dalam hidup, pasti ada suka duka. hidup aku tidak terkecuali. dalam tersenyum gembira menanti kehadiran yang dinanti, ada berita tergempar yang mencalar senyum yang mulai berputik. ini masalah insan yang keterlaluan mengikut rasa hati, tiada sumber pengubat duka, teman berbicara, rakan berkongsi rasa. bila iman kian menipis di hati sanubari, langkah diatur sumbang jadinya, rentak menongkah arus bisa kecundang. perhatian yang keterlaluan ditagih menjadi punca perbalahan, ditambah kedangkalan ilmu di dada. semua serba tak kena.
memerhati segala yang berlaku, aku sangat bersyukur. dalam kekurangan aku, aku punyai ahli keluarga, aku tak pernah sunyi dari disapa teman rapat mahupun kenalan alam maya. terima kasih semua.
aku masih kelu untuk berkongsi buat sementara waktu ini. walau aku berdiam diri, aku masih harap aku kekal sentiasa di hati pembaca semua, juga para sahabat tersayang.
aku lalui minggu yang sangat gembira walau teramat letih, juga menutup kisah duka yang tak ingin aku ingati.
salam sayang buat semua,
zonAku.
8 comments:
Lupakan yang sedih, kembali ceria kerana hidup kita harus dimaknakan.
Jika terasa ada orang tak suka or tak sayang, selalulah ingat ada beribu lagi orang yang sayang dan yg ambil berat.
Nak Balik Kampung Pun Nak “Bergadoh”...?
aziezah:
lumrah hidup, ada susah senang, ada suka duka.
kalau tak ada semua tu.. bermaknakah hidup kita? :)
:)
aku sayang jaa kt hg, wpun hg suka beleteiaq....:P
pnKompius:
erkk.. sungguh ka???
akan belajaq kurang beletiaq....
- moga ade sinar yg akan membuat zonaku tersenyum riang...tabahkan hati...kuatkan iman...
Al:
insyaallah... sama2 kita berdoa yer
aku sangat bersyukur. dalam kekurangan aku, aku punyai ahli keluarga, aku tak pernah sunyi dari disapa teman rapat mahupun kenalan alam maya
ada lagi... ko ada pokok-pokok-pokok-pokok rambutan. pokok-pokok-pokok-pokok durian
bukan sume org ada tau. ko mmg patut bersyukur.
aku TERpaksa beli rambutan kat pasar malam tau.
;)
KTS:
pokok-pokok-pokok tu semua bukan aku punya sorang.
tapi.....
takat ada pokok, tak pandai kait buah rambutan pun x guna gak..
mcm aku!
Post a Comment