20 Sep., 11
hari ni ulang tahun bro3.
Raya tah tahun bila
seingat aku, memori separa sedar la ni, bro3 adalah adik aku yang aku mula belajar tukar lampin.
pernah juga lari ke tengah jalan, menyebabkan lori berhenti dan panggil mak aku yang tengah berborak atas buaian tepi rumah. mana tidaknya, dia berdiri tengah- tengah jalan. ini kejadian masa umur dia 3-4 tahun . ahli keluarga aku yang paling kerap di wadkan sebab patah tangan. then masa sekolah menengah, dia main ragbi. macam tak percaya.
dan dia satu- satunya adik lelaki aku. kalau dulu aku tukar lampin dia, sekarang, dia boleh dah nak membela nasib kakak dia yang seorang ni. ada pernah aku bawa dia pergi dating. pernah juga aku angkut bawa beli barang rumah untuk dia masa mula-mula dia belajar di shah alam dulu.
adik aku yang pernah aku pukul dengan teruk. then aku nangis. adik aku yang hanya akan bercerita perancangan masa depan dia dengan aku bila hanya ada kami berdua dan aku tanya dengan baik-baik. pernah bersekolah sama sekolah dengan aku. aku tahap super senior jugak la bagi batch dia.
adik aku yang kemalangan dalam perjalanan balik dari rumah aku, dengan memakai tshirt aku. menyebabkan aku semakin kurang yakin dengan servis hospital kerajaan, tapi masa tu tak mampu buat apa-apa sebab, tempat kerja aku masa itu tiada peralatan dan pakar. maklum saja, baru 5 hari bangunan dibuka.
adik yang paling mirip ayah aku menurut kata orang lain, bagi aku, dia memang mewarisi sifat sabar ayah. adik aku yang tahan betul hatinya bila aku marah-marah.
adik aku yang katanya kurang gerun dengan amaran aku sebab walau mulut aku masin, di sebabkan aku masih belum jadi mak budak, afdal kemasinan belum maksima.
adik yang persetujuannya membolehkan aku merealisasikan keinginan mak menjadi tetamu Allah sekali lagi, yang memimpin mak tawaf dan sa'ie, yang melecur tapak kakinya usai solat jumaat di Masjidil Haram kemudian melepaskan tanggungajwab memimpin mak melakukan tawaf wida' pada aku.
Pengikut setia Atam
adik aku yang sentiasa didoakan supaya mencapai segala impian yang dirancang, walau aku memang sakit mata menengok apa yang dia buat sekarang. semoga dia jadik anak mak & ayah yang paling soleh, yang paling berjaya, yang paling berbahagia dan paling mendorong kakak, abang & adik dia supaya sentiasa berbakti pada mak & ayah, juga keluarga besar kami. menjadi umat yang beriman dan sentiasa ditempatkan di kalangan orang yang berkat hidupnya dan dalam limpahan rahmat Ilahi
2 comments:
epy bday bro3!
- moga bro3 mu berjaya di dunia dan di akhirat...ameen...
Post a Comment