About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, November 30, 2009

sardin yang jakun

hehehee.. tajuk x blh blah kan???

bukan apa, ari rabu nk raya ari tu, aku kesibukan tahap gaban. kul 5.05pm ada org tny, pesal x blk lahgi, kata nk rushing... br aku sedar dah lps kul 5. kelam kabut aku off pc n nk blah. blh pulak phone opis bunyik... internal call.. rs cam x mo angkat jer.. tp aku pantang dgr phone, mesti angkat, rimas dgr ringing...

rupanya ada org gilosssss y call. bayang2 a.k.a bos rasa besar. katanya bos memang besar dah free... ada aku kesah? walau dia besar n hal agak penting, time aku terhegeh2 nk jumpa korang rejek, so, skrg, aku dah nk blah, jgn harap aku nk luang masa ngan korang. tgu ja la ms aku balik dr cuti nnti. si bayang2 cam x pueh ati jer... tp aku wat bodo

aku trs ke rmh kwn aku y aku x brp ingat jalan, nasib baik x sesat, solat n tukar baju jer kat rmh dia, trs dia anta aku ke komuter.

huhuhuhuuuhuuuu... sesak, padat, cam dalam tin sardin.........
time tu la aku rs cam sanggup je aku ada dlm jalan y jem, at least aku hanya perlu mengalami kelenguhan kaki main brek n clutch jer... x perlu berhimpit. ini ngan org tu camni, org ni camtu.... ada baby nangis lagi.... camana la ada org y endure mende ni tetiap ari????? aku mohon maaf, tp aku tabik la korang. dulu maybe aku boleh jer... but bukan sekarang. dah x mampu lagi dah badan ni nk tempuh keadaan tu...... dah la aku ni kenit jer, paras bawah ketiak org... paham2 jer la kan.... blh loya muntah ijau ooooo

sampai jer stesen KL, aku trn. dah ada renovation pulak.. laluan bawah dah tutup. aku kene ikut jalan y satu lagi.. aku tny pakcik y cam org selalu travel. jawapan dia lebih tepat dari polis bantuan y mmg bertugas di situ... haihhh.....

ngam jer aku sampai, bas baru bukak pintu. aku dok sorang2 jer... heheheheee.. pttnya aku ngan amoi. tp awal2 aku dah ofer dia dok ngn bf dia y kerusi sebelah sana, provided partner bf dia pompuan. skali xder org naik... dia pindah dan aku berjaya conquer 2 seat....

ada gak 1 group girls nie.. aku rs diorg buat rombongan ke penang. oh ya.. aku hanya lunch y x brp lunch... sbb sambil jaga program n function. so, tahap kelaparan aku adalah sangat tinggi. hanya ada sweets jer dlm handbag aku. aku mkn sweets tu jer.. alas perut.
air yilek!

pttny ada kwn aku janji nk temankan aku dlm bas. tp dia still ngan klien dia. so aku tido dulu. kebosanan, keletihan n kelaparan buat aku y moody ini sgt grumpy. bila aku terjaga lebih kurang jam 9.30mlm, perut sangat berlagu riang n group girls tu adalah kumpulan manusia jakun y x penah naik bas gamaknya....... bising nyaaa. sangat mengganggu orang ramai... trs aku "SSSSSSSSSSSSYYYYYYYYYYYYYYYYYHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!" kuat2. dan immediate diorg diam. fuh! lega. ilang denyut kepala aku... dan aku tau few penumpang berterima kasih pada aku. diorg mmg sgt bising ok!

then bas berenti di hentian sebelah jer.... KEJAM!!!! aku trn dgn rs lapar! beli bun seketul, cekelat nips n air mineral. itu jer y aku rs blh bantu aku... nk amik jajan? cari pasal jer.....

naik balik bas, group td mmg dah diam.. then ms kat tol juru, bas berenti isi minyak, diorg mula bising balik. tp x sekuat td.... rsnya sebab air liur basi penuh mulut kot. xbest nk bcakap dah. aku call CikL y akan amik aku.

aku ke rmh dia, minum cekelat panas n borak samapi lebih kurang kul 4 pagi, dari hall ke dlm bilik... hehheheheheheheheee... kami mmg kuat sembang!

then bgn subuh sbb dia nk keje, aku siap n sms sis3 soh mak amik aku kat Kasim Mustafa Bayan Baru. CikL anta aku ke situ, alaaaa..tepi rmh dia jer.

aku sarapan sorg2 ngan nasik kandar n nescafe panas.... then mak sampai, dia sarapan tosei as usual. walau aku bukan fan nasik kandar, tp since last proper meal aku ialah lunch y x brp proper, aku hantam jer... but x abes pun.

balik rmh. diorg tgh buat biskut arab, aku kene kupas bawang. faris udah botak lagi sekali.... ehehheheheheheheehehheeee

ps: amacam??? tajuk n citer? match?

Wednesday, November 25, 2009

Salam AidilAdha

aku balik kampung lps keje jap lagi.

sesapa ke penang, kalau nk jumpa, sila notify yer...

aku di kampung sampai ahad pagi jer, petang dah btolak semula ke sini.

jadi, Selamat Menyambut AidilAdha buat semua

Tuesday, November 24, 2009

Dah pindah part 2

sekangkang kamben puan syah jer hall nie... kan aku dah kata, jam lum pasang lagik errrr.... y pasang kat railing curtain tu, y dlm bilik.. xkan aku nk letak pic bilik kan... bahaya!... hehehehe
dan dapur org bujang.. hehehehe...
astro still lum pasang yer... kebosanan x tgk axn since saturday......

Monday, November 23, 2009

Dah pindah

buat sumer y sudi bertanya perihal perpindahan aku
TQ! aku dah selamat berpindah
yeay!!!!

so untuk perpindahan nie, ada few kwn y turun padang, walau ada y x berapa nk confirm pada mulanya, last2 minit hadir membantu.
pada y ada niat membantu tp ada aral melintang, jgn risau.. aku x kesah.. asal korang ada niat, aku dah syukur.

memohon bantuan keringat org tanpa upah adalah sesuatu y susah bg aku.. biar ramai y ikhlas, aku gerun sebenarnya. itu la sebab few org tegur aku, jgn malu memohon bantuan. tp mungkin aku ego, so, aku kurang mohon bantuan.

so,
senarai perlu buat:

~ susun/kemas hall : done
~ susun/kemas dapur : done
~susun/kemas bilik aku : done
~ susun/kemas bilik kedua : not yet
~ susun stor : not yet tp mmg bersusun gak la, accesible
~ set astro : not yet, maybe today
~ set bilik air : usable, tp x der tpt letak towel
~ pasang jam dinding : aku gantung jer kat railing curtain! hehehehehhehe!

Monday, November 16, 2009

Perlu Bantuan

buat semua pembaca n kwn2
actually aku segan nk minta tlg, but kadangkala, bila malu bertanya, kita kerugian.
begini, aku bakal berpindah.
cadangan aku, samada hujung minggu ni (21/22 Nov) or hujung minggu depan (28/29 Nov)
but minggu depan kan ker raya, so ada y katakan better minggu nie
so, dengan rendah hati, aku nk mohon sesiapa y sudi membantu aku berpindah, untuk menghubungi aku yer.....
untuk kengkawan bloggers, y ada no phone aku, sila gunakan yer... or email me for my number at alindalia79@yahoo.com

regards,
~zonAku~

decision:
perpindahan akan berlaku sabtu ini, insyaallah.... harap ada y sudi hadir membantu

****** edited********
it's today (21112009). Insyaallah semuanya berjalan lancar.

Free Giveaway For All

Ini senarai barang y aku dapat masa Health In The City (rujuk entry sblm nie). Barangnya bagus n menarik but aku x pakai semua.

Goodie Bag
1-Elysyle – special care age defense bio cellulose eye mask
2-Wyeth wet tissue – pneumococcal vaccines edition
3-Xeralife – Germ decontaminator mask
4-Glad – Sandwich Zipper Bag
5-Hydro Q10 Plus Carnitine (2 tablet)
6-Bio Oil – sachet sample (4 sachet)
7-Darphin – Mederma Skin Care for scars
- oilum moisture soap with collagen
- JF bio sulfur soap
- isoderm liquid cleanser (soap free)
8-Carotino – handphone pocket
9-Centrum multivit (7 tablet)
10-Obical w FOS (10 tablet)
11-Nano Sponge
12-Lactacyd – Daily feminine wipes (2 packs)
13-GSK wet Tissue –HPV edition
14-Minyak Kayu Putih (eucalyptus) Cap Lang
15-Lactacyd Liquid Cleanser
16-Lactacyd feminine Hygiene
17-pH Care Intimate Wash
18-Seresis – Dietary Supplement (antioxidants w selenium) (30capsules)
19-
Nutrimetics Shower crème-Lily Perfumed (250ml)
20-Abbott Subrex –Zinc (Vit b complex w 750mg vit C, zinc & vit E) (5 tablet)
21-Nuvafemme (10 Tablet)
22-Minyak telon Cap Lang
23-Eucerin washlotion (30ml)
24-Dettol natural soap bar
25-Origins – skin guardian, mointuruzer, mask
26-Sofy body fit – slim non wing (4pcs)
- Comfort nite 28cm (2pcs)
27-Glad – Simply cooking microwave steaming bag
28-Hi-Grain Wholemeal Bread high5 <-- dah expired
29-plastic Mug
30-Elysyle Crème Shampoo (300ml)
31-healthToday November issue
32 vouchers a: RM 20 cash voucher for screening at Alpha Specialist Centre
B: O.P.I nail care discount voucher (RM10&30)
C: Celebrity Fitness 3 weeks free membership & 1PT session worth RM550)
D: marie France Bodyline total Reduction & Detox programme worth RM435)
E: RM 8 discount voucher (Subrex)
F: C.A.S.P Voucher worth RM 180
G: Be Firm voucher worth RM50
H: Etsu voucher worth RM 50
I: Origins exclusive offer card


Lucky Draw :
Caltrade 600 + D (60tablet)
Centrum Multivit (30 Tablet)

Digital Clock <-- ini KIV status yer sumer....

Ice breaking game prize:
Elysyle creme conditioner (200ml)

Table Lucky Draw:
Ogawa Toothbrush

Booth visit gifts:
Essentiale forte (12 capsules)
Maalox Plus (3 tablet)


Ini pulak senarai barang y aku dapat masa ikuti program Live Life Campaign 2009 dengan Tigas Pharmacy. Aku cadangkan korang ikuti la program nie. Ada di seluruh Malaysia, pegi n buat pemeriksaan kesihatan, biasanya check tekanan darah & kencing manis. Tigas Pharmacy ni ada seluruh negara. Barang y aku dapat ialah:
Abbott lifePlus voucher booklet
Free Vega Disposable Sockettes @ eViAp World
Free Pilates Class @eViAp World
RM 30&RM40 discount voucher for purchase at eViAp World
1Day Free exercise membership at Phillip Wain

Flavettes Vit C (30 tablet +10 Tablet) worth RM29.90

dengan ini aku umumkan, sesiapa y berminat dengan barang di atas, sila bagitau aku yer.. especially vouchers tu.. mahal, tp akux pakai, sbb terlalu jauh nk ke sana. alpha medical centre tu di damansara utama, eViAp World di Lot 10, celebrity fitness n mary france bodyline aku x minat. kalau korang nak n nk bagi org pun blh. or if ada kengkawan korang y minat, just let me know ya...

btw, y merah aku pakai.. y lelain tu blh la...

full info on the products, keberkesanan dll, sila tanya pakcik gugle yer

Friday, November 13, 2009

Health In The City 2009

ahad lepas, aku ke sini, seharian.

no tiket (1350) aku naik sebagai no kedua y diumumkan pada hari tu...... hadiah ialah multivitamin n calsium supplement.. dah nama bab kesihatan kan..... worth RM80.. so, x yah aku beli lagi kat kaunter kat luar...... jimat bajet! inilah dia.. ada jam gak tau.... nampak botol kaler biru di tepi beg tu??? itu adiah sebab meja kami antara 5 meja terawal y dapatkan jawapan permainan pertama hari tu, senaraikan nama penaja acara, diorg bagi separuh logo di screen untuk kami teka.... creme shampoo dr elysye
dapat table draw... kekekeeeekekekkeee.... dpt berus gigi dr ogawa. aku amik y kaler pink, saja jer... bosan dah ngan kaler biru... tp aku moskel... mana nak cari replacement berus tu bila dah worn out nnt?
ini keseluruhan hadiah pada hari tu.. goodie bag penuh sarat n berat.. seb baik aku park keta dekat jer... aku gak kalau untuk game meja aku menang shampoo, untuk goodie bag ni aku dapat conditioner dr jenama y sama.. save aku..
abes jer... aku trs ke jumpa adeq... then trs balik.... expenses aku ari ahad lepas....
tol : RM 3.60
parking kat the Gardens ngan flat rate :RM5.00
mileage: 64 km (claimable)
total : RM 8.60...

berbaloi baloi.....



pppssssstttttt: selalunya aku x penah menang lucky draw pun... table draw pun payah....tp kali ni aku menang 3 trs, lucky draw, game n table draw

Thursday, November 12, 2009

down~

1st, aku dlm kesakitan, aku x suka bila kena menstrual cramp
2nd, ari ni board of directors meeting, kene standby for all
3rd, ada projek kat luar, aku hanya mampu hantar orang ke sana
4th, ada pameran, arahan diterima ari selasa, ari ni kene pegi, melampau betul diorg nie!
5th, dah la mmg dlm kesusahan, ditambah lagi bebanan.... sesekali pikir balik apa pernahteman aku pesan.. betul juga, dia pentingkan diri, time dia susah, aku, time aku susah, dia blah.

rasa aku?
mahu menangis!
tp ia x mampu selesaikan apa-apa....

Wednesday, November 11, 2009

.

ari tu (kalau slang awah: 'ali tu'), aku dah bising2 kat kwn aku y rambut aku sgt panjang...
then masa mak ada sini, tgh dia baring2 kat sofa, aku ngendeng la tepi dia.... tetiba dia tegur;
'rambut dah panjang sangat nie.. p la potong'
wah.... mak tegur! heheheheee...
trs aku kelam kabut cari kedai
er... aku bukan fan of hair saloon yer.... n last year aku potong rmbut ms kat kampung.. kedai y aku kunjungi dr kecik
tanya lebih kurang. ada 3 pilihan:
1- hairzone - cut & wash - RM 25++
2- mico - cut & wash (promotional price) - RM 30++
3-amy V hair n beauty saloon (kedai nyonya kecik jer) - RM 10 jer
heheheheheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
n aku x tgk pun panjang mana rambut y telah dipotong.. xmo rs sedih....sbb aku suka sedih tgh rambut sdr.. but aku perasan ms dia potong tu.... rambut aku dah sepenuhnya warna asal.

Tuesday, November 10, 2009

Staff gathering - Raya & Deepavali 2009

sebab aku tgh marah, perlu kan sesuatu untuk senyum kan?
so ini sikit dr sebabnya, bukan penganjuran majlis y aku suka, tp kerjasama kengkawan y best.... anjuran pejabat la kan.. acara pot luck. kerjasama dr services utama di kamepni ini sangat macam siyot, so, lupakan mereka, kurang nilai!
y best ialah, dr pagi kami tungkus lumus siapkan bahan deco, sapa p beli bunga, tagging la, lelain, aku n few others dah bawa baju. tau kami akan sibuk, so pandai2 la plan kan...
abes keja, kami p warta bangi, kwn aku ni bl baju, satu kedai jer masuk, trs beli set lengkap...
then kembalilah kami ke lokasi...
ini hasil gubahan sendiri (bukan aku!) yer kengkawan... bunga tabur tu kami campak jer..... aku mula campak, pastu pakat nk mencampak le memasing...


ini hasil terakhir sebelum tetamu hadir..... dr benuk T jer meja tu, ada tambahan... banyak rupanya juadah datang...

in tiga tenaga kerja a.k.a orang kuat majlis... y purple tu la set baru.. silk sumer tu....
ini pulak lagi 2 orang... tanpa diorg nie.... majlis kami x jalan ler.... y ladies ni sumer gak la org y pakat bungkus berkat pd staff sumer....
cam biasa... kenangan manis lekat di hati...
sesapa staff minta majlis lagi lps nie, aku sekeh!
time majlis untuk pelanggan korang bising minta untuk korang. time ada majlis, korang ngelat....!




~not in good mood~

what should i feel?
1- official info, signed, emailed, circulated officially says that the final date is
16 November 2009
2- verbal info, the soonest possible
3- via SMS info, by 12 November 2009 since they have to submit on
14 November 2009
4- now! yes! NOW! call n threatened if not sent by
TODAY 10 November 2009,
oe they will used the last years one
any feedback!!!!!!???????????????
~how idiotic a human can be!~

Monday, November 9, 2009

Kawan

last week kawan aku datang... dah lama x jumpa. last aku jumpa dia ms balik raya ari tu.... then ini la plak.. dia berkursus di sini dan amik kesempatan untuk mengedar kad di pejabat nie...
dalam kelam kabut mesyuarat penting yang telah TIGA (3) KALI DITUKAR TARIKH! aku bergumbira menyambut dia datang
dah nama kawan lama.. lagi pun dia bakal bertukar status, banyak benda kami sembangkan. camni la aku kalau berjumpa kwn y spesel n ngam ngan aku.. suasana jadik vakum, kami leh sembang n sembang n sembang.... x yah la cuba2 nk kacau, mmg x layan pny la..
macam2 kesah kami syer.... esp kejadian2 buruk y berlaku... well...y happy dah selalu kami update tp y kureng nie... ada spesifik masa untuk bercerita..... ntah apa2 kan?
mulanya ada cadangan nk ke kedai faveret dia n beli skirt... last2, kami just keluar makan jer....
menunya ialah, sate, sup ketin n air limau, satu berais, satu suam....
aku juga berjaya melobi dia membeli brooch.. sakan la member bershopping....

niat nk berketunjit di hari sabtu telah kami batalkan.. dia pun ada urusan lain untuk disetelkan, melawat kaum keluarga dan sebagainya untuk hari besar dia nanti

dan aku penin nie... majlis nikah, kenduri dia, n kenduri belah suami dia... x kan 3 hari aku nk ulang alik????????????????

rombongan kengkawan dari cnie pun aku dah penin... mana satu nk join.. sblm ni aku cadang sorang2 n p ngan famili.. sekali ada trip dr opis y terbahagi 2... satu ngan flight, satu ngan keta.. ada gak kwn2 lain.. y dari johor, pun kawan lama kami gak, n ada sorang lagi aku lupa! aiyok! my darling!!!! soli la... sungguh aku terlupa kat dia!

Thursday, November 5, 2009

Kenyir Trip 3-5 Oct 2009 - Finale

sesampai di terengganu.. kami rehat n sarapan n beli barang basah di bandar... lapor diri di balai....
then trs ke pengkalan gawi... naik boathouse!

naik jer atas bot, ada sesi taklimat. then ladies adalah dibenarkan tido dlm bilik2 y ada.... guys leh masuk dgn syarat, beritahu orang lain... karang ada lak y buat maksiat. nak tukar baju n solat.. so diorg tetap dibenarkan guna bilik..... tido mlm, mmg ladies jer la dlm bilik... toilet ada 2, nk pakai y mana pun boleh.. juragan pesan, decide la mana ladies, mana gents.. tp kami x kesah sumer tu... pintunya blh kunci.... satu y nyata, sepanjang di sana, aku langsung x sentuh alatan memasak or basuh pinggan.. aku makan jer.... cawan n pinggan sdr aku basuh ler... lain² masa, aku lepak, borak².. lyn tido n tenangkan hati... cuma y x best, time aku layan hati jer.... ada jer y nyakat.. kaco tul laa...
pemancing tegar.. memancing dengan baikknya.. 2 hari mancing, dapat 3 ekor ikan... hehehheeeee! asalkan diorg puas dah ler... decoder astro meletup, so, guys melepas la nak tgk bola... kekekekekekekekekeeee!
GM kami pesan... selamat pegi selamat la balik... kalau x, nanges la dia, nak cari replacement staff seramai 20 orang serentak....so, memenuhi pesanan bos.... kami balik laaaaaa dgn selamat
pulang.. marilah pulang.. bersama sama.. ke tempat kerja.... konvoi 6 kereta kami selamat tiba di kajang jam 9 mlm (lbh kurang ler)
~TAM MAT~
pssstttt: lepas sebulan baru abes aku kesahkan hal ke kenyir nie.....

Wednesday, November 4, 2009

... dia hanya pinjaman ...

wajah mulus itu
dipinjam sekejapan cuma
pasangannya telah dahulu pergi
kini dia mengorak langkah
menurut jejaknya
wahai ayah bonda
tabahlah
kalian diberi bahagia hanya seketika
redhakan pemergian mereka
di sana mereka pasti menanti...
*****
tengahari tadi,
si comel pergi begitu sahaja
menyusul kembarnya yang telah pergi
aku x dpt nk bayangkan
bagaimana perasaan ibunya
aku y melihat pun mengalir airmata
ini dia yang mengalami
dua anaknya pulang ke pangkuan Ilahi
berselang 3 bulan sahaja
penat melahirkan belum hilang
kini dia diuji lagi
doakan mereka tabah
ini bukan kehendak kita
ini ujian Yang Maha Berkuasa
al-Fatihah

Tuesday, November 3, 2009

hati....

dah lama aku cari2 lirik nasyid nie.. skrg aku dah blh dgr hari² kat dlm keta aku...
thanks to this device:
sekeping hati dibawa berlari
jauh melalui jalanan sepi
jalan kebenaran indah terbentang
di depan matamu para pejuang

tapi jalan kebenaran
tak akan selamanya sunyi
ada ujian yang datang melanda
ada perangkap menunggu mangsa

akan kuatkah kaki yang melangkah
bila disapa duri yang menanti
akan kaburkah mata yang menatap
pada debu yang pastikan hinggap

mengharap senang dalam berjuang
bagai merindu rembulan di tengah siang
jalannya tak seindah sentuhan mata
pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

*****

huhuuuhuhuhuhuuuu...

teringat ms salam jemaah.. aku pastinya ratu airmata..... korang xcaya???sukati korang laa... xkan aku nk paksa korang percaya kan?

****

letih kan bersakit hati..

bosankan menanggung kecewa...

mana mau kubawa hati yang berduka lara?

Sunday, November 1, 2009

Kenyir Trip 3-5 Oct 2009 - Part 2 (View)

sambungan pasal trip kenyir bulan lepas... terukkan? dah sebulan baru nk sambung updates.. bukan apa, dgn urusan konvokesyen aku ditambah pulak ngan masalah line intenet y terjejas baru² nie..... hal ofis usah ditanya la kan?..
so, ini sambungannyaaa.....
sepanjang trip ke kenyir.. apa yang aku sangat puas hati ialah......
AIR!


sepanjang di tasik, air sahaja pemandangan y ada


amat mendamaikan (esp aku y berbintang 'cancer' dipengaruhi ciri air......)


nikmat!

Followers