About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, December 22, 2011

P*M*R

hari ni keputusan PMR diumumkan. Tahniah pada yang berjaya, pada guru yang membimbing juga tahniah, juga pada ibu bapa dan pengasuh/penjaga/bibik yang ada juga menyumbang. bukan usaha seorang saja yang membuahkan kejayaan. bayangkan kalau bibik x masak, ingat boleh belajar ke saat kelaparan? Nak tunggu mak ayah, biasalah, malam baru sampai rumah. hehe -_-v

tujuan asal, pengalaman aku di tingkatan 3 dan PMR. sepanjang di tingkatan 3, aku agak biasa.selain pergaduhan antara boys n girls sampai tahap buat arca dalam kelas, diakhiri ngan sesi menangis jemaah, dihukum kena buat mural lepas abis PMR, yang paling aku ingat, kawan2 dorm aku tak benarkan aku potong rambut tahun tu. agak terseksa jugakla. hasilnya tahun tu, hadiah birthday aku semua berkaitan ngan perhiasan kepala. Klip saja ntah berapa yang aku dapat. 

bila peperiksaan dah abis, kami ada periksa hujung tahun gak. syukur, di sekolah kami, walau dah abis PMR, kami masih banyak aktiviti. Kami memasak di bilik KH, then jual untuk student2 yang lain. tapi y paling enjoy sebab dalam bilik KH tu terbahagi dua ruang, ada ruang memasak n ruang menjahit. sesapa kena tugasan memasak, akan memasak, yang selebihnya, masuk ke ruang menjahit dan TIDUR. kami juga ada sesi kem di Pusat Pemeliharaan & Pemuliharaan Alam Sekitar, Wang Kelian (PPAS). sangat enjoy masa tu. 

Baru balik dari menjelajah gua. Zaman ni semua slim.... kelakar bila tengok balik pic ni
macam biasa ada sesi team building, meneroka hutan, masuk gua dan games seangkatan. ada juga sesi kami ditutup mata dan berjalan pegang benang. ikut saja arah benang tu. ada kawan aku yang terlebih bijak, badan ke depan, tangan di belakang, terus langgar pokok. bila tiba di hujung jalan, geng yang dah sampai awal mendajalkan geng yang lambat. maklumlah, bila dah buka mata, kami pakat gelak geng y masih berjalan. kawasan lapang saja sebenarnya, tapi bila satu deria kita dihalang, deria yang lain jadi lebih intense. hujung benang tu, kami sambung pada beberapa ekor cacing yang kami jumpai. dan paling aku ingat, kawan aku y mula2 dapat tali cacing tu menjerit sampai semua bingit telinga. dia sekarang dah jadi doktor, tengah sambung untuk jadik doktor pakar.

dan masa di sana juga kami enjoy nyanyi lagu siam. aku masih ingat lagi lagu tu, sesekali memang terdengar gak lagu tu berkumandang lagi.

ada juga aktiviti di dewan sekolah. juga macam mana aku dipaksa masuk pertandingan berbahas antara kelas. ada bahas BM, BI, pertandingan tarian, pakaian beragam dan macam2 lagi. masa ni jugak aku bergaduh dengan cikgu sejarah. nasib ler, aku dah kata aku x mau masuk bahas, lagi dia sesuka hati tukar peraturan kena campur lelaki perempuan dalam satu pasukan. mau aku x hangen. dah aku setkan kelas aku punya pasukan, lelaki amik BI, pompuan amik BM. bila dah kena campur, sebagai y pompuan y cekap BI masa tu, kan dah sah aku kena amik alih. last2 aku berbahas macam baca berita saja. amek ko!paksa aku lagi!

dan bila keputusan PMR diumumkan, ketakutan aku adalah kalau x berjaya masuk ke sekolah balik. cuma aku x diugut macam kawan aku. dia, kalau x dapat 8A, mak ayah dia nak hantar ke sekolah pondok. syarat 8A, even kalau7A pun kene ke sekolah pondok. malam tu, aku dok praktis cemana nak kenalkan diri kalau kena pindah sekolah. dah la aku jenis yang memang pemalu x hengat. nak bercakap depan orang ramai? kenalkan diri, ditambah malu kena tukar ke sekolah biasa...... hohoho... sangat ngeri. esoknya, bila dah kul 10 pagi, keputusan pun diumumkan. aku yang mak ayah x benarkan ke sekolah amik result, pun telefon ke sekolah. pakcik kerani sekolah yang bacakan pada aku. dia mula ngan subjek geografi, y paling aku lemah. huhu... cam nak nangis pun ada bila dia sebut aku cuma dpt B untuk itu, dah dia mula ngan B, aku bajet y lain mesti lagi teruk... nak nanges pun ada. 

lepas dah cakap ngan pakcik tu, aku kembali ke dapur, tolong mak y siang ayam. bagitau mak result aku. kira ok la. dalam keluarga, aku ada dua sedara yang sebaya. keduanya lelaki, dan syukur aku dapat result paling elok. hehehe. x la malu sebab rekod aku masih dikekalkan. sebab happy sesangat, aku dah x ingat apa aku buat. cuma aim hari pertama masuk honeymoon year. nak jumpa kawan2 aku balik, dan nak tau siapa y x boleh lagi bersekolah sesama kami, juga kehadiran freshie. 

semua student sekolah aku masuk seminggu lewat dari sekolah lain. jadi, ada kisah le sikit. masa orang ramai dah semua masuk sekolah, dan aku tercongok lagi kat rumah, ada le yang tak puas hati ngan result aku. konon aku ni x masuk sekolah lagi sebab dah kena tendang x blh balik ke sekolah tu lagi dah. siap mintak nak tengok slip result aku (slip tu sekolah pos ke rumah, sama macam semua result aku yang lain). nak buat macam mana kan, dengki pun dengki la, x caya sudah, aku tetap kekalkan result yang hebat...

sebelum balik sekolah, aku mmg sengaja nak kejutkan kawan2 aku semua. rambut aku yang dah lebih setahun x potong, hampir cecah bawah pinggang aku potong pendek terus. atas dari bahu. ringan!!! sampai sekolah, selain kelam kabut kelas, rumah sukan n dorm kena rombak, aku jugak kena marah sebab potong rambut. yang masih sama dorm ngan aku ja la marah aku, yang lain dah terpecah, kurang la sket. 

dan bermula tingkatan 4, bermula kembali 'kenakalan' kami. mana ada batch lain buat cam yang batch aku buat!

6 comments:

HEMY said...

sumpah aku tak tau mana satu ko

syah shah said...

kenangan masa sekolah, the sweetest memory ever kot... haha~ :D

zonaku said...

HEMY:
aku dah upload pic ni saiz besar... pun x tau???? hehehehee....



betapa aku sangat berbeza la kiranya ni dari dulu

zonaku said...

syah:
tidak semestinya....................

Super Nia Hana said...

ahahah.tgk gambar tu teringat zaman kekedingan awal sekolah menenngah

zonaku said...

keding sampai habis sekolah..........



lepas tu ampeh.....!

Followers