About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, November 6, 2014

Cuti2 Malaysia Season 3 2014-Episod 2

Lepas MakTok Qashif balik, lelap. Malam kedua ni pun Qaseh x mo lena elok2. Mula2 kami ingatkan sebab beralih tempat plus dia x blh pusing2. Rupanya mmg kepanasan. Kesian kesayangan kami ni. Owh lupa, malam mula tu, dia tido atas toto y aku letak tepi pintu masa aku nk masuk bilik. Patutnya nak bentang kasik dia n mama dia tdo, sekali aku letak je, dia guling2 n landing atas tu, tepi pintu n kaki aku n lelap. Comel tapi kesian..... biar kejap, baru mama dia angkat. Sepanjang malam jugak dia tido x jerap. Kejap2 jaga sampai ke pagi. 2nd nite pun camtu. 3rd n 4th nite dia tdo atas katil ngan mama, baru elok sket. Tp OK gak, siang dia tdo ngan relaxnya time kami merayap.
Masa ni la faris belajar selfie ngan phone aku, sebab x tau pattern lock. mchaq tinggal hidung ngan gigi ja sempat masuk

kaki selfie.. sebelum di ajar pada Sara
Bangun pagi Isnin tu, aku kengkonon nk melobi semua untuk ke IKEA sebab nk beli Garret popcorn kat One Utama. Gigih x? Trip kali ni mmg x ada agenda nk ke mana2, selain sis2 n famili nk ke acara tu. Boleh camtu? So setelah dengan redha atas kebodohan sendiri (ada smartphone x reti guna nk cari info..... sungguh x smart aku ini), mak punya request haruslah diutamakan. Mak nk ke Jakel lagi. Dia dah pernah pegi Jakel Shah Alam tu, kali ni alasan untuk baju hantar pengantin kenduri cucu menakan dia nanti. Budak berdua tu baru bertunang baru2 ni. Alasan je tu, dia memang suka shopping. Mula2 dia kata nk beli jubah, yang lawa2 kat tempat y pegi beli sebelum ke umrah dulu. Bila aku cakap itu kat First Lady, Alam Sentral (ye kot?), terus dia confirm nak ke Jakel. Aku dok ajak pegi Jakel Sg Petani, x dilayannya.. rupa2nya org nk meladi di Shah Alam.

Kami gerak 3 kereta sebab sis2 akan trs tdo hotel d Shah Alam. Untuk mudahkan dia bawa rakyat ke acara esok.

Masuk situ, mak pilih2....konon nak matchkan dengan batik yang Bro3 n SIL belikan di Bandung haritu. Dapat 2 meter, then naik tingkat atas. Sambil2 dia pilih kain, dia offer kami sorang sepasang, 'amiklah sorang sepasang, mak belanja'. Then dia nk suruh BIL2 pegi withdraw duit dia. Kami tanyakan pekerja situ, katanya blh guna ATM card untuk payment. Setel, semua boleh terus mengejar rakyat jelata yang seronok menyorok sebalik kain2 y dibentangkan.

Kejap-kejap 'Icha....!!!!' . Then, 'Qashiffffff...!!!!'. Pastu 'Farah....!!!!'. Tetiba 'kakak, mai sat tgk y ni....' or, 'sis2, kalau yang ni cemana?'.....tak pun; 'mana lawa lagi? yang ini ka yang itu?' Terima kasih la pekerja Jakel y cemerlang dan sabar melayan kami anak beranak. BIL1 n Faris x masuk, sebab bawak Faris makan dulu. Itu budak, perut kena jaga, kot x, meroyan entah apa2, dan juga diversion supaya kami blh shopping tanpa pening kepala. Tapi bila dia x ada, mmg semua terasa sunyi...., x best. Havoc ngan dia tetap dirindui, walau dia agak cengeng!
Siap bayar, ada lagi kat belakang tu dok diskas material untuk lining. Free kan.. haruslah bargain, sebab kami dah spend  byk kot untuk semua yang di tangan BIL3 tu. Oh, sebagai papa mithali, harusla selit stokin anak kat poket ya tuan2.

Aku beli gak kaftan 3 helai. Harga 20 sehelai, dia bagi 50 3 helai. Tapi secepat mana aku buat keputusan, secepat itu jugak hilang beg berisi kaftan tu....

Setel, kami lunch kat kedai makanan minang. Wong Solo ke apetah, 2nd time kami kesitu. Sis4 lambat sikit, lepas kami dah makan baru dia sampai. So, kami lepak luar dulu. Aku dukung Qaseh, so, plastik y ada kaftan tu aku pass pada Farah. Diorg tgh sibuk2 layan Qashif main2 ngan kucing kat situ. Aku bawak Qaseh ke kedai sebelah tu, nak ke Sugarscarf seberang jalan cam malas. Then kami gerak dulu ke Ariani, sis2 nk tgk tudung. Aku paling last ikut sebab ralit, tapi sis3 tunggu. Dia take over Qaseh n within few minutes kesayangan kami tu lelap. Baru je beberapa langkah.

Then kami belek2 tudung, x minat la aku. Sbb harga. X baloi harga ratus2, sedangkan blh dapat harga puluhan je. So, aku bawak Sara jalan2, cadangnya nak mkn aiskrim kat OldTown hujung blok tu, tapi sebab masa aku masuk tu, x der orang pun, mls la. Servis x bagus. Aku lepak kat meja luar diorg, bagi dia berlatih conteng2 kertas tu ja. Then kami nk gerak dah, Sis2 x jadi beli pun tudung kat situ. Kami tgu sis4 dalam keta ja sebab Qaseh tdo. Sejuk sket kena ekon keta. Sis2 terus menuju hotel. Dan saat itulah kehilangan beg y ada kaftan tu disedari. Memang bukan rezeki aku...........

gigih dia nk posing, aku y cuak
Dia pun nakkkkk

masa di RnR OTW ke K.Selangor

Diorg y demand pulak



No comments:

Followers