About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Wednesday, December 21, 2011

21.12.2011

kalau x salah aku, ini tarikh ayah meninggal.
tapi pada tahun 1998. dah lama ayah pergi, tapi disebabkan ia pengalaman yang kurang indah, tarikhnya agak samar dalam hati aku.
perjanjian ayah dengan penciptanya tamat saat kami adik beradik sedang mendaki kaki menara gading. belum seorang pun berjaya menggenggam segulung ijazah masa tu. aku anak ke3 yang dah berjaya dapat sijil SPM, sedang adik2 aku masih di sekolah menengah/rendah.

Syukur, selepas 13 tahun ayah pergi, anak2 ayah dah mempunyai karier masing2, walau tidak tergolong dalam golongan profesional. dan hubungan sesama kami masih erat, mak juga masih sihat dan bersama kami.
walau ayah tak sempat melihat kami berjaya, syukur, mak dikurnia kesihatan dan kelapangan menghadiri kesemua 9 majlis konvokesyen kami.
walau ayah x sempat belikan kereta untuk aku pandu semasa belajar diuniversiti (kerana gagal ujian memandu kali pertama), kini syukur, aku bakal langsaikan baki terakhir bayaran pinjaman pembelian cikPuteri dalam beberapa bulan saja lagi.


Ayah, walau jasad sudah lama kami semadikan di pusara... kenangan masih kekal dihati











Al-Fatihah untuk ayah.....

6 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

al-fatihah,

ayah saya pulak meninggal 21/02/2007.

Unknown said...

if he's still here... he will absolutely be proud of all of u... :)

zonaku said...

bella:
baru lagi................
terasa macam semalam dia masih ada.....

zonaku said...

lilly:
harapnya........

Masy said...

macam x tau pulak ayah bella pun dah takde. ai see....

alfatihah utk bapak2 kita..

bapak aku 19/10/2000.

zonaku said...

kiranya aku paling awal le kehilangan.

so kengkawan y masih ada mak n ayah... hargai mereka. kami ni tinggal mak saja..... tu pun kadang rasa mak diabaikan... huhu~

Followers