About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, December 29, 2011

2 hari


bukan pasal lagi 2 hari nak sampai tahun baru.


Tapi pasal keputusan yang aku buat dalam masa dua hari saja. Dua hari, bermula jam 9 malam dan berakhir jam 2 pagi. Kali ini tiada adegan basah-tisu- hidung-merah-tapi-tetap-macho segala. Mungkin jarak, juga kematangan dan hati yang telah lama membeku. Pada mulanya terselit juga rasa gentar di jiwa, tapi selama mana aku perlu bertahan dalam kesamaran.


Jadinya adalah perlu penutup. Titik. Nokhtah. Fin. Aku bukan seorang yang pandai menjauh lalu hilang. Kita manusia, dalam dunia yang semakin sempit ini, pasti ada sesekali laluan kita bertembung. Bukankah lebih baik berkata 'sampai sini saja.. andai berjumpa lagi, kita boleh berkenalan semula', daripada secara pengecut melarikan diri dan berdiam. Lalu senyap2 menukar nombor telefon dan sebagainya.


Ya, akurlah pada hakikat bahawa hidup kita ditentukan oleh Yang Maha Esa. Setiap yang berlaku adalah ujian dariNya, melihat sejauh mana kita tabah mengharunginya, melencong ke arah kegelapan atau bertabah dan redha atas apa yang dikurniakannya.


Sesekali memang kita tersalah langkah, seringkali menyesali setiap yang berlaku. Penyakit meragui dan mempersoal sesuatu tanpa mengambil tindakan menjadikan ia lebih baik perlu dikikis secara perlahan. 'Kalaulah kutahu.... mungkin....' ayat klise yang pasti digunakan. Terlalu lama juga menatap pintu yang telah tertutup, meratap hiba tanpa menyedari ada pintu baru yang terbuka untuk kita.

cam biasa pic dr acik*gugel

Bertindak dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku adalah pilihan yang lebih baik. Moga 2012 menemukan aku dengan kehidupan yang lebih bahagia, penuh keberkatan dan keceriaan.





Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap 

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa 






















*tetiba aku rasa cam nak nanges*


12 comments:

Masy said...

apekah kes ini?

Syah Shah said...

tetiba rasa nak nyanyi sama nasyid TheZikr nih.. haha~ :P

meh meh, aku sedia memberi pinjam bahu untuk kau menumpang tangis... tapi seperti biasa, silalah bawak tisu extra untuk mengesat ingosmu nanti... :D

zonaku said...

masy:
ni la bertajuk 'kisah hati'......

zonaku said...

syah:
nice kan nasyid ni....... x mo la nanges kat bahu ko, kang ko nampak. kalau bahu saja tanpa ko boleh la

Super Nia Hana said...

ehhh..watashi suka nasyid nih

hani said...

bertabahlah..
:)

zonaku said...

hana:
mmg best kan....

zonaku said...

hani :
sedang bertabah la ni.........

Syah Shah said...

bolehlaa pulak kan nak cabut bahu kasi pinjam cemitu... NAnti aku carikan tangan prosthetic kasik pinjam kat hang... hahahahahahah :P :P

zonaku said...

hehehehe.... bukan apa, x mo ko tengok je......

aza ni said...

zona....
mujur sempat ...
apapun selamat menemui kebahagian dan kejayaan serta kesejahteraaan buat kamu sekeluarga buat langkah seterusnya...dan seterusnya...


dan seterusnya..sampai bila bila...

zonaku said...

terima kasih... moga ramai aminkan doa ini...

Followers