About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, August 21, 2009

Ayah

membaca entry Chekgu BaniHassim ari tu, mengundang kerinduan aku pada arwah ayah. ayah pulang menemui penciptanya setelah 10 bulan terlantar sakit.

ingatan pertama aku adalah pada hari ayah kemalangan, rasanya lah, sbb aku masih kecil, (sangat comel lak tu!) mungkin 3-4thn.

kami berempat di bawa ke hospital, aku berdiri di hujung kaki ayah. ayah berbalut, tapi aku x pasti bahagian mana y dibalut, yang aku tau, ayah suruh aku pegang ibu jari kakinya. aku sentuh, sejuk! ayah pesan, 'hati² naik motor, jangan jadi macam ayah!' (aku x recall ayat sebenar, tp maksudnya lebih kurang beginilah)

kemalangan tu menyebabkan kaki kanan ayah dipotong.

hingga kini aku amat takut naik motor. alasan aku x cukup tinggi hanyalah alasan. aku memang takut. bila menengokkan adik2 aku naik motor, aku gerun.

kemudian, masa aku di kampus, selesai presentation, aku balik ke kolej nk berbuka puasa, elok saja aku nk ke bilik air, ada pesanan yang aku ada tamu, hampir maghrib, tamu mana yang mau jumpa aku? sepupu aku datang menyampai berita ayah sakit tenat, dia disuruh oleh emak, untuk hantar aku balik segera.

disebabkan amat hampir waktu berbuka, aku suruh dia solat maghrib n bbuka dulu, usai solat jer, aku trs berjumpa dia untuk balik kampung. aku x dapat recall apa juadah buka posa aku ari tu. aku hanya tinggalkan juadah yang telah aku beli pada teman sebilik. untung aku dah memang bersiap nk balik kampung esoknya, perjalanan aku dicepatkan. sepupu aku bawa aku ke airport, belikan aku tiket flight dan aku tiba di kampung malam itu jugak. ini pengalaman pertama aku naik flight, tp aku naik tanpa rasa, aku blank! ada x ada pun, aku x sure pramugai or pramugara offer aku drinks, x igt apa respon aku.... aku hanya memandang luar. malam y pekat!

sampai di rumah, adik2 aku dah tido di bilik aku. syahdu sesangat melihat cara tido diorg. masa tu, yang aku ingat ialah, if anything happen, aku akan jaga diorg sepenuhnya. itu rasanya permulaan aku letakkan hidup aku di tempat kedua. apa2pun, adik2 akan aku dahulukan...
sepuluh bulan kemudian, aku sambut kedatangan bro2 di kampus aku. masa tu krisis air sangat teruk, aku baru selesai mengangkut air dr bawah ke tingkat 4. nak mandi pagi. sebab br siap packing barang. nampak jer muka bro2, aku dah tau apa terjadi. kami terus pulang ke kampung. syahdu masa uruskan mayat! tapi aku lihat x setitis airmata mak mengalir, sama jugak kami adik beradik. aku hanya menitiskan airmata merindui arwah selepas kenduri 40 hari arwah pergi, siap berpakej dengan demam! kisah adeq masa kali terakhir menatap wajah ayah, mungkin aku akan cerita nanti

bila bro3 pulak eksiden pada 25 dec 2005, mimpi ngeri aku seakan bermula lagi. mak dah pucat sebaik saja mendengar dia eksiden, sebab dia baru balik dari rumah aku. baru saja bergelak ketawa ngan kami, amik gambar farah melalui grill rumah aku. dalam perjalanan ke hospital, aku sangat takut, mak n sis2 pulak, aku x mampu nk bayangkan apa y diorg rasa. errrr.. sudahla kot, nk bercerita pun aku takut, syukur, bro3 kini makin pulih!

owhhhhhhh!!! satu pengalaman yang aku x sanggup ulang! nauzubillah!


sempena Ramadhan... Selamat berpuasa!
Marhaban ya Ramadhan

19 comments:

eddie dewanaga said...

semoga terus tabah dan berani menghadapi apa jua kegetiran hidup... itu membuatkan kita lebih menghargai kasih sayang sekeluarga.

selamat berpuasa, semoga Ramadan ini bisa melindungi segala virus malapetaka yg menghantui bumi bertuah ini.

patungcendana said...

selamat berpuasa...:-)

re: memiliki tak semestinya abadi...betul tu

julietchun said...

moga kesedihan semalam bisa dirawat dengan kegembiraan hari ini. salam ramadan.

Jard The Great said...

al-fatihah.. huhuhu...
syukur ayah ku ade lagi.. aku akan lebih menghargai die kini..

selamat bersahur.. dan selamat berposa ye.. ;p

ku tak sempurna said...

syahdu aku baca cerita ni... semoga aku dpt membahagiakan kedua ibu bapaku sementara mereka masih ada...

isk.. isk.. isk..

ko buat aku sedih tau..

.
.
.

selamat menyambut ramadhan
maaf zahir batin

Yunus Badawi said...

Jgn lupa sedekahkan ayah ko alfatihah setiap kali lepas solat. Kita senasib. Hidup tanpa ayah di masa org lain bersama2 ayah mereka ke masjid atau surau malam ni utk berterawih. huhuhu

Zaidon said...

Salam Ramadhan ya.. mudah mudahan mendapat keberkatanNYA.

zonaku said...

eddie:
ya.. keberanian terpaksa diterap dalam diri ini... takut pun control cun! KENTAL!!!

jadual sepanjang ramadhan ini berubah sket la kan?

patung:
trimas sebab memahami ertinya... ramai x absorb true meaning of life part ni..

juliet:
insyaallah

jard:
trimas... yer... hargai semasa dia masih ada bersama kita..

zonaku said...

kts:
x ada y perlu disedihkan... ini rencana hidup aku yang Allah dah tentukan..... moga pembaca blog aku lebih menghargai ibubapa mereka..

YB:
insyaallah... ni nak nangis nie!

zaidon:
insyaallah

Erina Asmawani said...

selamat menyambut ramadhan..sama2lah kita mendoakan org yg telah tiada..

zonaku said...

erina:
sama2la yer... ABC Fradoo bukak ker bulan posa?

su said...

ayah su pun da lama pergi manyambut panggilan Ilahi...

Al Fatihat buat mereka yg telah pergi menemuiNya...amin...


(sedih bace n3 ni...menitis air mata...tabahkan hati yer)

su said...

slmt berpuasa :)

zonaku said...

errr... su, xder niat nk buat su nangis.. ini just kerinduan anak pada parents nya....

juga sedikit info pasal aku.. sbb aku diistilahkan sbg mysterious!

maaf yer su... selamat berpuasa!

Chekgu BaniHassim said...

kerinduan, kenangan yg tersimpan saja buat bekalan kita...
jadi, selagi ada hayatnya sayangilah dan kasihi mereka sepenuhnya...

bile dah takde, jgn menyesal kalau kita tak sempat berada tatkala mereka masih ada...

alfatihah utk arwah ayah awak...

musibah yg melanda selepas tu pun ujian....
bersabar... :)

zonaku said...

terima kasih....

xiiinam said...

Alfatihah buat marhum....

Selamat berpuasa dan beramal mulia di bulan barokah ini...

theconfused said...

happy fasting.. :)

INTAN said...

senasib le kita....abah dah takde....abg pun takde...

alfatihah utk mereka..tuhan lebih menyayangi

Followers