About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, June 12, 2012

Memuah Gathering : A Wedding Part 2

Idea menulis aku dipadamkan oleh kengakawan... hahahaha

ada entry di sini, sini, sinisini, sini, dan sini. Ini  blog si pengantin. Ini pulak blog teman sepejabat pengantin.
 yang ini je x der entry lagi...

Mood aku berubah bila tahu saja ada kesilapan teknikal dalam perancangan & aku perlu perubahan drastik.  SG? Mood aku langsung x ada. Tapi x seronok nak rosakkan mood kawan2 sendiri, atas kesalahan diri. So, aku paksa diri senyum dan kengkonon nak manja2 ngan diorg (Masy & Bella sebenarnya hati kering). Sekali, haremmmm.. diorang x layan. Padan muka sendiri!

Setel SG, kami menunggu Keri di Esso Puchong. Aku tunai hajat y di simpan dari di Penang lagi. 6 ke 7 jam.... Teruk aku dera bladder sendiri. Di rumah Keri, Masy parking dalam pagar rumah sebab nak tinggal kete dia di situ. Then, disebabkan gatal nak bawak keta baru Keri, aku offer nak alihkan kete dia dari seberang pagar ke depan pagar. Paham??? eheheheheh....


Aku x sure kete import nye gear auto cemana design dia, sampai aku bukak lampu dalam kete bila aku pelik kete dia x nak jalan. Sopan je aku park kete tu depan pagar, kami alihkan barang ke bonet kete dia. Ha....... terus aku nampak anjing tengah cam senyum simpul kat aku depan kete Keri. Tanya Bella, rupanya dia n Masy pun tahap cipan gak ngan binatang tu.. Aku almost lari masuk rumah Keri.. belasah la rumah bujang ke hape.... x peduli dah .... Masuk je, kami terus tutup pintu. Terkejut Keri..

So, setel pemahaman kami pada kewujudan anjing tu, kami pun gerak ke rumah Anul. Keri lebih bijak ngan jalannya.. aku x sure jalan ke Seri Putra tu.

Ok, anjing tu sebenarnya anjing terbuang. Bila dia cuba tumpang kasih di rumah oran Cina di sekitar situ, dia selalu dihalau. Kacau kawasan kiranya... Kesian dia... biarlah dia terus cuba menumpang kasih pada Keri, asal bukan pada aku.

Sampai rumah Anul. Cembam n Xiyad dah tido. Kami semua mengarut2 membantu Masy membalut hadiah untuk pengantin. Hadiah dari aku dan Bella dah siap balut sebenarnya. Dan kami terbeli benda yang sama. Maaf sangat2 pada pengantin, aku memang lupa dua menda, kaler tema untuk memuah dan senarai hadiah. Apa la nak jadi aku ni.... lupa tengok pesanan dan perkembangan kawan2.... Alpa betul.

Pastu lak, memula ada je y setuju nak pakai pepel, skali aku dikhianati oleh kawan2 sendiri... hahahahaha..

see... aku ada bukti okey!


Iron baju mlm tu jugak, then kami tido. Memula konon memang nak tido, then terbersembang la pulak antara aku, Masy n Bella. Si Bella, dah siap bangun n duduk ngadap aku n masy y meniarap pandang dia, kendian rasa kelakar pulak pandang memandang dalam gelap. So, aku bukak lampu toilet untuk ada cahaya sikit. Sembang punya sembang, akhirnya kami lelap lebih kurang jam 2 pagi...


Cerita perjalanan kami ke lokasi kenduri ada di blog geng memuah yang lain, jadi, sila rujuk ke sana seperti yang aku catatkan di atas.




13 comments:

HEMY said...

jahatnyeewwww diorg xlayan ko bermanjewww...ieee...terruk tawwww

Masy said...

buahahahahhahhha!! aku nak layan pon malas, ade ke soh aku amek ape dia nak makan. amek laa woii mana aku tau ko suka makan ape. lgpon tujuannye adelah nak bg ko experience tengok mende2 tu.. nanti takdelah org bercerita, ko terkelip2 mata lantas berkata 'alaa tatau la masa tu bella dgn baby yg amekkan'. gituuuu... baik tak niat aku? hahahahhaha

❀aRaBeLLa❀ said...

i iz tak tau pon yg kak zona nak bermanja2..(nampak sgt hati kering kan)..kakaka

❀aRaBeLLa❀ said...

apesal x gi toilet mase tu? aisehh..
sebenarnya tak pasan ada lak poll tu kat fesbuk..kuikui

Jard The Great said...

sorry.. aku khianat ko. heee

Erina Asmawani said...

oh mannn! saya lah "ini" yg belum hapdet2 tu..hohohoho

k.e.r.i. said...

aku pun tak perasan ada poll tu.

tapi aku rasa macam mengkhianati jugak lah sebab mula-mula aku pun macam nak pakai pepel (ada reason nak beli baju baru muahahaha)

zonaku said...

anul... bahasa apa ko guna???? kang kecik hati cikgu BM ko tau!

zonaku said...

masy:

alasan x blh blah! hahahhaa



Bella:
ko lagi haru... nak menapak ke toilet kat IOI tu rasa cam jauh bebeno... tu y aku pegi je masa tgu keri kat esso tu

zonaku said...

ena:

dah tu tunggu lagi?

zonaku said...

jard n keri:

hehehehe...korang mmg pengkhianat! blh kene sula ni

KakiJalan said...

ko pulak bila nak kawennnn

zonaku said...

kakiJalan... insyaallah... jemput datang nanti ya...

Followers