About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....
Showing posts with label Funny. Show all posts
Showing posts with label Funny. Show all posts

Tuesday, February 17, 2015

Jenaka Senja

Di suatu petang di bulan Februari 2015, petang yang aku ada di rumah, bukan beraktiviti di luar bersama teman2 seperjuangan.

Bersama ibu jari kaki yang masih sakit akibat bermain futsal sehari sebelumnya. Disebabkan TV di ruang tamu utama yang di tonton oleh Bro2, aku mls nk lepak tgk citernya. Maka, aku onkan TV mak untuk menonton. Aku tahu yang drama Istikharah Cinta dah abes, dah drama terbaru dah mula ditayangkan. Wallahualam episod ke berapa.

Sis4 br lepas mandi & nak dinner, so si kici Qaseh bermain2 ngan aku n mak. Mak rest kejap sebelum mandi & solat, aku lak tgu nk solat n nk keluar lps Maghrib as usual. Then ada scene hero masak bubur hantar ke heroin kat spital. Pastu watak antagonis la kot rasanya, make up garang semacam (ke TV dah lama pix x cantik?) bercakap ngan konon crook.

Mak : Pelakon2 muda2 la ni x cantik macam pelakon dulu2 , berlakon pun x syok. Azeean (arwah), Dian, Aida Rahim, Liza Abdullah.. dulu lawa2
Aku : Haah.. Rita pun lawa.
Mak : Depa tu lawa2 sampai tua2 pun, berlakon pun pandai
Aku : Haah.... (sambil elak2 Qaseh y sibuk lari terjah & ada gaya nak pijak kakiku yang sakit)
Mak : (scene crook cakap tepon ngan pompuan watak jahat) tengok tu CAPANG pun!
Aku : hahahaha... (Qaseh tendang kaki)
Mak : Tua2 Fahrin pun pandai berlakon...bla2..
Aku : sapa?
Mak : Fahrin Ahmad, dah berumur sket tapi pandai berlakon. Sapa lagi? Rosyam Noor, Aqasha, Arash Mohamad.. bla2
Aku : Adei QASEH!!!! (dia pijak kakiku y sakit! #terus teringat kat Masy... mak aku kenal abam FA)

terus sesi perbualan aku n mak stop, kena layan itu kici, kalau tidak, dia akan pijak lagi.

Dan sampai sekarang, aku cam x percaya mak aku suka rupanya kat Fahrin Ahmad!!








Thursday, September 12, 2013

Sara Farisha.. lagi

Sekarang, dah few times abang dia amik gunting n gunting rambut dia sesuka hati... Nasib la adik x reti nk marah lagi..

Ni masa dinner ramai2 time raya hari tu. belum mula lagi xtvt guntingan rambut

Ni pulak br minggu lepas kot, dah lepas kali kedua kena gunting. Mcm x ada beza sebab abang dia gunting y tengah2 kepala. Bila ikat rambut dia, mmg nampak la y cacak2 tu.



owh... mlm tadi aku terima 2 berita... gembira & duka.... itu semua aturan Allah, terima dengan redha, rezeki n ujian... InsyaAllah, sebagai sahabat, aku doakan dari kejauhan...
Ironiknya, aku br lepas tgk cerita Castle (x sure siri berapa), Kate kata, patung org lidi y dia simpan tu, adalah buatan dia n ayah dia pada hari pengkebumian mak dia. Bila Castle kata, kenangan manis or pahit, jawapannya ialah kedua2.. pengajarannya ialah, dalam berduka pun, masih ada terselit kegembiraan yang kita blh kecapi. Kematian mak dia adalah kesedihan mereka berdua, tapi tindakan ayah dia y bawa dia ke Coney Island (berpakaian berkabung) memberi detik indah dalam hidup mereka berdua.

bagi aku.... x semua kisah duka, bermakna duka buat semua orang, x semua kisah gembira, menggembirakan semua orang. Byk kisah gembira org, buat aku sedih, tapi kisah duka orang aku panjatkan rasa syukur pd Ilahi. Tapi, semuanya simpan kejap dlm hati. Yang terserlah adalah mengikut keadaan semasa situasi itu.

EDITED : untuk elak salah faham, kedua2 berita y aku terima ni, suka  n duka aku adalah mengikut norma y betul. 

Monday, July 29, 2013

Nice one

Jumaat lepas, team member aku merangkap sponsor aku x masuk ofis.
Disebabkan agak bz di hari jumaat tu, aku memula x perasan. Bila recheck kat Lync, rupanya ada dia set OOO dia.

Baca ja, aku gelak2 sorang2....




macam ni pun boleh.... :)

Friday, July 26, 2013

sambungan.. Sara & Stokin

Minggu lepas aku ada kisahkan pasal Sara y geli/takut pada kaki berstokin.
Mula2 mmg seronok usik dia, tapi lama2 aku jatuh kesian. Geli/takut y x agak2 punya tahap ni.  Selasa lepas aku balik, semua x perasan. bagi slaam, siapa pun x datang bukak pintu. Mak, Farah n Sara ada kart belakang rumah, mak memasak. 
So, aku pusing je la ke belakang rumah. 

Langkah masuk bendul saja, memula dia sengih, then trs nampak kaki aku y berstokin, kelam kabut dia lari menyorok belakang kakak dia. Apa lagi, aku usik sambil snap pic ni.... Kesiankan..... menjerit2 ketakutan dia.. mata dah nk berair dah tu..... so, aku tinggalkan saja dia di luar tu, masuk n bukak stokin. Datang balik kat dia, first thing y dia tgk ialah kaki aku, dah x ada stokin, baru dia mau pegang tangan n masuk rumah


wajah ketakutan...

Semalam, awal2 lagi aku dah bukak stokin, sebelum start enjin kereta lagi. Risau dia takut lagi. Sampai rumah, rupanya dia ikut tok n acu ke bazar ramadhan. Tinggal dia sorg2 ja ngan kami. Mami, ayah, kakak n abang berbuka di luar. Then dia balik, aku sj buat2 lelap atas sofa, sekali lelap betul2.. hehehehe. Dia mmg x kacau org y tido. Bila terjaga, aku ke dapur cari dia, sebab dengar suara dia dok sembang ngan tok mek dia.

Nampak ja aku, first thing dia check ialah kaki aku... Adoilaaaaaaaaaaa..... 
Haru punya kes ni.. harap x la berlarutan cam ni. Kang cemana nk g sekolah???? Dan antara 3 beradik ni, dia paling lama tido pakai stokin sebenarnya... kalau x pakaikan stokin, dia mudah jaga... aku rasa lebih kurang 6 bulan kot...

Thursday, July 18, 2013

Sara & stokin

pagi semalam,
ms nk mandi, nk gosok gigi, tengok cermin je aku dah terkejut
mata kanan merah..!

mata kiri ok sikit.
first time aku rasa terkejut tgk muka sendiri....hahhahaaaa

Balik keje petangnya.., as usual, bila dgr aku masuk rumah, si kelinci tu akan datang & tegur guna bahasa dia. Kadang tu dia datang depan pintu sebab nak kunci kereta. Dia akan minta dukung dia untuk gantung kunci.

Tapi semalam, masa dia nak amik kunci kat tangan, tetiba dia nampak kaki aku berstokin. Terus..., 'eeeeee.....eeeeeeeeeeeeeee' sambil reverse nak jauhkan diri... geli rupanya!!!!

Ini bukan sara n aku
Apa lagi, lepas aku gantung kunci, kemain la usik dia. Pijak kaki dia nganstokin tu. Kelam kabut dia undur jauh2.... hahahhahaaaa.....
Aku bukak stokin then letak atas kaki dia pun dia sibuk jerit2 lagi...... Geli tahap gaban ni... Dah almost nangis baru aku amik n letak stokin dlm mesin  basuh. Immediate reaction is diam terusss.. Baru nak jalan pegang tangan aku g ruang tamu.

sara... sara.... macam2 karenah!


Thursday, June 7, 2012

Misteri : Remote yang Hilang

30 May.

Pulang saja dari kerja, mak dah bertanyakan aku mana aku letakkan remote Astro TV depan. Pelik aku jap. Pagi tu aku buka saluran 615 untuk Faris n Farah menonton Upin & Ipin & kawan-kawan. Bila buka saja, tengah iklan, jadi, aku ke dapur dengan Faris, tuangkan air untuk dia, n alertkan mak y aku dah nak ke pejabat.  Mak di laman belakang, jadi, Faris tolong kuncikan pintu dari dalam.

Rupanya, siang tu, masa mak nak tgk Kemilau Cinta Karmila, mak cari2 remote x jumpa. Tanyakan Faris dia kata dia sorok, tapi dia buat x tau saja. So, mak n Farah tukar secara manual ke saluran 142.

 Malam tu, ada jugak mami dia bertanya secara memujuk. Faris ni kalau kena gaya pujuk, dia ingat n akan beritahu. Kalau dia niat mengusik, mmg jawapan mengarut saja yang dapat. Dia kata dia letakkan di belakang TV. Habis satu rumah dah dibongkar, sampai Farah naik ke bilik aku mencari, mana tahu lepas buka TV aku naik amik barang di bilik n tertinggal di katil ke mana2 ke.

31 May.

Balik dari kerja aku singgah di LSS, kedai barang letrik dekat dengan rumah aku. Beli remote baru. Pagi2 tu sebenarnya ada kawan aku offer kan remote dia, sebab di rumah dia ada 4 remote. Tapi disebabkan masa aku buka muka*buku tu, kawan aku tu dah di pejabat. Lagi pulak dia di Sg Petani. Kalau nak amik remote dari dia, kena minta dia paskan pada jiran dia yang juga kawan aku, then, paskan pada mami di pejabat. Kan renyah tu.

Harga remote tu RM13.90. Selama lebih 5 tahun kot aku melanggan astro, ini kali pertama hal camni jadi. Macam kelakar saja.



Samada aku y salah letak atau Faris yang sorokkan tapi lupa?



























Kat anak panah kuning/oren tu... Mls mau edit pic lagi.... ni pic lama, ada full pic sofa bed ni




















5 Jun. 10.45 mlm
Setelah seminggu remote asal astro tu hilang. Aku melayan TV sorang2. Mak bangun buang air, then datang cari bantal dia kat hall. Lepas aku gelakkan mak sebab sama ja perangai cam cucu dia, cari bantak busuk nak tdo, aku tersentuh benda keras dalam sarung sofa bed yang dah terkoyak sikit. Sofa bed tu dah lama, jadi mmg boleh terasa besi kat belakang tu. Dan dah ada lubang dah di situ.



Aku pun seluk n keluarkan remote tu. Maka, aku berjaya merungkai misteri kehilangan remote astro di rumah aku. Sorang2 saja aku senyum malam tu.

Thursday, December 22, 2011

P*M*R

hari ni keputusan PMR diumumkan. Tahniah pada yang berjaya, pada guru yang membimbing juga tahniah, juga pada ibu bapa dan pengasuh/penjaga/bibik yang ada juga menyumbang. bukan usaha seorang saja yang membuahkan kejayaan. bayangkan kalau bibik x masak, ingat boleh belajar ke saat kelaparan? Nak tunggu mak ayah, biasalah, malam baru sampai rumah. hehe -_-v

tujuan asal, pengalaman aku di tingkatan 3 dan PMR. sepanjang di tingkatan 3, aku agak biasa.selain pergaduhan antara boys n girls sampai tahap buat arca dalam kelas, diakhiri ngan sesi menangis jemaah, dihukum kena buat mural lepas abis PMR, yang paling aku ingat, kawan2 dorm aku tak benarkan aku potong rambut tahun tu. agak terseksa jugakla. hasilnya tahun tu, hadiah birthday aku semua berkaitan ngan perhiasan kepala. Klip saja ntah berapa yang aku dapat. 

bila peperiksaan dah abis, kami ada periksa hujung tahun gak. syukur, di sekolah kami, walau dah abis PMR, kami masih banyak aktiviti. Kami memasak di bilik KH, then jual untuk student2 yang lain. tapi y paling enjoy sebab dalam bilik KH tu terbahagi dua ruang, ada ruang memasak n ruang menjahit. sesapa kena tugasan memasak, akan memasak, yang selebihnya, masuk ke ruang menjahit dan TIDUR. kami juga ada sesi kem di Pusat Pemeliharaan & Pemuliharaan Alam Sekitar, Wang Kelian (PPAS). sangat enjoy masa tu. 

Baru balik dari menjelajah gua. Zaman ni semua slim.... kelakar bila tengok balik pic ni
macam biasa ada sesi team building, meneroka hutan, masuk gua dan games seangkatan. ada juga sesi kami ditutup mata dan berjalan pegang benang. ikut saja arah benang tu. ada kawan aku yang terlebih bijak, badan ke depan, tangan di belakang, terus langgar pokok. bila tiba di hujung jalan, geng yang dah sampai awal mendajalkan geng yang lambat. maklumlah, bila dah buka mata, kami pakat gelak geng y masih berjalan. kawasan lapang saja sebenarnya, tapi bila satu deria kita dihalang, deria yang lain jadi lebih intense. hujung benang tu, kami sambung pada beberapa ekor cacing yang kami jumpai. dan paling aku ingat, kawan aku y mula2 dapat tali cacing tu menjerit sampai semua bingit telinga. dia sekarang dah jadi doktor, tengah sambung untuk jadik doktor pakar.

dan masa di sana juga kami enjoy nyanyi lagu siam. aku masih ingat lagi lagu tu, sesekali memang terdengar gak lagu tu berkumandang lagi.

ada juga aktiviti di dewan sekolah. juga macam mana aku dipaksa masuk pertandingan berbahas antara kelas. ada bahas BM, BI, pertandingan tarian, pakaian beragam dan macam2 lagi. masa ni jugak aku bergaduh dengan cikgu sejarah. nasib ler, aku dah kata aku x mau masuk bahas, lagi dia sesuka hati tukar peraturan kena campur lelaki perempuan dalam satu pasukan. mau aku x hangen. dah aku setkan kelas aku punya pasukan, lelaki amik BI, pompuan amik BM. bila dah kena campur, sebagai y pompuan y cekap BI masa tu, kan dah sah aku kena amik alih. last2 aku berbahas macam baca berita saja. amek ko!paksa aku lagi!

dan bila keputusan PMR diumumkan, ketakutan aku adalah kalau x berjaya masuk ke sekolah balik. cuma aku x diugut macam kawan aku. dia, kalau x dapat 8A, mak ayah dia nak hantar ke sekolah pondok. syarat 8A, even kalau7A pun kene ke sekolah pondok. malam tu, aku dok praktis cemana nak kenalkan diri kalau kena pindah sekolah. dah la aku jenis yang memang pemalu x hengat. nak bercakap depan orang ramai? kenalkan diri, ditambah malu kena tukar ke sekolah biasa...... hohoho... sangat ngeri. esoknya, bila dah kul 10 pagi, keputusan pun diumumkan. aku yang mak ayah x benarkan ke sekolah amik result, pun telefon ke sekolah. pakcik kerani sekolah yang bacakan pada aku. dia mula ngan subjek geografi, y paling aku lemah. huhu... cam nak nangis pun ada bila dia sebut aku cuma dpt B untuk itu, dah dia mula ngan B, aku bajet y lain mesti lagi teruk... nak nanges pun ada. 

lepas dah cakap ngan pakcik tu, aku kembali ke dapur, tolong mak y siang ayam. bagitau mak result aku. kira ok la. dalam keluarga, aku ada dua sedara yang sebaya. keduanya lelaki, dan syukur aku dapat result paling elok. hehehe. x la malu sebab rekod aku masih dikekalkan. sebab happy sesangat, aku dah x ingat apa aku buat. cuma aim hari pertama masuk honeymoon year. nak jumpa kawan2 aku balik, dan nak tau siapa y x boleh lagi bersekolah sesama kami, juga kehadiran freshie. 

semua student sekolah aku masuk seminggu lewat dari sekolah lain. jadi, ada kisah le sikit. masa orang ramai dah semua masuk sekolah, dan aku tercongok lagi kat rumah, ada le yang tak puas hati ngan result aku. konon aku ni x masuk sekolah lagi sebab dah kena tendang x blh balik ke sekolah tu lagi dah. siap mintak nak tengok slip result aku (slip tu sekolah pos ke rumah, sama macam semua result aku yang lain). nak buat macam mana kan, dengki pun dengki la, x caya sudah, aku tetap kekalkan result yang hebat...

sebelum balik sekolah, aku mmg sengaja nak kejutkan kawan2 aku semua. rambut aku yang dah lebih setahun x potong, hampir cecah bawah pinggang aku potong pendek terus. atas dari bahu. ringan!!! sampai sekolah, selain kelam kabut kelas, rumah sukan n dorm kena rombak, aku jugak kena marah sebab potong rambut. yang masih sama dorm ngan aku ja la marah aku, yang lain dah terpecah, kurang la sket. 

dan bermula tingkatan 4, bermula kembali 'kenakalan' kami. mana ada batch lain buat cam yang batch aku buat!

Saturday, August 20, 2011

Pengumuman!

'Perhatian kepada ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak perempuan berbangsa melayu memakai baju berwarna PEPEL, sila ke kaunter khidmat pelanggan dengan segera'










PEPEL katanya.....................................









;P

Wednesday, October 13, 2010

Siren

Jumaat lepas
dalam perjalanan ke KL
Sis3 buka cerita
Kisahnya di pagi hari
tragedi bukan pilihan hati
dalam gerak perlahan
dia terdengar bunyi-bunyian



sudah ada yang di depan
bising sungguh kedengaran

tiba2
'motosikal, sila beri laluan, sila beri laluan'



rupa2nya abang baju biru di belakangnya
cuba mohon laluan
dan
bunyi2an adalah untuknya

*tkejut beruk dia. ini rupa beruk yang tkejut, bukan sis3*

tersipu-sipu dia menepi
rasa malu sendiri



ehhehehehee.....
pengajaran ayat:
bila ada bunyi siren kecemasan, sila pandang sekeliling, manalah tahu kenderan bantuan itu berada berhampiran anda.



Jangan lupa yer semua, bila ada bunyi tu, pastilah ada yang amat memerlukan... bertimbangrasa dan peka lah pada persekitaran






:: sebagai insan yang pernah berkhidmat ngan pemberi bantuan, sangat annoying bila pemandu tidak peka, dan amat ngeri bila berada di sebelah pemandu yang memandu di lorong bertentangan... ::



*pic from uncleGoogle*

Sunday, July 11, 2010

Fobia

lanjutan dr pembacaan blog erina pasal kisah ni
aku just nk share citer pasal kes2 anjing ni

masa kecik2 dulu aku naik basikal ngan abang n adik tiap kali nk g ngaji quran lps sekolah. kami 4 beradik masa tu. kalau time pergi bro1 kat depan, aku no 2, sis2 kat belakang aku n last bro2. balik pulak, bro2 kat depan, sis2n then aku, then bro1.

tetiap ari kami tukar2.. konsep: lelaki depan n belakang, kami y pompuan kat tengah2. dah nama abang2 kan.. kena la jaga adik2

kang repot mak baru tau!

pastu, laluan kami ada 2 rumah anjing. rmh pek wat n rumah atas bukit. sampai sekarang aku x tau nama sebenar pek wat tu sapa, n apek atas bukit tu sapa. anjing diorg ni suka tido tepi jalan... dah la area tu bukit. mencabar kaki jugak la nk mengayuh basikal.

bila ada anjing2 ni tido, sampai jer area tu, kami akan lintas ke seberang jalan, then lintas semula.... dah satu rumah belah kiri, satu belah kanan. camtu la jadinya

satu hari, masa balik, time tu turn aku kat belakang.. anjing rumah bukit tu terbangun n kejar adik aku.. pelagi dia... kayuhan sekuat rasa sambil jerit sekuat hati.... aku???? beku!
kena la jugak dia digigit oleh anjing tu.... sikit jer....... tp kain dia koyak la.... how bad dia luka kene gigit aku x tau, xder dlm memori aku. n aku x ingat pun camana aku balik ari tu. y aku tau, arwah ayah ada la p jumpa apek tu pasal anjing dia.

skrg ni area tu dah jadi perumahan, satu flat, satu lagi semiD.

n sampai sekarang, bab anjing menyalak, aku cukup alert! dok elok2 dlm keta sambil driving n dgr lagu pun, kalau ada anjing y menyalak dr dlm pagar plus berikat pun aku leh gelabah n jadik kelam kabut. bayang anjing mmg menakutkan. aku x tau naper, maybe momokan mak pasal anjing plus kegarangan anjing y kami jumpa masa kecik2 dulu mempengaruhi.
bila jenjalan n nampak anjing lagi la aku gelabah. padahal bukan la anjing tu minat kat aku pun.... tp aku sangat takut. tgk dlm tv ok la..... pernah la ada kes memalukan bila lalu tepi anjing..... huhuhuuuu..... ilang macho aku seketika!

tp, x cam cerita erina, aku x pukul or sepak terajang anjing. nmpak jer.. aku blah dulu.... jgn la harap aku ada masa nk sepak ker halau ker, baling batu ker apa ker.... bukak langkah seribu ok la.... gemuk2 aku pun blh kalahkan watson nyambek tau.. silap haribulan, hussein bolt pun akan kagum ngan larian aku....
x pun, aku keras kejung jer x gerak2 sampai anjing tu blah!

hehehehhehehehhehehheeeee... auto respon

Friday, July 10, 2009

Mimpi

masa ulangtahun kelahiran aku y lepas,
masuk jer tanggal 29 Jun, sms pertama y aku terima ialah dari adeq

aku diamkan aje..
actually, dlm famili kami, kami x buat apa2 sambutan pun,
sejak dl lagi,
ucapan n adiah, hanya biasanya bersama kengkawan...

dah pagi,
br aku reply
rupa2nya, dlm tido dia lps dia sms aku
dia mimpi,
aku baling ular mati kat dia

sian adeq!!!!
kekekekekeekkekeeee

psssttt: apa maksudnya???? mungkinkah aku putuskan hubungan dia atau ex aku nk ngorat dia??

Friday, April 25, 2008

Alkisah Sabtu...

dah beberapa sabtu aku lalui...
Semua nya dgn perasaan kacau bilau... kebelakangan nie apa jer aku buat sumer x kena...
In order tu minimize all the damages that can occur... baik la aku steam off somewhere... siankwn aku... a.k.a mangsa... Miss L... A very dear friend... even aku pun rs cam kaki buli bla ngan dia..kekekeekkekeeee...




the very first Saturday..
dia dlm pantang... aku mmg jem.. nak tgk movie.. dia layan aku.. so aku bw dia p try bl tiket... ampes... dah abih.... next show.. lambt sgt.. so.. kami jenjln jer la kat mall tu...
kami msk sumer kedai y jual bj.. coz kami ada annual dinner... but satu pn x bl.. biasa la aku kan.. try sumer... but buy nothing...
then dia nk bl broadband... punya la kami melongok dpn kedai tu... blh salesman tu wat bodo jer.... ampesssssss tul la... apa ingat kami x mampu bl ker????

tau la kami nmpk cam budak2....

P/S bukan persaan yer... ada salesman bg kami arga student ta bila nk bl brg... dia y kata kami cam student.. murah oooo... kalu tau kami bl byk2... kekekeeeee...

lps mkn.... kmi blk... dia bl anklet jer... aku???? biasa la... tukang try..


then....
the next saturday...
dia ada hal kat opis...so aku keluar la buat skandal..
penat jer.... bodekan aku x jln..nak tgk movie.. tp citer tu x keluar lagikkkk...... last2 aku blk gak ngadap Miss L aku y bz tahap gaban....
berkulat aku tgu dia blk rmh... sejam aku tgu... dia x blk2....
padan muka aku.. aku siap ugut lg... dia x ondway gakk.... aku blah....






wei.. mana tahan... perut aku dah senget menahan panggilan alam tau.....
then mlm tu kami p mkn kenduri.... dia y still dlm pantang telah dgn hebatnya melanggar pantang....ssssssyyyyyhhhhhh..... jgn gtau sesaper... tau kat mak cik... conpem... putih aku kene basuh...

the other saturday....
pg2 aku ada function...event kot....
hampes tol... org bahagian pertahanan negara nie... bab y stamina mmg hebat... cam x peluh jer aku tgk... buat y flexible method... x blh bend dgn baik.... camana kalu diorg ni kene lwn ngan org y hebat kungfu?????
peluh2 tu la kami main games...
ada ka patut Miss L amik gambo aku melompat... mmg la huduh tahap cipan.... kalu aku tau gambo tu lepas kat tgn org... jaga dia... =) hehehee....
tp walaupun huduh.. aku menang ooooo....










dah puas merapu... sumer p mkn... coz mls nk msk opis...... syh.. dendiam dah la.... aku x per.. bos y bawak..

Miss L belasah mknn y dia jarang mkn









then belasah sepinggan lg....









parah tahap kelaparan kwn aku nie...

aku akhirnya berjaya menontonkan diri aku kat movie...
dengan hebatnya aku melangkah ke kaunter amik tiket....

aku: sy pny booking number y ini (sambil bg hp aku kat dia)
dia: oooo... meh cnie...
dia: eh..... (sambil kerut2 dahi)
aku: x leh bc ker... meh sy tlg bacakan
dia: tp nie booking kat GSC
aku: ye la.. kat cnie la...
dia: tapi cnie TGV bkn GSC...
aku: hah...! alamak ye laaaaaaa.... (dlm ati..... oh tidakkkkkkkkkkk!!!!)
Miss L: heheheheeee.... booking kat mana nie... mamai ka????
aku:.............

padan muka aku kan.....

esk pun saturday gak....
apa aku nak buat????????????????????????????



Friday, April 18, 2008

akibat turut ati...



kikiki...

aku pun cam x caya jer...
akibat turut kan ati...
tiap2 ari dlm mgu nie aku g shopping

bahya tul
n terbaru...

ari nie...
aku beli nie
pastu aku bl nie gak....
ni la akibat turut ati...
pastu kena lak layan kepala ngan kaki beli ...
so...
kami sama2 bl...
kikikikikikikiki....
lain kali...
bila tension2 camnie....
aku x mo shopping bawa hbag n kad atm....
nak bw ic ngan tambang ja...
br padan muka aku.....
akibatnya....
bajet aku bulan nie..
hancusssssssssssssssss!!!!!!

Tuesday, March 18, 2008

MimPi

Daniel Lee - Mimpi


Inginku
Lukiskan nota-nota
Laguku mengikut rentak gitar
Dengarkan suara
Mimpiku
Bertemakan namamu
Senantiasa selalu, ooohh
Selalu
Sedalam tinggi
Seluas jauh
Begitulah cita-citaku
Sekiranya kau ingin tahu
Selama ini
Hingga ke akhirnya
Suka duka
Senyum selalu
Kita bersama punya satu
Mimpi
Jauh, oooo ye
Begitulah cita-citaku
Mimpi ooooooo
Realiti





Mila Bila Cinta


Ku Mimpi Pandu Kapal Angkasa
Rentas Galaksi Cari Cinta
Ramai Wira Super Yang Ku Jumpa
Gagah Dan Perkasa
Hebat Dari Nyata
Antara..
Beberapa...
Angan-angan Ku Yang Mengila
Masuk Akalkah Tidak
Mila, Ku Tertanya
Bila, Akan Bersua
Cinta, Si Peria
Membikin Hidup Ceria
Mila, Ku Tertanya
Bila, Akan Masanya
Cinta,kan Mewarna
Setiap Ruang Dunia
Ku Mimpi Terjun Awan Ke Awan
Bagai Gula Kapas Manisnya
Lalu Datang Satria Kayangan
Dia Sangka Aku Pari-pari Syurga
Indahnya...
Kiranya...
Angan-angan Ku Jadi Nyata
Masuk Akalkah Tidak
Dalam Dunia Yang Makin Gila
Mungkin Alam Khayalan
Ruang Berlindung Sewajarnya
Sementara Capai Impian Ku...
Indahnya...
Kiranya...
Angan-angan Ku Jadi Nyata
Masuk Akalkah Tidak
Ku Mimpi Pandu Kapal Angkasa
Rentas Galaksi Cari Cinta
Ramai Wira Super Yang Ku Jumpa
Gagah Dan Perkasa
Bikin Hidup Ceria
Ku Mimpi Pandu Kapal Angkasa
Akan Ku Sua..
Si Peria...
Akan Masanya
Cintakan Mewarna
Setiap Ruang Dunia
p/s : cam cacat jer lirik y aku copy nie...but, maleh la nak repair....



Mimpi & angan2...
Kadang2 susah nak lari dari 2 menda nie..

N malam td... buat pertama kalinya... dalam sejarah idup aku.....
akibat dr lena y x aman... aku terjatuh dr katil.... My God, terkezut beruk aku.... camana nie????trs aku tgk jam.. kul 3.30pg... dalam senyum malu.. aku sambung tido n aku blh tido ngan amannya lepas tu.. nyaris x bgn subuh jer...

till now... camana aku leh jatuh is still a mystery .. yet ... it brings smile to my lips... ;p

x penah ooo.. walau aku penah tido ramai2 bhimpit satu katil coz takut... but x penah jatuh...

everything has a first time... N today....18/3/2008... after years of living n in every environment of sleeping area... for the first time, aku jatuh katil..... waaaarrrgh.. x caya nya aku.....
so.., aku dah tau camana rasa jatuh katil masa lena.... y selama ni buat aku confused... 'camana la korang leh tido sampai jatuh katil???'
now... I know...












Followers