About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, January 7, 2014

Rezwan & Hana's Wedding Trip

Assalamualaikum...
First things first, aku mohon maaf pada semua pengomen entri 'Sneak Preview'. Niat asalnya sekadar berkongsi sekeping pic y aku kagumi.

As trip terakhir (sepatutnyalah) tahun 2013, on 20-22 dec, aku temankan mak ke Kota Singa untuk majlis perkahwinan anak besan mak, a.k.a adik SIL1. Dari Penang, mak, farah n aku amik flight Jumaat malam selepas keja. Penang-Changi. Aku malas nk amik Penang_JB sebab pastinya famili di Spore dah kumpul di sana, karang susahkan Bro1 n SIL1 pulak kene patah balik ke JB amik kami n masuk Spore balik.
Changi Aloha Resort

bru siap dihiris
Pagi sabtu, kami berempat hiris n siapkan bunga rampai. Bunga wangi2 import dr Penang, daun pandan JB mari. Siap, aku amik tugasan iron baju famili. Owh, kami stay di Aloha Resort, Changi. Ala-ala rumah rehat persekutuan. Rumahnya besar, bersih, dan yang penting murah! Adik SIL1 yang bekerja kerajaan yang sewa, cuma 200 SGD. Murah bangat!!!!
ready to go!
Mine

 Aku x roaming pun, tapi y bestnya, Free Wifi nya elok. Heheh.. so, blh la aku update 2 pic diret dari lokasi. Kul 4 petang, kami gerak ke lokasi majlis - Lagun Sari. Iya.... kami relax2 ja sepanjang hari, 100% prepared by event manager.
Ok.. all kids are ready!!! errr.. daddy pun...
Jemputan sekadar 350 from both families. Kami kena amik kadi n sediakan bunga rampai untuk hadirin acara nikah. Majlis kul 5ptg sampai 10 mlm. At the same time, kawan SIL1 punya majlis di tingkat atas. Sempat la kami jengah kejap majlis di atas. Disebabkan SIL1 mmg pembuat kek, makanya, wedding cake adalah ditaja oleh dia, walaupun pakej sewaan adalah termasuk kek. Sama macam majlis adik2 aku, semua SIL1 y amik tender wedding cake.

Blh sesiapa terangkan untuk apa semua ni? tepung tawar?

Simple saja... Lepas nikah, kerusi tu dialihkan ke tengah cam pelamin. 
Famili SIL1... sayangnya pic y ada ni pengantin tutup mata.


Keknya...

Ahadnya, kami keluar dulu dr resort sebab nk bawak Farah ke Jurong Bird Park. Opening hours adalah since 8.30am, konon nak sampai seawal tu la.. kami keluar kul 9, then bfast dulu di Changi Village, baru ke lokasi. Farah x berapa ingat tempat ni walau kami pernah datang dah dulu. Dia cuma ingat man-made waterfall ja. Excited dia nk ke situ.
Mak n orkid.. memang x blh berpisah...

Seeing birds really amazed us! Mak pun suka. Kami amik tram mulanya. Then turun di stesen pertama, kami ke Lorry Loft, tempat burung nuri/serindit. Blh feed the birds. Farah gave-up after few minutes. Then few birds really sat on my hands feeding themselves. At times, sampai 2 ekor. Feeder Farah tu, Bro1 take over. Kemain la kami.... Buruk laku! Ada about 10 shots OP situ amik pic kami sekeluarga. Hambek... tamak!!!
Sampai 2 ekor... but this is Bro1, not mine
 Then dr situ, kami ke Hornbills & Toucans place. Ada byk spesis. Yang same spesis dgn y kami tgk live di resort pun ada. Mmg ada terbang liar di sana rupanya. Then dari situ kami jalan ke Birds of Prey! My Fav!! Eagles/Hawks/Falcon! Helang Botak siap berak time SIL1 snap pic dia.
x sekolah punya burung.. ada ke berak depan orang!
Ada sepasang helang tu pulak, rupanya blh pusing leher dia 180degrees. Kagum aku! Kami jalan n mak agak letih sebelum sampai Waterfall Aviary. Mak ugut Farah 'Balik ni Awah kena urut kaki Tok Mek!'
see.. hinggap mengadap ke lain but dia pusing kepala dia
Sampai situ, mak relax ngan diorg, aku bawak Farah ke waterfall tu. Dia frust, katanya x best pun. Ada few upgrading sebenarnya di situ, so, x leh jalan sgt2. Kami x pegi pun feeding area kat situ. Dari situ, Kami amik tram semula. Amik pic Red Ibis, jalan patah balik sikit ke hatching area. Ada la leh tgk anak2 burung y baru menetas n di eram. After that, Farah shop for her souvenirs. Siap gaduh2 lagi ngan aku. Owh, Farah dah berkaki ayam since kami turun tram terakhir tu. Dia beli selipar di souvenir shop tu sebab next stop kami akan jalan2 lagi.

Keluar dr Jurong, as per expected, dlm kul 3 ptg. Beratur la jugak kejap kat border, x teruk sangat jemnya. dan aku trs tidor, sampaila kami tiba di Nusa Bayu, n ada call masuk. X sempat2 tgu aku masuk Msia, laju je kawan aku call. Diorg datang Penang, ada kenduri. So, mencari jaaln nk pegi beli jeruk. Hahahhaa....

Then kami teruskan ke Legoland. Sekadar nk isi perut n amik pic je. Nak masuk x best sebab Farah awal2 lagi dah reject... katanya kalu dia tenggelam, siapa pun x leh tolong, kami semua besar as in size. Lagipun aku sendiri x gemar kalau yang lain2 x ada.
entrancenya.. mak lepak situ sampai kami bertiga puas meronda.
Kami tinggalkan mak n Bro1 kat entrance Legoland & meneruskan misi bergambar n cuci mata di Hotel Legoland.
Inilah dia full pic 'sneak preview'.. Made of lego block.. bukan cross-stich ya...

Close-up sikit... Gigih kan kalau buat ngan tangan, nak atur satu2..

Tiap floor guna tema berbeza. Sebab salah faham, kami terlepas terus ke tingkat 7, bertema Kingdom. Amik few pics there then baru turun bawah semula.

Reception/concierge dari depan
Aku masuk ke belakang kaunternya... 
Penuh dinding ngan small people ni

Puas amik pic, kami trs ke airport n Bro1 pun balik rmh.

Kami sampai Penang on-time that nite. Trs pegi mkn nasi kandar di Kayu Nasik Kandar. Pagi esoknya masuk ofis cam biasa...

8 comments:

gadisBunga™ said...

best pulak trip jenjalan singapore-legoland ni. attend kenduri dapat, cuti-cuti jalan jalan pun dapat. :D

zonaku said...

hahaha.. layankan saja... gembirakan our loved ones

t.a.t.a said...

Zona, the cake was nice walaupun very simple. Ikut pengalaman tengok Boss Buddy tu kan, aku nak tambah deco sket kat kek tu. Letak bunga kat floor paling bawah. Hahahaha.

Masy said...

bile nak bawak aku gi legoland ni zona? hehe

zonaku said...

t.a.t.a:
karang aku gtau SIL1 aku ... dia punya 100% ni, kami bagi meja n skirting ja biasanya.

tq for d idea!

zonaku said...

masy,

aku cover kawasan sana insyaallah bulan 5 n raya nanti. jom la.. blh aku amik cuti panjang sket.

Dr Singa said...

kagum dengan wall yang penuh orang kenit tu!!

zonaku said...

hehehe.... silalah pergi menembak di sana.. pastu lebih kagum.. almost all kat lobi tu made from lego blocks

Followers