About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, August 20, 2013

Ini sambungan kisah raya

Raya kedua, pepagi bangun je, semua sibuk bersiap nk ke Sg Tiang.

Tetiba BIL1 upload dlm #muka#buku suruh bawak passport. Semua terus cari passport memasing. 

Mak : expiry date on Sept 2, 2013
Bro1 : SIL1 alihkan passport dia dari beg, so x bawak balik passport. SIL1 punya mmg sentiasa ada dlm hbag sebab dia x ada IC Malaysia. 
BIL2 : x ada passport
Qashif : belum pernah buat passport sebab baru umur 4 bulan. Baru sgt dlm dunia ni.

Kesimpulan : 
Yang x berjaya masuk akan ditinggalkan di sempadan atau di zon bebas cukai sebelah Malaysia dan tunggu kami balik.. 

Semua dah over excited. 

Sampai rmh Tok BIL2, y lelaki bergerak ke masjid di lorong depan untuk solat Jumaat. Yang perempuan lepak sembang2. Owh, Trip kali ni guna 3 kereta je. Aku naik keta Bro1 ngan Farah, Faris ikut Acu Ee dia, Mak naik ngan Sis2. Tiap kereta ada sorang kekanak. CikPuteri pulak rest sepanjang masa di rumah. Duduk depan sekali bawah pokok moktan, mmg x ada harapan nk keluar. 

Keluar exit Pendang, BIL3/Acu Ee bawak Faris g toilet jap. Then sambung perjalanan. 

Kami lunch n lepak2 sampai kul 3 lebih kat sana. Masa nk gerak balik, semua x berani nk decide samada nk pegi boarder ke idak. Last2 aku y decide xyah sebab ada y x ada passport, plus aku mmg sakit. x selesa betul duduk dlm keta. Tapi dalam x selesa tu aku tetap la blh lena.. hahahahha

Smpai pekan Pendang, mmg jem la kejap... Kami singgah beli buah2an. Buah Tampoi, dukong, rambai n petai. Then singgah beli mercun lak. OTW ada kenalan blogger call aku katanya dia di epot Penang nk jemput abang dia balik beraya. Aku dlm keta, kot x leh pelawa dia g rmh.

Balik tu, singgah rmh sepupu aku n pak ndak. So, keluarla kisah2 baju kenduri ritu... Lapang dada mak.... kami biar ja mak sembang hal tu sambil kami makan laksa kat hall luar.
Kul 3 pagi lebih Bro3 sampai. Aku bukak pintu je, pastu sambung tido... pandai2 la self service. 

Sabtunya, pepagi mak dah masak angsa. Masak merah je. Disebabkan dari smlmnya Bro1 x mo nasik briyani or tomato, mak masak nasi biasa ja (dia request nasi minyak sebenarnya). Siap semua masakan, kami keluar pergi famili photoshoot. Ini memang something y dah lama aku teringin. Last kami amik tahun 1999 kot, setahun lepas ayah meninggal. Nk tgu aku berpasangan, entah bila, so, amik je la. Ada bajet lak sikit, so, aku on kan saja. Memula bincang cam nk semua guna baju kontroversi, tapi disebabkan SIL3 x ada baju tu, kami tukar kepada warna ikut pasangan/famili. Aku, mak n bro2 fill-in saja. 

Sis3 kul 9.30 kat pendang, jalan jem. So, 10 something, kami gerak ke lokasi. Bawakkan songkok n samping BIL2. Diorg tukar baju kat caltex tepi tesco Jelutong tu je, then sambung pakai samping di studio. Syukur photographer kami baik hati. Kami y pelbagai ragam ni dilayan elok ja... Sara saja y buat hal sket.
Qashif pulak didera untuk meniarap. First time dia meniarap masa sehari dua sebelum raya, hari tu, kami letak je untuk posing. Jenuh gak la... 
budak ngantuk y br belajar meniarap tp dipaksa posing

n Faris mmg sgt fotogedik. Dah la dia senang ikut arahan kalau srh pose, then pic dia semua cantik2. Senyum dia lawa..... mak kata cam senyum Datuk Hishamuddin.... suka tgk pic Faris.



Semua couple amik famili pic, aku amik ngan mak n anak2 buah. Sayang Awin n Ipan x ada... then Bro2 pun amik berdua ngan mak. Dgn harga y aku bayar, berbanding ragam n shot, aku rasa sgt murah. Trs dia bagi raw pic untuk kami pilih, dia akan edit n print sekeping & frame. Frame x ada dlm pakej. Kami pilih tambahan. Sis2 lak nk print untuk rmh dia, Bro1 pun. Sis2 cadang print ja nga dia, bro1 maybe buat d johor saja nanti. 

Photographer kami???? MF Studio, link di sini. Dia OP untuk wedding Sis4 n Bro3 aritu.

Setel kisah raya tahun ni.... :) Selamat Hari Raya semua... moga bertemu lagi kita dengan Ramadhan tahun depan... Insyaallah.

3 comments:

julietchun said...

senyum datuk hishamuddin yg mahal tuh :D

zonaku said...

hehehhee... senyuman y sgt infectious......


x caya cuba belek betul2.

aku dah ada replika kat rmh ni.. blh belek hari2...lps tu gaduh...

Nastyna said...

Hooo gigih I baca setiap baris, seronok menghayati kisah raya korang. Senyum Faris paling mahal raya abad ini. hehehe.

Followers