About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, August 27, 2009

Kamelia part 2

hehehe... maaf kalau ada y x suka isu ini.... aku terpanggil ulas hal ini sebab aku terbaca di blog septemberSebelas, bertarikh 19 Ogos 2009 (blh yer....!!).

persoalan : salah siapa sebenarnya?


sesetengah wanita, terlalu bangga diri pabila ada suami, dan bagi mereka, suami itu adalah hak mutlak mereka, menolak berkongsi dengan wanita lain, padahal, sedarkah anda? lelaki y bergelar suami itu adalah sebenarnya dimiliki oleh ibu mereka, adik perempuan dan kakak mereka, dan jua bakal anak-anak anda. jadi, adakah dia hak mutlak anda?

lelaki pula, bila dah mula bosan dengan isteri, kenapa harus cari wanita lain? kenapa tidak berbincang dengan isteri tentang kebosanan anda? pulihkan hubungan, meriahkan suasana, pergilah berdating semula.

ini tidak, pantang sahaja isteri tidak lagi seperti dulu, fizikal dan segala2nya, mudah sahaja berpaling pada wanita lain. hal dalam kain jua kadangkala diceritakan, isteri sentiasa buruk sahaja. salah siapa?

kemudian, pabila tembelang pecah, kekasih itu bakal di maki hamun, dicerca, dihina, dimalukan dan sebagainya. kadangkala bukan setakat oleh sang isteri, tapi seluruh keluarga, teman rapat, teman sekerja, dan kadangkala masyarakat sekeliling. isteri menggila, suami menikus. andai benar dia menyayangi kekasihnya, paling kurang, halang isteri dari menyerang kekasih, kerana kekasih itu adalah insan yang selama ini sudi mendengar segala keluh kesah dan juga merawat hati yang kebosanan selama ini. pengorbanan sang kekasih jua sebenarnya berat.

tahukah anda, pabila menjadi kekasih gelap, wanita itu akan sentiasa hidup dalam airmata. pabila bermasalah, andainya pada waktu itu, si lelaki bersama keluarga, pandai2lah cari penyelesaian sendiri, masa bercinta juga berjadual, hujung minggu pasti sendirian, cemuhan saudara, teman jangan ditanya, tiada satu yang menyokong. bila diserang, amat jarang dia akan dibela oleh si lelaki, biasanya, si lelaki akan berdiam diri atau melarikan diri. dan yang sering terjadi, isteri dan kekasih bertemu tanpa pengetahuan lelaki.

seksa tahu!!!

pesanan pada lelaki yang ingin ada lebih dari satu, siapkan diri dri segi fizikal, emosi, dan harta benda . berlaku ADIL pada semua!

pesanan pada yang bergelar isteri, andai suami anda ada kekasih luar, cuba rasional (ya, aku tahu.. sangat payah!!!!) dan tanya suami anda, apa sebabnya, kemudian bersemukalah bersama suami. jangan jatuhkan maruah sebagai isteri dan wanita kerana seorang lelaki, memalukan dan tidak berbaloi

pesan pada para kekasih gelap, emosi kene kuat..!!!! Jiwa kene kental! kekasih anda pasti berpihak pada isteri dan menurut ugutan dan paksaan keluarga supaya menjaga keluarga yang dia telah bina bersama isterinya..

korang ada jawapan pada persoalan aku?

~sekadar pandangan peribadi aku, dari pengalaman insan sekitar aku dan pemerhatian aku~

16 comments:

adibah said...

well said, zonaku..!

aku mintak izin aku link kan entry ni nanti ye.. thanks..

momentinlife said...

kekasih gelap takkan sentiasa bergenang air mata klu sedar dia tak mampu memiliki.. so lebih ringan la perasaan tu..

tp, mmg ssh klu tak dpt org yg setia..

Erina Asmawani said...

salah isteri, suami dan kekasih gelap

salah isteri kerana tidak pandai mengambil hati suami, anggap berada di zon selesa tapi si suami sebenarnya dah mula rasa bosan

salah suami sebab tak setia, berlaku curang dalam diam, konon mengadu dengan si kekasih gelap rumahtangga tak bahagia, hakikatnya dia sendiri tak pernah bincang ngan isterinya dan tak pernah cuba tuk betulkan keadaan

salah kekasih gelap sebab dah tau laki tu suami orang, tapi nak teruskan hubungan jugak.Sakit memanglah sakit.Tapi diri sendiri main api.Cuba bygkan diri sendiri kat tmpat isteri dia pulak. Sakit tak?

Bak kata kawan baik aku yg terjebak dengan kes ni."Kalau lelaki tu dah curang dengan isterinya. Nanti bila dia kawen aku, tak mustahil dia buat benda yang sama jugak kat aku nanti. Curang". Betul tak?

Huu..neway, just bagi pandangan je berdasarkan org terdekat jugak. Takde niat nak sakitkan ati sesape. Peace ;)

Erina Asmawani said...

alamak..sekali panjang da..sorry zona..huu

zonaku said...

adibah:
silakan..... aku pun mendapat idea dr ko gak..

momentinlife:
hhhhhmmmmm...... very subjektif la hal setia n cinta niee...

erina:
soal hati.... kita merancang.. Allah jua menentukan....

x per... sesekali komen panjang2 apa salahnya....

kueh bakar said...

mungkin 1 yg salah
mungkin 2 salah
mungkin juge 3 3 salah

eddie dewanaga said...

roti john dengan extra bawang dan sos cili yg meleleh di tepi...

air bandung selasih kurang manis, ice takmo banyak...

dua ketul kepak ayam bakar madu dengan hirisan lemon dan salad sebagai hiasan...

sebiji pisang emas ihsan dari majlis moreh lepas terawih tadi...





*gua tak tau nak comment sesuatu yang relevan dari apa yg dicatat penulis...

HEMY said...

oh..aku mmg tabah..kuat emosi..tu yg sentiasa jadi kekasih gelap masy

Unknown said...

hitam itu menawan.... eh.. ada kena mengena dgn kekasih gelap ke... hehehe

belum ada kekasih gelap... :)

zonaku said...

kueh:
kesalahan mengikut situasi

eddie:
patut laaa..

HEMY:
hehehheeee.....

shifu67:
sila jgn ada angan2 yer..

julietchun said...

tak perlu ada kekasih gelap dan tak payah jadi kekasih gelap kerana lebih banyak buruk dari baiknya.

dan kepada isteri yg dicurangi suami,bertindak guna akal bukan iukt hati.

Yunus Badawi said...

Kalau jadi kekasih terang ok tak? hehehe

Masy said...

ku suke entry ni :)

oit anul, ko kata gelap2 best? hahahaah

zonaku said...

juliet:
baik buruk berbeza pada tiap individu.......

YB:
sendiri mau ingat!

masy:
abesss.. selama ni ko x suka entri aku la??? huhuhuhuuuhuu!

Hafiz Hamid said...

ramainye layan nur kasih...=)

zonaku said...

selamat datang... ini bukan kes nurkasih.. kisah nya di entri terbaru yer...

Followers