matamu, bibirmu
pipimu dan juga senyummu
membuat aku lebur 'hanyut di dalam ghairah
kernamu
tubuhmu harummu
hatimu oh semua aku mahu
ingin ku gigit gigit cuping telinga kecilmu
luahkan perasaanku
dan membisikkan aku cinta kamu
hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
dengan harapan agar kau tahu
semoga kau tahu
ku gila kamu
auramu
pujuk hatiku
sering bergoincang jiwa ini
siang malamku gundah
tiada melihat wajahmu
ku rindu
kau obsesiku
Sesekali saat melayan siri drama adaptasi agak menggembirakan jugak. Terutama saat penutup, diiringi lagu yang pada mulanya kedengaran geli, lama kelamaan jadi menarik, (bahagian lirik yang ditandakan sahaja) bila diaplikasikan untuk si kecil ini :
Sara, 2bulan 5 hari saat ini |
Oh, penyanyinya juga walau bukan la kegemaran aku, bak kata adik aku, 'macam Bella dlm Twilight, muka tanpa ekspresi' tapi ada iras macam ini budak.
Irfan Hadi, Raya 2010 |
Makin banyak buku diadaptasi ke drama dan filem, lagenda budak setan, kasih yang suci (nora elena), ombak rindu, gemersik kalbu, bicara hati <-- antara beberapa yang aku tahu/ingat. Dan kebanyakannya ada dalam koleksi simpanan aku. Tangisan bulan madu diadaptasi juga kalau tak salah aku. Aku masih menunggu kalau-kalau hasil tulisan Lamia Aimal dan Norhayati Berahim juga diadaptasi.
Sumber lirik aku kali ini dari sini
10 comments:
hoho..skrg tgh hangat lagu ni..tapi sebenarnya kan kak..lagu ni dah lama, masa tahun 2009 agaknya, lagu dalam 1 telemovie nie, Aqasha berlakon dengan Erra x silap. Masa lepas je tgk cite tu terus ena gigih carik lagunya..sbb part tang gigit2 cuping telinga tu la yang x bley blah..haha..
hehehehe......
akak kurang minat mamat ni, tp dia mmg bermula as penyanyi. cuma kurang meletup
Kau Laksana Bulan pun adaptasi jugaakkk~~ Tu satu-satunya peberet aku.. haha~ :P :P
x tgk pun... baca pun belum....
aku tgk masterchef... lalalalala
timing sama ka???? mana punya?
aku tak follow cite ni sebab follow cite cine.
tapi penah dengar lagu tu skali, terus ingat sebaris tu je.. annoying pulak rasa... hahahahah :P :P
hahahhaa... aku idak le melayan sangat....... kalau miss pun x heran punya, bila2 free layan kat tonton.
pelakon dia x best.
kalau dgr sesekali mmg annoying gila, tp blh la...... dukung si kenit tu, seswai le
Gigit telinga bayi emang syok...hehehe.
***Zonaku, medan selera Padang Kota lama tu mula buka pukul berapa? Si DIa suruh bawa Rojak Pasembor Penang pula esok ke kampusnya! Kena nyeberang jambatan juga lah ni!
petang dalam kul 2 dah buka biasanya.....
tapi sanggupkah nak menyeberang jambatan di musim sesak macam ni? ramai yang balik kampung....
Post a Comment