ya, syawal dah di hujungnya.
mula-mula aku memang ingin bercerita di awal syawal, kemudian, aku ketandusan idea, kemudian ada beberapa faktor lain. terus saja aku set kan buat entri raya di h
ujung syawal. lain sikit dari orang lain.
ini awin.
diushar oleh faris.
baju ni mak belikan masa dia ke Hatyai baru-baru ni. main taram saja beli, dan saiznya memang molek saja untuk ini kici.
raya macam biasa saja, kurang meriah kali ini kot aku rasa. buat dalam point form pun ok rasanya.
1- sebelum syawal, mak cik aku diperdaya oleh orang yang menyamar sebagai pembeli surat khabar lama. aku katakan diperdaya, bukan dipukau atau sebagainya. sebab? beberapa kali 2 lelaki cina itu dah datang ke rumah dengan niat membeli surat khabar lama dengan harga satu ringgit sekilo. kan mahal tu. ulang datang, kenal berapa orang anak, kerja mana, apa aktiviti mereka. hari kejadian, datang di awal pagi, katanya lori akan datang petang karang. disebabkan pakcik aku dah kenal, diorang kira x apa kalau pakcik aku tiada di rumah. dan memang diorang datang time pakcik aku nk ke masjid. siap pesan jalan elok² ke masjid. sekali, konon di suruh bersiap nak amik gambar masuk jom heboh!. pelik aku bila dengar. makcik² punya perangai, kalau ko kata dia pakai barang kemas Zhulian, marah ler kan. dah gitu, di minta buka pulak barang kemas nak tengok nombor siri bagai. kelabu mata dengan ganjaran, juga dengan glamer nk masuk paper dan tv, semua barang diberi untuk diperiksa, x cukup di badan, yang dala simpanan juga dikeluarkan. sudahnya, semua habis di sapu bila makcik aku masuk rumah nak tukar baju. so, kalau ada mak, mak sedara korang yang jenis baik hati ni, hati-hatilah yer. mak andak aku pun jenis baik hati, indon jual barang/kerepek pun diajak makan nasik ngan dia. bukan la kedekut, cuma bahaya... kalau y baik Alhamdulillah, kita buat kebajikan, kalau yang memang jahat?
2- beberapa hari nak raya, abang aku call, dia x jadi balik. sebabnya, ada urusan pejabat, dan dia memang perlu handle. kebetulan di tempat kerja dia memang hanya sehari saja dapat cuti. setiap agama diperuntukkan hanya dua hari cuti keagamaan. hari merdeka? berbeza dengan kita. plan ditukar mungkin hanya balik raya haji nanti. bagus juga, x la kelam kabut. juga, kalau berkesempatan, boleh saja terus sambut ahli baru dalam keluarga. mak pulak, lepas habis raya, dah katanya nk beraya haji di rumah abang aku. x nak ke langkawi katanya, better gunakan duit tu pergi beraya di johor. tahun ni ada ketupat, semuanya di anyam oleh adik aku. x banyak, ada 50 biji je kot. aku balik jer dah siap anyam....... huhuuuu.. kecewa. dah lama x anyam ni.
3-baju raya aku hanya siap sehari sebelum raya. siap semua kat dapur, bawak faris teman aku pergi amik baju. ini budak memang boleh kasik malu orang. parking saja kereta, dia nampak apek jual laksa depan rumah tailor aku tu dok lepak x pakai baju, selamba dia jerit 'tokwan....' pastu komplen tokwan x pakai baju.
4-raya pertama, usai solat, kami ziarah kubur ayah. kali ni, abang n adik lelaki aku pergi dulu sebab kami yang perempuan berborak lama dalam masjid. ada yang bertanya kisah makcik aku. diorang cari kami x ada, terus dior
ang balik. kami pulak, tunggu kat kubur x sampai² mahkluk berdua tu, so, kami pun balik. aku beli ais, adik aku pun beli ais, jadinya, stok ais banyak pagitu. hahaha.. dia call nk bagitahu aku dia dah beli ais, just nice, semua x bawak henfon. pegi semayang nak bawah buat apa.
5-raya kedua, faris melepet, demam. orang buat open house, dia, baju raya pun x pakai.
kesian.
ketara sangat aku x ada ramai kawan di sini. hanya 2 orang tetamu untuk aku. terasa betul bezanya... lelain kebanyakan adalah saudara mara sendiri. menu kali ni, soto ayam. aku buatkan sambal kicap. cili padi semata² dan sangat pedas. cucu mak tam aku datang bawak bihun dari rumah dia sebab sup di sana dah habis, makan ngan sup y kami sediakan. pukul 6, dah abis semua makanan.
6-raya ke3, aku dah mula demam. tekak pun kemain lagi. maklumlah, dari malam raya sampai asyik makan macam² makanan yang sepatutnya x boleh makan. ayam, daging, udang, ayam kampung, ayam piru(ayam belanda), itik serati, angsa.. haaaaaaaaaaaaaa... ambekkkk!!!!!!!!!!
7-gathering & open house batch kami di Kuala Perlis. aku dari rumah jam 9 lebih sebab janji gerak secara konvoi di sungai petani jam 11. amik kawan aku kat Tokai, then terus ke K.Perlis. aku buat entri khas gathering ni nanti. sampai rmh dah pukul 10 lebih, memang letih, tapi best!
8-semua x ada kat rumah, mak ajak aku pegi kenduri d teluk tempoyak, kampung sebelah le tu. dah ada aku je pun, demam, sakit tekak, aku layankan saja. bukan kena menapak, drive je cikPuteri tu. nasik kenduri x ada rasa.. balik lena.
9-ahad, rest satu hari.
isninnya, masuk kerja.
sekian... selamat hari raya semua.
4 comments:
- panjang citer kali ni...tapi yg paling kesian kat faris...demam di hari raya...huhu
dah lama x menaip cerita. asyik pendek2 saja entri.
dia demam sebelum, semasa hingga selepas raya.
ingatkan ena yg paling lamatcite pasal raya..upenye akak lg lambat..haha..better late than never kan kak ..
uhuuu..skerinya pasal org surat kabar tu..syukur x diapa2kan makcik akak..
yg faris panggel apek tokwan tu kak, tokwan tu refer pada sape?
haah.. skeri kan... JAHAT pulak tu.
dia refer lelaki tua yang layak di panggil atuk. kadang2 tu, sekadar ikut sedap mulut dia je......
'baik tokwan' tetiba je dia sebut
Post a Comment