About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, January 19, 2012

Obsesiku

Rutin seorang mak sedara yang menternak anggur dan lemak (berdoa supaya penternakan gagal dengan cemerlang)...

matamu, bibirmu
pipimu dan juga senyummu
membuat aku lebur 'hanyut di dalam ghairah
kernamu
tubuhmu harummu
hatimu oh semua aku mahu
ingin ku gigit gigit cuping telinga kecilmu 
luahkan perasaanku
dan membisikkan aku cinta kamu
hadiahkan asmara di setiap pagi harimu 
dengan harapan agar kau tahu 
semoga kau tahu 
ku gila kamu
auramu
pujuk hatiku
sering bergoincang jiwa ini
siang malamku gundah 
tiada melihat wajahmu
ku rindu
kau obsesiku

Sesekali saat melayan siri drama adaptasi agak menggembirakan jugak. Terutama saat penutup, diiringi lagu yang pada mulanya kedengaran geli, lama kelamaan jadi menarik, (bahagian lirik yang ditandakan sahaja) bila diaplikasikan untuk si kecil ini :
Sara, 2bulan 5 hari saat ini
Oh, penyanyinya juga walau bukan la kegemaran aku, bak kata adik aku, 'macam Bella dlm Twilight, muka tanpa ekspresi' tapi ada iras macam ini budak. 

Irfan Hadi, Raya 2010
Mak aku yang sebut, jadinya, aku pun terperasan, sebenarnya ada persamaan raut wajah, patutlah aku cam kenal. Terutama mata, sepet! Genetik x mengikut piawai keluarga kami, dia banyak ikut rupa belah mak dia.

Makin banyak buku diadaptasi ke drama dan filem, lagenda budak setan, kasih yang suci (nora elena), ombak rindu, gemersik kalbu, bicara hati <-- antara beberapa yang aku tahu/ingat. Dan kebanyakannya ada dalam koleksi simpanan aku. Tangisan bulan madu diadaptasi juga kalau tak salah aku. Aku masih menunggu kalau-kalau hasil tulisan Lamia Aimal dan Norhayati Berahim juga diadaptasi.

Sumber lirik aku kali ini dari sini

matikla aku kalau nk kene rebut ngan dia ni.....

10 comments:

Erina Asmawani said...

hoho..skrg tgh hangat lagu ni..tapi sebenarnya kan kak..lagu ni dah lama, masa tahun 2009 agaknya, lagu dalam 1 telemovie nie, Aqasha berlakon dengan Erra x silap. Masa lepas je tgk cite tu terus ena gigih carik lagunya..sbb part tang gigit2 cuping telinga tu la yang x bley blah..haha..

zonaku said...

hehehehe......
akak kurang minat mamat ni, tp dia mmg bermula as penyanyi. cuma kurang meletup

Syah Shah said...

Kau Laksana Bulan pun adaptasi jugaakkk~~ Tu satu-satunya peberet aku.. haha~ :P :P

zonaku said...

x tgk pun... baca pun belum....

Unknown said...

aku tgk masterchef... lalalalala

zonaku said...

timing sama ka???? mana punya?

Syah Shah said...

aku tak follow cite ni sebab follow cite cine.

tapi penah dengar lagu tu skali, terus ingat sebaris tu je.. annoying pulak rasa... hahahahah :P :P

zonaku said...

hahahhaa... aku idak le melayan sangat....... kalau miss pun x heran punya, bila2 free layan kat tonton.
pelakon dia x best.


kalau dgr sesekali mmg annoying gila, tp blh la...... dukung si kenit tu, seswai le

ckLah @xiiinam said...

Gigit telinga bayi emang syok...hehehe.


***Zonaku, medan selera Padang Kota lama tu mula buka pukul berapa? Si DIa suruh bawa Rojak Pasembor Penang pula esok ke kampusnya! Kena nyeberang jambatan juga lah ni!

zonaku said...

petang dalam kul 2 dah buka biasanya.....


tapi sanggupkah nak menyeberang jambatan di musim sesak macam ni? ramai yang balik kampung....

Followers