About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, July 30, 2013

Misi Kuih Raya 2013

 Saban tahun bermula dengan ini..... Sekarang, memasing mula pilih resepi dari buku mak yang ini.. Pilih y disukai, dah hendaklah master supaya dapat menjamin kesedapan resepi di masa hadapan........

Magic Book
Buku ini dipenuhi tulsan mak sejak zaman anak dara dia dulu, bertarikh lebih tua dr Bro1... Semestinya la kan... ada resepi yang di enhancekan dari resepi asal. Contohnya resepi ni, Biskut dahlia, berbeza dr samperit n biskut cina.... Apa bezanya??? Malas nk belek2...

Tulisan my mom... bahasa dolu2
Jumaat Lepas, adik2 aku cuti sempena Nuzul Quran, aku je y keja... Bangun pagi2 nk g keja, sis4 tengah buat almond coklat, dia x tido since sahur. Aku balik keja awal sket jumaat tu, kul 2 setengah lebih aku dah blah. Ini hasil y ada di atas meja... Biskut arab. Yang bekas oren tu semua bontot hitam.... setakat mlm smlm, tinggal beberapa biji ja lagi. 



Fesyen rmh kami, siap saja kuih raya... adalah untuk dimakan semasa masih segar... dah lama2, or almost raya, dah x best dah... dan mmg ada kuih raya kami x sempat jumpa hari raya.. hujung ramadhan pun belum tentu.. heheheheh.... dulu2 mak akan letak dalam bekas asing untuk kami bawa balik ke asrama. tp y mmg selected saja.. seal elok2 supaya x dimasuki semut.

biskut cornflakes

Ms aku sampai diorg rest kejap. Tgh nap kat ruang tamu. Then, shortly after, diorg bangun n sambung untuk kuih di atas. 

Serunding daging
Masa aku sampai, yang ini pun dah siap. Cuma belum di lerai2kan lagi saja. So sambil buat biskut cornflakes, sis2 tolong mak leraikan 2 masuk dalam bekas ni. Biasanya satu bekas ni akan dibawa balik oleh bro1. Kalau x habis la kan... Kami biasa akan makan ini dengan kuah kacang bersama ketupat. Well, more to bro1 n sis4. Y lain akan makan ketupat dengan kuah udang. Bila dah abis baru mkn ngan kuah kacang, ataupun selang seli. Rendang pulak bakal bergantung pada pilihan tahunan, tahun ni giliran angsa. Dah call n booking dah dr ladang di Balik Pulau.

Sabtu, cam biasa, lepas sahur aku akan tido balik. Tapi kali ni bangun awal. Disebabkan semalam adik2 ja y buat kuih raya, apa salahnya hari sabtu aku pulak. So aku mulakan ngan base biskut dahlia. Then diorg y sambung, aku layan buat kuih loyang/goyang/ros. Mak y bancuhkan adunan. So, kul 12 kot siap 2 jenis kuih, sis4 sambung buat cornflakes madu.

So, over the weekend, semua kuih raya buatan siap. Minggu ni n minggu depan adalah mas biskut raya belian pulak sampai.


8 comments:

Masy said...

rajinnyeeeeeeee.. ni yg nk dtg raya ni hehehe

zonaku said...

sila2... jemput la datang....

jgn malu2 ya. tapi tiada jaminan semua kuih masih ada. hehehehehe

julietchun said...

macam-macam ada, puas hati buat sendirikan, :D

zonaku said...

er... aku x buat pun.... adik2 aku y rajin..

Ummu Madihah said...

Salam Zonaku,

Melihatkan buku resepi tu, semacam buku resepi Mak Aji yang catatan pertamanya pada tahun 1976 ketika Mak Aji berada di tingkatan 4!

wakgelas said...

wah buku resepi antik tuu..,ehhHHe

zonaku said...

Mak Aji,
wah.... catatan mak sy ni bertarikh lebih awal dr itu. itu umor bro1 sy tu, dan buku ni bercampur ngan ilmu jahitan dia sikit2. buku mengait pulak dah hilang.
anak2 mak aji dah buat salinan belum?

zonaku said...

semestinya antik wak.... kalau tidak manakan sampai direbut2 kuihnya...

Followers