Lepas letak barang, kami ke Bukit Bendera. Kenapa di panggil Penang Hill, bukan Flag Hill adalah sesuatu yang aku tak pernah persoalkan. Tapi bila diaju soalan sedemikian, tetiba aku blank. Mampos! Nak jawab apa?
Beli tiket secara jemaah, menyebabkan aku berjaya tengok rupa paras IC memasing.. hahahahahaaaa..... aku gelakkan muka memasing dalam diam. Kang aku bising2 kang, bahaya.. mesti IC aku jadi rebutan pulak.
Dan disebabkan Anul perli aku dengan 'baikkkkk cikgu!' Cembam dah ingat aku cikgu dah. Muka tulus suci macam ni la.. Maaf la yer.. Saya tidak mampu jadi cikgu.
Selepas 24jam, erina baru perasan apa simbolik replika mutiara di belakang tempat duduk dia ni.
Puas mengarut di atas puncak, kami turun semula.
Makan nasi kandar lagi Memuah tengahari tu. Balik resort jap, untuk check in & refresh badan. owh yer, ada a few yang belum mandi pagi. hahahaaaa...... Bila tengok swimming pool, baru aku perasan, aku x notice langsung pasal pool ni dalam thread di FB. Kalau tidak, pastinya masuk dalam agenda.
Puas berehat, kami menuju ke Botanical Garden pulak. Tujuan? Camwhore jer la.., apa lagi. Sampai jer, ada uncle eskrem. Yang x best pasal eskrem ni, ada flavour cekelat semata2. Walau aku memang suka eskrem cekelat, tapi bila makan yang bersalut kacang ni, aku prefer eskrem vanila.
Uncle buah potong pulak suka kasik makan kat kera2 yang ramai disini. Aku adalah sangat takut dengan kera. Since kecik, masa datang dengan cousin aku dulu. sangat dulu2.. masa aku belum sekolah rasanya. And as i expected, erina adalah pilihan kera untuk di kacau. hahahaha.....
ini bukan kera ya.. ini penggigit yang akan menggigit kalau pengunjung beri makanan pada kera di sana
Aku sebenarnya masih menanti gambar aksi di sana. nak tengok rupa Model Teletubbies yang duduk antara dua sujud. Juga di wall rumah orkid. Ada juga foto di atas titi yang dirupabentukkan macam penang bridge. Di mana, masa Erina nak ambil foto Anul & Keri adalah mencetuskan kontroversi lagi. Congtazz Ena! Then cecelah dok posing apa semua tu, sempat juga la si Masy skodeng pasangan gay di sana. hadoi! rosak negara camni!
ini 'canon ball tree'. Masy dalam cubaan mengait buahnya
Setel, kami ke Gurney Drive untuk makan. Menu pilihan ialah, laksa, char koey tiaw, takua rendang/cucur udang, nasi pattaya, n sate. Tak seorang pun teringin nak makan pasembur. dua tiga kali offer, x laku jugak, sudahnya, aku x ofer dah. Tragis sekali, aku terlupa nak amik sunglasses aku yang aku letakkan di atas meja!
see.. nampak sunglass aku tu??? dan itu muka anul tengah senyum yer ......
Next destination : Ferringhi Nite Market.
Macam2 yang berlaku. Erina & Keri berebut dan mencapai kata sepakat untuk fridge magnet diorang. Masy & Jard beli baju Hard Rock untuk swimming. Aku sedar kehilangan sunglass masa di gerai last yang paling hujung yang kami pergi. Badan dah letih, nak belek sunglass baru pun x der mood, kena pulak ada yang dok gelakkan aku lalai macam tu sekali. Lagi la aku x seronok. Cam nak nanges pun ada, tapi x kan la kann.. kang hancuss holiday kami semua di sebabkan ejekan orang yang x ada di situ. Nak merajuk pun x guna sebab jauh. Dua kawan aku juga datang konon nak jumpa. Tapi, itulah... Tak semua orang boleh terima stail geng memuah ni. Jadinya aku x satukan dua kumpulan ini.
Kul 1045 lebih kurang, Erina, Keri, Masy & aku adalah ynag terakhir masuk van. Apa lagi, balik jer la. Bersiap untuk tidur. Keri adalah mangsa tido atas sofa. Sebab angka ganjil dan dia calon paling layak dianaktirikan..... hhahahahaaa.. sian Keri, Aku dah sediakan sleeping bag untuk dia, tapi dah namanya keri #dasarputnam, dia buat x tau jer kat mende alah tu. bantal aku kasik la yang resort punya pada dia sebab aku bawak bantal aku sendiri.
Lebih kurang jam 130 jugak la baru Erina & aku tidur, penutup hari pertama kami.
Nantilah sambung lagi.
18 comments:
lambatnya tidur!! dah tuh.. kena bangun awal pagi lagi sbb kena bukakan pintu kami.. hehehe
ye..kami tdo lewat jard..cian kak zona kena tunggu aku..aloloh kakak, namo sesedih k,nanti cari pengganti sunglass tu k..
hahaha..fridge magnet char kuey teow menjadi rebutan ;p
kesian jard & masy tak dapat makanan sebab orang takut nak bagi makanan takut kena gigit.haha
hahaahahha aku tggu entry seterusnye :)
jarang-jarang jumpa memang kompomlaa tido lewat sebab borak-borak punya pasal... Hohohoh
Kenapa tak bawak board games? buleh men time malam kat umah tu sambil gelak-gelak... haha~ :P
board game dh kena ban utk trip kali ni syahshah..sebab takut mudaratkan diri tak ingat dunia..ahahahaha
jard:
aku bukan leh lena sangat pun. kul 2.30 ada sms dr kawan aku. kul 4.30 sebenarnya dah sedar.. cuma menunggu korang jer... cuba2 lelap sket..
ena:
sedih la... dah dua hari driving tanpa sunglass ni, rasa terlalu terang la pulak.. silau!
EncikPenyu:
hahahahaa.............
ko ni baca ke x baca? diorg penggigit kalau bagi makanan pada kera, kalau bagi kat diorg, diorg gigit makanan tu la....
masy:
erk.. apekah yang spesel pasal entry seterusnya???????????
syah:
borak n gelak ketawa sepanjang xtvt.. kat resort sambung baki2nya saja.
board games adalah jatuh hukum haram masa ni, sebab karang, semua mengadap yang tu saja. mana pun x payah pergi
HEMY:
tau x per
kih3.. bukan men lagik nyembang....
aku lapaq jerukkk... :P
pnKompius:
macam x biasa nyembang.. kita berdua pun blh lupa nk p makan.......
cek, chowrasta tu jauh ka, sesat cam aku? meh sungai ara punya. kat medan suri aku x yakin sesedap yang ini
hahahahah tu baru best, malam takyah tido main board games, siang jenjalan pusing town... balik umah masing-masing, masa tu baaaaarrrruuuuu terasa nak pingsan... hahahahahah :P :P
pas ni ko bole jadi tourist guide. :D
syah:
yang penumpang ok ler.. yang jadik supir??? x berpinar bijik mata?
KTS:
errr... errrrr.......
kat penang masih gagal la.....
Post a Comment