Plan balik dari Pulau Aman, singgah rumah aku untuk makan rambutan. Kemudian meneruskan perjalanan ke Balik Pulau untuk makan durian. Cuma dalam hati, aku berdoa agar pemajak kebun kami ada hantar durian ke rumah supaya tak perlu memandu ke sana. Anul ada mentioned yang brek van kurang baik, jadinya, aku sedikit risau. Guna bukit baru atau lama, sama-sama ada risikonya. Syukur, sampai saja rumah, durian & rambutan dah ada. Murah rezeki geng Memuah aku kali ni.
Makan-Makan-Makan...... Ada sebiji dari buah durian tu, kami namakan durian Jantung, kerana rupa parasnya. Buah ni, kalau besar, kami memang sekadar buang saja. Langsung tak boleh dimakan. Mak kata, buahnya kecil saja kali ni. Aku buka saja, mana tahu kal
au-kalau elok. Dan sekali lagi, Alhamdulillah, rezeki..... isinya semua elok. Tapi dah adatla, kalau yang sedap tu, sikit saja ulasnya. kalau x salah aku ada dalam 4 atau 5 ulas saja. Aku x perasan siapa yang beruntung tu.
Dah selesai, tapaw baki yang belum dimakan. Untuk di makan di resort. Lalu depan War Museum, singgah ler kejap. Dah meroyan pulak Masy sebab entrance fee mahal sangat. Aku sebagai orang kampung sini pun tak pernah lagi jejak kaki ke dalam muzium tu. hahahhaaa......
Singgah ke Nasi Kandar Line Clear, nak puaskan nafsu makan nasi kandar si Erina. Terima kasih pada Wafa yang beri panduan. Aku? First time sampai ke sini. Ya, anak Pulau Pinang yang x suka nasi kandar, inilah padahnya.... menggagau cari jalan bila ada tamu. Aku ingatkan si Erina jer lapar, sekali semua pakat isi perut ngan nasi kandar. KAGUM!! Tak sampai sejam yang lepas, memasing isi perut ngan buah. Dasar perut stokin rasanya diorang ni. Bella & aku jer x makan nasi. Kami makan cendol jer.
Setel, memasing x sabar nak balik untuk acara terjun kolam.
antara yang berjaya melampias nafsu terjun kolam... sambil diskodeng oleh yang tinggal dlm apartment
Apa yang berlaku di kolam renang tidak la perlu aku ulaskan rasanya. Refer saja pada blog Erina & Masy. Then, jam 9, kami menuju ke Kompleks Sri Pantai (foodcourt). Kalau di Penang ni, lebih mudah disebut sebagai 'kat pantai seagate'. Senang cerita. Dulunya masa tempat ni dibuka, ada masalah sikit, kes santau menyantau. Lama jugakla tempat ni tak laku. Dalam setahun dua ni baru aku nampak agak hidup semula. Lepas kejadian oder air oleh Keri, kami menunggu Zati & Muniey. Disebabkan aku duduk hujung, maka, kurang interaksi ngan diorang. Lagu yang berkumandang di sini juga bikin sakit jiwa. Sekerat saja lagunya, sekali ombak datang, setiap kali itu juga lagu bertukar. Stresssss! Hahaha...
Selesai lepak, kami menuju balik ke resort. Tanya nak ke Hard Rock ke tidak, Anul bagi No. Tapi rilek ja dia drive melepasi resort. Aku ingatkan dia tukar fikiran. Rupanya dia tak nampak. So, kami terus saja ke sana. Amik pic jer la.
Aku yang tetiba jadi jamban burung............
Aku perasan Wafa dah hilang masa kami sebuk bergambar ngan patung MJ. Tanya Anul, katanya Wafa masuk ke HRC, dok melayan YMCA sambil mabuk. Hahhaaaa...... Then aku patah balik ke van bersama Anul. Masuk jer van, aku gtau la Wafa apa yang Anul kata. Then tetiba Anul gelak. Lagu Ahmad berkumandang! Call Masy, berlarian dalam kemeroyanan la dia balik ke van. Memang kelakar, dah la memasing ngantuk & letih, boleh jer lagi melayan gelak. Then kami betul-betul balik ke resort.
Erina & aku balik tidur apartment ngan other ladies, biar jer Anul, Cembam, Keri di apartment satu lagi. Siap-siap apa semua, pakat tido, sebab esok semua nak kene bangun awal. Jam 6.30 nak keluar dari resort. Erina amik port atas kusyen, aku amik port 3 class, tido di lantai. Jam 2 jugak kot baru tido.
Kul 4.30 aku dah bangun semula. Ada apa tah aku mimpi, terus x lena sangat dah. Siap semua, kami turun untuk check out. Disebabkan kaunter reception tutup, kami just drop off kunci ja. Sampai epot in time. Amik last pic, then off they go.
Sedey...... jumpa lagi yer nanti.
11 comments:
nasi kandat pun boleh..ekekek
happening!
kandat!!! hahahaha
hahahaaahha! kandat pon bole!
mekasih ye zona. lenkali kene ikot aku masuk muzium perang. x kireeeeeeeee
ishhhhhhh.. ruginya tak join
.
.
errr.. part buah rambutan tu yg menyebabkan aku rs tersgt rugi... well. aku kan peminat tegar rambutan
ada lagi tak?
bella, jard, masy:
kemain yer korang.. hahahahaaaaa
Hana:
seronok berjumpa cam ni lah jadinya
masy:
insyaallah.. tapi yang paling penting, ko kene la datang dulu.
KTS:
rugi tau x join kami.......
ada lagi.. kalau nak, jemput la datang ke rumah..
lepas ni wat ekspedisi menkandat sotong la kat ganuuuuu
HEMY:
yeay!!!!!!!!!!!! sangat teringin. tapi aku risau mabuk laut.....
mesti time tu korang rasa nk jadikan aku sebagai umpan jer....
Post a Comment