About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, October 25, 2013

My Rakyat

Ok, I missed Sara since sabtu lepas. Whole weekend aku bz, then isnin n selasa aku balik lewat.
Rabu br jumpa dia.

Igt aku penah cerita rambut dia kena gunting ngan Faris? Kali ni Master y gunting rambut dia. Rabu, aku balik awal sbb nk jumpa dia. Then, masuk ja rmh, dia sengih2 nampak aku... Rambut dah kontot. Mami bawak pegi jumpa hairdresser kami since kami kecik hari ahad lepas. setel!

Then cam biasa, dia ikut aku naik ke bilik. N tumpuan dia, tabung Metoo aku. Hadiah Bday dr Erina tahun 2010. Dah few times bawak g bank in duitnya. Aku segregate duit 50 sen kat part hitam/bawah, 20 sen kat part merah/tengah n 10/5 sen kat part putih/atas. Dapat ke dia, sesuka hati... dia amik dr atas shelves bawak ke small table aku. Angkat je dia dah mengeluh; 'berat' 'berat'... tu la siapa y suruh angkat!. Cepat2 dia letak then minta syiling dr aku. Abes semua syiling aku.....

see... sy budak rajin menabung !


Seeloknya tabung sendiri ye kengkawan..... duit minta je kat mak -pak sedara yang ramai itu.

so, sembang pasal Sara, mesti ada side kicknya kan.... Faris n Qashif.

Faris sekarang bersekolah di Smart Reader depan rumah tok mek. Smart Reader akan adakan konsert tiap tahun, dan untuk tahun ni, 10 November nanti, adalah konsert Faris.Untuk konsert tu nanti, lagu bangau oh bangau, dia akan jadi rumput. sakan jugak dia praktis kat rmh. Lagu satu lagi x sure lak bahasa apa.

Nak dijadikan cerita.....
Masa kenduri anak sepupu aku sebelum raya haji baru2 ni, kami tokmek sekeluarga gerak ke jalan masuk untuk sambut pengantin. Faris ni takut pada polis, kebetulan kawan2 kakak pengantin dr pasukan polis bantuan sampai masa kami tunggu rombongan tu... Apa lagi... sakan la kena usik.

Dalam dia x tentu arah nk nyorok dr polis2 tu, sapetah bagi idea kat dia... 'cepat abang jadi rumput'. Then dok meriah2 tu, sekali aku toleh dia duduk mencangkung n jadi 'rumput' bebetul! Keras perut kami gelakkan dia... Mana sangka dia amik serius gurauan/ idea kami tu. Then pujuk2, dia peluk mami masa polis tu lalu depan kami.. sempat la dia usha kasut kilat polis2 tu. Pastu lak, elok je rombongan sampai, masuk khemah, hujan turun dengan lebatnya..... Polis2 td, ada bawah rmh aku, bukan kat khemah, apalagi sopan gila la hero kami y sorang ni sampai hujan reda n polis2 tu balik. Kesian dia....

Lakonan semula oleh Faris 'gaya rumput' di epot masa hantar along balik n Qashif y pantang tgk kamera, menerkan saja.
Qashif pulak, asal balik rumah tok mek ja kena gigit ngan semut sampai bengkak2 tangan.. sian dia. Dah pandai meniarap n yang paling best; dia cam kami semua. OK saja ngan sesiapa pun. Padahal ngan maktok n tok abah dia kat sentul tu, jumpa 2 minggu sekali pun dia siap nangis2 kalau kena dukung.. Gigi 2 batang kat bawah n aku merasa jugak la jadi bahan gigitan dia. Hulur jari, sakan saja nk menggigit.

Hai la rakyatku sekelian....



4 comments:

t.a.t.a said...

nampak kipas tu, aku teringat kisah si Budak Gundut. last week aku tengok dia dok perati kipas. dia tengok aje. aku pun tengok aje. tangan dia perlahan-lahan menuju ke kipas. masa tu kipas on. aku tengok je. dia julur jari ke dalam kipas itu. aku tengok je.

makin dekat jari nya tup² terkena bilah kipas tengah berpusing. dia terkejut. cepat² dia tarik tangan. sorok kat belakang. dia pandang aku. aku pandang dia.

"nak buat lagi macam tu?"

dia geleng laju. hahaha.

zonaku said...

syukur dia x heran benda2 tu... tabung adalah keutamaan dia

Nastyna said...

HAhahaha jadi laju dia jadi rumput. Memang menguasai watak betul, sampai ke alam realiti dia praktik hihi.

zonaku said...

Nas :
Ini rumput bukan sebarangan rumput. Rosyam Noor pun blh nangis kalau tgk dia menjiwai watak ni tau.. hehe

Followers