, kami semua besar as in size. Lagipun aku sendiri x gemar kalau yang lain2 x ada.
entrancenya.. mak lepak situ sampai kami bertiga puas meronda.
Kami tinggalkan mak n Bro1 kat entrance Legoland & meneruskan misi bergambar n cuci mata di Hotel Legoland.
Inilah dia full pic 'sneak preview'.. Made of lego block.. bukan cross-stich ya...

Close-up sikit... Gigih kan kalau buat ngan tangan, nak atur satu2..

Tiap floor guna tema berbeza. Sebab salah faham, kami terlepas terus ke tingkat 7, bertema Kingdom. Amik few pics there then baru turun bawah semula.

Reception/concierge dari depan
Aku masuk ke belakang kaunternya... 
Penuh dinding ngan small people ni

Puas amik pic, kami trs ke airport n Bro1 pun balik rmh.

Kami sampai Penang on-time that nite. Trs pegi mkn nasi kandar di Kayu Nasik Kandar. Pagi esoknya masuk ofis cam biasa...

Followers