About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Saturday, January 31, 2009

Open House CNY 2009

td open house, aku tunggu la org tu, soh dia dtg. tp aku takat tunggu jer la...
ni sebahagian gambo y aku snap guna kamera lama.
gambo dari kamera baru lum amik.
buleh la plak kamera man x rasmi tu amik seploh jer gambo.. aku sungguh x pueh ati (sebab dia x amik gambo aku) sebab biasanya aku akan amik as much as possible untuk publish dlm presentation kampeni or anto ke HQ . takat dia amik seploh tu, nak pilih pun x sempat. aku pakse dia amik lagi sebab dia xmo pass kamera tu kat aku. dah la angle dia x memenuhi kriteria aku. heisssyyyy, geram oooo..
x per enjoy dulu y aku snap nie.
(hheehheeee.. sekeping jer aku letak, jgn mare!)

Friday, January 30, 2009

Alkisah

dalam sesibuk nyiapkan open house esk, tetiba dia call.
nadanya amat marah.
pesannya pada aku, ajari adab sopan sedikit.

marah sekali dia kali ini.
aku musykil, biarpun dia memang terkenal dengan hati tisu.
belum sekali meninggi suara pada aku sepanjang perkenalan kami.

apa sebenarnya terjadi?
mudah, anggap saja dia PMS.

Doa Perpisahan - 2

From Chekgu BH :
'oit...aku nk komplen gak...apsal latest entry takde comment??tak kire...aku komplen kat sini...bulih kan??err...ko nk berenti dah ke??lagu tu lagu brothers kan??aku suker gile lagu tu...syahdu syahdan....'

hehehe.. tersalah format la chekgu.. mohon ampun yer... sebenarnya aku pun tatau sapa punya laguy nasyid nie.. sebab aku dah kenal lagu nie since awal 1990-an.. masa salam jemaah kat sekolah.... biasanya lepas solat maghrib sebelum cuti.

n aku lum lagi dapat tawaran keje baru la.. lum la bulih nak blah dr cnie.. uhuhuu... doakan aku cepat dapat keje baru jer

Thursday, January 29, 2009

Doa Perpisahan


menyulusuri ruangan cetusan rasa teman² maya, berita kematian menyingkap nostalgia aku yang terkenal ratu airmata di sekolah menengah sebelum aku menjadi amat kental dengan pengalaman hidup. dulu, mendengarkan ini akan menuntut airmata yang bukan sedikit, hingga satu ketika, hati lembut ini menjadi keras dan tiada lagi titisan jernih y membasahi pipi..

setelah sekian lama.... barisan mutiara jernih kini hanya akan hadir tika sendirian


pertemuan kita di suatu hari
menitikkan ukhwah yang sejati
bersyukurku ke hadrat Illahi
di atas jalinan yang suci
namun kini perpisahan yang terjadi
dugaan yang menimpa diri
bersabarlah di atas suratan
ku tetap pergi jua
kan kuutuskan salam ingatanku
dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
mencari hidayah daripada-MU
dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-MU
di atas perpisahan ini….

Tuesday, January 27, 2009

aku dah jumpa

aku nyebuk jenjalan kat blog masa cuti..
sesambil ngasuh si Faris....
baby kesayangan keluarga, current edition punya.
kekekeke...
dan aku jumpa la blog budak ensem nie.. anak orang tu
.
.
.
psst... kak, sy dah jumpa blog dia

Sunday, January 25, 2009

aku di kampung

heaven oo bila berada di kampung sendiri. n tadi, aku p makan2 ngan famili, n kebetulan EnS n familinya ada di sini, diorg nk makan2 best. disebabkan aku jenis sesat d kampung sendiri, aku ajak ler famili aku n famili EnS bersama2 makan...

oooowwhhh.. aku just nak ngengada citer aku ada kat kampung nie...

p/s: cewi kan?

Saturday, January 24, 2009

aku just nak gtau,
aku nyebuk balik kampung sambut raya
orang cina balik kampung nak beraya, aku pun balik kampung gak.
bukan nak raya, cuma aku rindu mak.
.
.
.
n nak sambut bday farah.
p/s: ni scheduled post, masa korang bc ni, aku dah otw blk kg...

Sealed with a Kiss


Though we gotta say goodbye for the summer
Darling I promise you this
I'll send you all my love every day in a letter
Sealed with a kiss

Guess it's gonna be a cold lonely summer
But I'll fill the emptiness
I'll send you all my love every day in a letter
Sealed with a kiss

I'll see you in the sunlight
I'll hear your voice everywhere
I'll run to tenderly hold you
But darling you won't be there

I don't wanna say goodbye for the summer
Knowing the love we'll miss
Oh let us make a pledge to meet in September
And seal it with a kiss

Guess it's gonna be a cold lonely summer
But I'll fill the emptiness
I'll send you all my love every day in a letter
Sealed with a kiss
Sealed with a kiss
Sealed with a kiss

sambil aku merayap² cari lagu ceritera cinta ari tu, aku jumpa lirik lagu nie...hehe, aku jiwangs kannnn...

Thursday, January 22, 2009

Ceritera Cinta


Bertanya sang bayu pada ku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu
Ohhhhh

Dan buat seorang perindu
Penantian hanya lah waktu

Dikamus hati ku
Tiada istilah jemu
Ohhhhoh

Hentikan lah saja
Jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar

Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Buka lah sedikit hati mu
Kenali siapa daku
Ohhh

Beri ku pendam rasa hati
Malu mengakui
Ohhhhhh oh

Hentikan lah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta
Tiada berubah hanya mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa …

Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui
Penantian (penatianmu) hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cinta ku
Ohhh tak mudah percaya pada pengakuan
Aku di hati mu yang tersayang

Hentikan lah saja
Jenaka bermadah biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah hanya mimpi (hanya mimpi)
Yeh .. yeh .. yeh … yeh
Akhirnya nanti kecewa …

p/s: kecewa????????? huhuhu..... manusia y tak pernah kecewa adalah y tak pernah mengecap nikmat hidup

Sunday, January 18, 2009

My Name


Does your name begin with: H

You seek a mate who can enhance your zest for life, fun & everything you seek for.
You will be very generous to your lover once you have attained a commitment.

You are very affectionate & very strong.

Your gifts are actually an investment in your partner.

Before the commitment, though, you tend to be very careful with your every move and equally cautious in your involvement's often as you believe that you have to look out for yourself.

You are a sensual and patient lover.

You will hold off till everything meets your full approval.

You are a perfectionist , hard to satisfy and strong in your beliefs.

Not influential, you always stand your ground.

People can always count on you to stand by them in a crisis.

You are a dreamer with/ a passion for life.

Saturday, January 17, 2009

Adei!

aku sgt sebok siapkan report MCM. 4th quarter 2008.

tetiba......;
rindu la plak kat adinda² beta itu..

Friday, January 16, 2009

update sket!

korang,
satu rumah aku sumer dah masuk wad pasal denggi.
Syukur aku masih sihat.

ada pulak sorang kawan aku kata aku selamat sebab aku bersihkan kawasan rumah aku sensorang ari tu..
ada ka patut.
bukan la aku nak berkira walau aku kecik ati kene bersihkan sensorang.
biar la..
dah diorg tanak buat, maybe keje² tu sumer x sesuai ngan dioran kot.
hehehehe
biar la..

aku sangat bersyukur sebab diorang demam pun aku ok, diorang denggi pun aku ok
bukan nak berlagak.
bukan la aku takbur.
cuma aku takut sesangat,
kalau masuk wad atau kalau kene denggi,
diorang akan buat ujian darah dengan kerap.
paling kurang, dua kali sehari
.
.
.
.
aku takut JARUM! (kalau dalam wad, akan ada IV drip, jarum tu mmg stay dlm badan & kene amik darah, kalau x masuk, kene ulang alik ke spital amik darah)
NGERI!

Thursday, January 15, 2009

Sulk!

it's hideous when someone sulk!
with thousands reason to sulk,
sometimes blame it on ego,
yet it also caused by unbalanced hormones

when someone sulk
it's not to be sooth
just an expression
or just plainly sulk

let it be
let it fade away
into thin air
leave it alone!

it's suck when it sulk!

Monday, January 12, 2009

Kisah Hujung Minggu lagik!

Kwn aku kene denggi... dah la aku pun x berapa sedap badan, n dia sah denggi.. lepas setel pasal dia masuk wad, aku lak kene uruskan cari bahan makanan untuk adik dia.. then p anta makanan kat dia. Kiranya aku keluar rumah kul 4 petang, kul 10 lebih baru balik..... Letih!

Semalam, bangun lambat.. ye la.. badan x brp sihat, tambah lak letih... Ada gotong royong kat kawasan kejiranan aku... siap korek² longkang bagai... aku tukang tengok la.. segan lak nak join, dah la bangun lambat. Petangnya aku buat sup ketam y x jadik, anta n then terus jumpa Sis3.. rindu kat dia.
Balik dari tu, badan dah sihat sket, aku pun memulakan tugasan yang aku serah kat aku sendiri.. membersihkan laman depan rumah yang sekangkang semut tu..


Sambil² tu aku buka peti pos, ada surat n bungkusan misteri!

Dengan rilek aku siapkan keja... Menten la kunun! Cam ada orang dok ushar..
Ini la bungkusan misteri tu... adiah sebab aku top komentator kat blog dia. ****edited: adiah sebab aku menghuru-harakan blog dia... hehehee!


aku perempuan okey!!! tengok nama tu.. **** Binti **** Korang jangan konpius lagi tau!

setem ni akan aku adiahkan kat kawan aku.. dia kumpul setem.... aku suka cari setem untuk dia.

penyu ni sangat comel... (encikPenyu, sila jangan perasan) sebab dia pakai gincu...kekekekekeeke

ayat dia memula start dengan 'kehadapan'... skema..........!

terima kasih banyak² ya.... lain kali antar lagi.... Insyaallah aku akan terus menyokong blog encikpenyubiru...

Thursday, January 8, 2009

SSsssyyyyyyyyyyhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!


Faris..........

Dia mula meniarap pada 28/12/2008, masa Mummy ada hal kat Perak...
Orang y 1st tengok ialah antara Acu n Tok Mek

n3 ni bukan pasal Faris, saja ja aku mulakan cam nie

sebenarnya, tadi, aku tertinggal enpon kat rumah, heheheheeeee.... lupa nak amik sebab aku bangun lambat. dah tu kene keje luar la pulak. Bila dah kene keje kat luar, enpon lak tadak.... rasanya apa yang boleh terjadi?

Aku bertugas di kawawsan segar perdana, sebelah lokaasi aku tu ada salun.....
So, aku berjaya gunting rambut yang dah lama aku cadang nak buat. Potong n cuci....
Heaven!

Balik pulak, aku menyambut seruan alam, alah, kat tempat yang bunyik ari tu..... Dalam poket ada ubat, n semua ubat tu jatuh!... Aku pam n sumer jalannnnnnnn!

sssyyyyhhhhh.....! Jangan gitau bos n abang² mentenen tau!
kekekekekekekekekekekekekekekekkekekekekekekekekekekekekeekekekeek!

Wednesday, January 7, 2009

Kisah Hujung Minggu - Edisi Tahun Baru

Hujung minggu pertama aku di tahun 2009

Mula2 aku terjaga sebab terkejut. Kenapa alarm x bunyik??? Aku bukan letih pun semalam, y akan menyebabkan aku terbabas.. tengok² hari AHAD! Memangla alarm aku x bunyik.
Cessss...! Letih ja aku bangun sebab terkejut!

Anta sms kat Sis2, maleh nak jumpa dia. Bangun skali lagi, aku bangun dengan tangkas.. Sebab???
Kalau lambat, matahari dah tinggi, x sesuai nak mengemas...
Terus turun bawah, pakai sarung tangan, amik kerusi.....

Aku pun memulakan tugasan yang aku tugaskan pada diri sendiri.

Setelah tertonggeng², terjerit² lebih kurang tiga jam sensorang,

TADAAAAAA.....
(gambar gelap sebab aku snap masa dah maghrib, ari dah gelap n kamera tu hampeh)

Siap laman belakang aku bersihkan sensorang.. Aku ulang.. SENSORANG!
sejak aku pindah, ni baru aku jumpa tutup tangki tu. Dasat x aku..? heheheheeee
(kalau korang nak gelak, aku x marah sbb mak aku dah siap marah aku ari tu)




sian ibu ayam tu... aku tatau dia mengeram disitu... so, aku harap, laman y cerah nie x memudaratkan dia n telur²nya..
Sekian!

Tuesday, January 6, 2009

Januari

liriknya... 'kisah kita berakhir di januari...'
mmg kisah aku berakhir di januari.. syahdu sesangat tau. huhuhuhuhuhu..........!

Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...

Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita

Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda
Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatiku
Wow....pergilah

:: kejam sungguh dia, bukan salah aku, tapi selepas ucapan selamat tinggal itu, aku disuruh pergi. Ya, aku pergi. Tinggal sayang, tinggal pujaan ::

Men!

tadi masa bekfas, ada la cerita pasal grup baru, imported punya, bila diberitahu, cantik², yang si lelaki berkata; 'cantik?'
yang lain mencelah, ' dasar lelaki'

tapi, kalau lelaki bila diberitakan tentang wanita, cantik dan seksi dan tiada respon, apa maknanya?
1- cover line tahap gaban
2- bukan lelaki sejati

kendian, masa bancuh minuman di pantri, sama² nak ke depan, katanya; 'ladies first'
thanks.. very manly. Tapi rekod dia nie, agak x bagus, jadinya, bila itu yang disuarakan, aku prejudis, mungkin!..

maaf!

Monday, January 5, 2009

PINK

Merujuk pada n3 nie... sila hayati gambo lelaki kaler kelam pakai kaler striking pink.


Ini gambar asli...!

Saturday, January 3, 2009

Padan Muka!!!- end season

Saman ari tu dah aku jelaskan......
Jadinya.......
Aku dah x ada saman......! (er.. speed trap dulu agak2 diorg burn tak lps election ari tu????)

Friday, January 2, 2009

2009



Selamat Datang!

Aku ingatkan aku mampu meninggalkan dunia blogging buat sementara waktu, malangnya, ini adalah lapangan di mana aku boleh menjadi diri sendiri dan kadangkala menjadi orang yang aku sendiri tak kenali. Escapism aku!

Sambutan tahun baru??
Kisah² sambutan tahun baru aku? Ada tragis, ada tangis, ada manis!

Kisah satu.
Sambutan tahun baru aku dalam suasana DEMAM! Asal ada bunga api jer (aku sangat suka tengok bunga api!) aku akan demam!!!! Nyampah tauuuuuu!!
Jadinya aku abiskan awal malam dengan tidur, tepat tengah malam, aku terjaga sebab terdengar bunyi letupan bunga api. Dengan selimut, sweater, n stokin tebal, aku keluar dari bilik dan melihat bunga api dari koridor asrama kediaman aku

Kisah dua.
Ada teman lama yang aku dah lama x jumpa mengajak aku ke sambutan tahun baru. Malangnya aku ada ujian malam tu dan habis jam 10.00 malam. X sempat la aku nak ke lokasi bersama dia sebab dia bertolak jam 8.00 malam. Melepas!
Esoknya, aku dapat maklumat yang majlis sambutan tu sangat meriah, MALANGNYA, ia adalah majlis sosial yang kurang baik. SYUKUR aku x hadiri. Selamat!


Kisah tiga.
Majlis yang meriah. Disambut pula dengan yang dikasihi. Memang hebat! Ada pemandangan yang aku x suka, aku pejamkan mata sambil berdoa minta dosa ku diampunkan.
Selesai acara, sebelum berpisah, ada kata² yang amat menggembirakan dan mengujakan. Juga kalimat itu sebenarnya pemusnah jiwa.

Hingga kini lelah kukutip sisa² jiwa lara itu.

Kisah empat.

Sambutan tahun baru yang damai sekali. Walau gelap, lautan ternyata memang menjanjikan aku kedamaian dan ketenangan. Dalam pekat malam, deruan ombak masih membuai jiwa.

Kisah lima.

Sambutan tahun baru dengan kedukaan. Ujian itu sangat mendebarkan. Keputusan itu bukan pilihan. Aku redha atas dosa yang dilakukan. Kita bukannya makhluk yang sempurna. Rencana hidup hanya Allah menentukan


Kisah enam.
Sambutan tahun baru bukan lagi kegilaanku.... Hanya warna warni bunga api yang masih mengheret langkahku menikmati keriangan di hati.

Andai bahagia itu milikku, pasti suatu hari akan aku kecapi!

Followers