About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, August 19, 2013

Ini Kisah Raya..

So, dalam melayan sakit y mula nak kurang hasil painkiller-tapi-dah-stop-sekarang-masih-rasa-x best-bila-driving, raya tetap raya.

Bila badan dah x ok, adalah lebih baik menolong jadi pengasuh suapaya yang bergelar ibu boleh solat raya. Tapi last2 cuma sis4 n mak saja y pergi. yang berdua lagi ada anak kecik, sorang ABC dah aku, solat duduk, so, baik la buat je dirumah dari ganggu jemaah lain. Solat kali ni tertalu ramai jemaahnya.. Sampai ada y x blh berjemaah sebab x ada ruang. Kubur2 y tepi2 kakilima masjid pun dah dilapik tikar, tapi tetapla x muat. Mak cukup x puas hati dgn pekerja asing dr negara jiran kita, datang bersolat - ya.. bagus.. tapi apa kes ko datang ngan baju-seluar-sendat-rambutmerah-x-pakai-tudung pastu siap booking2 space kengkawan dia. 2 bas katanya kali ni.

Bila la masjid baru nak siap....? Ayah dah berbelas tahun pergi, duit y ayah sedekahkan untuk pembinaan masjid dah lama lesap.... masjid kami masih macam tu.. kot ye pun nk kekalkan klasiknya masjid, fikirkanlah untuk jemaah... Masalah x pernah hilang... jemu aku ngan hal ni...

OK, back to raya stories.

Pagi raya mak siapkan rendang angsa. Mlm sebelumnya sengaja x buat. Sebab Sis3 nk bawak balik Sg Tiang. Siap ja, mak pack siap2 untuk dibawa balik. Kami makan y selebihnya sj, bukan apa, ada lagi sekor dah untuk raya ke3. Memula plannya cuma sekor je angsa, tapi bila sis3 kata nk bawak balik, trs kami oder sekor lagi masa tgh siapkan ketupat tu. Sis4 y belanja sekor lagi ni, then bila ajak bro1 y baru sampai, laju sj dia nk ikut. Hasilnya adalah pertambahan lagi 2 ekjor ayam kampung. Disebabkan last menet, makanya hanya disembelih saja oleh peladang tu. Diorg hantar ke tempat proses. Kul 4 ptg baru leh amik. Awal2 aku dah pasrah redha nak proses sdr KALAU x ada org nk proseskan. Aku je y pernah proses ngan mak sebelum2 ni, adik2 aku buat keje y lain. So, aku je la calon y paling layak. Sakit dah kurang sket kesan painkiller kan, tu y berani tu.

Disebabkan raya kali ni bro3 beraya rumah mertua dulu, so, ahli rebus ketupat x ada. Kerahan tenaga adalah pada BIL2 & BIL3. BIL1 selaku senior sebenarnya  x pernah kene buat pun..... dan dia mengasuh di rumah kali ni. Kelaka pulak bila tgk budak bersua tu.. pengalaman pertama..... BIL2 ngelat, angkat awal2 nasi impit, aku x sempat pun siap isi beras. Dilarang, x mo dengar, sekali mak balik kene marah... hehehehhehee... so, diorg sambung sambil tgu aku siap. Ketupat nasi kali ni diisi oleh aku 100%. Anyam sama2, rebus oleh my BILs y berdua tu. Untuk elakkan kerosakan, aku y masukkan dlm periuk, then diorg jaga api. Sudahnya, ms aku nk masuk rmh, diorg berdua dah siap tdo berdengkur kat hall...
urusan awal pagi 


Ptgnya BIL3 amik angsa tu, x dipotong pun sebenarnya. Buang bulu saja, so, still kene tlh mak setelkan. Sekali ngan setelkan ketupat. Ketupat pulut milik sis3 & sis4, aku x berbakat betul membalutnya, blh, tapi x minat nk berusaha n tekun.

Lepas semua balik dr solat raya, macam biasa, kami beraya sesama kami sebelum pergi rmh pak tam untuk makan rendang mak tam y sedap itu. X bergambar pun, sebab raya ke3 dah ada sesi photoshoot kat studio. Aku y dah lama mengidam nk amik famili pic ni. Bukan apa, pic kami y ada dah lama sangat. Raya tahun 1999 kot, setahun lepas ayah meninggal. Slim2 semua....
perebus ketupat sambilan n pengalaman pertama Qashif  dgn mercun

Then ke rumah pak cik sebelum sis2 n sis4 balik beraya rumah mertua. Sorang bayan baru, byk tlight, sorang bayan lepas, 1 tlight saja..... jauh betul rumah mertua diorg.

Petangnya, masa sis3 bersiap nk balik Sg Tiang, rmh tok BIL2, aku gatal mulut sebut ajak pergi beraya sana. Bro1 terus setuju. Tetiba, macam x percaya kami akan berjalan raya ke Kedah..... x pernah dibuat selama ni.... Sis3 ke rmh best friend dia dl, then br kami akan join dia. Sis2 call BIL1 srh siapkan Sara. Farah n Faris ada ngan kami. Kelam kabut call sis4 ajak sekali. Tapi disebabkan sis3 lambat sgt, kami kansel. Rancangannya raya kedua baru nk ke sana.

11 comments:

HEMY said...

mmg rare lah rendang angsa

zonaku said...

hehehe.. rare????
x jugak.... kami rotate tiap tahun. jemu asyik mkn ayam bandar....

so cuba y lain2 la plk.... iti serati ke, itik jawa ke, turkey ke..... paling2 daging kerbau pun sedap...

t.a.t.a said...

seriyes ly memang rare la kat kawasan kami ni. biasa telur nya aje dimakan. dagingnya tak pernah.

terpaku sejenak. baru perasan daging angsa is edible. haha.

zonaku said...

t.a.t.a:
owh... kami org kampung.. tu y explore mkn macam2 tu.

ada my non-muslim friends tanya, muslim mkn itik ke tak... hehehehehe

julietchun said...

saja nak tayang buah rambutan kat pokok sendiri kan?

zonaku said...

x la... ada satu lagi pic mmg pokok rambutan as main image.. ko nak???????


meh dtg penang, ko kait sendiri banyak mana ko nk makan...

Ummu Madihah said...

Salam Zonaku,

Wah sedapnya rendang angsa! Mak Aji pernah bela angsa di rumah lama dulu jadi guard selepas kami sekeluarga kena samun. Bila kami pindah ke rumah lain, kami rendang aje angsa tu, memang sedap.

zonaku said...

sedap kan mak aji..... tp tu la.. bisanya juga agak kurang sy rasa berbanding itik serati.


dan sy kurang berani ngan angsa. sebab dia blh kejar n cubit org.... mmg blh jd guard pun

t.a.t.a said...

dulu masa sekolah rendah, rumah jiran ni ada angsa. kalau balik sekolah aje, get ready, kalau angsa tengah bising, laju la lari nya. nanti dia sudu kita.

sakit wo. hahaha

zonaku said...

t.a.t.a:
gitula ceritanya..........



ramai y ada pengalaman mcm ni

Nastyna said...

I pernah termakan serati, sedap. Angsa belum termakan lagi.

Followers