About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, August 12, 2011

Kad Raya


::ini pandangan peribadi aku, kalau x setuju sekalipun, harap jangan marah::


di zaman sekarang, dengan segala macam teknologi, satu medium komunikasi iaitu kad raya semakin dilupakan. kalau tak percaya, sila ke kedai-kedai. kad raya baki dari tahun lepas pasti masih banyak.
mula-mula dulu, kiriman kad raya di ganti dengan SMS,
kini, ditaip pula dilaman web

fa*ceb*ook dan t*witt*er antara medium pilihan sekarang ni. blog usah diceritakan lagi...

bagi golongan korporat, kad masih digunakan sebab pihak syarikat menyediakan untuk staf yang terpilih, malah ada juga syarikat yang memberi pada semua staf.

kita sentiasa berhubung dengan rakan taulan, tapi sila periksa semula. berapa ramai yang mempunyai alamat sesama sendiri? sedar tak, kita rapat tapi makin jauh sebenarnya.

untuk diutuskan kad raya, kita perlu meminta alamat dari mereka.

jadi, untuk mengutuskan kad ucapan ini, aku akan cuba mengorek alamat yang ada dalam simpanan. hanya yang terpilih saja bakal menerimanya.

mohon kemaafan pada semua yang tidak diutus kad sebab ini cabaran pada diri aku sendiri. bukan aku tidak menghargai, cumanya aku mahu yang menerima ucapan itu terasa sangat istimewa. sebab atas alasan tertentu aku mempunyai alamat mereka. aku tak akan meminta alamat tahun ini, dan aku tak mahu terima alamat untuk dilayangkan kad. kad yang aku kirimkan juga bukannya balasan.

berapa ramai saja yang bakal terima ni? aku sendiri risau memikirkannya.

12 comments:

julietchun said...

aku nak duit raya je,buleh? :D

AI said...

- kite x hantar kad raye...stamp mahal! hehehe

zonaku said...

juliet:
boleh, apa salahnya. datang beraya di rumah ye..

zonaku said...

Al:
kalau sebab setem, lain alkisah nya pulak.

Masy said...

aku penah simpan alamat ko tp melesap dgn alamat2 yg lain. org mintak wat dakkkk je, gigit kang br tau ;))

zonaku said...

gigit??? cium dah ler...


hahhhaaa, anul kalau baca ni mesti otak dia keje overtime ni.

aku dah reply la dalam fb. check inbox ko yer.. ptg smlm lagi aku dah kasik

Unknown said...

nak cari kedai jual kad raya pun dah susah.. kalo ada pun x byk pilihan...

Syah Shah said...

sekarang tak banyak pilihan... sakit mata je kekadang nengokkan... huhu~

aku kompom tadek alamat ko sebagaimana ko tadek alamat aku... hoho~ :D

KTS said...

pecah kaca pecah tong
sudah baca harap gantung


gantung kad. bukan gantung diri

:P

zonaku said...

queen teratai:
itu la..... x best dah

zonaku said...

syah:
hahahahaaaaa.............


itu sudah pasti!

zonaku said...

kts:
ko ingat aku ni ringan ke nk gantung diri???? berat ni tau!

Followers