About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, June 7, 2012

Misteri : Remote yang Hilang

30 May.

Pulang saja dari kerja, mak dah bertanyakan aku mana aku letakkan remote Astro TV depan. Pelik aku jap. Pagi tu aku buka saluran 615 untuk Faris n Farah menonton Upin & Ipin & kawan-kawan. Bila buka saja, tengah iklan, jadi, aku ke dapur dengan Faris, tuangkan air untuk dia, n alertkan mak y aku dah nak ke pejabat.  Mak di laman belakang, jadi, Faris tolong kuncikan pintu dari dalam.

Rupanya, siang tu, masa mak nak tgk Kemilau Cinta Karmila, mak cari2 remote x jumpa. Tanyakan Faris dia kata dia sorok, tapi dia buat x tau saja. So, mak n Farah tukar secara manual ke saluran 142.

 Malam tu, ada jugak mami dia bertanya secara memujuk. Faris ni kalau kena gaya pujuk, dia ingat n akan beritahu. Kalau dia niat mengusik, mmg jawapan mengarut saja yang dapat. Dia kata dia letakkan di belakang TV. Habis satu rumah dah dibongkar, sampai Farah naik ke bilik aku mencari, mana tahu lepas buka TV aku naik amik barang di bilik n tertinggal di katil ke mana2 ke.

31 May.

Balik dari kerja aku singgah di LSS, kedai barang letrik dekat dengan rumah aku. Beli remote baru. Pagi2 tu sebenarnya ada kawan aku offer kan remote dia, sebab di rumah dia ada 4 remote. Tapi disebabkan masa aku buka muka*buku tu, kawan aku tu dah di pejabat. Lagi pulak dia di Sg Petani. Kalau nak amik remote dari dia, kena minta dia paskan pada jiran dia yang juga kawan aku, then, paskan pada mami di pejabat. Kan renyah tu.

Harga remote tu RM13.90. Selama lebih 5 tahun kot aku melanggan astro, ini kali pertama hal camni jadi. Macam kelakar saja.



Samada aku y salah letak atau Faris yang sorokkan tapi lupa?



























Kat anak panah kuning/oren tu... Mls mau edit pic lagi.... ni pic lama, ada full pic sofa bed ni




















5 Jun. 10.45 mlm
Setelah seminggu remote asal astro tu hilang. Aku melayan TV sorang2. Mak bangun buang air, then datang cari bantal dia kat hall. Lepas aku gelakkan mak sebab sama ja perangai cam cucu dia, cari bantak busuk nak tdo, aku tersentuh benda keras dalam sarung sofa bed yang dah terkoyak sikit. Sofa bed tu dah lama, jadi mmg boleh terasa besi kat belakang tu. Dan dah ada lubang dah di situ.



Aku pun seluk n keluarkan remote tu. Maka, aku berjaya merungkai misteri kehilangan remote astro di rumah aku. Sorang2 saja aku senyum malam tu.

4 comments:

julietchun said...

nasib baik lah remote tu murah ya, :D

Masy said...

sabo jelaaaaahh

zonaku said...

Juliet:
murah pun... bab ilang tu y leceh.few times tau kami bongkar hall n bilik2 sekitar



masy:
biasa kot aku rasa kalau budak2.. walau diorg ni jarang buat mende camtu sebelum ni. x penah sebenarnya

DrSinga said...

beli je satu rimot spare!
:)

Followers