rasakan resahku dan buat aku tersenyum
dengan canda tawamu walau untuk sekejap
kerana hanya engkaulah yang sanggup redakan aku
sedih
dipermainkan
sedih
dipergunakan
sedih
dipersalahkan
tidak cukup baikkah aku?
pada siapa nak ku adu
pada siapa nak ku hulur hati yang luka ini untuk dipujuk
tegar sangat kah aku ini
kuat sangatkah semangatku untuk bertahan
ingin ku larikan diri
jangan ganggu aku
biar aku pujuk sendiri
sudah terbiasa aku kesat airmata sendiri
ingat lah
sabar aku ada batasnya
diam aku ada hadnya
maaf
jangan ganggu aku!
~ayah, anakmu ini mohon diberi sedikit semangat
4 comments:
Mengadu pada Dia...
Dia maha Tahu...
Memohon pada Dia...
Dia maha Pemurah...
Berkeluh kesahlah kepada Dia...
Dia pemberi ketenangan yang hakiki...
everything is going to be okay... sabar itu berat, tapi bisa meringankan jiwa.
uuuuu sedih sgt kenapa ni? sape kaco ko ni meh aku sepak perut dia.
takpe2.. rilekskan diri n minda. hp tu campak bawah katil ;) tk care dude~
Aku singgah ni bukan utk memujuk kerana aku tak pandai memujuk dan tak layak berbuat demikian utk ko.
Aku datang ini bukan utk mengganggu kerana ko sudah beritahu tak mahu diganggu.
Aku cuma ingin mengatakan betul kata ckLah tu. Mengadulah pada Dia. Minta pertolonganNya. Dialah yg Maha Kuasa dan Maha Kaya.
Semoga ko bahagia.
Post a Comment