About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Saturday, May 3, 2014

Mak

~auto publish~

3 Mei. Ulangtahun kelahiran mak.
Mak & Sara

Konvo anak bongsu mak (in total mak attend 9 majlis konvo, sayangnya ayah x sempat attend walau sekali)


Ibu pada kami bertujuh. Emak mertua kesayangan para menantunya. Tok mek favourite cucunya.
Penyabar, walau garang tetap bertempat.

Mak dan anak2 kesayangannya... moga semuanya anak2 y soleh n solehah pada mak n ayah

Usia 67 tahun, mak bukan lagi sekuat dulu. Semangatnya saja yang masih belum pudar.

Hobi nya masih memasak, walau seleranya dah mula berkurangan. Kadangkala, saat aku melangkah ke pejabat, kari di dapur dah mendidih. Cuma perlu dibeli ikannya saja.

Memasak bagi mak, kalau x cukup bahan minimanya, baikla x usah memasak. Tapi kebelakangan ni, mak dah x strict macam dulu. Dah dimodenkan dah cara dia masak. Kadang tu asal ada. Pizza dah bukan lagi kegemarannya. Kadang tu dia x mau pun makan lasagna bila ke pizza hut. Prosperity burger masih dia suka. Walau kami dah x mkn di mekdi, tapi setahun sekali musim prosperity burger ni, kami akan still belikan untuk dia.

Mak jenis x banyak ragam, tenang jiwanya, kuat hatinya. Masa ayah eksiden, kami masih kecik, pandai saja dia uruskan. Masa ayah meninggal, kami x la besar mana pun (usia, bukan saiz), tapi mak tetapla insan y i-look-up-to.
Mak & anak bujangnya bersama sebahagian dari cucu2

Pemikiran mak juga x kolot, tapi mak jenis pemalu. Dan sangat berdikari. Kiranya aku n adik2 aku boleh buat almost semua benda sebab mak. Kami tgk mak buat semua sendiri masa kami membesar. P pasar, bayar bil, bawa p klinik, buat baju, masak, gergaji papan, bertukang, basuh keta, mesin rumput, bunuh ular, macam-macam la.... Dan mak x blh duduk diam dalam rumah. Pokok bunga dia n rumput di laman tetap dia nak menjenguk. Dahla tanam apa pun menjadi, makanya, mak suka bercucuk tanam.

Mak terer matematik. Setakat dividen n bonus asb tu, sonang bai tu je la dapat ke dia. Satu kemahiran yang aku x ada.

3 Mei 2014, kami sekeluarga berlepas ke Langkawi. Percutian keluarga yang tertunda since November 2011. Bulan mei juga menyaksikan banyak tarikh bermakna keluarga kami.
1 mei : Wedding anniversary sis2 & BIL1
3 mei : bday mak
20 mei : Wedding anniversary Bro1 & SIL1
25 mei : bday sis2, awin

Lepas langkawi, destinasi yang mak selalu sebut2 ialah Melaka. Nexxxttttt!!!!!!

gambar lama. depan sangkar helang 


:: akak doakan Allah pelihara kesihatan mak, panjangkan umur mak sebab kami masih belum puas bagi mak kemewahan dan kegembiraan, juga memohon Allah lapangkan jiwa mak, berkati & lindungi kehidupan mak, bahagiakan mak macam mak bahagiakan kami anak2 mak, ampunkan semua dosa2 mak dan ayah, dan tempatkan mak dan ayah di syurga bersama2. Semoga Allah cepat2 lengkapkan mak dengan 7 menantu dan juga cucu dari setiap pasangan anak & menantu mak. Amin ya rabbalalamin ::

Al-fatihah untuk ayah & Aqil Hamzah

4 comments:

t.a.t.a said...

Selamat hari lahir untuk mak.

Mak aku 68.


Chubby eh pipi anak mak kau yang masih bujang tu. Kirim salam kat dia eh.

Hhehe.

Nastyna said...

Selamat hari jadi mak :D:D dari raut wajah dia pun boleh nampak semangat dia, tak reti mengalah. Umur macam ni masih cergas, bagus dia suka bergerak dan tak reti duduk diam, moga selalu sihat2 yer mak...cik. Allah bless her and family, amin.

Dr K said...

selamat harijadi buat emak...moga di berkati Allah sentiasa..

zonaku said...

thanks semua... kami br sampai rumah jam 6 ptg td.


:)

Followers