Lalu apa lagi yang perlu kita lakukan? Meluahkan, kita menjadi insan busuk hati, pendengki. Terusan memendam dalam diri, letih pula mendengar keluhan tanpa sebarang tindakan. Bila bertindak pula, kita manusia jahat.
Andai yang menyakitkan itu dari luar, boleh juga ditanggalkan dan dibuang. Tapi bila datangnya dari dalam, bernanah, berdarah... sakit kita untuk menanggungnya.
Bertindak, kita jahat, berdiam kita dayus.
Mahu mempersoalkan tentang hak? Beli cermin besar2, beli perakam suara. Rakam tiap butir bicara kita, perdengarkan pada diri sambil kita menghadap cermin besar tadi. Mungkin itu cara terbaik bagi diri kita untuk memulakan muhasabah diri.
Aku bercerita, kisah kecewa dan duka. Bukan ingin tagih simpati, jauh sekali mendendangkan sifat keji diri sendiri. Sekadar ingin meluah rasa yang terbuku dalam hati.
5 comments:
aku suka dgr ceramah prof dr muhaya. sgt menenangkan dan terus jadi positif
cubalah.
eh. lupa nak tnya. khabar baik, kan?
:D
Nak rawat hati pun kena ada kekuatan hati jugak, kan?
semoga kembali sembuh dan bertenaga
sakit hati benda yang paling kerap terjadi pada kita...apa yang kita mampu hanya meluahkan pada pencipta kita...
Post a Comment