About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, July 6, 2012

kisah cuti Jun 2012



Awal bulan Jun, pulang dari kenduri di Bahau, hujung minggu berikutnya,  sahabat datang bercuti sambil bekerja.
Jadinya, aku meneman seperti biasa.

Tapi kali ini, aku sukar mendapat cuti, jadinya dia terus ke hotel dengan shuttle. usai tugasan, aku menyusul ke sana. Malam itu, kami berjanji berjumpa seorang lagi sahabat yang dekat tapi jauh. Kesian kami, kesian juga pada anak2 si teman, merengek keletihan barangkali. Kali ini perjumpaan kami hanya suam-suam kuku saja rasanya. Banyak yang terbuku di dada namun kami sekadar melepas rindu berbual seadanya. Insyaallah, ada kelapangan, kami bakal berjumpa lagi. 2L n 1M memang tidak dapat dipisahkan.

Satu-satunya gambar saat 2L & 1M berjumpa... Furqan.. maaf ye nak, kita dekat tapi macam sangat jauh
Berada di Ferringhi, aku ingin menunaikan hajat sang sahabat yang satu lagi. Malam kedua, usai majlis makan malam yang dipendekkan, kami menapak ke nite market. ya, sekadar menapak sebab di hadapan hotel saja. Menyelusuri penjual, aku mencari pesanan sang sahabat. Katanya ada, dan dia akan dapatkan dari teman penjual yang lain. Pesanku, sekejap lagi aku kembali. Berpegang pada janji, aku tutup mata pada yang lain.

Hadiah ulangtahun merangkap cenderamata dari sahabat, kami berpatah balik.

Aku ada hadiah birthday la.. baru teringat! TQ sahabat. Walau bukan tulen, ingatan itu yang utama bagi aku.  See, aku  x demanding bukan?
Sedang berjalan di celah2 manusia yang ramai, tetiba ada yang menepuk bahu. Aku sering menganggap bahawa aku tiada sahabat mahupun kenalan yang bakal terserempak di tempat sesak sebegini, dan di sini terutamanya. (aku pernah katakan, aku umpama pendatang di bumi sendiri) menerima tepukan sedemikian adalah sangat mengejutkan!

Rupanya bekas rakan seperjuangan yang kurang yakin akan bertemu aku sebegitu. Terharu! Sebab dia bercuti tanpa niat mencari aku, malas mengganggu katanya. Tapi, kami berjumpa tanpa diduga.

Selamat pengantin baru Azmir n pasangan, moga jodoh korang berkekalan dan sentiasa diberkati!


Smoking zone di tepi bilik kami. View lautnya cantik!
Saat berpatah balik ke penjual tadi, dengan niat menuntut janji, aku kecewa! dia sudah lama berlalu pergi. menyimpan rasa kecewa dan sakit hati, aku kembali ke bilik. Bersama niat untuk kembali lagi nanti. Aku wajib tunaikan janji aku, walau orang lain mungkir janji.




ini bilik kami! hanya kami berdua. selesa! 

Dua minggu kemudian aku ke sana, untuk tunaikan janji. Memang aku jenis lurus barangkali, drive ke sana, beli dan terus balik. x singgah makan atau tengok barang lain. Ini hasil pesanan sahabat yang bakal aku bawa saat bertemu nanti.

Ini pesanan utama
Ini pilihan kedua dia

Ini pilihan aku untuk dia... aku suka cara hero dia berjalan n tarik apron dia
3 set ini dengan harga 40....

4 comments:

HEMY said...

pasta tu bini aku katamkn..aku tgok skit2 gitu2..then tanya ending dia camne dr cembam

Syah Shah said...

kau punya peram sampai dah naik berkulat aku tengok entri ni.. hahahahahahah :P :P

Masy said...

yeayyy!!! cite korea yg tgh tayang skrg ni pon best jugek. eh eh

makasih yaa buk.. see u nexwik!

Dr Singa said...

hai awak..

kita dah pindah blog..
:)

Followers