About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Saturday, July 16, 2011

TAHNIAH!!!!

Benarkan pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan – DAP

15/07/2011 9:59pm

KUALA LUMPUR 15 Julai – DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap parti-parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP tidak akan mengetepikan prinsip-prinsip perjuangannya, dan menurutnya, parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

“Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim. Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan,” katanya. – Bernama

7 comments:

Hemy said...

malas nk pk ayat sebenar cmtu ke, atau ayat manipulasi kerajaan ke...haishhh...

ymn said...

apa jua artikel/blog/citer pasal polotik nie kene pikir or baca dr sudut polotik jugak ;p

AI said...

- fikir2 kan lah...

Masy said...

secara peribadi, aku rasa ini adil utk non muslim. yg puasa org Islam je, so......

dah tau puasa, bawak2 la berenti pegi tempat2 gitu wahai org Islam! klu x puasa pun x pyh la pegi.

Muhaimin said...

Sokong komen ymn dan kak Masy! ;p.

syah shah said...

agreed whole-heartedly sama kak masy... :D

AI said...

zonaku...kemanakah dikau...

Followers