atas jasa baik sahabat, aku ada kesempatan menghadiri seminar in
i. sejak bertukar kerjaya, (kerjaya katanya......) ada beberapa downside yang aku rasai dengan ketara.
berjaya tiba tanpa kesesatan, sekali lagi membanggakan diri sendiri. hanya sekali saja tengok peta di internet, aku rasa macam kagum dengan diri sendiri, tapi ini kali ketiga aku sampai di sini.
sampai saja, aku rasa macam pelik sebab ada segerombolan wanita berpakaian baju kebangsaan bertemakan hijau.
Variasi hijau….
memanglah warna korporat syarikat ini , tapi di kad undangan seminar ini, tidak pula ditulis tema. memikirkan aku bukan dalam bidang ini lagi, juga kehadiran ala-ala menyibuk saja, aku rasa, kalau memang aku terlalu 'underdressed', apa susah, balik sajalah. kunci kereta, terus menuju ke kaunter pendaftaran, insan pertama aku jumpa,suami sahabat aku. lepas daftar, tuju ke tempat breakfast. semasa daftar, aku dah cuak memikirkan jawatan dan nama pejabat. tipu sajalah. sempat juga aku bertanya pada penganjur yang mengalukan kehadiran, apakah majlis bertema, katanya sekadar memeriahkan, bukan wajib. lega di situ.
Kami masuk awal untuk berbual, catch-up cerita ceriti. Asal mahu duduk sini, tapi akhirnya berpindah tempat
mula acara, pengacara majlis adalah menarik. juga fasih berbahasa melayu. pembentang pertama adalah pensyarah aku di universiti dulu. topik yang sama aku belajar dengan dia, lawak juga masih sama, cuma ada yang tidak disebut semasa majlis kali ini, juga ada lawak baru. lawak double meaning pulak dikesan oleh encik suami sahabat. owh, sahabat aku adalah pembentang kedua, jadinya, dia di depan, aku dan suaminya berada di belakang dewan.
Antara pengetahuan yang dikongsi
sebelum sahabat aku membentang, aku ke tandas dahulu, sebab dewan adalah sangat sejuk. dan sebagai seorang yang 'fussy' pasal tandas, aku sangat menyampah bila tandas yang sepatutnya kering dan bersih adalah dalam keadaan banjir. golongan yang hadir adalah terdiri daripada orang yang berpengetahuan pasal kebersihan, tapi sikap individu adalah sangat sukar ditelah, rasanya dalah lebih kurang sepuluh tandas, hampir semuanya banjir. aku pilih yang kedua terakhir, iaitu yang kering. setel urusan saja, belum sempat flush, ada orang masuk tandas sebelah bersama anaknya. dan seperti aku jangka, teruslah banjir. sempat aku berlari keluar sebelum airnya sampai ke kaki aku. ini masalah SIKAP!
kemudian, habis acara, ada sesi fotografi. untung sebab bersama pembentang, jadinya walau lewat, kami tetap dibenarkan bergambar sebab penganjur kenal dia.
Sebab utama aku ingin hadir… sangat menawan!
sesi makan acara wajib la kan. ada yang kurang etika yang aku jumpa, berdoa aku tidak pernah dipandang sebegitu. sajian bagi aku agak sedap, cuma pencuci mulut agak gagal. tiada manisan bercoklat. kek yang disediakan hampir sejenis sahaja.
lepas makan, apa lagi, balik sajalah. aku letih sebab seminggu ni tiap hari balik lepas jam 10 malam. dah lama badan tidak digunakan sebegini, dah manja sangat la ni.
sampai saja rumah, sedang elok sebab mak n adik2 x ada, faris sekeluarga pulak tengah tido keletihan baru pulang dari taiping, aku terus lelap. bangun, tengok 'kanchana' di Astro first.
Hahaha.. J
8 comments:
ko tak amek gambau dgn kapel tu ke weh? huhuh
aku terlepas nk jmpe wardina safiyyah demi nk gi open house penyu. hahahahahah
ada.....
er... x pa la, artis n kawan, better kawan. aku sebab kawan n artis sekaligus, lain citer sket
ko nk jadi agen jual susu ke? wah..molek tu..ekeekeke
hahaha.. ko nk ngata aku kan..
x la, aku x blh apply pun keje ni sebab aku x minum susu. kang org tanya comparison, apa aku nk jawab?
- amboii...ambik gambaq pungkok org....kehkehkeh...
al:
waaaaaaaa........... x niat camtu laaaa.......... sebab semua x kenal, amik la gambar x ada muka...
Sejak dak takda baby, lupa dah apa brand susu formula skang ni. Tak berapa kisah lagi dah. Adehhh
hahaha... minum untuk diri sendiri saja la ye.....
Post a Comment