About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, December 2, 2013

Seni kita, budaya kita

Katanya : 
"kita buat persembahan yang naskahnya akan disimpan untuk ratusan tahun."

Artikel ini aku jumpa dari muka*buku kawan aku yang terlibat secara langsung dan aktif dalam bidang persilatan. 

SEBENARNYA bukan mudah untuk mendekati pelakon Eman Manan. Bukan kerana dia sombong tetapi karakternya yang nampak tegas, garang dan serius di luaran sehingga sesiapa yang cuba mendekati, pasti rasa gerun dan resah.
Seringkali dianggap individu yang suka berahsia, dia lebih suka menyimpan kebanyakan perkara untuk diri sendiri.
Maka agak sukar untuk melihat Eman berbicara panjang mengenai kisah peribadinya.
Namun ada sesuatu yang ingin dikongsi Eman ketika diajak berbicara mengenai pelakon dan pemain industri generasi baru.
Menyifatkan industri masih lagi ketandusan pelakon yang berbakat dan komited dalam memartabatkan seni lakon tanah air, Eman jujur menyatakan kehampaannya.
Ini terutama dalam pencarian pelakon yang berbakat dan mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri.
“Saya sendiri sudah banyak kali keluar dengan kenyataan mengenai seni mempertahankan diri. Kalau cerita ada babak pertarungan saja mesti ada saya. Balik-balik saya.
“Sebenarnya saya pun penat. Tapi cuba beritahu saya, berapa ramai pelakon kita yang betul-betul ada asas seni mempertahankan diri? Terutama silat?
“Bukan ketika berada di set penggambaran baru nak belajar. Kalau nak persembahan terbaik, sebelum berlakon lagi dah pergi menuntut ilmu. Pergi cari cikgu, bukan cikgu cari murid.
“Contoh, kita banyak artis yang pandai menghafal lambakan lagu. Tapi berapa ramai yang pandai menghafal surah al-Quran? Bila berlakon babak membaca ayat suci Allah SWT, tak pandai dan serba tak kena.
“Sama macam seni silat. Tak ramai yang boleh bawa dengan baik. Berdiri di depan kamera saja kita sudah tahu bahawa orang itu asas pun tak ada. Silat ada peraturan, ada tatasusila. Bukan main hentam saja.
“Bila tengok, saya pun jadi sakit hati dan kecewa. Jangan main-main. Kita berlakon, kita buat persembahan yang naskahnya akan disimpan untuk ratusan tahun.
“Kalau sistem penyimpanan bagus, ribuan tahun pun tak mustahil akan disimpan untuk dipaparkan kepada masyarakat pada masa akan datang," katanya.

Filem wajah kita
Kenapa silat mesti diangkat?
Itu pertanyaan pelakon filem Laga ini apabila dia cuba mengaitkannya dengan relevan sebuah persembahan berbudaya Melayu.
Kata anak jati Terengganu ini, tujuannya cuma satu - mahu memberi cerminan wajah kita.
“Filem Laga yang akan ditayangkan pada tahun depan juga akan ditayangkan di beberapa buah negara luar dan saya difahamkan pada beberapa festival filem termasuk di Eropah.
“Kenapa Laga? Filem ini cuma filem kampung. Tentang melaga ayam, cinta dan lokasi pun di kampung. Barisan pelakon juga ramai orang veteran. Kenapa?
“Sebab wajah kita. Ada pertarungan silat. Itu wajah kita. Itu yang orang luar mahu lihat.
“Kalau negara Jepun bangga dengan judo, Korea (taekwondo), China (wushu dan kungfu), kenapa kita tak nak berbangga dengan silat?" soalnya.
Malah dia turut menganggap koreografi sesebuah pertarungan perlu dipandang serius.
“Macam saya cakap, apa-apa pun, asas kena ada. Kalau tak ada, jangan rosakkan keindahan silat itu. Kalau tak tahu, belajar," katanya.
Dalam pada itu, Eman tidak menafikan bahawa ada beberapa pelakon muda yang mahu menuntut ilmu persilatan dengannya.
“Ya, ada... tapi empat minggu kemudian hilangkan diri. Sebenarnya dalam silat cuma ada satu saja pantang. Pantang menyerah!" katanya.

Kahwin? Mungkin
Sedikit bicaranya mengenai hal yang satu ini.
Menganggap itu satu soalan peribadi yang tak perlu dijawab, kata Eman, lazimnya dia lebih senang untuk mendiamkan diri apabila ditanya mengenainya.
Namun dalam selit jenakanya, Eman ringkas memberi jawapannya sendiri.
“Mengenai hal ini, kemahuan itu ada. Tunggu saja masa. Berkenaan calon, saya belum ada," katanya sambil enggan memberi komen mengenai gosip hubungannya dengan penyanyi Haleeda.
Mengaku cuma itu sahaja dirasakan perlu untuk dikongsi dan diberitahu pada pembaca dan peminat, kata Eman, dia enggan dilihat sebagai seorang artis yang memberi jawapan tanpa etika.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131124/hi_05/Eman-Manan-buka-mulut#ixzz2lnyDSqZt
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Aku? Pernah sertai silat di sekolah menengah. Ada kelas seminggu dua kali, salah satu harinya clash ngan latihan bola tampar. Mak kata; 'masuk la tarian.. lemah lembut sikit' 

OK, patah semangat! So, masa di uni, aku sokong ja kawan2 aku yang masuk, tolong kempen apa semua. Tapi x masuk pun. 

8 comments:

t.a.t.a said...

dah tu kau masuk tak tarian?


aku join taekwando, tapi tak lama. lepas grading hijau aku quit. laa ni kat sini takde kelas untuk orang dewasa, kalau ada aku nak join. sayang ilmu belajar tak habis.

zonaku said...

xder kelab tarian y khusus, so aku join ja bila ada projek apa2, sampai ke uni. cuma x la y besar2an.

silat pun x dibenarkan, ko agak taekwando y kawan aku pecah mulut tiap kali ujian tu aku blh lepas?

herannya sis3 belajar taekwando.

julietchun said...

kalau di suruh pilih salah satu antara taekwando atau tarian, maka dengan rendah hati aku pilih taekwando :D

Nastyna said...

serius kalau kami kat malaysia, memang I hantar JJ belajar silat. I sendiri, hmmm takder peluang hehee.

zonaku said...

juliet:
x tun teja la ko.......

zonaku said...

nas:
di sana juga pasti ada. aku penah tgk pesilat mata biru rambut blonde. cuma x ingat pertandingan apa n kat mana

Nastyna said...

nak cari nyer macam payah kot, (nak seribu daya, tak nak seribu dalih yer) hahahaa tapi kalau ada dekat2 ni mmg I hantar la.

zonaku said...

cari Nas, pasti jumpa.
:) i am imagining JJ bersilat... OMG!!!

Followers