About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, June 4, 2013

Penambahan ahli baru & perjumpaan yang best

Ye.. sejak balik Penang, seingat aku sekali je aku balik lepas kul 12 tengah mlm. Sedangkan dulu, apa lah sangat kul 12 tgh mlm tu.. Kul 10 baru keluar rumah nk jumpa kengkawan... x kan nk balik kul 12 kan???

Tapi di sini, aku mmg dah lama lupakan dah aktiviti sebegitu. Sebab??? kurang kawan dan aku duduk ngan mak. Segan nak balik mlm2 buta. Kang ramai bangun tengok anak dara siapa balik mlm2 buta. Nama mak kena jaga.... Paling penting, jangan kasik mak risau. Setakat jiran a.k.a sedara keliling rumah nk mengata aku kurang heran... tapi kalau mak x tido mlm sebab tertunggu aku balik adalah sesuatu yang aku kurang gemar.

Minggu lepas, Lepas kerja hari Rabu, aku, sis4, bro2 n BIL3 bertolak ke KL. BIL3 drive kali ni. Kami bertolak dlm kul 8 mlm, sedang elok abis jem kat jambatan. Mak n sis2 sekeluarga dah sampai KL kul 2 ptg, sebab diorg gerak awal pagi. Kami lambat sikit sebab keja dl, x mau amik cuti lama sangat.

Elok keluar rumah je, si Keri call.. hehehe.. selalu mak y call tanya status, kali ni Keri pulak. Cam lawak je aku rasa.

Sampai dalam kul 12 lebih. Sepanjang jalan, aku tido. Dah awal2 lagi aku gtau, aku nk tdo. Rasanya lepas isi minyak kat Juru, aku dah selamat belayar. Nak berjaga pun x guna sebab aku punya trauma x hilang2. So, dari aku sakit jantung sebab agitated ngan driving method dia, ditambah ngan silau, langkah terbaik adalah tido.

Sampai je, masalah parking. Hehehe... maklumlah x guna cikPuteri kali ni.. pakai kereta besar dr dia, ngan parking y agak sempit, BIL3 kena gelak jengan kami bertiga... nasib2...

Aku basuh muka n kaki, amik toto n tido ngan Sis3 n Qashif. Diorg sambung bersembang sikit aku rasa. Mula2 tido, aku tido sebelah sis3, jaga kul 3 kot, tengok2 Qashif sebelah aku. Rupanya itu tips tido n menyusu anak di malam hari. Sekali tu dia nangis tepi aku, aku tepuk2 je dlm mamai..

Bangun je, aku nyibuk ikut mak g market. Dekat je UTC ngan rmh Bro3. Then kami ke klinik untuk dressing kaki mak. Balik, bfast. Then kami siap2 nk ke KLCC. Tujuan? Beli coklat untuk hantaran BIL. Sakan kan kami??? Itu pegangan mak yang menurun pada adik2 aku, kat aku kurang sikit. Nak jamu orang, biar yang terbaik. So kali ni, Sis2 kata nak beli di candylicious, KLCC. Best kedai tu. mmm..., maybe overrated bagi sesetengah orang, but memenuhi citarasa kami. Disamping pilihan yang pelbagai, ada juga staff yang bagus, siap rekemen itu ini pada adik2 aku. Aku? layankan saja Farah nk beli candy. Dia dibenarkan beli sejenis je, so, aku bantu dia pilih. Lepas siap beli, kami singgah di Jelly Bunny, kedai kasut. Comel2 k asut di situ, macam blh mkn je rasanya.. Harga pun agak bagus. Sis2 je beli sepasang, kami yang lain cuci mata. Bro2,Bro3, BIL1 n BIL3, pegang Sara n Qashif y tido.

Then kami nk gerak balik n nk g lunch di Giant Batu Caves. Susah payah sebab x mo mkn di KLCC. X ada apa yang sedap sgt pun di KLCC, perut nasi kandar la katakannnn... So, kami gerak menuju stesen LRT. Kami singgah kejap di kiosk brooch, Sis4 belikan  mak set brooch untuk majlis nikah Bro3 esoknya. Habis belek n beli, kami sambung perjalanan, jumpa Bro3 beli Rotiboy, semua senyum lebar.. alas perut sblm sampai Giant. Then, elok je keluar, BIL1 turun dr tangga tepi tu (lepas merokok) n tanya kami, mana Faris? DIA HILANG DI KLCC!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Allahuakbar!!!!

Bro3, BIL1 n BIL3 terus rush masuk dalam balik..... berpecah mencari Faris. Kami yang lain tegak je kat situ. Masing2 dah seram sejuk....

to be continued.........



1 comment:

Nastyna said...

Ya Allah... sampai boleh tertinggal. Takpa.. I bet semua dah selamat sekarang. Nantikan sambungannya dengan sabar ni.

Followers