About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, April 8, 2010

buat kanda!

dinda mohon
janji terlafaz, tunaikanlah
kata terluah, buktikanlah

ibarat meludah ke langit
selepas meludah, ia pasti turun ke wajah

apa jua berlaku
pasti tempias jua pada yang menyayangi
niat suci memapah
bagai jerat melilit diri

andai benar ikhlas
pasti jalan luas terbentang

mungkin dinda tidak mempunyai ketulusan hati
maka kita jadi begini

letih sudah menangis
penat sudah bersedih

rajuk hati dinda bawa diri
khabarkan pada semua
dinda mohon ampun
kapan kita jumpa lagi
andai rindu, seru di kalbu
kelak kita bertemu dalam mimpi syahdu

ampun, dinda mohon untuk pergi
sampaikan salam buat semua

10 comments:

Yunus Badawi said...

apa punya kanda ni. Takkan mcm ni punya jelas pun masih tak mengerti?

Masy said...

aduihh puitis betul ni... tak tercapai akalku, gud2.

kanda ni lemah laa.. pi berguru dgn A Samad Said, lekas!

zonaku said...

YB:
mmg x akan cuba untuk mengerti

masy:
mengong ko!

Unknown said...

lawaklak aku bc komen masy....

sudah2... nak bawak diripon.. jgn lupa blk raya.... tp, kalo dpt transfer sini.... meh2 duk sini... ;)

eddie dewanaga said...

nice words... seriously!

zonaku said...

Pnkompius:
hehhhehehee..
no promises tau! blh mai

eddie:
really??????
looks like the nice words came from a broken heart

moment said...

sma ngan kak baby.. xtercapai akalku.. huhu

Super Nia Hana said...

ehehehe..kanda gittewww..

i loike!!

Seri said...

wah, sangat puitis

zonaku said...

seri:
selamat datang

Followers