About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, February 18, 2013

camar yang pulang

sejak balik ke sini, aku kurang memerhati... kemahiran aku sebagai observer dah makin tumpul.
tidak lagi aku duduk dan perhati tindak tanduk manusia. mungkin suasana di sini atau gaya hidup aku di sini yang mendorong aku seperti itu.

lama, sangat lama aku berperang dengan rasa hati dan keadaan semasa/sekeliling. akhirnya, aku bertemu jalan yang pernah aku impikan. menuntut aku membuat keputusan yang sangat besar. bagi aku, mungkin bagi orang lain bukan sebesar mana.

aku congak, aku susun, aku atur, aku tanya.....

dalam debar, aku berbincang. Mungkin ada yang berkata aku bertuah..... sedari kecil, aku memang sentiasa diberi kebebasan dalam membuat keputusan. Aku x pernah (seingat aku la) aku diberi kata dua.. samada itu atau ini. Selalunya aku diberitahu kebaikan dan keburukan setiap pilihan, dan aku disuruh memilih yang mana yang aku ingini. Dan bila aku memutuskan untuk kembali, aku disuruh kembali dan diberikan pendekatan yang sama. Bukan dipaksa, cuma keadaan seakan menuntut aku untuk tidak mempunyai pilihan selain menurut. Jadi, sebagai aku, aku tetap memberontak dalam diam.

Aku merungut dan seakan tidak redha bila kebebasan aku seakan tersekat. Sentiasa mencari ruang melepaskan diri, akhirnya aku dilambakkan dengan pilihan yang pernah aku dambakan.

Sekali lagi aku perlu memilih. Kali ini aku memilih yang bertentangan. Kata2 sahabat (Alhamdulillah aku dikurnia sahabat sebegini) aku jadikan azimat penetap hati. Ya, there is no place like home. Walau aku tetap akan menjadi 'a stranger in my own land', barangkali selamanya, aku memilih untuk tetap di sini.

Jarak bukan penghalang persahabatan. Jarak juga bukan batasan. Jarak fizikal mudah ditangani bila kepentingan jarak emosi diutamakan.

Keputusan ini keputusan dari hati. Moga aku beroleh kebahagiaan yang aku cari. Pada masa yang sama membahagiakan yang aku kasihi. Aku pernah lupa, kebebasan aku memberi beban pada hatinya, jadi, aku kini redha menjadi camar yang pulang ke pangkuan. Masa aku meneroka, lepas bebas sudah berakhir.

Aku akan kekal disini sehingga suatu waktu yang belum pasti.....


5 comments:

Masy said...

apepon keputusan ko, aku doakan yg terbaik utkmu zona!

yatd said...

hi slam perkenalan,

insyaallah agar sume diberi barakah olehNya..

jom ke blog saya juga

zonaku said...

masy:
tq... tp tetap rindu ko....


yatd:
insyaallah.... tq

ckLah @xiiinam said...

Selamat pulang wahai sang camar...

zonaku said...

bila berjiwa perantau ni ckLah..... berat.....

Followers