About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, July 22, 2013

Famili


Famili kami y besar... ada yang bersaiz besar.. hehehehe...
Hubungan kami Alhamdulillah damai... 
semoga ukhwah kami ini sentiasa berkekalan hingga ke hembusan nafas terakhir.
Aminn....
~ZonAku~ 13Ramadhan1434H



Ada cerita rupanya disebalik tema majlis kami kali ini... Mak masih terasa hati hingga sekarang. Kalau melihat dari gambar ini, biasa saja bukan.

Ya.. kami keluarga yang biasa saja... Cuma dengan adik beradik seramai 7 orang, pastinya bila dah berpasangan, jumlahnya berganda. Kalau dulu bila nk ke mana2 hanya 1 kereta, kemudian bila kami dah berganjak dewasa, mula ada y bekerja, kami naikkan jumlah kepada 2, kadangkala 3. Iyalah, tengok pulak saiznya. Sekarang ni, 3-4 kereta bila berjalan serentak.

Ketara, kaum wanita mendominasi... Syukur, setakat sekarang, masih seia sekata. Konflik yang kecil2 tu biasalah.. Bila masing2 tengah panas, dah la memang semua bersuara kuat., berbual, atau berbincang pun macam bergaduh besar bunyinya.... Bila dah sejuk, hubungan kembali erat, dan kadangkala, dilupakan saja isu yang tidak sekata tadi.

Baju kali ni, sponsored by SIL1. Dia ke Bandung untuk belikan kain lace. Kami mulanya cuma berpakat untuk border lace. Dah dibelinya full, guna saja. Idea kuning biru ni, idea sis4. Aku kurang setuju bila sebut kuning... a color not in my list at all, tapi dah kalah x sempat bertanding. Kecuali SIL1, baju kami y lain semua ditempah dr tailor y sama. Tailor kami cadangkan buat base pink pulak lepas ni sebab masih ada lace y berbaki. Dahtu pulak, SIL1 punya kuning tersalah hantar, patutnya kuning y ini digunakan untuk majlis adik dia hujung tahun nanti. Dia y initiate kaler kuning ni, dia y salah. Mak amuk beige sebab katanya x seswai kalau dia guna kuning y sama.. 'bergerun' bak kata org utara. Tapi tetapla mak jadi cam umur 18 tahun.. hehehe...

Keluarga, satu hubungan yang tidak boleh ditukar ganti. Ya, Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi, aku dikurnia keluarga yang baik. Tidak kaya raya, tidak berpangkat tinggi, tidak berharta juta2.. tapi hubungan kami harmoni.

Tapi, pesanan aku, buruk macam mana sekalipun keluarga kita, itu tetap keluarga kita. Benci, merajuk, terasa hati.. keluarga tetap keluarga. Dihalau, dinista, memang sakit, tapi keluarga tetap keluarga. Suami isteri boleh bercerai berai, tapi ibu bapa, adik beradik tidak boleh ditukar ganti... darah dan genetik yang sama mengalir dalam badan kita.

notakakicagu : harapnya dia memaafkan keluarganya.... Allah, lembutkanlah hatinya untuk kembali menerima.... bantulah dia untuk redha atas apa yang telah berlalu... 



11 comments:

julietchun said...

baca kisah maya dan zaki yg di katakan dipulaukan keluarga, tapi hari ni boleh pulak dorang lari dari rumah keluarga angkat yg sanggup tolong.

k.e.r.i. said...

Bak kata BIL #4 aku, "Tak ada istilah bekas anak, tapi ada istilah bekas menantu"

zonaku said...

juliet :

siapa maya n zaki???? terlepas pandang ke aku ni?

zonaku said...

keri:
SETUJU!!

bekas mak or bekas bapak pun x ada, bekas mak tiri or bapak tiri aku x pasti.. cuba ko tanyakan BIL#4 ko kejap

julietchun said...

baca kisah dorang dalam metro :D

Masy said...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

❤Kamsiah❤ said...

air dicincang takkan putus..

t.a.t.a said...

mana-mana pun kaum wanita yang mendominasi. adik-beradik saya perempuan 5 orang. 1 lelaki.

yang lelaki itu pun bekas-abang. ada ke perkataan tu?

sebab tu sekarang ni dah rasa tak best bila family semua gathered.

t.a.t.a said...

kak Kamsiah. memang air dicincang takkan putus. itu air yang mengalir. tapi cuba kalau ditutup kepala paip tu. dah tak mengalir lagi kan?

zonaku said...

Masy :
puasa betul ko kan.. panjang je

Kamsiah :
itu normalnya.... tapi bila terguris hati... kadangkala susah nk sembuh

zonaku said...

t.a.t.a :
seronok berkeluarga besar.. meriah n macam2 ragam... mengajar kita tentang kompromi dan bertolak ansur.. juga menduga dengan pelbagai perangai.

bekas-abang/kakak/adik x penah la pulak dengar, bekas ipar ada la....

hubungan yang terjalin dengan undang2 boleh dileraikan, yang pertalian darah/susuan mmg x blh la...

Followers