About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, February 28, 2014

Mentari Jingga

ok, Feb 28 : Share a smile day & Compliment Day & Employee Appreciation Day

Esok Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dibuka. Ada karnival pembukaan dan majlis perasmian. Perasmi karnival adalah oleh TYT jam 3 petang di tapak karnival jam 3 petang dan perasmian pembuakaan oleh PM jam 8 malam. Alangkah indah kalau di mulakan dengan solat maghrib berjemaah di Masjid Jamekd Batu Maung (kg aku) dan disusuli dengan tahlil & doa selamat, baru disambung dengan perasmian. Walau pihak IJM dah penah buat solat di atas jambatan tu sebelum ni.

Tapi, itulah.. luahan aku sekadar menjadi luahan di laman sini. Aku agak ragu2 nak kemukakan menggunakan saluran yang betul. 'Permainan' agak rumit yang menyebabkan aku mengelak. Namun, sekadar luahan hati, pada yang sudi mendengar or lebih tepat lagi membaca di sini.

Dan concernnya aku ialah, mulai esok, cabaran jalan jem, mungkin akan lebih terasa pada aku. Selama ni, aku melawan arus dalam perjalanan pergi dan pulang dari kerja. Terutamanya saat pulang dari kerja, dengan jalan yang memang sediakala beralun (maklumlah, jalan dibina atas laut) aku masih mampu memecut dengan riang ria. Sedangkan di arah yang bertentangan, pemandu keresahan di dalam kesesakan. Syukur Alhamdulillah. Lepas ni kita tengok cemana jadinya.

Dan sejak awal minggu ni, makin banyak kenderaan di letak di tepi jalan kedua2 arah, saat aku pergi dan pulang. Semuanya mengambil kesempatan untuk menaiki jambatan yang belum di buka. Samada sekadar mengambil pengalaman, atau berjoging atau pun ada juga yang merakam melalui lensa. Pagi tadi, mentari jingga dan besar jam 7.45pagi di rakam oleh salah seorang jurugambar. Wallahualam untuk tujuan apa, tapi pastinya sangat indah. Dari jauh aku nampak kameranya statik saja. Pemandangan sangat cantik sebenarnya...  Subhanallah....

Mak pulak kurang suka dengan perangai ini, katanya risau kalau2 roboh. Tunggu lah lepas pembukaan katanya, kalau dah teringin sangat nak naik pun. Naik on foot, kang kalau kena tiup angin, jatuh ke laut, naya saja. :) Dan penyambung kedua2 'batu' ini, insyaallah memudahkan kami untuk ke pulau aman menikmati mee udang...... Owh, lamanya x pegi.

DocSinga, jemput datang untuk photoshoot ya...

Ada pameran gambar jambatan kedua ni diadakan, tapi aku x dapat detailed info.

http://www.jambatankedua.com.my/webv1/

Wednesday, February 26, 2014

Kecewa

itu yang di rasa

tapi rasa aku kurang berbanding sis4.

aku kecewa sebab salah satu tangkapan aku di BBW last december.
Balik keja petang Rabu lepas, main2 ngan Sara sebelum belek Qaseh. Qaseh dah lena sebenarnya. Dalam buai.

Masa ikut mak pegi belakang, Sara nak bagi makan burung, mak gtau aku dah rosakkan basuhan baju dia hari ni. Mula2 dia leterkan Farah, sebab si kreatif/innovator tu memang suka main then tinggal barang dalam bilik air. Rupanya buku aku yang termasuk dalam besen yang mak masukkan dalam mesin basuh.

Mlm sebelumnya aku mmg cari buku tu. Cuma x jumpa, so, aku ingat aku alihkan dan lupa. Not that needed to read sgt mlm tu, so I just let it go. X la cari dgn bersungguh, cadang nk lena sbb siangnya derma darah, tapi aku x lena awal pun, kul 1 lebih br leh lelap. Rupanya aku yang bawa masuk sebelum mandi. Dah timbun ngan baju, maka lupa la kannnnn............

Akibatnya, mak kena ulang basuh sebanyak 3 kali..... dah la musim kemarau ni kannnnn.... Bukunya ialah Woman in the mirror. Aku hanya sempat baca tajuk saja. Sinopsis aku baca sekilas di BBW ja.... So, siapa nk hadiahkan aku buku tu?

Then, malamnya, Sis4 nk simpan EBM dia. Sekali, buka ja freezer, semua y ais yang ada dalam tu dah cair. Ais biasa, aiskrim dan paling tragis, semua EBM dia since day 1 dia simpan. Banyak mana? Semua botol 5oz penuh, ada dalam 20 btl, then lelain dalam zipper beg y mmg dah penuh storage box. Suspek utama yang tidak dapat disangkal adalah Faris. Sebab sblm dia ke tadika, dia bising sibuk2 nak buka peti ais nak makan aiskrim. Dah lepas kul 8 mlm baru bukak freezer, so 'sayang semuanya, sudah terlambat....' redha saja laaaaa.... Masa kami discover tu, mak x ada, sis2 bawak mak ke klinik untuk bisul kaki dia.

Jadi, walaupun banyak yang terbuang a.k.a rosak, sis4 tetap gigih kumpul bekalan untuk Qaseh minum lepas bila dia mula kerja lagi 2 minggu.

Ya, banyak dugaan sebenarnya untuk sis4 sekeluarga. Semua redha sebab ini untuk masa depan.

Bersakit2 dulu, bersenang2 kemudian punya konsep. :)


Tuesday, February 18, 2014

Gagak, Jerebu dan Kartun

dua terawal aku x suka,yang terakhir kegemaran dan juga pengubat duka


Pagi semalam... Aku agak awal ke pejabat, maklumlah, bos2 semua balik dah dr conference..... Mesti macam2 karenah... juga hari pertama nak rasa suasana meriah sepasukan. Anxious tetap ada, selama ni apa yang dibuat, jauh dari mata bos, tapi di pejabat baru siap ni, bos mengadap skrin aku, kedua2 skrin. Walau guna privacy film.... Redha di situ.

Lepas park keta, aku jumpa burung gagak. Bertenggek kat signboard parking row. Aku memula cuak. Tapi aku gagahkan jugak...... Sambil berdoa gagak tu x kacau aku. Then, macam bertentang mata lak ngan ia.... ia terbang dan mendarat di jalan. Masih memerhati aku..... tetiba aku teringat kisah burung Ababil yang membawa batu panas menewaskan tentera bergajah. Gagak nampak macam Ababil? Sah.. aku masih kurang berani ngan gagak. Cuma mata dia x merah.... ke aku salah ingat????

Petang... Aku orang kedua akhir keluar dr ofis. 5.35pm. Tinggal team leader ja, bos2 masih bekerja. Kami je laju2 keluar. Sampai di lampu isyarat, aku & cikPuteri paling depan. Maka di kelilingi oleh penunggang dan pembonceng motosikal. Penang masih belum hujan.... Panas membahang. Tetiba nampak asap. Diorg merokok rupanya!  Terus aku rasa makin panas dan kering. X faham aku.... Panas dan asap bukan kombinasi yang bagus.


Malam. Rakyat semua balik awal. Citer yang jam 7 petang pulak x best. Jalan cerita aku x tau, tapi hero & heroin aku suka. So, sambil2 meneman Qaseh sementara Sis4 dan mak makan, aku layan Madagascar,  then tukar ke Tom & Jerry. Katun.... memang best....
Dah jadi cam budak2 dah aku mengadap katun. But katun is better dari kisah2 jenayah, seram dan sebagainya. de-stress effect pun ada.......

I just so love katun!!!! Ada watak anak woodpacker mlm td. I missed woody woodpacker dan bugs bunny dan road runner show.

Monday, February 17, 2014

Random act of kindness

Tema hari ini. (ada aku jumpa katanya whole last week is the week.... )

jadinya, ingat nak mengajak readers semua start. Something is better that nothing kan.

I also saw these... Wish one day, i am able to do something like this, or even more.


me & myself

i am happy... surrounded by people i love
my days full of laughter

i am totally blessed
less worry, my weekends are mine

yet
i am not complete
there is a hollow inside my heart

errrrmm..............





not sleepy hollow ya.... citer tu aku tgk sesekali je pun

Thursday, February 13, 2014

Destinasi

Pagi tadi, masa memandu aku perasan, signboard kita x ada detailed standardization.

Aku tau kalau y kaler hijau, is highway, biru jalan persekutuan or yang lebih kurang, kalau kaler cekelat, is tourist spot dan sejenisnya.

Tapi nama yang diprint tu yang menjadi masalah.

Kalau naik Jambatan Pulau Pinang, pengguna boleh ke Gelugor.
Tapi kalau guna Lebuhraya Lim Chong Eu, pengguna hanya boleh ke Glugor.

So, manakah destinasi sebenar anda?


Sesiapa yang boleh ketengahkan isu ini, dipersilakan......

Wednesday, February 12, 2014

Tuesday, February 11, 2014

Sentap

di pagi2 hari.... agak sentap kene marah ngan mak.

nasib2... but i choose to be happy.

Dia bukan marah aku as direct to aku, just the circumstances y aku timbulkan ja.... pertelingkahan yang memang kadangkala aku pekakkan telinga, butakan mata, keringkan hati, tapi kadang2 aku buka mulut juga.

Hal keluarga memang kadangkala sangat rumit. menarik rambut halus di dalam tepung.... very tedious n complicated.

pandai susah, bangang lagi susah.... yang selalu menang biasanya yang menjerit menengking mengugut menjaja cerita. yang betul x semestinya akan  terus jadi betul.


Monday, February 10, 2014

Silaturrahim

Ok, ada la satu kalendar kawan aku beli baru2 ni kat kedai buku.

Ada byk social events dlmnya... so, sebagai kerani yang hebat.. aku pinjam untuk newsletter team aku (x ada idea sebenarnya).

salah satunya, esok, 11 February adalah hari : make-a-friend day.



makanya.............. marilah berkenalan..............  jalinkan silaturrahim sesama umat Muhammad.....



buat semua sahabat/kenalan/kawan.... thanks.. !

Friday, February 7, 2014

Quickie pagi Jumaat

Aku masih bz ngan urusan pindah ofis...... FYI, both screens aku visible pada bos2 besar..... so, faham2 je la ye.. selagi belum beli screen protector, tahan je la..... wahai jantung, no overtime ok... it is normal ja...

dan pepagi ni, sebab sebaris di belakang aku y blh baca screen aku dah dlm flight to Vegas, aku amik la sikit masa browse intenet kejap, untuk urusan peribadi.

ini yang aku jumpa..... Story Behind Your Date of Birth. Rajin ja aku melayan benda2 gini..
Lagipun aku nak juga berkongsi berita gembira, aku diundang menjadi sukarelawan. Bukan yang besar2, sekadar majlis kecil2an. Insyaallah aku sertai. Sebab aku memang teringin menyertainya. Cuma ada beberapa acara yang clash of the titan on the same date. Tengok la.... aku belum 100% decided.

Aku jenis no 2 :


Number 2

No matter what, you will be loved by every one coz your ruler is the moon and every one loves the Moon. Well.. You are a person who day dream a lot, you have very low-self confidence, you need back up for every move in your life, you are very much unpredictable. Means you do change according to time and circumstances, kind a selfish, have a very strong sense of musical, artistic talent, verbal communication.

Your attitudes are like the Moon, comes to gloom and fade away so everybody can expect changes in you. You can be a next Mahatma Gandhi who does peace love or you can be a Hitler who wants to destroy the man kind and peace (I mean in the community and your own home).

If you really have a deep thought about your own believe in God you can feel the difference which will make you stronger! Most of the time your words are a kind of would be happening true! So without any knowledge you can predict the situation. You will become poets, writers, any Artistic business people!

You are not strong in love, so you will be there and here till you get marry.. If U r a girl you will be a responsible woman in the whole family. If U r a man you will involve in fights & arguments in the family or Vice-versa. Means you will sacrifice your life for the goodness sake of Your family…You are gentle , intuitive with a broad vision, a power behind the scenes, well balanced People!!!

Your best match is 2 ,5 ,9 no other people can put up with you !!!


lepas setiap tafsiran, ada pesanan gini : 

note: if u dont share bad luck for 10 years it true please dont ignore 

Pesanan AKU pulak... sila abaikan pesanan mengarut itu... hahahaha

Wednesday, February 5, 2014

Followers