About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....
Showing posts with label Bengang. Show all posts
Showing posts with label Bengang. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Sambutan a.k.a celebration

Ok ini luahan rasa aku yang sedang sentap.

Hujung minggu lepas, in actual Jumaat lepas. Ada keluar cerita di kalangan kami sekeluarga pasal hari ibu. Maklumlah, Along dia ada kat rumah, so rakyat sekelian agak excited sebab Along rajin layan karenah diorang. Then aku rasa nak asah bakat kreatif Farah ke arah yang berguna. Dia agak kreatif, but jarang kami asah bakatnya. Paling2 hantar join coloring contest.

So, aku katakan aku akan bawa balik barang untuk dia buat kad. Again, quill flowers ja la. Aku y x kreatif sebenarnya, :)

Aku balik agak lambat, then dia x ada. X pa la. Then Sabtu dia p sekolah, kelas ganti, so x datang rmh. X ada pun dia buka mulut pasal kadnya. Ahad, dalam aku sakit perut seharian, Along dia buat mi wantan. So panggil dia sekeluarga datang rumah. Lepas makan, aku tanya dia, nak buat or tidak kad untuk mami, acu n tok mek? Dia kata, cikgu dia kata x blh sambut hari ibu sebab something y alasan sama cam amalan kristian. Aku sebagai yang cepat marah mmg sangat marah pada masa tu. Kesian pun ada kat Farah. Wallahualam cemana cikgu dia sampaikan pada dia, tapi dia ketara kecewa sebab x dibenarkan sambut hari ibu. Pada aku what d' f***????

Dan lepas sembang2 ngan acu n mami dia, aku decide biarkan dia buat supaya x terlalu kecewa. Mami dia kata, x pa sebab cikgu x tau. dan hasil nya ialah :
Acu punya kad... ok, confess, my doing sebenarnya, with her help 
Hers, for tok mami. tapi masih ada di rumah


Pada para guru yang MELARANG sambutan hari ibu, sila JANGAN suruh anak murid sambut hari guru. Pulangkan semua hadiah yang anak murid bagi, SURUH mereka beri pada ibu mereka yang bersusah payah lahirkan anak2 itu untuk kamu didik.

Tanpa ibu yang mengandung dan melahirkan, tanpa jururawat yang membantu proses kelahiran, mana mungkin ada anak kecil untuk guru didik?

Jadi taraf kepentingan guru adalah di tempat ke tiga. Pertama : IBU, Kedua : Jururawat, Ketiga : Guru.

Maaf, aku libatkan jururawat di sini. Sebabnya, nurses day ialah pada 12 May. These unsung heros/heroins jarang dihargai, selalunya dimaki.

dan hari ni aku sangat geram bila dengar sana sini orang wish pada guru. sorry teachers, i hate you this day. kerana sorang guru anak buah aku, semua guru aku marah. i do not hate you as a person or by profession, just for the cause that one teacher stopped an eager kid to celebrate her own mother & mothers around her.

kan dah kata... ini entry aku y sentap!!!! hahahahah

Tuesday, February 11, 2014

Sentap

di pagi2 hari.... agak sentap kene marah ngan mak.

nasib2... but i choose to be happy.

Dia bukan marah aku as direct to aku, just the circumstances y aku timbulkan ja.... pertelingkahan yang memang kadangkala aku pekakkan telinga, butakan mata, keringkan hati, tapi kadang2 aku buka mulut juga.

Hal keluarga memang kadangkala sangat rumit. menarik rambut halus di dalam tepung.... very tedious n complicated.

pandai susah, bangang lagi susah.... yang selalu menang biasanya yang menjerit menengking mengugut menjaja cerita. yang betul x semestinya akan  terus jadi betul.


Thursday, August 1, 2013

Ogos sudahhh...

Ok, Dah masuk Ogos, mid-Q3.

Hari ni bday my once-upon-a-time bestfriend. Happy birthday to you my dear. I am always the same, still the friend u once know. Maybe more matured, but still me. Still love the seaside. The calmness that I always enjoy, the bayou that whispers all the time when we were there. Sharing our stories. Hope u are well & happy & all my best prayers always include you, of course.

coming are mrS bday & pnM's as well. Both are my bestfriends, having their personal space in my heart. & they know what they r to me.

1 Ogos juga adalah Hari Persahabatan. So, para sahabat semua, terima kasih atas persahabatan ikhlas selama ini, dan moga ukhwah ini berkekalan suburnya sepanjang masa. Jarak bukan pemisah di zaman teknologi ini.

Semalam, di laman *muka*buku, aku bertemu kenalan baru. Aku terima hulurannya atas sebab perkongsian elmu yang sangat digalakkan dalam kelompok sosial yang kami sertai. Sayangnya, lepas beberapa ketika, aku rasa menyesal menerima dia sebagai kenalan. There is something about that person that I still do not feel good with.

Tau x bila korang rasa cam x selesa nk berbual? Cam bersembang ngan org dangkal ilmu, kurang pengalaman hidup dan kurang bijak salam menghormati perasaan dan pegangan orang lain. Macam korang nk sos cili, tapi diberinya sos cili thai... Faham??? sama spesis, tapi lain rasa dan kenikmatannya. Lebih kurang macam tu la...

Jadi, disebabkan hari ni hari persahabatan, aku masih hesitate nk unfriend dia dan block dia. Itu cadangan aku pada diri aku semalam ms tengah berbual2 tu. Tapi, tengok performance dia pada hari ni, kalau lepas ni berbual dengan sikap y sama, insyaallah aku akan block dia. X faham2 walau aku dah direct tegur mlm td.


manusia2.......


So FRIENDS... happy friendship day!!!!

Tuesday, July 16, 2013

Malu!

lenggang lenggok ke koperasi nk amik info on few items
nampak kuaci baru
2 jenis di kaunter
sambil sembang2,  beli je la untuk cuba benda baru
bayar dan keluar


damn!!!! bulan posa!!!!
malu siot jalan bawak jajan kul 3 petang nk balik cube
dari koperasi lalu lobi naik lif lalu call center baru sampai cube......
selisih ngan staff lain layan senyum je la....


pastu tertinggal kat opis, lupa bawak balik... haihhhh....

Thursday, May 2, 2013

Kasut..

Dulu - dulu......
dulu - dulu laahhh......

Sy memakai kasut bertumit tinggi... bak kata sang sahabat.... rasa seksi.... (dia y kata, sy x kata... alasan saya lainnnn)

Sekarang...

Pakai kasut apa ada... sebab? x perlu dress up.... asal kerja berjalan lancar.... itu sudah memadai.. kebanyakan rakan sepejabat... bukan kebanyakan la... hampir semua sebenarnya... mengenakan jeans n t-shirt. Kasut? sport shoes, n sesuka hati saja... cuma belum berjumpa yang berselipar jepun saja.....

dan...

my shoes.... ada squeaky sound!!!!!! cet.. cet... cet...!!!!!!!!!!!!!!!!








huwaaaa...sara farisha pun x pakai kasut bunyi2 tau!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 31, 2012

Wordy Day

Yup, korang x salah baca.

Selama beberapa bulan di lokasi baru, aku dikategorikan sebagai seorang yang sangat cool dan penyabar.
Bukan nya aku jenis penyabar atau aku telah banyak berubah. Cuma, aku rasakan selagi aku mampu bersabar, aku akan tetap bersabar. Segala kepincangan aku anggap sebagai ujian dan cabaran.

Sayangnya, tahap kesabaran yang aku bina belum kukuh dan teguh.
Seawal pagi, dan menginjak tengahari. Aku luahkan dengan sepenuh rasa. Aku cuba cari di mana salahnya yang aku tak dapat atasi.

Ingin aku jeritkan pada dunia, bolehkah kita selesaikan segala permasalahan dengan mencari titik persetujuan? Susah benarkah? Hebat sangatkah kita sebagai manusia hingga tiada insan lain boleh memberi tunjuk ajar? Besar sangatkah isu yang ingin diutarakan hingga terlupa keperluan dan kepentingan orang lain?
Percayalah, semua ada penyelesaian. Samada kita mahu atau tidak mengenalpasti dan memperbaikinya saja yang menjadi soal. Menuding jari? Berbolak balik? Itu bukan penyelesaiannya. Sakit paling teruk di dunia juga ada penyelesaiannya, mati! Apa lagi yang lebih teruk atau dasyat dari sebuah kematian? Itu penamat hayat.Mutlak! Alam barzakh & akhirat bukan lagi dalam kemampuan kita untuk diolah atau ditukar ganti.

Itu hal luaran. Hal dalaman juga amat membebankan sekarang. Aku kah yang kufur nikmat? Riak? atau tidak bersyukur?

Tapi sesekali, lelah dipergunakan. Sampai ke tahap maruah aku diperdagangkan. Sabar aku ada batasnya!!!



Senyum bila tgk dia

Friday, September 21, 2012

it's friday!

Penghulu hari....
Seminggu ni, aku bgn pagi lambat. Alarm bunyik pun x dgr. Letihnya tahap gaban.
Dengan cikPuuteri buat hal masa ke seberang hari tu. Jem, x leh speed. Seb bek ada dua lagi keta ngan aku masa tu. Jadinya, park keta kat kedai minyak, tumpang kete diorg je.

Ntah ler apa nama binatang ni....
Hari selasa, sis4 cuti, jadi dia tlg bawa keta ke woksyop. Tukar break pad, 100+. Then rabu, sis3 nk g klinik, so, dia nk guna keta aku, lepas dia hantar aku ke klinik, eh, opis, keta buat hal lagi. Seb baik dia nk sampai klinik dah. Bro2 tlg setelkan, hantar g woksyop. Smlm, sis4 ke woksyop tu, diorg kata pasal valve mende tah x buang angin ngan betul, so, tu yang berbau hangit n berasap n seangkatan dengannya... haih..... bye2 poket tebal....

Bgn ja pagi ni, pun sama, dah la aku mimpi pergi jalan2, berholiday ngan Masy, Bella n Jard. Siap kat epot dok rearrang lagej. Dari beg Masy, ke beg aku, siap yang baju basah2 pun ada, x letak dlm plastik pun. Swimming suit semua x keringkan dulu, main packing ja. Hebat betul beg tu, x dernya tiris mende... hahahhaaa..... Aku, Masy n Jard tgh setelkan beg, Bella dah kat balai berlepas, standby tolong dengar announcement, kot la jadik cam nk p Bali aritu. Tetengah sibuk tu, si Ac**t, kawan lama aku di universiti dulu datang tanya apa tah, selamba Masy halau dia.

Then, Pn C n Pn M pun ada. Pn C cam biasa, senyum sokmo ja kat table, Pn M gelak dok bersembang mende tah ngan cashier kat kaunter.

Jaga saja, trs mandi, tapi aku tetap tersenyum, ingatkan mimpi tu. Ke mana la destinasi cuti tu ye, siap swimsuit basah dlm beg.

Hal cikPuteri semua adik beradik aku uruskan, aku kat opis, keje bertimbun, stres ngan perangai opismate, meeting la, staff baru dok tanya itu ini la.. Adeii... nk srh diorg refer org lain, semua dah tahap nyampah. Sabar2..... Balik pun x sempat jumpa sunset. Alahai cikPuteri, esok kita jumpa ya........ aku setel hal ko, sebelum buat keja opis di hujung minggu yang secara x langsungnya, bersedekah pada kampeni.

Thursday, August 30, 2012

.


.




:(




Adakalanya.. mematikan diri lebih baik




*bukan membunuh diri ye- itu tidak selesaikan apa2*


tapi, bila isunya bakal menjadikan kita insan derhaka,
makin membenci,
merosakkan diri......




seeloknya, berlalu pergi

Thursday, April 19, 2012

Hati....

bila sangat sakit
menyeranah dalam diam

.





.
sakit badan vs sakit hati....










.
aku rela sakit badan! at least boleh redha sebagai kifarah dosa2 selama ini
sakit hati sambil menyumpah seranah, menambah dosa!















dan susah nak lelapkan mata, tak dapat lena yang damai...

Friday, August 5, 2011

Feeling

masa :
sahur
.

kes :
sedap² makan sahur, tercucuk tulang ikan kat bawah kuku. kuku pulak baru jer potong pada petang nya.
.

feeling:
nyampah! sakit tau!
.


sekarang:
menaip sambil melayan jari yang sakit!

Monday, April 4, 2011

Hati Aku.......

........ rasanya dah jadi sangat tisu. Bukan lagi si 'kental' macam yang digelar dulu.

bloggers yang rapat dengan aku di blog, (alam nyata lain kira yer..) rasanya dah sangat kenal dengan cikPuteri, buah hati pengarang jantung aku tu.


ini kisah berkait dia lagi. dulu, aku uruskan sendiri urusniaga pembelian, sewa-beli dengan dealer. tiap tahun, pembaharuan insurans dan roadtax semua aku uruskan sendiri. ya, yang lelaki, mahu kata aku terlalu independent, silakan. itu aku! x pandai nak minta tolong, paling2 aku hanya akan minta tolong berikan aku nombor untuk dihubungi, lain2 aku yang uruskan.


kali kedua kemalangan pada Ramadhan lepas buatkan aku sangat sakit hati. IKHLAS dari hati aku, andai kata aku berjumpa lagi dengan pemandu bodoh itu, haruslah aku belasah dia, samada kata2 atau fizikal.


minggu lepas aku ke perodua Bayan Baru (kan aku dah kembali ke kampung halaman). petugas sangat menyakitkan hati. aku katakan aku mahu mahu melanggan insurans UniAsia. katanya, bertukar dari Etiqa ke UniAsia sangat rumit prosesnya. (aku anggap dia x mahu aku jadi pelanggannya)


ada sedikit kekeliruan di situ. dari surat notifikasi yang aku terima, NCD aku 0%, dalam cover note Etiqa 55%, dan selepas ejen di perodua (Agensi Duaria ker Jutaria entah, aku x pasti sangat) tu check, katanya NCD aku hanya 45%. aku disuruh pastikan semula dengan etiqa sendiri. juga tentang geran kereta yang masih bersama bank. disuruhnya aku pergi ke Kajang untuk renew roadtax. ya... aku akui... aku BODOH sekali. tak tahu apa2 urusan pembaharuan itu.


jadi aku hubungi ejen Etiqa aku, bertanyakan status NCD aku. sepatutnya NCD aku tiada masalah atau penurunan.


dan siang tadi, aku hubungi seorang lagi ejen yang kawan aku kenalkan, juga wakil UniAsia, katanya, NCD aku 0% disebabkan kemalangan itu.


jadi..... bayangkan sakitnya hati aku disusahkan oleh pemandu yang itu. Ya....... ini ujian ketabahan hati dari Allah. aku redha... tapi disebabkan ketidakpandaian dia, aku teraniaya. doa aku.... kesusahan aku ini, berlipat ganda susah untuk dia.


iya........ aku insan biasa.... aku mungkin kasar, vokal, lantang..... aku juga punya hati yang sangat tisu tahu!


mohon, mohon sangat2, sesiapa yang mengenali pemandu bodoh itu, katakan padanya, sila nyah dari jalanraya andaikata kewujudan di jalanan itu sekadar menyulitkan orang.

juga, pada ejen insurans, pelanggan anda tidak membayar menggunakan dedaun yang dikutip di tepi jalan.

pada yang ingin memberi komen, harap ingat, hati aku sangat tisu sekarang......


my own,sweet, nice personal bubble are suffocating me now....

Thursday, March 3, 2011

Alahai cikPuteri......

tengah aku berbajetan dengan pembaharuan insurans & roadtax bulan depan
juga untuk memuah trip
dan famili holiday
.
.
.
.
baru saja diberi wajah baru
.
.
.
.
dah dia buat hal pulakkkk...
.
.
.
.
nak start enjin x blh, alarm memekik, semua x kena lah..
.
.
.
.
.
.
.
mintak bateri baru la tu!!!!!!!
(tetiba rasa nk p showroom belek keta baru......)

Thursday, November 4, 2010

cikPuteri lagi

semalam...

aku: alooo doktor.. pekabar cikputeri? blh discaj?
dia: oooo.. dia dah sihat. last observation jer nie... esk confirm leh discaj
aku : okeh! kul brp agak2 blh jemput dia?
dia: dalam kul 5 petang

aku (dalam hati) : ceh, giler lambat!



jadinya; ari ni nk jemput cikPuteri balik. antara y aku perlu buat:
:: bawak pengesahan lesen
:: book appoinment ngan perodua untuk second opinion
:: bawak g carwash

yang aku tgh pertimbangkan;
~ haruskah bawak ke puspakom??? sebab chasis mmg bengkok. (sialan punya pemandu PJG5940, hidup susahkan orang saja)
~ nak bawak dia mandi bunga ker? or apa2 yer...
~ round ke kedai keta, ushar baru... <-- sesapa sokong ni aku sekeh!


psssttt: lama x korang rasa, 23 Ogos sampai 4 november? 73 hari.... kalau beranak dah lama lepas pantang, dah msk keje dah

************edited******************
nk kene tgk2n gak tinted. dah lama sgt dah... asek kene pecah sampai aku mls dah nk tinted. so sekarang, rasanya sesuai kot nk tinted semula semua cermin


******** edited lagi***************

huhuhuhuuuu.. kul 430 sampai 6 petang aku tgu diorg last touch up dia...... last2 kena tahan sehari lagi......... ada prob ngan cabelling kot, x leh bukak penutup tempat isi minyak... huhuhuhuuhuuuu......

Thursday, September 23, 2010

e.g.o x kena tempat!

kalau dah namanya diambil bekerja untuk membantu meringankan beban pihak y mengambil




buat jer la...


banyak komplen pulak!!!!!!

dah awak tu curi masa bekerja banyak sangat dengan urusan persendirian, jangan marah bila beban kerja ditambah sebab hasilan y berkurangan.. orangx perah tenaga awak secara percuma tau, orang bayar gaji yang dalam kategori besar!

Monday, August 23, 2010

Alahai CikPuteriku

Tarikh : 23 Ogos 2010 bersamaan 13 Ramadhan 1431H
Masa: lebih kurang 6.30 petang
Lokasi: Trafic Light, Batu Maung, Pulau Pinang

pic 1 : bahagian dalam kereta, boleh nampak tayar spare dari celah seat tu.... huhuhuuuuuu
pic 2: pandangan depan... sakit hati x??????? pintu sebelah kanan (driver) keduanya x boleh bukak dah... secara kasar.. ada y berkata radiator dah bocor
pic 3: pandangan belakang..... harus aku jelas kan lagi??? secara kasarnya juga, chasis lari.. lari ke mana aku x tahu... chasis pun aku x tau... ke aku salah dengar
aku sendirian saat kemalangan, trs call rmh gtau famili sebab dekat sangat dah ngan rumah aku. BIL datang n amik pic. aku??? alhamdulillah sihat, tanpa kecederaan fizikal. cumanya lengan nbahu aku sengal2, mula terasa dalam jam 7 petang. dah x blh dukung farah untuk tanda kalendar puasa dia.. sangat sakit. letak minyak panas dulu n makan panadol jap lagi. esk tgk keadaan, kalau perlu jumpa doc, aku akan pergi. takut jugak relate ngan spine aku nnti. dah check ngan ejen aku, max claimable is 2k, pay n file claim.

kenderaan terlibat, dari belakang, yakni y melanggar, PJG 5490, *G*30*, PDL 2524, PFK 4107.
N pelanggar agak kurang ajar ngan aku lps jumpa di balai lps buat repot. sila jgn tanya kekurangan ajaran dia pada aku.. harus aku siarkan nama penuh, NRIC n alamat dia kat sini. marah ni!

apa2 pun, alhamdulillah aku selamat!

itu paling penting kan?

Monday, June 28, 2010

!

one after another!

it's not that easy to digest anymore!
Allahuakbar!

Monday, May 31, 2010

Mei 2010

banyak ku lalui Mei 2010

1 mei : ulangtahun ke6 sis2 bersama bil

juga aku bersama masy ke konsert DT2.... huhuu sesak! saat ini aku notice aku paranoid kebersihan n kesihatan. orang lain relax melayan konsert, aku menahan hati melihat asap rokok, peluh, stale air, infectious surrounding etc.... oh x senonoh aku ni kan


2 mei : seawal 8.30pagi bersama adeq memulakan perjalan ke kampung halaman, ku kira ini penutup rajuk. dalam kepala weng sbb konsert n x cukup tido, aku sampai rumah, yer rumah yer.. jam 11.45 pagi. paham sendiri la yer.. ke Bertam bersama keluarga, aku x drive dah, lepas makan, aku dah hilang daya, balik jer.... trs baring tahap pengsan.. er.. pengakuan, langsung x mampu alih posisi tido... bersilang ngan mak, nasib aku x sepak kepala mak.. harus aku jadi anak derhaka kalau tersepak... ampun yer mak!


3 mei : ulangtahun mak

aku bercuti dari 1 mei hingga 6 mei tanpa mengambil cuti tahunan pun... byk oooo rupanya time off aku kalau nk claim betul2

7 mei : ulangtahun teman rapat di kampus

8 mei : edar gift hari ibu untuk pelanggan

9 mei : hari ibu

11 mei : ulang tahun teman rapat di sekolah

12 mei : ulangtahun teman dari tempat kerja lama, dan juga hari jururawat

13 mei : ulangtahun teman di kampus

15 mei : sambutan hari ibu di pejabat untuk pelanggan

16 mei : mewakili kampeni untuk pameran MDTF, juga bertemu teman usai acara. juga hari guru

18 & 19 mei : internal audit

20 mei : ulangtahun cousin

21 mei : persiapan acara anti-denggi & berbual bicara

22 mei : acara anti-denggi di hulu langat, usai acara, ke agenda peribadi bersama teman.. piknik di sungai gabai.. so refreshing.. disebabkan x larat, kami dah naik separuh jalan, tapi mengaku kalah, x mampu naik dah.. patah balik n mandi di bawah jer....

bkn la penting sangat mandi.... sekadar nk main air... x basah full body pun....


er.. aku juga kena sengat ngan binatang apa tah.... aku tepis bila dia gigit, tp dia tinggalkan sengat di tangan aku. cabut then aku rendam tangan aku dlm air sungai. kurang bengkak n sakit

23 mei : netbal jemputan sempena hari jururawat. menyebabkan aku sunburn..... bberbentuk sunglass... kwn aku gelak2 jer tgk line sunburn ni kat pipi aku..

25 mei :ulangtahun sis2 & kehadiran ahli baru keluarga kami, Ervin Jasmin. selamat datang sayang

25&26 mei : internal survey dari HQ


26 mei : lepas keje, ada Memuah Gathering kat Bumbu Bali n Old Town... terima kasih wafa.. moga bertambah rezeki ko!


27 mei : meeting di ampang, otw balik, aku nk ke pejabat ncsm. sekali dah x blh register dah... sia2 jer aku kene langgar..... bergoyang gak la keta aku time kene cium.... aku mls nk trn n gaduh sbb tgh jem kat area klcc tu. x koser. syukur sekadar calar jer.... blk jer opis aku lgsg xder mood nk keja. rs cam nk trs balik jer... pasti xder org tau pun kalau aku balik.. kul 5.15 kot aku punch out.... ke pasar mlm beli popia jer.... rekod tau, ke pasar mlm n aku hanya belanja RM2.

letih emosi plus letih badan, aku lelap jam 9 mlm



28 mei : ari biasa.. teman sepejabat ajak ke spa, nk merelaxkan diri la konon. penat berpusing kajang--bangi. ada y dah tutup, ada y berlagak dengan pelanggan ada juga y langsung x angkat phone. akhirnya kami solat maghrib di masjid sect 9 sblm pulang kehampaan. owh, sblm tu bos bertanya, 'xnak redo surat awk tu ke?' lembaran yang aku layangkan tangggal 5 april.... terus aku tukar cerita n lari dari opis.

29 mei : mesyuarat since 9.30 yang bermula jam 10 untuk persiapan akhir sebelum pembentangan 1 jun. macam2.... tapi sepanjang masa tu, aku buat keje sdr n chat ngn 2 teman rapat aku. isu???? surat itu laaaaaaaaa... apa lagi

balik kul 2, tido jap sebelum ke Relay For Life 2010 di bukit jalil. sampai jer, dah renyai, lps reg, aku round tgk booth dl, then beli payung. elok jer beli, hujan lebat! disebabkan kali ni buat kat padang, bukan kat trek, sila bayang kan sendir becaknya.... aku sms kawan, jgn datang ngan anak2... berlumpur! abes jenjalan dlm becak, aku balik. er.... officially sebelum aku balik, ada satu kes kene besi or paku, but still berdegil nk trs ada di sana, tapi dinasihatkan ke klinik esoknya n ada selebriti pengsan sebab x makan. kelam kabut gak ler.. terkujat abang Milo! sbb staff minta milo atas alasan hidup n mati.. ehehheheheehheheee. kelakar. pun selepas dipulihkan, ingin teruskan dengan acara.... apa2 la... cuma aku x dpt bygkan rasa manis tu... blh muntah kalau nk minum dlm suasana biasa...

sampai rmh kul 10 mlm. mandi n scrub tgh2 mlm buta tu jugak... tu pun msh rasa miang ms tido tu.

apa la rupa padang tu.... jenuh nk recover rumput tu..

30 mei : sejarah! er... bukan sejarah apa pun, n bukan aku x pernah buat, tp bulan mei ni, inilah satu2nya hari aku berada 24 jam di dalam rumah!

patut aku ke youth 10, tp kansel sbb x larat, n sbbb xder org nk temankan...

31 mei : keputusan exam keluar...... doakan aku berjaya

******
aku gagal!
******
sekian! kisah bulan mei 2010 dan juga n3 terpanjang aku tanpa gambar




aku letih!

Thursday, May 6, 2010

aduhai adinda adinda ku........


korang masih ingatkah kejadian ini??????
kisah cuti aku kali ni begini,
masa aku bercuti sempena labour day, plus ulangtahun mak
selepas ehem! tgk konsert DT2 ngan masy n kak poi, kami makan di PJ... aku tau tp x tau sgt tpt ni, biasalah aku kan... master dalam hal sesat n menyesatkan diri di jalanan... seb baik ka poi cekap hal jalan walau bukan hal pemanduan. lps mkn, dalam kul 2.30 kami sampai rumah ka k poi n menidurkan diri di sana.
kul 5 jam aku bunyik, perjalanan menuju kampung halaman bakal bermula
dengan x mandi, ikhlas nie, aku x bawa baju tukar walau baju tido... ngan sehelai sepinggang aku ke konsert, baju itu jugak aku tido n drive pulang ke rumah lps anta masy.
sampai rmh, mandi n amik barang2 aku n adeq. iyer.... barang aku ialah cadar selimut bagai.... barang adeq????? sesapa tahu, tahu laaa
trs memecut ke kolej sembilan, UniMalaya. sampai jer, dia dah siap menunggu. aduh, berpisahlah adeq n lynn, kwn kesayangan dia y juga dah cam jadi adik aku sdr. mana2 diorg berdua, p mkn, pindah, beli barang n sorts
kami msk tol damansara jam 8.30 pagi. singgah isi minyak n trs jalan. aku sungguh lapar, tapi demi nk makan ikan bakar di bertam, kami perlu sampai dengan cepat. aku kata kat adeq, kul 11.30 pagi, kita call la mak n gtau kita dah sampai mana. skali call mak ms kami di tol juru, jam 11.30 pagi. diorg kata blk la dl, awal lagi nk ke sana
sampai rmh lebih kurang 11.45 pagi
soalan pertama ialah, 'korang naik apa?' baru aku perasan aku speeding tahap gaban dlm keadaan letih x cukup tido
g mkn, aku naik keta ngan mak, sis2, BIL n faris. keta aku adeq drive.
masa nk mkn aku dah cam mengong. kepala ting tong jer..... mkn n blk. sampai rmh, aku trs lelap. mmg dah flat abes.. mak pakai telekung n solat sebelah aku pun aku x terasa dah...... dengar hujung telinga jer.... dah x leh respon dah
then selasa, motor adeq sampai. dia n bro3 p amik naik keta aku. bro3 sampai dl ngan motor, adeq x sampai lagi. dia kata adeq langgar tiang, org kat stesen gtau tp dia x tau trk or x..... adeq sampai jer, aku jenguk ke luar tingkap, dia dah sengeh3 dah dr dlm keta.
ini rupa keta aku, hasil tangan adeq
katanya, tiang tu mmg rendah. takat tu jer.... mmg x nmpak lgsg, plus bunyik sangat kuat, semua di stesen berlari keluar
yer... malang x berbau... malang hanya berbunyik

hasil kerjasama adeq n bro3...

haihhhhh.........hasil adeq y telah dibetulkan

errr... ini hasil selepas di basuh n terdedah pada embun plus perjalanan dr penang ke bangi. dah mula karat..

hasil keseluruhan.....
part ni jer kalau nk cat, kedai tu quote 500 kat aku w 2-3 day working. overall plus ketuk ni dai nk bg 800 tp ketuk sj dia bg 260. kalau nk cat whole car, dia quote 1200 w 3 years warranty, 1 week working.
haaaiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........
.
.
.
errrr ada sesiapa y blh quote rendah dr ni???

Wednesday, March 10, 2010

benci!

benci
meluat
menyampah

sakit hati?? kalau aku demam ker apa ker?????? ada aku minta tolong ko????
dengki sangat ker ngan aku y ssh nak sakit nie??????????? tak mampu terima kenyataan ker???????? perlu ker ko bersorak gembira????? ker ko nk guna kawan journalist ko buat pengumuman di akhbar???? aku sanggup jer nk bayar supaya aku jadi front page title. masuk tivi pun bagus jugak kan?

sapa nk jadi punching bag!!?????????????????????????????????????????????????

~doakan aku diberi kesihatan yang baik yer~

Wednesday, March 3, 2010

kes selasa 2 mac

pagi penuh dengan panggilan
macam2 pe'el

dah lps lunch
aturcara jam 3 jadi 4
kul 4.30 dah ada gangguan
kul 4 jugak la mende patut dah lama siap atur
kene check semula
dan aturannya compang camping
tau la da ada penukaran pengurusan

harapnya bagus la yang baru berbanding yang lama

dalam kelam kabut tu
muncul pula urusan besar

rimas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hangen satu badan
buat aku ingin menangis
boleh?



**********
kes 3 mac

hari malang sedunia buat department aku

sabar aku ada batasnya!

Followers