About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, November 15, 2012

Memuah Holiday : Trip to Bali Day 3

Back to our Bali trip.

Hari ke3 percutian kali ni, awal2 lagi Pak Ieron dah g amik Wafa n Iyan dari Puri Kelapa. Sebabnya, seawal jam 4 pagi hari ke4, kami mesti berada di lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. Untuk mengelakkan masalah kelewatan, kami berkumpul setempat. Lebih afdal kiranya..

Sesampainya diorg di Sanur Avenue ni, urusan cek in bermula sambil kami sarapan dan bersiap. Tema destinasi cinta kami pagi tu ialah menikmati pemandangan dan keindahan Bali.
Destinasi cinta yang pertama:

Ubud
Motip ke sini? Aku kurang pasti. Menelusuri jalan, agaknya kami nk ke pasar besarnya. Sayangnya tutup untuk renivation. Kedai2 di sepanjang perjalanan tutup sempena upacara semayang diorang. Kiri kanan jalan kami boleh tengok warga Bali memakai pakaian tradisional. Wanita Bali berkebaya sulam yang pada aku sangat cantik sulamannya. Dan diorang berjalan sambil junjung bahan semayang. Ikut hati nak saja aku turun dan ikut diorang pegi tengok cemana diorang semayang (bukan nak semayang sama, sekadar belajar budaya). Yang pasti, wanitanya mempunyai bentuk badan yang cantik. Bila berkebaya, memang menawan. Sampai ada ahli Memuah x nak pakai kebaya bila kawin nanti sebab macam baju semayang diorang... boleh camtu punya pendirian? hehehe...
Ini saja pic y aku amik di kawasan Ubud.

Pak Ieron pulak, asyik bergayut, ada pelanggan nak khidmat dia lagi.Murah rezeki dia... Tapi aku mmg sgt rimas bila dia asyik bercakap di telefon. In general, aku x suka orang yang sibuk bercakap di telefon atau melayan internet tapi duduk sekali dengan aku. Esp bila duduk semeja atau dalam perjumpaan berkumpulan. Rasa macam tak dihargai sebagai insan di depan mata, sebab orang melayan yang bukan depan mata. Unless, terribly urgent. Itupun adalah lebih baik, minta diri dan pergi setel jejauh dengan cepat, then balik ke kumpulan. errrr.. paham ke tak senario yang aku kasik ni?? Harap boleh difahami ayat ini, sebab aku tak buat, or jarang sangat2 buat.

Tegallalang
Dari Ubud, kami ke Tegallalang. Padi bukit. Pemandangan yang cantik. Enough said!


Dalam perjalanan ke destinasi cinta berikutnya, Pak Ieron berhenti di pura ini, suruh kami turun & bergambar.
Kami yang menurut perintah

Kemudian, perjalanan diteruskan.

Tampak Siring (Pura Tirta Empul)
(terjemahannya : nampak senget) 
Di Tampak Siring, kemain lagi kisah2nya. Menikmati indahnya makhluk ciptaan Allah.
Aku cuma menumpang pandang sebab ditunjukkan oleh Memuah yang lain.

Sedangkan diorang memang menikmati sepenuhnya... hehehe.... Airnya sejuk! Aku tau sebab aku ke toilet di luar pura. Airnya mungkin dari mata air yang sama rasanya. Dan, walaupun ramai pengguna, toiletnya tidak berbau. dan LUAS! Alangkah bagusnya kalau semua toilet awam sebegitu rupa. Tak perlu seluas itu, yang penting tidak berbau!

Di sini juga penjualnya agak ganas. tapi aku pasrah sebab aku mmg berkenan ngan baju kait for Sara. harganya RM6.50. Ada dlm entry WW aku. baju yang dibeli di Krishna belum pakai lagi kot.


Kintamani (Batur Volcano)

Kawasan ni kemain meriah ngan anjing! Ada sekor tu comellllll je.... aku cuak takut dia terjaga time aku lalu. Kot dia yang comel nampak aku yang comel ni, konon nak datang manja2, x ke haru! Lepas terseksa perasaan, kami amik gambar berlatarbelakang gunung berapi tu. Cantik! Tapi aku rasa kurang cantik melihat dari kejauhan. Kalau di puncaknya sendiri dan menikmati keindahan kawahnya, aku rasa lagi cantik. Aku kurang pasti samada ini gunung berapi yang masih hidup atau sudah mati.
Masa berpatah balik ke avanza, untuk elak tekanan perasaan, aku berjalan di seberang jalan. Dan melalui lubang2 gua. Bertanya pada pakcik yang berkawal sekitar situ, ada beberapa lubang gua itu yang bersambung.

Aku, Jard n Anul ada bergambar di dalam gua, cuma x meneroka dengan sepenuhnya sebab aku kurang yakin tahap keselamatan dan perhujung gua.

Destinasi cinta berikutnya adalah Tanah Lot. Perjalanan ke sana agak jauh. Dan awal2 lagi Pak Ieron pesan boleh tidur kalau nak. Dia x pesan pun aku tidur selamba ayam, inikan pulak disuruh. Dengan cepat aku pejam mata.

Bila sekali tu aku buka mata, pemandangan sangat cantik. Ada ladang bunga. Aku x pasti nama bunga tu, tapi aku kenal la. kalau kat rumah aku, bunga tu mak sekadar tanam suka2 je, bila jemu, dia cabut n buang.
Bila2 dia suka, dia cari benih & tanam semula. & pokoknya mudah hidup.

Ni tapak semaian dia kot. y berbunga cantik x sempat snap, dah la br bgn tido, terpegun tgk cantiknya bunga2 tu,.. trs x snap.
Di Bali, diorang tanam sebab guna untuk semayang.


Tanah Lot
Di sini, memang tragis! Sesampainya kami, Masy & aku disuruh menjejak Jard & Bella. Katanya diorang dah masuk, untuk apa lagi kami tunggu di sisi avanza untuk Anul & Wafa. Betul bendul, kami pun masuk! Saat itu bermula episod kami berjalan berdua, tanpa arah tuju sebenar.
Solat di surau Anjung, sekali punya la menunggu kul 4.30 sedangkan lupa masa di Bali adalah lebih awal. Terasa kelakar pula masa tu. Gigih menunggu masuk waktu Asar di Malaysia.

Salah satu pura di Tanah Lot. sampai ke sini kami mencari #memuah yang lain... mode time ni : kelaparan


Salah satu pura yang cantik kalau nak bergambar. Kalau time sunset, lagi bertambah cantik

Kami pusing hampir habis semua kawasan. Mood bergambar adalah x best sebab berdua. Ni cemana nak g honeymoon ni? Bosan berjalan berdua. Apatah lagi nak bergambar. Tapi mungkin nanti disebabkan rasa cinta meluap2, semuanya indah belaka.. Wallahualam....

Akhirnya kami berjumpa juga dengan #Memuah.
Cahaya kegembiraan di muka masing2.. hahaha

Then terpecah lagi. Kali ni, Bella bersama Masy & aku. Semangat sikit. kami amik gambar sunset sambil ber'Gangnam Style'. Kagum aku tengok Masy sabar ngajar Bella. Kagum jugak bila almost semua gambar, macam snap in sequence. Tak banyak berbeza. Paling KAGUM sebab Bella sampai sudah x blh buat Gangnam Style pose tu. Kalau PSY tengok, aku yakin dia pun cam nak nanges.. heheheheee... (jahat je gelakkan bella.... ampun ye bella.. aku pun x reti posing  tu, tapi nak jugak gelakkan orang!)

Puas, kami kembali ke pangkal jalan.

Aku nak saja berjalan cari bus stop. Aku suka bus stop di Sanur. Menarik!!!

tima kasih #masy... kot dia x snap pic ni, mmg aku ngigau le nk p snap jugak2.... 
Cadang x mo tido sebab takut x terjaga. Tapi apa la sangat xtvt yang boleh dilakukan... pasrah je aku tido.... walau ala2 tido2 ayam, aku gigih cuba tido. Then bangun mandi kul 1.30 kot n bersiap.

Destinasi berikutnya?


Pastinya airport untuk pulang ke Malaysia....

jom ke pintu 9..

Lepas check in, kami bersembang destinasi berikutnya..... tunggu!

Yes, we did!!!!

6 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

Hahaha...bergangnam dah la kat tepi tebing...buang tebiat betul..kak baby macam dah selalu praktis..hahahah

zonaku said...

hahahahhaa

Dr Singa said...

gunung itu masih hidup
gantengnya mamat tepi sekali di Tirta Empul tu!!
orang Bali semayang .. pakai kebaya canti2 tu.. bawak hidangan.. masa bulan penuh dan bulan gelap.. tiap tiap bulan..

Masy said...

"In general, aku x suka orang yang sibuk bercakap di telefon atau melayan internet tapi duduk sekali dengan aku. Esp bila duduk semeja atau dalam perjumpaan berkumpulan. Rasa macam tak dihargai sebagai insan di depan mata, sebab orang melayan yang bukan depan mata" - samalah! hahaha

tu la bellan.. kat bilik takmo prektis gangnam, kan dah susah nk buat hahahaahha

zonaku said...

docSinga:

hidup lagi eh? baca jugak info kat situ, tapi kurang faham.

mmg ganteng kan..... diorg kemain lagi parking tepi tu dok menikmati keindahan ciptaan tuhan. ms sy tgk, dah jauh dah. kalau camtu, kena planning p time diorg semayang la.. cam best pulak tgk kebaya diorg... nenek pun pakai kebaya masih solid molid. KAGUM!

zonaku said...

Masy:
ko bukak kelas la kat bellan, sian dia.... gigih tau dia try....

Followers