About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, April 15, 2016

REUNION

Yang sebaya aku, tahun ini ramai sekali mengadakan majlis perjumpaan semula sempena 2 dekad meninggalkan bangku sekolah.

Dan, kami juga sama.

Yang seronoknya, kami membesar bersama. semua perbezaan kami abaikan, semua persamaan kami raikan. Tautan kasih sayang memangnya satu ikatan yang sangat kuat. Itu antara kurniaan terhebat dari Ilahi buat hambanya.

Dalam kegembiraan, pasti ada dukanya.

Aku berkecil hati sejak 2 dekad dahulu dan aku bawa bebannya hingga kini. Sayangnya ada yang dengan lantangnya bersungguh ingin menimbulkan hal keruh yang mencalar jiwa itu.  Aku tidak sudi hadir andai majlis yang sepatutnya menemukan aku dengan memori terindah semalam, dicemari dengan kehadiran yang tidak-tidak. Ada antara mereka yang tidak pernah aku  temui sejak melangkah keluar, malah ada yang sejak hari pertama bersama hingga kini tiada sepatah kata bertegur sapa.

Ini majlis untuk kami yang mengharungi suka duka bersama. BUKAN untuk yang lain. Walau apa juga pangkat, taraf  dan gelaran mereka.

KAMI, yang berkongsi satu cerita yang sama dengan kisah yang berbeza. Ini cerita kami, dari kami untuk kami. Walau driver bas sekolah sekalipun aku tidak sudi menjemput, inikan pula.............

TIDAK!!!
BUKAN KALI INI!


No comments:

Followers