About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, January 6, 2014

Recap 2013

Ok, orang lain dah suam2 kuku dengan tahun baru.. aku masih nak buat entri. X apa lah kan, apa salahnya....

Ada aku mentioned somewhere yang tahun 2013 adalah   'tahun yang penuh cabaran, dugaan, kegembiraan, kesibukan, ujian, tahun pencarian.' Atau secara ringkas aku sesuaikan dengan term 'eventful'.

Januari :
Aku bermula dengan menaikkan semangat diri, mencari sesuatu yang dah lama aku tinggalkan. Diri aku sendiri. Dan juga pengakhiran tugasan di syarikat lama. Ada tawaran, cumanya, walau sangat tergoda dengan pakejnya, aku lebih pentingkan diri aku. Kesimpulan : never turn back.

Februari :
REHAT!

Mac :
Permulaan baru. Juga permulaan hidup baru Sis4. Menyambut ahli baru dalam keluarga kami, BIL3. Kenduri sederhana saja, wedding cake by SIL1. Seminggu sebelum kenduri, mak n aku ke KL untuk majlis besan dia, ada tragedi di kenduri situ.

April :
Tambah ahli baru pada 11.4.2013. Muhammad Qashif. Sekarang Sara panggil dia 'Atesh'.

Mei :
Sebulan Sis3 berpantang di rumah. Then hujung bulannya kami sekeluarga ke KL. Majlis kenduri di pihak perempuan. Nikah on 31 May, Faris hilang di KLCC on 30 May. Semua pucat lesi saat kejadian. Qashif juga berpengalaman naik LRT pada usia 52 hari. Rakyat2 bersuka ria juga naik LRT, dan aku jatuh n lebam kaki masa nak naik escalator... sakit tauuuu... Juga pilihanraya pada awal bulan.

June :
Kenduri belah aku pada 8 June. Juadahnya ada kurma kambing (akikah Sara dan sekor kambing akikah untuk Qashif). Juga ada kisah baju 'macam18 tahun'. Sekeluarga kami guna motif lace biru dipadankan dengan lining kuning. Bandung mari. Lace 100% sponsored by SIL1. Kali ni x buat wedding cake, but pulut kuning. Tetap deco n all by SIL1. Sehari sebelum kenduri, ada kes blok pembinaan jambatan kedua runtuh! Jenuh kami re-route tanda arah ke rumah.
Juga aku terpilih untuk ke training cum interview di Kepala Batas. First time aku attend group interview. Selalu tgk dlm citer Korea je.

July :
Ramadhan datang!!!!! X banyak malam kami berterawih tahun ni. :( Insyaallah tahun ni, akan lebih banyak, apatah lagi kalau berimam di rumah ......

August :
Minggu pertama bulan ni merupakan hujung minggu terakhir Ramadhan. Aku jatuh kerusi. Sangat sakit. Dan raya..... Aku juga akhirnya berjaya tunaikan niat nak amik famili foto. Best2.. patutnya 10 shot je, tapi kami kan ramai... berpuluh jugakla. Y dia frame satu je, tapi y edit dia bagi 20. OP masa majlis Sis4 aritu. Good service.

September :
Ke KL masa Merdeka, Day Trip gak. Alhamdulilah, walau sakit x berapa elok, aku OK still. Then hujung bulannya ke KL lagi, ada kenduri sedara aku, juga peluang untuk aku lepak2 ngan #memuah. Lupa diri lepak kat Ikea sampai 6 jam x salah aku.

October :
Raya haji... Juga kenduri rumah cousin aku, merangkap jiran sebelah rumah. Apa lagi..... kerahan tenaga laaaaaa. Juga on kenduri day, banjir kilat.. jenuh aku n mak berpusing cari jalan nk balik. Jalan je naik air... rumah kami OK je.

November :
Bertimpa2 aku dapat berita negatif.. hampir juga putus asa. But, Keep positive... Aku pegang je pesanan tu... Juga SIS3 punya laptop kene curi masa tinggal dalam keta ke pasar malam. Sekejap ja, jarak masa dalam 15 minit. Bukan rezeki...

December :
Bulan paling happening!
7-8 Dec : Ke KL, ipar aku buat operation sebab breas cancer, dan aku amik kesempatan ke BBW. Dan bateri kereta BIL2 kene curi di parking depan rmh Bro3. Macam2...
12-15 Dec : Ke KL, ada event y bagus sebagai pembakar semangat, Tapi ada juga ujian... manusia tetap manusia...... :)
20-22 Dec : Ke Spore, kenduri adik SIL1, juga amik kesempatan ke Jurong Bird Park untuk Farah nikmati dan ke Legoland amik gambar
28 Dec : Day trip ke KL, Wisma MCA. Balik, aku hilang remote alarm keta, dan x blh start keta. Jenuh la jugak tunggu Bro2 datang amik kul 1 pagi kat parking Tesco. Then esoknya baru pikir nak buat cemana.. hahahaha...


seeeeeeeeeee......... penuh warna kan tahun 2013 aku...






11 comments:

t.a.t.a said...

Dalam setahun berapa kali kau ke KL, kau agak² orang yang kat kaunter tiket tu kenal kau tak?

❤Kamsiah❤ said...

semoga th ni jugak penuh dgn warna warni yg meriah ..

Daddy Ziyyad said...

Ada banjir kilat masa raya haji? nasib..syukur rumah awak OK

Remote kereta hilang tu, last2 di buat camane? panggil tukang kunci bukak kereta ke?

Daddy Ziyyad said...

Ada banjir kilat masa raya haji? nasib..syukur rumah awak OK

Remote kereta hilang tu, last2 di buat camane? panggil tukang kunci bukak kereta ke?

zonaku said...

t.a.t.a:
pastinya x kenal, sebab aku guna mode transport y berbeza tiap kali :)

zonaku said...

Kak Kamsiah;
Insyaallah.. itulah harapannya :)

zonaku said...

DZ:
sikit je sebab hujan tersangat lebat... laut pulak air pasang.. dah tu byk bukit diratakan.. faham2 je lah....

remote je hilang, kunci masih ada, bukak guna kunci n reset je la alarmnya... :)

Masy said...

ok laa tu banyak kaler, barulah serupa pelangi. huehehehe

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

wah mmg byk warna warni.. moga tahun ini lebih cemerlang dan banyak kebahagiaan :)

zonaku said...

masy:
tapi pelangi ada 7 je.... x la byk sangat

zonaku said...

T3PCute:
Insyaallah...

Followers