About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, August 2, 2013

Penghujung Ramadhan....

Jumaat terakhir Ramadhan tahun ini...
bakal bertemukah kita lagi dengan Ramadhan tahun depan?

Seawal pagi, terdengar dendangan Mawi, Ayah Aku Rindu Padamu. Seakan suara hati sendiri... terima kasih pada y menulis liriknya.....

Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan
keinsafan
Ku doakan agar rohmu
Dicucuri rahmat Ilahi
Oh Ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha
apa yang mendatang

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merindui mu


Sumber : sini 

Tidak la sampai ke tahap hilang haluan hidup. Cuma menjadikan aku over berdikari. Kalau sblm tu aku takut2 pun aku akan trs cuba sebab aku lagi takut kalau ayah tau aku takut. So, benda y aku x mau ayah tau aku buat, aku buat & aku tanggung sendiri akibatnya. 

Mak n ayah berbeza, aku ngan ayah lebih berani rasanya, sebab aku agak 'anak ayah' dari 'anak emak'. Dan sekarang aku lebih nampak ayah dalam aku berbanding emak dalam aku. Cara pemikiran dia, bertindak dia, dan ada y ada pada ayah y secara sedar aku tengah cuba instill dalam aku. Baru mula, belum berjaya sepenuhnya.

Yang paling aku rindukan..... ke kebun y agak berhutan dan kenal pokok2 dari mata ayah. Rasanya calon suami aku perlu ada banyak 'ayah' dalam diri dia, baru aku blh terima. Yang pernah aku jumpa ada y x ada langsung. Tak blh bagi aku ilmu alam, melihat dunia dr sudut y berbeza. Kadang aku y lebih terer bagi ilmu dari aku terima ilmu. Cemana nk jadi imam aku? 


eh..  melalut........ aku x pernah dapat tau apa ciri lelaki y ayah nk amanahkan untuk menemani aku dalam hidup.... 
*sedih*

Al*fatihah untuk ayah - Ramli B Mat Esa

6 comments:

t.a.t.a said...

Abah saya meninggal umur saya 14bulan. Saya rasa saya banyak ikut pemikiran dan perangai arwah, sebab bila dibandingkan dengan perangai emak, memang jauh berbeza.

Semua orang mengharapkan dapat suami yang dapat jadi imam kita, tapi zaman sekarang ni susah nak cari lelaki macam tu. Kalau ada pun, dah jadi milik orang.

Nak kongsi ke?

Hahahaha...

zonaku said...

t.a.t.a,

xpenah kenal mungkin berbeza......
berkongsi.. blh sj asal dia mampu & adil dalam ertikata sebenar.


ada beran?

Masy said...

abg aku pun ckp aku byk ikut pangai arwah bapak aku. hmmmm

selamat ari raya zona!

t.a.t.a said...

boleh aje. ya asalkan dia mampu dan adil dalam ertikata sebenar DAN yang penting yang sulung merestuinya.

amacam?

zonaku said...

Masy:
aku x der sapa cakap pun. sedar sendiri la... rambut dah tentu2 dah....

selamat hari raya.. dtg le beraya Penang!

zonaku said...

t.a.t.a:
deal!

Followers