About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, December 19, 2011

Tudung

Ramai wanita Islam sekarang bertudung. Alhamdulillah! Apa jua alasan yang disebut, ia adalah tuntutan agama. Full stop. Titik. Nokhtah.  Tak perlu pertikai atau berhujah lebih lanjut.

Apa yang aku nak ceritakan di sini, semata-mata pandangan dan pengalaman aku sendiri. Sesiapa yang kurang berkenan, aku mohon sila berundur. Fesyen tudung sekarang pelbagai, aku sendiri memilih yang mudah. Bukan apa, aku memang kurang bijak berfesyen. Itu satu kenyataan. 

Ada selendang, ada yang awning bagai, masih juga tidak ketinggalan yang jenis bawal, ada jenis bonggol juga. Pilihan ikut selera memasing. aku biasanya awning n bawal je la. Bila rajin nak seterika tudung, jenis bawal dan seangkatan jadi pilihan. Saat malas, awning tu sudah ler.. sarung di kepala, sambil kaki cari selipar. 2 in 1. Jimat masa. 

Aku kagum jenis pandai lilit selendang ni. Pusing sana, pusing sini, pin. siap! Adik aku kata senang saja, dan diorang memang rajin jugak gayakan selendang ni. Aku penah cuba, diajar, dan penah juga dibantu untuk pakai, akhirnya aku akur, selendang bukan untuk aku. Syukur, diorang x pakai jenis camni. 

sori ye dik.. dah awak je public figure y akak tau pakai jenis ni, cilok je la pic ni.. ni sampel je, bukan kutuk awak tau....
Jenis pemakaian ini, bagi aku serabut. Susah payah diorang belit, hasilnya serabai. Kurang kemas bagi mata aku. Dan, aku nyaris pengsan (pengsan nye la sangatttt....) terkejut tengok pemakaian tudung jenis macam ni. 

Aku ada kes ngan pemakaian selendang jenis ni. Masa tu senja, aku bertugas, jadinya, aku perlu berjalan pantas, sikit lagi langkahan aku jadi brisk-walk punya step. Sebab senja, suasana samar-samar (remang senja orang kata), jadinya digabung dengan mode langkahan kaki, imej manusia sekeliling aku (walau aku guna spek masa tu) adalah kurang jelas. Tiba-tiba...............





.







.





.
Ada sorang minah ni, pemakaian selendangnya macam di atas (atau seangkatan dengannya), warna kelabu, baju juga kelabu, dipadankan dengan jeans. Solekan x cantik, terlebih bedak! Jadinya............ aku terhenti melangkah secara mengejut. Nyaris ada orang langgar aku dari belakang. Maklum saja, emergency break! Kus semangattt!!!!!!!!! Sekilas, secara jujur, aku nampak macam mayat yang sudah siap DIKAPANKAN sedang berjalan. Sangat terkejut dan menakutkan. Aku dah la jenis lemah semangat bab ni. Bila aku pandang semula, memang manusia. Maaf pada yang suka dan pandai pakai jenis macam ni. Aku seram nak memandang sejak tu. Mungkin pemilihan warna dia pada petang tu yang kurang sesuai. 





urut dada aku senja tu... syukur x ada sakit jantung! owh, hari ni birthday 2 org kenalan aku, abang lan sekuan n sorg lagi aku x pasti siapa. happy birthday to both of you

12 comments:

Pocket said...

wahahah!
kot ye pun kamu nak mengata.
mayat bejalan jadinya.

tp lawak.

pocket pun rasa serabut. tp ada gak yg pandai sampai nampak kemas. so bukan lilitan jadi soalan. kekemasan. :D

Masy said...

aku kagum tgk org pandai belit2 tudung ni klu pi jalan2. mcm x kuasa aku nk layan kang klu lps solat, nk belit2 lg.

klu aku pakai stail belit2 ni biasanya time period je, takpun masa hormon nk melawa tgh mencanak. tp belit simple je, bkn cam hana tajima tu huhu

Lilly said...

aku pakai gituuu.....

hahahah... nak2 ble bajet cumel anak remaja...

muahahaha..

kasik chance lee wehhh

zonaku said...

pocket:
erk... mengata? x niat camtu pun, sekadar cerita pengalaman....... it totally shocked me that day.



my sisters wear kemas punya lilitan, bukan jenis ni

zonaku said...

masy:
ade gak y pakai kemas... ni y jenis belit susah payah, pastu serabut gak jadinya........

zonaku said...

lilly:
tau, masa kita p tgk wayang aritu kan pakai camtu. tp masa tu x terkejut lagi.......

@xiiinam said...

ckLah tetap dengan bawal RM19.90...sebab memang tak pandai berfesyen. Hehe...


Ooops, noktah!

azieazah said...

Saya tak pernah sesuai pakai tudung camtuh. Nampak muka penuh. Lagipun tak rajin nak ngadap cermin lebih dari 10 minit!

zonaku said...

setuju sangat ngan ckLah n kak Azie....

syah shah said...

aku dengan tudung biasa nih, bawal ke eh? entah, bawal yang ade sulam tu kan? ni yang ada batu tu je... ape ntah nama dia... baru sepuluh ringgit selai... haha~ Pakai pun ringkas, pin terus ke bawah, takde silang simpang siur... semak aku rasa, nak tercekik pun ada... haha~ :P

tapi dulu aku penah je pakai selendang berbelit-belit ni, zaman blom kawen masa blom kenal incik Firdaus... :D

hani said...

aku pun serius rimas dgn belitan belitan ini. pakai bawal je pilihan suka ramai hati aku :)
kalau gi jenjalan, nak tunggu orang yang pakai shawl ni punya belit selendang depan cermin surau tu, harus aku kurang sabar!

zonaku said...

hani:
owh, jgn disebut pasal perangai dalam surau... mmg bikin panas. itu tempat solat bukan tempat susukan bayi, bukan tempat bersolek bagai....

Followers