About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, January 10, 2013

Kisah Hati

Kadangkala kan, bila dah terlalu banyak yang kita simpan dalam hati, dilambakkan lagi dengan yang menyesakkan dada, ditekan lagi dengan yang memeningkan kepala, kita rasa tepu. Nak diluah melalui airmata, rasa macam keterlaluan. Nak terus dipendam dalam jiwa, kita bimbang membawa mudarat pada diri kita.

Lalu apa lagi yang perlu kita lakukan? Meluahkan, kita menjadi insan busuk hati, pendengki. Terusan memendam dalam diri, letih pula mendengar keluhan tanpa sebarang tindakan. Bila bertindak pula, kita manusia jahat. 

Andai yang menyakitkan itu dari luar, boleh juga ditanggalkan dan dibuang. Tapi bila datangnya dari dalam, bernanah, berdarah... sakit kita untuk menanggungnya.

Bertindak, kita jahat, berdiam kita dayus. 

Mahu mempersoalkan tentang hak? Beli cermin besar2, beli perakam suara. Rakam tiap butir bicara kita, perdengarkan pada diri sambil kita menghadap cermin besar tadi. Mungkin itu cara terbaik bagi diri kita untuk memulakan muhasabah diri.

Aku bercerita, kisah kecewa dan duka. Bukan ingin tagih simpati, jauh sekali mendendangkan sifat keji diri sendiri. Sekadar ingin meluah rasa yang terbuku dalam hati.

5 comments:

KTS said...

aku suka dgr ceramah prof dr muhaya. sgt menenangkan dan terus jadi positif


cubalah.

KTS said...

eh. lupa nak tnya. khabar baik, kan?

:D

azieazah said...

Nak rawat hati pun kena ada kekuatan hati jugak, kan?

amn said...

semoga kembali sembuh dan bertenaga

Totie@Tomy said...

sakit hati benda yang paling kerap terjadi pada kita...apa yang kita mampu hanya meluahkan pada pencipta kita...

Followers